Hari isnin baru ni kami sekeluarga keluar untuk makan-makan. Biasalah orang baru baik demam. Macam-macam yang dia terasa nak makan. Itu ini yang diteringinkan. Makanya aku dan en.asben layankan saja. Sambil tu ikut seronok untuk makan-makan juga he..he.. Waktu demam Is dah cakap, baik demam nanti dia nak makan burger Subway. Makanya bila dah sihat tu kami membawanya ke Restoran Subway. Is nak belanja kami dari duit yang dia dapat dari pemberian tetamu yang melawatnya tempoh hari. Selepas makan burger, teringin pula nak makan aiskrim. Apalagi, keluar Subway masuk ke Baskin Robbinslah pula. Kali ini Han pula yang nak belanja dari duit yang dia dapat dari pemberian keluarga terdekat untuk UPSRnya tempoh hari.
Terasa manis sangat rasanya bila anak-anak yang keluarkan duit belanja. Beginilah agaknya rasa ibu bapa yang menerima duit dari anak-anak. Sedangkan nilainya tidak seberapa. Padahal ibu bapa ada duit sendiri. Tapi belanja dan duit dari anak-anak ada nilainya yang tersendiri. Rasa seronok bila anak-anak mahu belanjakan duit mereka untuk kita. Mahu berikan wang mereka untuk kita rasa. Patutlah aku selalu lihat wajah seronok ibu bapa yang menerima wang atau apa-apa pemberian dari anak-anak mereka. Indah sungguh perasaannya. Bukan soal nilai wang itu yang menjadi penyebabnya. Tapi soal keikhlasan dan kemahuan anak-anak memberi kepada ibu bapa yang membuatkan ianya cukup bernilai dan penuh bermakna.
Bayangkan, ibu bapa yang memerlukan belanja dari anak-anaknya untuk menyara kehidupan mereka. Tentulah pemberian dari anak-anak punya makna yang lebih besar dan cukup bernilai lagi. Jadinya, jangan lokek atau terlalu berkira untuk memberi kepada ibu bapa kita. Ini kerana ianya akan buatkan ibu bapa rasa berbesar hati. Ditolak atau diterima itu cerita lain. Besar atau kecil jumlahnya juga cerita lain. Yang penting kita tunjukkan yang kita ada rasa mahu memberi kepada mereka dengan ikhlas. Percayalah, bila mereka rasa manis dan indah untuk menerima, kita yang memberi terasa lebih manis lagi.
Buat entry ni buatkan aku teringin burger Subway dan aiskrim Baskin Robbins lagi. Agak-agak Han dengan Is nak belanja mamanya lagi tak? he..he..
26 comments:
subway tu x tahulah ada ke x kt johor..baskin robins lak hny mampu lalu je kak huhu
psl bagi-bagi duit nih mcm terasa pulak sy sbb sy x keje..kengkadang blk nk bg mak duit x dpt bg bnyk..kengkadang x bg lgsung..segan nk mintak kt suami
Betul la kak..yang penting ikhlas kan..
sweet la anak2 akak ni..
baskin robbin tu aunty pon tak terbeli lagi utk diri sendri apatah lagi nk belanja anak2 hihihi
saya pun tak sabar tunggu hannah belikan mama dia ni baju..begitu janji dia setiap kali mama cium dia.. "nnt hannah dh besar, hannah belikan mama baju yer"
tiba2 teringin juga nak rasa burger Subway dan aiskrim Baskin Robbins. Yus tak pernah rasa kedua-duanya tau!...
Betul2 anak kuar duit belanjan aiskrim 50 sen lalu depan rumah pun dah rasa terharu fea...:)
bagus anak akak kan...tau gimana nak membalas jasa sebab menjaga dorang masa sakit...terharu nya..
memang!! my son pun kdg2 suka blanja kitorang klu dia ada duit..wlupun sekadar ice cream..muka bangga gitu klu dpt blanja..
kat jb ada dah subway..kat bukit indah :)
waa sweetlah Is dan Han..belanja mama, tentu burger dan aiskrim terasa lebih lazat..
Sweetnya anak akak. Siap belanja mak ayah lagi. Meh belanja auntie same meh hihihi
bagusnya kecik2 dah belanja mak ayah ye..selera lepas demam ni lain kan kak, macam2 nak makan rasanya hehe
kecik2 lagi da pandai da nk belanja mak ayah..bagus anak2 akak..
betul ckp akak ni, mesti eksited terharunye rase duit anak2 ni kan walaupun kite ada duit sendiri..
Memang lain rasanya bila anak2 ikhlas membelanja kita dari duit mereka. Kakcik akui itu. :)
Manis juga bila nama anak2 dicantum, menjadi nama samaran bagi ibu mereka, kan? (~_*) hehehe
Mesti la rasa seronokan dpt merasa belanja dari anak2...ingt jugk kt kita ni mak ayahnyekannn...
Aiskrim BR tu mmg sedappp...
Teringat KC masa mula2 keja dulu. Keja biasa2 je .. Gaji RM350 tapi nak jugak bagi mama RM50 sebulan. hihi.
Memang hanis,
Walaupun kita ada duit sendiri, bila anak beri duit kita rasa seronok sangat. Bukan nilai ringgit yang dikira tapi ingatan mereka pada kita yang sangat bermakna.
sgt bermakna entry ini kak..
tak pernah lagi makan kat subway...
nice entri...
yup, betul..pemberian buat ibu bapa, termasuk ibu bapa mertua itu besar nilainya buat mereka..ibubapa kandung & mertua saya tak belanja pun duit yg saya berikan pada mereka..betapa org tua menghargai pemberian kita...
baskin robbin n subway... dua2 blm pernah rasa kak... terharu kan kak bila anak2 sekali sekala belanja kita. rasa kenikmatannya.
dua2 takde kat sini kak.... mmg terharu rasanya bila dpt duit dari anak2.... munna bila bagi duit je kat mak & ayah... bila diorg gembira munna pun suka
bkn akak je yg teringin, sara pon teringin gak ni! hehe
dua2 tmpt x g lagi..rasanyer subway sini x de ..yg penting keikhlasan hati ank2 kita nak belanjakan duit dorang tu..selamat thn baru..
sweetnya anak2 akak. kecil2 dah pandai nak belanja parents dia :))
emm belum pernah esyhad belanja lg hihi..
Baskin Robbin ada kat Muar ni..mahalnya mak aihh,rasayan itu last n first mbeli..huhu
Burger Subway tu ada macam burger prosperity tk? hehe,tk pernah jumpa lagi...
entri ni buat saya rasa insaf. heheh.
tapi dalam insaf2 tu pun nak gak makan subway!
Anak lihat apa yg kita buat. Sesekali belanja seronok juga:)
Dah sekolah ni tak boleh belanja mama/papa lagi. Mesti dia nak guna utk dia sendiri. Nak beli pensil cantiklah... pensil warna cantik. Tak cukup siap minta mama/papa tambah adalah...
hehe..tak sabar nak tunggu turn CikMat pulak belanje Umie dia..
Post a Comment