Tuesday, January 31, 2012

G.I.G.I...

Pagi ini terbaca mengenai regim gigi sihat di Kosmo. Aku jadi berminat dengan tajuk didikan bermula dengan ibu bapa. Aku sangat bersetuju. Sebab aku juga begitu. Sejak kecil memang emakku menitikberatkan tentang kebersihan gigi. Teringat lagi waktu kecil-kecil dulu. Memang kami adik beradik kena berulang ke bilik air kalau berus gigi tak bersih. Emak memang pantang tengok gigi kami tak bersih. Selagi tak putih bersih selagi tu kena berus semula. Bila kena masuk ke bilik air semula memang aku akan gosok kuat-kuat biar bersih. Tapi sebenarnya gosok kuat-kuat pun kalau tekniknya salah memang takkan bersih juga. Jadinya bila keluar bilik air memang emak akan suruh gosok lagi semula. Bila dah lama-lama jadi pandai sendiri. Selagi gigi tak diberus dengan bersih dan sempuna memang aku tak keluar dari bilik air tu.

Waktu di sekolah ramai kawan-kawan cina yang kata gigi aku macam gigi iklan colgate. Padahal gigi aku bukannya jenis yang tersusun pun. Kata mereka gigi aku putih bersinar.  He..he.. tak sia-sia berulang kali memberus gigi. Bila dah kahwin, en asben siap kata patutlah gigi you putih bersih. Berus gigi macam berus kapal. He..he.. dah terbiasa memberus dengan kuat. Jadinya melekat sampai sekarang. Sekarang ni  kalau gigi cucu-cucu emak tak bersih, memang emak akan cukup bising. Sejak mereka kecil pun emak memang tak berkompromi. Kalau dengan aku  atau adik aku, bila anak nangis-nangis tak nak berus gigi kami layankan juga. Kalau dengan emak aku memang tarik balik masuk bilik air. Tak dapat nak beruskan dengan berus gigi, dengan napkin pun jadi. Tapi kesannya memang semua cucu-cucu emak tiada yang rosak gigi susunya. Alhamdulillah. Untuk gigi kekal memang sendiri mahu jagalah.

Pada aku memang betullah didikan tentang kebersihan gigi bermula dari ibu bapa. Kalau kita tak peka, anak-anak pun leka. Penjagaan gigi akan diambil sambil lewa. Memang betul juga tu. Anak aku pun memang perlu di tanya dah gosok gigi ke belum selepas mandi. Sebab kadang kala memang keluar bilik mandi tanpa memberus gigi. Terlupa katanya. Jadinya bila kata terlupa tu memang aku suruh berus gigi sampai bersih. Selagi tak bersih memang kena berulang semula ke bilik airlah nampaknya.

33 comments:

Misz-ella said...

Gigi penting. Tanpa gigi, hilang nikmat makan. hihihi.

kueh bakar said...

macam berus kapal.ahaks.

Izwa Kamaruddin said...

hehehe..berus kapal yg tak menahan tuuu :D

Kakzakie Purvit said...

Kakak membayangkan gigi Hanis mesti cantik macam model iklan colgate:)

Unknown said...

saya memang lack bab berus gigi anak ni, bila anak takmau saya surrender. hasilnya mmg gigi hannah teruk gak la skg ni..huhuhuuh

Eye_nee said...

hehe..mcm berus kapal...nak bygkan juga lah mcmmana punya kuat dia berus gigi dia....

qemaishak said...

Betul tu kak..gigi cantik senyuman menawan hehe..ammar suka nak berus gigi tapi banyak duk hisap ubat gigi dari berus gigi hihi

Anonymous said...

gigi selalu jadi first impression

hihi ingat lagi, sorang sahabat ni pesan, kalau nak carik bf, tgk gigi dia dulu haha, klu rompong, sila lah reject

faraherda.razalan said...

Dulu org tak nak kwn dgn sy sbb gg sy kuning.

Tapi skg.......hehehehe.

Cik Hanis, awak citelah perjalanan hidup sbg nivelis nie. Mcm ne awak ley mula menulis. MCm ne awak ley terfikir nak bukukan karya awak. Sy berminat nak tau.

Hudalatip said...

seronok kan kalau gigi cantik, saya masa belajar kat kolej pun gitu gak, selagi tak puas gosok gigi, tak mau keluar bilik air, prinsip saya lepas gosok gigi tak boleh makan dulu, amik masa, hehe..

Jey said...

bab kata merentung buluh biarlah dr rebungnya..
kecik2 mlas gosok gg lekat ke tua kang

tim_fs said...

btut tu kak..penjagaan gigi bmula dr rumah n parent..walau saya masa kecik2 tak jaga gigi..tp anak2 saya saya terap supaya jaga gigi..nnti umo dorang 12thn keatas dah boleh gi scalling gigi plak..skang doc tak benarkan lg..

Nini D.. said...

Nini rasa macam nk hantar CikMat pegi ujibakat iklan Colgate..apa pendapat akak? :)

JunAina said...

Anak2 memang macam tu semua perlu emak ingatkan. Anak2 Aina pun sama kalau bab berus gigi malas bebenor...

JunAina said...
This comment has been removed by the author.
sud@is said...

bangun pagi gosok gigi
hari2 selepas mandi
gg putih penmbah seri

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

betul tuh...dr peringkat anak dah kena ajar kan..nnti dah besar gigi cantik..x der ler..belum tua dah rapuh..nak senyum pun malu sebb dah rongakk ;p

nurkaloi said...

penjagaan gigi memang pnting kowt
muka lawa cmne pun lau gigi karat
buruk rasenye hahaha

L said...

gigi menunjukkan org tu jaga ke x kesihatan die..=)

jom hayati sekejap.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

wahida said...

saya dari dulu sampai sekarang paling takut nak jumpa doktor gigi...huhu...

azian said...

heheheheh...
kak hanis, jap2 nak imagine berus gigi mcm kapal....hehehehhe

Kamalia said...

kelakar la pulak macam berus kapal..
tapikan kak,aritu saya sakit gigi,pi jumpa dentist..dentist tu kata dengan saya,nak berus gigi kena berus perlahan je,janagn kuat2..pastu nak pegang berus tu pegang macam pegang pen..
tapikan,susahla dah kita biasa dr kecik berus kuat2,lantakla asalkan rasa puas bila memberus kuat tu..ni bila perlahan,rasa mcm tak bersih je...

MulutPayau said...

hahaha..berus gigi macam berus kapal...mcm mana tu dik?????

Unknown said...

Salam,
LF dah banyak gigi takde! Yang tinggal pun, goyang sana, goyang sini, lubang sana, lubang sini. Macam mana ni ? LF redha je le

Hanis MY said...

Betul2 kn syg Dan jaga gigi tapi hanis tk suka jumpa dr gigi wuwuwu...

eB said...

gigiku jrg. hik3. sbb tuh senyum ktt ;p

farah fauzi said...

bulan 3 dah nak buka braces...x sabo plop rasernyer...

Kayun said...

nak juge kak gigi mcm iklag gg colgate. nak tips kak. hihihii

-Sara- said...

erus kapal? haha

Dinas Aldi said...

Tak bleh tahan part berus gigi macam berus kapal tuh, kahkahkah!

Reflisia said...

hhahhahah..kelakar berus gigi macam berus kapal...neway memang penting sangat gigi ni..

ummiross said...

gigi sihat, senyuman menawan..

irfa said...

betul la kak..
budak2 ni kalau tak suruh mmg dia buat tak tahu je gosok gigi ni

dah dewasa baru nyesal bila gigi cepat rosak

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...