Wednesday, January 18, 2012

Cantik, anggun dan menawan...

Malam tadi aku keluar bersama anak-anak ke Uniform Galery untuk membeli uniform pengakap Is. Aku perasan ada kereta besar di sebelah. Sewaktu mahu keluar dari parking aku berpandangan dengan pemilik kereta di sebelah. Kami berbalas senyuman. Orangnya muda dan cantik. Berpenampilan cukup molek dengan badan yang menarik. Dengan kereta besar tentunya dia orang yang berduit. Di dalam kedai aku terpandangkannya lagi. Kebetulan pula kami memasuki kedai yang sama. Sama-sama mahu membeli uniform. Tudung Ariani yang dipakai membuatkan aku dapat mengecamnya. Penuh padat orang di dalam kedai itu malam tadi. Semuanya mencari pakaian unit beruniform kerana hari rabu adalah hari yang diwajibkan untuk pelajar memakai pakaian persatuan dan unit beruniform di sekolah.

Waktu leka beratur untuk membuat bayaran dan sibuk-sibuk melayan Is dan Az kami saling terlanggar pula. Pada ketika itu dia mahu keluar dari kedai. Kata maafku dijawab dengan baik. Kami berbalas senyuman lagi. Entah mengapa sampai hari ni aku teringatkannya. Aku terfikir sendiri, mengapa agaknya ya? Sebab dia cantik? Aku rasa tidak juga kerana bukan aku tak pernah tengok orang cantik. Sebab dia kaya? Tidak juga, kerana bukan tak pernah tengok orang berkereta besar. Tapi aku teringatkannya kerana senyuman manisnya. Kerana budi bahasanya. Itu yang membuatkan dia istimewa di mataku. Orang kaya dan cantik, itu biasa bagiku. Tapi orang cantik dan cantik senyumannya juga orang kaya yang kaya berbudi bahasa itu yang menjadikan ianya luar biasa. Bukan tak pernah jumpa. Cuma jarang nak jumpa.

Aku suka tengok orang yang ada beg atau kasut berjenama. Aku suka lihat orang yang ada kereta menjalar atau rumah besar. Bila tak mampu nak ada, tumpang tengok pun dah suka. Tapi kalau orang itu pemurah dengan senyuman dan berbudi bahasa, itu memang aku lebih suka untuk perhati. Ini kerana perkara itu mampu aku adakan. Boleh aku ikuti. Aku suka dan seronok untuk menjadi sepertinya yang boleh menyenangkan hati orang lain. Berhadapan dengan ramai orang membuatkan aku dapat lihat banyak perkara dengan sikap orang. Memang bagus kalau menghormati orang kerana orang itu siapa. Tapi lebih bagus lagi kalau menghormati orang walaupun orang itu bukan siapa-siapa. Orang yang bukan siapa-siapa sepertiku ini tentunya sangat berbesar hati jika menerimanya.

43 comments:

suri solehah said...

setuju sangat dengan hanis.munkin pakej dia yang lengkap tu buat anis teringat..tapi ada jugakkan..orangnya biasa-biasa je,,tapi sombong,,subhanallah.

Misz-ella said...

itu tandanya dia ada "Aura". Cantek aja tak cukup utk hati terpikat, kan.

Siti Noor Aminah said...

betul kak. ni selalu jumpa, muka dah tak cun, sombong pulak. hadoiii.

Rina Rahamat said...

sy pon kalau nmpk org mcm tu suka tgk..


sy suka tgk perempuan cantik..kalau dia berpenampilan menarik pakai pula kereta menjalar rs mcm cemburu pulak..bkn cemburu dengki tp cemburu nk jugak jadik mcm diaorang..

Fieza79 said...

bila org yg cantik..manis dan kaya tapi kaya pulak dgn budi bahasanya...mmg kita akan teringat2 kan die kan...untung la org2 yang berdekatan dgn org mcm tu kan...

Dinar said...

mungkin ini yg dikatakan hasanah di dunia dan hasanah di akhirat...bonus lah klu kita dpt mcm tu kaya budi, tambah indah jika kita kaya iman..WALLAHUALLAM

Nini D.. said...

cantik,menarik,tertarik..kau memang da'bomb!!

Nini takde rumah sendir..tp rumah hijau ternakan ado :)

tim_fs said...

kak..samala kita..saya pon suker tgk wanita kaya,keta beso cantek dan bertudung dan yg penting tak sombong..tu package yg lengkap..cantik tu bonus..

Acik Erna said...

Hanis..masa kita jumpa dirumah Dato, LF dulu pun..acik suka tengok hanis yang tersenyum manis..dan lemah lembut..

Lulu Caldina said...

benar kak.. lulu ada satu habit tau kak fea.. Lulu suka beli sayur tempat yang sama.. dan makcik jual sayur tu sangatlah mesra.. memula tak mesra, skrg dah jadi 'pelanggan tetap' dia memang peramah sangat.. bila dah beli sayur tu, masuk kereta, terbayang-bayang senyuman makcik tu sampai ke rumah.. ;)

kasihibu said...

budi bahasa seseorang buat kita terkenang kenang kan?

