Semalam bercuti. Cuti menguruskan hari pertama anak-anak ke sekolah. Tahun ini anak-anak ke sekolah yang berbeza dan berlainan sessi. Jadinya perlu pastikan segalanya teratur dari segi pengangkutan pergi balik dan pengurusan masa yang betul untuk anak-anak. Semalam ada yang teratur ada juga yang tidak. Hari ini dan sepanjang minggu ini perlu dipantau lagi agar segalanya terus berjalan lancar untuk sepanjang tahun ini. Agar hati aku dan en.asben rasa tenteram dan tenang di tempat kerja.
Dalam kesibukkan menguruskan anak-anak semalam, sempat juga aku ke klinik untuk buat pemeriksaan Papsmear. Sebenarnya aku ke klinik atas urusan lain. Tapi dah terlanjur bercuti dan en.asben juga sudi menemani, jadinya aku terus melakukan pemeriksaan tersebut bila doktor yang merawat itu doktor wanita. Selalu nak pergi pemeriksaan sendirian terasa berat nak buat. Tapi bila en.asben ada bersama barulah datang keberanian dan kekuatan. Semalam merupakan kali ketiga aku lakukan pemeriksaan ini selepas 13 tahun berkahwin. Kawan-kawan pula bagaimana? Dah berapa lama tak buat pemeriksaan?
Tak pernah buat pemeriksaan langsung? Bagi yang tak pernah buat pemeriksaan tu, jangan risau dan takut untuk pergi dan buat pemeriksaan tersebut. Ianya tidak menyakitkan. Bayarannya hanya RM45 di klinik swasta. Kalau di klinik kerajaan mungkin percuma. Jadi jangan ketinggalan untuk melakukannya. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri kita sendiri. Sebelum kita boleh menjaga orang lain, kita perlu menjaga diri kita sendiri. Dulu, waktu di tempat kerja lama memang ada disediakan pemeriksaan ini di tempat kerja. Pihak Klinik Kesihatan akan datang untuk membuat pemeriksaan secara percuma untuk pekerja wanita. Sangat mudah dan menyenangkan.
Namun walau sudah ada kemudahan seperti itu, ada juga yang tak mahu buat pemeriksaan atas bermacam-macam alasan. Ada yang takut. Ada yang malu. Ada juga yang kata, daripada tahu ada penyakit lebih baik tak tahu. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Tiada paksaan sebenarnya. Ada yang kata kadang tu orang yang sentiasa membuat pemeriksaan, kadang-kadang dia yang terkena penyakit tu dari yang tidak pernah membuat pemeriksaan langsung. Bagi aku kalau sudah itu takdirNYA, siapa kita untuk menolak ketetapan itu. Harap-harap yang membuat pemeriksaan dan yang tidak membuat pemeriksaan sentiasa dilindungi dari sebarang penyakit hendaknya.
Aku akui, menunggu keputusan pemeriksaan adalah lebih menakutkan dari membuat pemeriksaan itu sendiri. Macam sekarang ini, aku memang berdebar-debar untuk tahu keputusannya. Tapi dalam pada itu tetap mengharapkan hasil ujian baik-baik saja. Aku lebih memilih untuk berkata, nasib baik buat pemeriksaan awal, sekurang-kurangnya tahu ada penyakit dari berkata kalaulah aku buat pemeriksaan awal dulu, mungkin keadaannya akan jadi lebih baik. Kita selalu tidak mahu ambil peluang yang ada. Tidak hirau untuk menghargai peluang. Tapi selalu menyesal bila kita kehilangan peluang itu.
Pernah pergi melawat orang yang punya penyakit diperingkat yang kritikal atau yang sudah dikesan pada tahap akhir tak? Paling tidak pun pernah tengok wawancara atau iklan di TV? Selalu kita dengar, mereka ini begitu beria berpesan dan tak lupa untuk menasihati Buatlah Pemeriksaan Awal. Ajak kawan-kawan. Mereka tiada kepentingan langsung untuk nasihat dan pesanan itu. Tiada gunanya nasihat dan pesanan itu buat diri mereka sendiri. Tapi mereka tetap mahu memberikannya agar kita tidak terlepas peluang yang ada. Kenapa agaknya ye? Pada aku tentulah mereka mahu kita menghargai untuk mengambil peluang membuat pemeriksaan awal itu.
Kenapa aku sibuk nak bercerita? Biasalah aku perempuan. Aku tahu, perempuan ni suka cemburu. Bukanlah cemburu yang kalau ada orang ada handbag dan kasut baru kita pun nak ada juga. Tapi cemburu yang kalau orang ada masa untuk membaca Al-quran dan mengikuti kelas agama kita pun mahukannya juga. Maksudnya cemburu yang baik dan bertempat. Mana tahu ada yang cemburu mahu menjalani pemeriksaan awal juga sepertiku. Makanya, itulah tujuanku bercerita tentang Papsmearku semalam di sini.
Kenapa aku sibuk nak bercerita? Biasalah aku perempuan. Aku tahu, perempuan ni suka cemburu. Bukanlah cemburu yang kalau ada orang ada handbag dan kasut baru kita pun nak ada juga. Tapi cemburu yang kalau orang ada masa untuk membaca Al-quran dan mengikuti kelas agama kita pun mahukannya juga. Maksudnya cemburu yang baik dan bertempat. Mana tahu ada yang cemburu mahu menjalani pemeriksaan awal juga sepertiku. Makanya, itulah tujuanku bercerita tentang Papsmearku semalam di sini.
