Nuffnang

Monday, January 16, 2012

Kesian mereka...

Hari jumaat ketika berbual dengan Han, dia bercerita tentang kawannya yang bersekolah menengah di sekolah X. (Jika tidak dapat masuk ke SMJ4 tempoh hari, Han juga akan belajar di sekolah itu). Katanya kesian pada kawannya. Menangis di sekolah kerana terasa dengan kata-kata seorang guru di sekolah itu. Nampak muka Han pun macam ralat dangan cerita itu. Aku yang mendengar juga mempunyai rasa yang sama. Terasa macam tak patut betul. Menurut cerita kawan Han, guru tersebut berkata, saya tak suka budak-budak dari SKSRD. Tapi ramai pulak yang masuk ke sini. Boleh pula guru tu mengeluarkan kenyataan begitu secara umum di dalam dewan waktu ramai-ramai. Sebagai pelajar dari SKSRD tentunya mereka terasa. Mereka bukannya budak kecil lagi. Sudah 13 tahun. Bila mendengar kata-kata sebegitu tentulah ada perasaan malu dan berkecil hati.

Selepas tadika dan mahu masuk ke darjah satu, ramai yang macam tak galakkan bila aku kata mahu masukkan anak-anakku ke SKSRD. Di mata orang, sekolah itu bukan sekolah yang baik. Tentu saja mereka berkata begitu berdasarkan cakap-cakap orang yang didengar. Bukannya dari fakta. Tapi sebenarnya sekolah itu sama  saja tarafnya dengan sekolah lain. Cumanya sekolah itu sekolah kampung. Aku masukkan anak-anakku ke sekolah itu kerana ianya paling dekat dengan rumah. Jadinya kalau ada apa-apa di sekolah aku dapat sampai ke sekolah dengan cepat. Maklumlah anak baru masuk darjah satu. Tentulah banyak kerisauannya. Bagi aku, sekolah di mana-mana pun sama. Kalau rajin dan bersungguh, siapa-siapa pun boleh cemerlang. Kalau masuk ke sekolah yang paling baik pun, tanpa kerajinan memang akan ketinggalan juga.

Pada aku sekolah SKSRD itu adalah sekolah yang baik. Guru-gurunya cukup rajin dan komited. Aktiviti sekolah yang dijalankan semuanya teratur dan tersusun dengan baik. Pencapaian keputusan peperiksaan sekolah juga semakin meningkat. Mana-mana sekolah pun ada murid yang nakal. Tapi bila sekolah kampung, pandangan orang tentang kenakalan murid kampung itu macam lebih teruk lagi. Itu yang orang dok pandang serong tu. Walaupun yang nakal itu sebahagiannya saja, tapi orang luar boleh pukul rata mengatakan pelajar dari sekolah itu semuanya sama. Kasihan pada pelajar dari sekolah itu. Pandangan orang pada mereka buruk sekali. Tak kiralah pelajar yang baik mahupun yang nakal. Pelajar yang bijak mahupun yang kurang. Mereka dinilai sama saja di mata sesetengah orang dari sekolah lain.

Kalau orang mengutuk ibu bapa kita tentunya kita marah. Begitu juga bila orang mengutuk sekolah kita. Tentunya kita ada perasaan yang sama. Sekolah kita tentu saja menjadi kebangaan kita. Lebih-lebih lagi bila guru-guru yang kita hormati ada disitu. Tak kiralah apa pandangan orang lain, tapi bagi kita, tentulah sekolah kita adalah yang terbaik. Aku dapat rasakan kesedihan teman-teman Han itu. Semoga kata-kata guru itu tidak mematahkan semangat mereka untuk belajar dan menjadi pelajar cemerlang di sekolah X.

41 comments:

.: iEyLa :. said...

boleh pulak cikgu tu cakap camtu...
sian budak2 tu..

kakchik@ella said...

Hurmmm .. kenapa lah cikgu blh cakap mcmtu. Prejudis!!

~ yus ~ said...

sebagai guru, memang tak sepatunya dia mengeluarkan kata-kata seperti itu. Cetek sungguh pemikiran guru tersebut. Adakah ingin menjaga ranking sekolah, maka dia tak suka menerima pelajar dari sekolah tertentu?