Suara Kalbu said...

Setuju kak.

Suka tengok orang kaya, cantik tapi berbudi bahasa tinggi.

Tak suka yang sombong sombong

ainnoraini said...

kakain mmg suka tengok wanita yg cantik..bergaya..npk anggun...kalau tak sombong lagii la sukeee...

gadisBunga™ said...

:)

teringin nak jadi orang macam tu, sampai org teringat-ingat. :D

tapi apakan daya, saya cuma ada senyuman saja. ehehehe~

Unknown said...

Complete package wanita ni kn kak. Untungnya org sekeliling dia

yua said...

tp yua biasanya selalu jumpa org2 kaya yg cantik ni biasanya sombong.. kebiasaannya mcm tu.. tp x dnafikan smuanya mcm tu

farah fauzi said...

betl akak...tapikan..senyman akak pun cukup2 manis...farahpun suka tau bila tgk akak senyum... :))

susumanis said...

bidadari surga kah itu ..:)) hati sy akan berkata kl jumpa org seperti ini..

amiey lee said...

sagtt setujuu..penah terserempak mcm tu...bila senyum dia masam aja...hmmm hampeh tul

ieja amieja said...

betul tu, senyum satu sedekah..x rugi bila kita senyum pada org..automatik org akan kata kita x sombong..

ummiross said...

kaya harta, kaya budi bahasa,tidak menyombong, itu mungkin antara ciri2 yang menambahkan lagi kecantikannya, membuat kita mengaguminya kan Hanis..

eiela said...

pakej lengkap tuh kak, memang selalu terkenang kalau jumpa yg mcm nih.

Ce'gu JAERA said...

ya, bila kita berbudi, orang pasti akan mengenang nya.. mogga kisah ini menjadi pendorong sesama kita dengan nilai2 murni..

saya paling suka tengok orang kaya yang merendah diri, tidak menunjuk2, dan tidak angkuh...

Qhaifa Nur said...

mungkin ada keikhlasan dihatinya walaupun kaya raya...air mukanya sudah buatkan kita dok teringat2...

belum jumpa lagi orang kaya yang x pandang darjat...

Izan Ishak said...

setuju ngan kakchik... auranya kuat sampaikan kita asyik teringatkan dirinya...

JunAina said...

Beuntunglah dia kerana mempunyai package yang lengkap. Cantik, kaya dan berharta juga kaya budi bahasa. Sekurang-kurangnya sejuk juga hati kita yang memandangnya.

Aina pernah juga cakap dengan Adik. Ko tengok orang bawak Merc, bawak BMW pun beli brg kat Econsave jugak tak delah pulak dia beli ikan kat JJ...hehehee...

Unknown said...

seronok bilo tengok orang melayu berkereta mewah..bangga...lagi bangga kalo dio baik kan..:)

qemaishak said...

Pakej lengkap tu: cantik wajah& budi bahasa, kaya pulak..susa nak jumpa org gini kan kak.

Kamalia said...

Bestkn kalau dpt berjumpa orang jenis tu.tahun lepas ada seorang prof ni datang Jepun.perempuan dalam lingkungan 50-an..tapikn kak penampilan dia sangat bersederhana.memang tak macam seorang prof pun..sangat merendah diri.:))

♥MAMASYAZA♥ said...

senyum tukan satu sedekah, tak rugi pun kalo kita senyum kat org lain. besar pahalanya. harta tu pun bukan nak bwk masuk kubur.

Dr K said...

Ingat lagu "Senyum, tak perlu kata apa apa" :)

faraherda.razalan said...

BEtul. Klu takat senyum je. Mst kite pun jdk cool!

Eye_nee said...

gambaran yg kamu olah tentang wanita itu seperti terasa akk pula yg melihatnya....melihat senyuman kebaikannya dan kekayaan yg terpancar pada gayanya...

Unknown said...

itu kuasa senyuman gamaknye...:p

wahida said...

saya baru lepas entertain guest yg sgt la sombongnya...mak aii...bahasa pun kasar...nyampah...

eB said...

mesti ko suker aku kan? hik3

Dinas Aldi said...

Sungguh bertuah orang tu kerana bukan saja cantik bergaya & berada tapi jugak berbudi bahasa :)

whitecappuccino said...

suka juga tengok orang2 yg cantik apatah lagi kalau murah dengan senyuman.

Adzrien Shoppe said...

budi bahasa juga yg kita ingat selalu..

noor said...

bangga bila tgk melayu klau yg kayo2 tuh

♥ Nana BamBam ♥ said...

kalau muka lawa tapi hati tak lawa nak buat apa yedAKK..HUHU

Unknown said...

Aida pun suka tengok org yg mcm tu.. Balance hidup dia kan.. Ni ada yg buat-buat kaya pastu nak sombong x pasal-pasal.. Sudahlah barang pun fake, perangai dan sikap je x fake! Errrr

Irfa said...

pakej yg sgt bagus.
cantik.kaya dan berbudi pekerti mulia

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...