Alhamdulillah, semalam sampai juga ke Karnival Buku Karangkraf. Seronok dan meriah. Orang sangat ramai dan penuh padat. Untuk satu jam pertama, memang duduk saja di bangku penulis kerana Novel Takdir Fitrah Terindah sudah kehabisan stok.Alhamdulillah... Terima kasih kepada pembaca dan pembeli yang sudi mendapatkannya. Seronok dapat berjumpa dengan Team Grup Buku Karangkraf. Gembira dapat berjumpa dengan editor Buku Prima Pn. Norhawanis yang banyak membantu. Selama ini cuma berhubungan di telefon dan e-mel saja. Berbesar hati dapat berjumpa dengan En. Mohd Ali, Senior Editor Buku Prima. Beliau sendiri yang tolong hantarkan Novel TFT di meja penulis. Terima kasih banyak. Semalam dapat berjumpa dengan Pengurus Besar Editorial, Pn. Sri Diah juga. Paling teruja dapat berjumpa dengan novelis-novelis lain. Semuanya sangat ramah. Berborak sakan semalam. Walaupun baru pertama kali berjumpa, tapi terasa cukup selesa untuk berbual mesra. Sangat gembira dapat berkenalan dengan novelis Kak Nora Fuad dan Kak Maya Rashidah. Kepada pembaca yang sudi datang dekat dan membeli novel TFT, terima kasih banyak. Siap ada yang minta tunggu kerana masih perlu beratur lama untuk membuat pembayaran. Saya teramat-amat berbesar hati dan menghargainya.
Han sibuk juga memilih buku semalam. Siap tolong carikan novel untuk mama dan kawan-kawan mamanya juga. Kesian dia, dua tiga kali kena beratur panjang untuk membuat pembayaran. Terima kasih banyak Han sayang. Dia memang sangat membantu dan cukup memberikan sokongan pada mamanya. Habuannya, banyak juga buku yang dibelikan oleh en.asben untuknya.Senyum lebar sebab dapat bawa balik banyak buku. Koleksi Merah Cinta Kita antara yang menjadi pilihan Han untuk diri sendiri dan adik-adiknya. Sampai di rumah, saya turut jatuh hati untuk membacanya. Memang koleksi yang bagus dan menarik untuk pembacaan anak-anak. Tahniah untuk Buku Prima dan penulis-penulis Koleksi Merah Cinta Kita. Malam tadi rumah sunyi sepi kerana anak-anak leka membaca. Seronok sangat rasanya melihat minat membaca anak-anak itu.
Pada yang tinggal berhampiran dan masih belum berpeluang untuk ke Karnival Karangkraf 2012, apalagi, jangan lepaskan peluang. Hari ini hari terakhir. Memang berbaloi-baloi membeli dengan diskaun yang sangat menarik. Ada banyak aktiviti yang disediakan. Pendek kata Karnival ini sangat owesome!!!. Datang lebih awal adalah sangat digalakkan. Kami yang sampai pada pukul 11 pagi semalam pun perlu menapak jauh untuk ke kereta. Alhamdulillah ada en.asben yang baik budi. Sudi nak tolong bawakan, sudi nak bersesak-sesak mencari parking dan berjalan jauh. Juga sudi untuk tolong beratur panjang untuk membuat pembayaran. Yang paling penting sudi menemani selama 3 jam di sana semalam. Terima kasih banyak. Untuk Grup Buku Karangkraf, tahniah untuk karnival yang hebat dan menarik ini.
27 comments:
alahai, tak dpt juga pergi, ingat nanti borong buku kat pesta buku jelah nanti
Tahniah jugak untuk hanis..ramai yang menunggu novel terbaru hanis..
wah tahniah hanis sampai habis stok... sy tak dpt pegi jeles jugak ada kwn dpt pegi huhuk
kalaulah dah dekat kak fea... nak juga kami terjah... dapat bersua muka yg pastinya kan!