34 comments:
thn 2011 saya sudah :)
saya belum buat dan akan buat, iallah..
Ye...sibuk btul kita 2 hari ni kan. smlm pkl 1am akak still gigih balut buku anak2...bw pun t.smpat huhuhu
akk amik complete check up scara pakej. spatutnya tiap thn kna check tp sbb tde mslah so dr saran check utk 2 thn skali.
Bagus ni Hanis, elok buat pemeriksaan berkala, ummi pun dah pernah buat, tahun ni insyaAllah cadang akan buat lagi,dah berumur ni lagi kena ambik berat pasal kesihatan...
akak... izan dah lama tak buat. last masa thn 2003... maksudnya baru sekali je sepanjang 10 thn kawen. wajib pegi buat ujian ni...utk kebaikan kita juga kan..
dilla tak penah buat..rase takut n malu sebenarnye..
tpi satu ari nnti mesti nk buat jugak, in case ade pape kan..sekurang2nye kite tau dan bersedia..
saya xpenah buat lg...
selamat pagi kak fea.. ya, bukan hanya pempuan.. org lelaki pun patut lebih peka dengan kesihatan diri.. buatlah pemeriksaan berkenan dengan tahap darah, kolestrol dan segala2nya sebelum terlambat..
macam saya, baru2 ni saya buat pemeriksaan gigi di klinik pergigian.. dah lama tak cek gigi.. rupanya doktor kata gigi saya dah ada banyak yang rosak.. ekekekeke.. malu plak bila doktor sindir macam tu.. pasni nak kerap buat pemeriksaan 6 bulan sekali.. itu pesan doktor... alalal
saya pon sudah..nnti nak repeat lg bulan 3 ni..huhu..
tentang ank2 ..alhamdulillah..w/pun ari ni hubby msh cuti..saja x gtau ank2 tp hubby ttp jg g sekolah tgk dr jauh..rasanyer semua ok je..
citer ttg papsmear ni, ieja br je tergerak nak g isnin dpn..mmg cantik waktu tu..lg pun klinik kesihatan baru dah ada dan dekat jer..free lg..ari2 bkk kecuali jumaat..betul kata hanis nak g sndr ni bercinta tu sbb asyik tertangguh jer..elok diwar2 kan buat kaum pompuan ni..masih ramai lg yg x amek berat benda ni..
Saya tahun lepas dah buat..kat sini mmg kena buat,tp kalau malas diorang tak paksa..
tahun lepas pun belum buat lagi...
nak pergi tu alahai...macam malas jer...
tapi kene buat jugakkan...untuk diri kite jugakkan...
tiap2 taun eh? eB dh hampir 2 taun la x wat kalo g2. hu3
munna baru buat sekali je rasanya ...hujung tahun 2010...
salam,
saya buat setiap tahun, patutnya kena buat setiap 6 bulan (sebab ada penyakit & disyorkan doktor), tapi malas so setahun sekali je lah..
Walaupun dah buat banyak kali..tiap kali besi tu masuk mesti seriau..ngilu rasanya..
ingat nak buat juga kat klinik kesihatan
je..percuma tapi kena tunggu hb cutilah
tapi esok nk gi ambil result test darah..
worried juga nih :)
sy x penah buat lg..psl malu dan takut.
sy pun belum buat lagi...bukan x pentingkan kesihatan, perasaan takut ada...pdhal masa bernak dulu x pk pulak takut kan..inshallah dalm masa terdekt kena beranikan diri..
entri yg bagus...buatlah pap smear apabila telah aktif dalam hubungan sex...kalau resultnya OK, cuma perlu ulang setiap 3 tahun...ada kes yg perlu diulang lebih kerap, bergantung kpd result..
Salam kak,
Setuju dengan pendapat akak tu. tahun 2011 ida dah buat. Tahun ni belum lagi. Akan menyusul bila ada kesempatan nanti
blom buat lagi :)
kalau saya pegi klinik nak buat pap smear test dah tentu kene halau balik. ekekekeek!!!
Pernah buat, baru 2 kali. Lama dah tak buat. Terlupa dek sibuk. Harus kena buat juga lagi niii...
selamat malam kak fea... singgah parking sini jap ye.. ehehe
masa buat pap smear ape pakaian pakai?
last buat tahun 2009....memang kena buat jugak tahun ni....
memg kena buat pemeriksaan kesihatan
tqvm for the great reminder..must go n do oso ..tq for visiting my blog n leave yr comments..rasa teruja plk nk updates blog..seblm ni its juz like my personal diary aja..tq again ya :))
lama dah akk tak buat..asik menangguh...bila dah baca n3 ni....InysaAllah akan buat juga...
Kak Ani pernah buat. Semenjak pencen ni tak pernah buat lagi. Kena buat ni.
Bagus. peka terhadap kesihatan:)
alamak..mcm mane nak komen ni
baru dua kali buat ujian ni, dan kali terakhir ialah pada tahun 2007..huhu lamanya dah tak buat.
Memang rasa nak buat, cuma asyik sibuk benda lain je...
tq hanis mengingatkan..:)
Post a Comment