Guru tersebut patut fikir apa implikasinya terhadap jiwa para pelajarnya.

Tak kira dari latar belakang macam mana pun, tugas guru itu untuk mendidik mereka. Dan alhamdulillah jika anak didinya berjaya...

Penerimaa pelajar tak semuanya sama kan hanis. Mungkin ada yang akan mengambil kata-kata guru tersebut sebagai cabaran, tapi tak mustahil ada terus patah semangat untuk belajar kerana kata-kata dari seorang guru yang tak fikir panjanglah bagi yus...huhu.

Kalau dah patah semangat, dan mereka rasa buat apa yang baik pun, cikgu tetap pandai serong, bagaimana? Siapa yang patut disalahkan?

Emo yus baca bila tahu ada sikap guru yang macam ni?

L said...

xnk jd cegu cm 2.. huhu

jom baca sekejp..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

dia sepatut bersyukur dapat mengajar di sekolah yg bagus

:: Mrs.Eady :: said...

cikgu yg sebagai cikgu boleh berkata begitu?hurrmm...

Amy Syaquena said...

adoi macam mane la cikgu tue boleh cakap macam tue..uish

azian said...

kak...
ade gak ek cikgu cam gitu...adoyaiiii...kl sy pun kicik hati juge....huhuhu

Tina Othman said...

ini yg tak paham, macamna seorang cikgu boleh cakap benda2 negatif mcm tu?

bukan tanggungjawab dorang ke nak didik anak murid, bila kerja tak ikhlas, maka rezeki tu pun tak berapa berkatlah

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

apalah cikgu tu..


sy pernah lalui pengalaman lbh kurang camnilah..


dulu sy ms dajah 6 sekolah kampung..mmg ceruk betul..lps tu ayah pindah negeri sy pon kenalah tukar sekolah..masuk sekolah mcm pekan sikitlah..


ms tu abah mintak nk tukarkan nama sy utk upsr ke sekolah br tp cikgu besar situ x nak..takut result sy yg sekolah kampung ni mencemar result sekolah dia..


tp..lepas periksa pertengahan tahun kt sekolah baru cikgu besar tiap-tiap hr pujuk sy tukar nama..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

mcm x sangkakan..sy yg sekolah kampung dapat kalahkan semua budak kt sekolah pekan tu..


jd pd budak yg sekolah kampung x perlu nk rs sedih..buktikan pd cikgu tu yg kata-kata diaorang tu salah..jadikan sbg pembakar semangat..

Huda said...

tak baik lah cikgu cakap cam gitu, saya sendiri masa nak masukkan zarif darjah satu serba salah..Tapi saya tak peduli nekad nak masukkan sekolah paling dekat dengan rumah..Tak kiralah apa pandangan orang terhadap sekolah tu, harap zarif boleh buat yang terbaik nanti..

kasihibu said...

memang tak patut lah seorang guru berkata macam tu kan?
nantiu bukan saja bekas pelajar tu rasa malu, tp mungkin juga ada pelajar2 yang ambil kesempatan berperangai macam tu pada rakan mereka

mungkin patut di suarakan semasa mesyuarat PIBG kot?

Eye_nee said...

Tidak faham langsung..bagaimana dia seorg guru ..pendidik anak2 bangsa boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu...sedikit ayat yg keluar dari mulutnya memberikan impak yg cukup besar dlm hati anak2 murid SKSRD ini...

Cho Zila said...

senangjer nak tuduh2 gitukan.. sabojerle..
kat mana ler gamaknyer sekolah itu...

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Apa hal ni ... tak suka dengar cakap cikgu macam tu !

Kella said...

Cikgu tu.. hatinya tidak sepenuhnya mahu jadi cikgu! senang je..

ummiross said...

tak patut cikgu tu cakap macam tu,usahkan murid, tentu semua warga SKSRD pun boleh terasa dengan kata2 tersebut, tidak hebat seseorang dengan memandang rendah terhdap orang lain

wahida said...

apesal la cikgu tu ckp mcm tu...adoi la...rasa nak pang je cikgu tu...

