Saturday, January 7, 2012

Tentang yang kedua...

Bila idea dan mood untuk menulis datang, terasa mahu duduk mengadap lappy dari pagi hingga ke petang waktu cuti hujung minggu. Namun tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu membuatkan aku tidak boleh begitu. Sejak tiga empat minggu, masih 134 mukasurat dan tidak berganjak. Bila semangat datang, idea mengolah cerita kekeringan. Bila idea menjelma, kemalasan pula melanda.Aduhai, janganlah berterusan begini hendaknya.

Ada yang bertanyakan tentang kemunculan novel kedua. Hmm entah bila ya dapat disiapkan. Aku sendiri tiada jawapannya. Di dalam kepala sudah lengkap ceritanya dari mula hingga akhirnya. Watak ini bagaimana, babak itu  macam mana. Namun untuk dikeluarkan menjadi kata-kata yang memenuhi jalan cerita selalu tersekat-sekat pula. Untuk teman-teman yang sudi bertanya, novel yang kedua ini masih merangkak-rangkak lagi dalam pembikinannya. Harap sabar menunggu. Akan aku usahakan untuk menyiapkannya dengan baik dan bermutu mengikut kemampuanku. 

Terima kasih banyak atas sokongan teman-teman dan para pembaca untuk novel pertamaku, Takdir Fitrah Terindah. Alhamdulillah, komen yang baik, kritikan yang membina, maklum balas yang diterima dan review  menarik dan cukup berkesan yang diberi sedikit sebanyak memberikan semangat untuk aku gigih mahu menyiapkan novel kedua dan yang seterusnya, insyaAllah.

22 comments:

pCL said...

belum baca lagi rasanya....insyaallah, dlm masa terdekat.

Hanis MY said...

weee i like i like tak sabar nak menunggu yang kedua muncul!

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

moga dipermudahkan...

ummiross said...

selamat berkarya Hanis, pelan2 takpe asalkan hasilnya memuaskan, insyAllah

Cik tikah said...

blogger yg merupakan novelis yg ke 2 cik tikah jmpa dlm alam maya ni :) keep good writing yeah dear

Unknown said...

Salam Hanis..
hmmm..novel pertama pun akak lom baca..bukan sebab tk sempat baca tp tk dpt beli lagi..ada kedai buku dkt rumah tp tk de pulka jual novel hanis..

insyallah nak cari juga..ada baca AA tulis kisah novel hanis ni..teruja juga nk baca..

Dr K said...

saya selalu imagine..kalau saya seorang penulis novel, saya akan pergi bercuti sebulan di pulau yg terpencil..menulis di situ..hahahaha..

Dr K said...
This comment has been removed by the author.
Kakcik Seroja said...

Kakcik belum dapat beli lagi novel Hanis itu. Dah tanya di kedai buku, tapi tiada. :(

Kakcik akan cari lagi nanti, InsyaAllah.

Anonymous said...

semalam pergi pustaka rakyat terjumpa buku tadir fitrah terindah, terus beli

tapi tak baca lg, sebab tgh habiskan satu buku ni, nanti tina buat review ye =)

azieazah said...

Tak sabar tunggu nak beli novel kedua!

Alangkah best kalu I pun boleh imagine watak dan babak sebegitu mudah.

Tapi tak berbakat..

Izan Ishak said...

kami doakan yg terbaik buat kak fea... harap2lah semuanya dipermudahkan utk novel yg kedua pula.

Kamalia said...

bestnye kak..tak sabar jugak.
semoga proses itu semua dipermudahkan olehNya ye kak..

exora said...

akak pun blum dpt lg novel hanis tu...insyaAllah jumpa jgk novel tu nti

Amie said...

selamat meneruskan penulisan... jaga kesihatan juga ye.

whitecappuccino said...

salam hanis..dah baca yg pertama ..tak sabar tunggu yg ke dua pula..selamat menulis..

Izwa Kamaruddin said...

tak sabar nk menunggu kemunculan buku yg ke-2 :D

saniah said...

hanis....yg kedua boleh dibaca oleh org "lama" macam akak tak? jgnla cinta sgt ya..akak dah melampau tahap cinta remaja dah..:)

-Sara- said...

hop kak hanis dpt idea mencurah2..keep it up kak hanis! gd luck :)

susumanis said...

nak g cari la novel yg pertama tuh..hehe

♥MAMASYAZA♥ said...

akak belum berpeluang baca novel pertama tu. puas akak cari kat tempat akak ni masih tak jumpa...frust jugak

Unknown said...

Caiyookk caiyook kak hanis.. X sabar nak tunggu buku ke 2..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...