Seronoknya kalau dpt pergi karnivl buku..mesti dapat borong buku/novel bnyk2..tahniah Hanis sebab buku hanis laris..itulah rezeki namanya.
tahniah kak....novel TFT memang best!..nini ulang baca sampai novel tu naik lunyai!
kalolah Shah Alam tu dekat dengan Taiping..mmg Nini sanggup redah!..tapi,apakan daya.. :(
hah? k.hanis tulis novel ye... nape saya tak tau.. alaaa... ade jual di mana2 kedai buku ye kak?
Tahniah Hanis!
Sayangnya tahun ini tak dapat ke sana!
tina othman : tunggu pesta buku pun best juga nnt tu..
acik erna : terima kasih kak.. yg kedua masih masih dalam pembikinan.. tak tahu bile nak siap..
jendela hati : Alhamdulillah.. terima kasih ye.. itulah.. ramai sungguh yg pergi.. ramai juga yg mengirim.. takpe next time klu ada lg boleh pergi..
izan ishak : jauh kan izan.. harap2 ada rezeki utk kita jumpa satu hari nanti..
whitecappucinno : Alhamdulillah.. mmg seronok kak.. tgk org memborong 2,3 bakul jd kagum betul..
nini D : terima kasih nini.. seronok dgr nini menyukainya.. jauh kan nini.. nak buat mcm mana.. klu dekat bolehlah juga gagahkan diri nak pergi..
maya amir : Alhamdulillah.. percubaan pertama maya.. selalunya kat mph atau popular mmg ada jual..
cklah xiiinam : terima kasih yer.. takpe, next time boleh pergi.. pesta buku pun nak ada lepas ni..
seronoknya kak..dahlah saya ni hantu buku, takdelak karnival cam gitu kat johor ni, huhu
tumpang gembira..
sentiasa berkata dlm hati, kalaulah ayu tidak berniaga, pasti ayu akan ke shah alam, mencari kak hanis
seronoknya kak. harap2 diaorg anjurkan kat area2 ipoh pulak lepas ni. ada can la kami org nk pegi. hihihiii
alhamdulilah, tahniah kak hanis..hppy 4 u :)
mlm td kt fb, kak nora fuad pon ckp menda yg sama; korang beborak mcm dh kenal lama....hihihihiih...sy baru pas blk td.. jemput bc n3 psl tuh...hiihiihihihih.. sms sy dpt x semlm?
Akak ni dah lama ada novel TFT. Kalau la jalan2 KL, nak bawak novel tu kot2 ada rezeki terjumpa & mintak autograf penulisnya, ngeeee..
Kak Azie dah lama simpan hasrat nak minta autograf kat novel U tu... Bila2 ada gather, kena bawa novel awak!
salam kak hanis.. tahniah atas sambutan menggalakkan pada novel akak... bertuah akak,rezeki melimpah ruah...
kalau tak kerana berpantang bersalin, saya dah ke sana dah...
Tahniah kak.
Cepat-cepat siapkan novel kedua ye :-)
Tahniah atas penjualan novel kamu tu sis...Maaf masih tidak berkesempatan membelinya lagi...teruk kan akk ni..tak membantu geng langsung....InsyaAllah akk akan dapatkan juga....
akak...
sy suke gak g karnival2 nih...tp kat jengka jarang ade...kl ade pun utk students....huhuhuhu
akak...
sy suke gak g karnival2 nih...tp kat jengka jarang ade...kl ade pun utk students....huhuhuhu
KC gi tp tak boleh nak sampai sana. Tengahari sabtu tu, jem sampai ke roundabout. Baru pkl 12 org dh ramai park tepi jln. Last2 niat nak ke sana terpaksa dilupakan*sedih*
memang tak sempat saya nak ke karnival macam ni sejak ada anak kecik..ehehehe
tq kak, tq han ;)
Sallam Hanis,
Tahniah atas novel sulung,
saya belum berkesempatan baca novel tu, insyaAllah nak baca juga.
tumpang happy..tunggu novel baru hanis jer..bila nak siap?? hehhe
Post a Comment