Qhaifa Nur said...

amboi cikgu bole pilih2 pelajar pulak...

ieda said...

adoiii .. cikgu nie pun satu .. huhuhu
kesian lah kat budak2 tuu
apa yg cikgu tu fikirkan erkk kak
huhu

♥ Elin ♥ said...

eh..eh..nama jer cikgu tp cakap x serupa seorang guru.!

kalau area melaka dah lama amik tindakan tuh..huhuhuh sebb elin mmg link rapat dgn guru2 nih.hihihi

eB ezrin said...

bangga jadik budak convent sbb cikgu2nyer baek. walopn ader cikgu2 melayunyer yg mulut aduyai. hu3

noor said...

ada problem ker cikgu tuh...xptt rasanya srg cikgu ckp mcm tuh

munna said...

tak baik betul cikgu tu.... awal2 dah ada tanda pilih kasih

Hanis MY said...

awal2 lagi cikgu tu dah tunjuk sikap pilih kasih huhu...

yua said...

tak patut cgu tu membeza2kan sekolah sampai ckp mcm tu sekali.. nampak sgt x da kredibiliti. hmm

diana said...

kenapa dengan cikgu tu..tak sepatutnya dia cakap macam tu..kesian kat budak2..

-Sara- said...

isshh ada lak ckigu tu ckp cmtu..xpatotlaa

Papa Mifz said...

hmmm..boleh lak cikgu tuh ckp mcm tu yer...tak patut langsung...

Kamalia said...

Rasanya cikgu tu tak patut pilih kasih dan cakap mcm tu.kan tugas dia mendidik tak kira asal usul murid tu..kalau saya pun mwati kecik hati.

~Nana BamBam~ said...

dulu pelajar tak suka cikgu,

sekarang cikgu pula tak suka murid..

macam2..

susumanis said...

x de insuran aa mulut cikgu tu..hihihi

@xiiinam said...

Apalah masalah cikgu tu ya! Kerana seorang, terjejas nama sekolah (dan mungkin cikgu lain juga). Depan murid memang kena jaga banyak perkara kalau jadi cikgu...

Maya Mayana said...

sebab pd dia mungkin dia seorang guru elit, dia hanya layak mengajar pelajar dr golongan elit juga...

terasa saya yg tua ni dgn cikgu ni,apalagi budak2 tu...

sahromnasrudin said...

subhanallah....guru itu telah membuat generalisasi..amat bahaya dr sudut psikologi kpd semua anak muridnya

S..U..D..@..I..S said...

jgn menghukum keseluruhan pada sedikit kes...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

awal2 lg guru dah pikir -ve, mcmne nak didik murid2 supaya +ve... sepatutnya dia menjadi contoh..nih sebaliknya..

saniah said...

hanis..terpanggil nak share sikit..perkara sebaliknya berlaku dgn sklh anak akak..kalau sklh Han tak disukai sbb konon sklh kampung kat sklh anak akak ni plak cikgu2 dan GB sendiri tak suka sebab dikata kan oleh mereka yang parents murid2 ni belagak2 belaka..selalu anak2 murid diperli mcm2..ada cikgu yg sampai kata "awak jgn nak berlagak sebab awak kaya kalau awak tu bodoh" dlm dewan pulak tu..sampai mcm tu sekali
ini mungkin sbb ada parent yg terlebih tergur cikgu kot..tapi yg nyata nya seolah sebab nila settik rosak susu sebelanga..yg jadi mangsa murid2 la kan..kesian bdk2 ni..bukan nya semua parents kaya2 pun kat situ..mm

Gen2Merah said...

sebagai seorang guru, adalah tidak patut beliau mengeluarkan kata2 yang bisa mengguris dan menghukum perasaan para pelajarnya.. sepatutnya dia membimbing, bukan mencari helah..

Buat han, sabar sajalah.. bukan semua guru itu baik, dan bukan semua guru itu jahat.. apa yang penting, timbalah ilmu itu sebaik yang mungkin..

Aida said...

Cikgu pun nak prejudis ye.. Patutnya dia cakap bagi galakan.. Ini, ada plak perbezaan.. Teruk teruk *sambil geleng kepala*