Thursday, January 26, 2012

Layanan bak artis...

Hari ahad baru ni aku dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu di Bangsar. Majlis dibuat di dewan. Majlisnya cukup simple tapi tetap meriah. Makanan yang dihidangkan sangat sedap. Ada nasi bariyani, ada mee rebus, ada kuih muih yang beraneka jenis dan ada murtabak singapore yang dihidangkan panas-panas juga. Di atas pentas tiada pelamin yang di pasang. Tapi ada sekumpulan pemuzik yang memainkan muzik secara live di situ. Meja makan beradab di letakkan di depan dewan untuk pengantin. Makanya memang tiada majlis bersanding. Nampak lain dari majlis perkahwinan melayu biasa. Tapi suasananya tetap sama. Pengantin yang sama cantik sama padan masuk ke dewan dengan baju sedondon berwarna biru nila diiringi selawat nabi.

Selepas en.asben, Han dan Is mengambil makanan, aku dan Az pula bangun untuk mengambil makanan. Ada seorang pakcik dan dua orang anak remajanya beratur di hadapan kami. Aku perasan, sejak aku sampai, sehinggalah aku berdiri di situ, pakcik itu asyik memandangku. Setiap kali dia memandang, aku membalasnya dengan senyuman. Maklumlah majlis kenduri keluarga. Mungkin pakcik itu juga salah seorang dari saudara mara yang aku tidak kenali. Ibu pengantin pun aku baru mengenalinya ketika majlis kenduri kahwin adik bongsuku. Walaupun dia sepupu yang rapat kerana ayahku dan ayahnya adik beradik, tapi oleh kerana arwah ayah dibela oleh makciknya sehingga dewasa, maka kami lebih rapat dengan saudara yang sebela dengan arwah ayah. Dengan keluarga adik beradik kandung arwah ayah kami tidak berapa rapat. Maka ramailah kaum keluarga sendiri yang aku sendiri tidak kenali.

Waktu sampai giliran pakcik itu untuk megambil pinggan, dia mengambilkan pinggan untuk anak-anaknya juga. Kemudian diambilkan pinggan untuk aku dan Az sekali. Orang berbudi, tentulah kita kena berbahasa. Aku mengucapkan terima kasih dan minta Az berterima kasih juga. Pakcik itu tersenyum. Selepas mengambil lauk pauk dan hidangan lain, pakcik itu masih memandangku. Waktu aku mengambil air pakcik itu menegurku. 

Pakcik : Awak ni pelakon kan?
Aku :  Eh, taklah pakcik. Saya bukan pelakon. 
Pakcik : Awak bukan pelakon yang pernah kahwin dengan pemain bola tu ke?
Aku : Bukan pakcik.
Pakcik : Oh, saya salah orang lah ni. Minta maaf ya.
Aku : Takpe pakcik.

Takpe pakcik saya tak kisah pun. Terima kasihlah sebab pakcik telah melayani saya dengan baik bak artis. He..he..

40 comments:

Lulu Caldina said...

autograph pls... ;)..ekeke

nape kak fea tak tanya, siapa nama artis yang sama dgn kak fea tu??

Kakzakie Purvit said...

Mesti kalau tak macam Ayu Raudhah macam Rita Rudainailah Hanis ni ye...

Patut pun beria pakcik itu senyum kat Hanis.

Izwa Kamaruddin said...

bakal jadi selebriti ni pakcik...nnti buku meletop dijadikan filem ni pakcik :D

TS said...

wahh...pasni nak jmpe kak fea kne bertolak2 la nih..hihi
meh nak amik pic ngn kakak..hihi

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

pakcik tu excited dpt jumpe retis.hihi~

kasihibu said...

hehehehe....memang artis pun kan?

agaknya pakcik tu teringgatkan haleeda tu kot?

Unknown said...

Pelakon yang pernah kahwin dengan pemain bole...

Mesti macam Haleeda ni tak? Yus pun pernah rasa Hanis ada iras Haleeda tau...:)

Fieza79 said...

hehee...kelakar pulak..layanan bak artis ye kak..

knp kak tak tnye sape artis yg kawen dgn pemain bola sepak tu...

Anonymous said...

mgkn dia ingat halida yg pernah kawen ngan azman adnan...

Unknown said...

ekekekek...
entry yang buat saya gelak pagi ni...

artis mana la yang palcik tu maksudkan..
tapi saya perasan muka kak fea ada iras2 penyanyi/pelakon haleeda..bekas isteri azamn adnan pemain bolasepak selangor dulu..heheh

Hudalatip said...

oh..cam artis gitu, aahlah betul cam kata kak yus, akak cam haleeda eh..ada iras la..

farah fauzi said...

farah raser la kan akak mesti pakcik tu ingat akak macam haleeda bekas isteri azman adnan tuh...betul ke tak ekk..raser nak gi tanya jer pakcik tuh siapa kah gerangan artis it...haha

Unknown said...

wahhh kak!! dah ala-ala artis ni. seb baik pakcik tu tak hulur pen ngn buku mintak autograph hehehehe

Nini D.. said...

incik suami kak Fea...sila jangan jeles!!!

Qhaifa Nur said...

bestnya kalau orang kata begitu...

Kakcik Seroja said...

Hehehe... pakcik tu minat dengan artis rupa2nya... :)

Kak Amy said...

pak cik terlebih excited nak jumpa artis tue kak...hikhik

safurara said...

pakcik teringin nk jumpa artis ye.hehehe.ala xde gmbr ke.

Liza Abu Bakar said...

he..he.. agaknya kalau dia tak sangka bukan artis, camner pulaklah layanannya ye.

Anonymous said...

1.rozita che wan
2.ayu raudah
3.haleeda-azman adnan
4.salwa-subadron aziz
5.as feminin-azman adnan

kehkehkeh.

kueh

suri solehah said...

hehe..pelakon mana ye yang pernah kawen ngan pemain bola..sah hanis ni cun gitu..

ckLah @xiiinam said...

Peminat tersalah layan...hehehe.


Macam Rita Rudaini ke macam Haleeda pakcik? Cantik kan Hani Azla ni pakcik!



:D

munna said...

wah...mesti lawa kakaka dressing hari tu... munna rasa macam salwa abdul rahman

whitecappuccino said...

Patotla layanan tip top..dia ingat hanis artis..hehe, tapi rupa hanis ada iras2 haleeda la.

Unknown said...

SALAM,
LAIN KALI, JUMPA ANIS, NAK AMBIL GAMBAR !

TENTANG MAJLIS TU, LF SUKA SANGAT DENGAR MAJLIS2 YANG SIMPLE DAN SEDERHANA SEPERTIMANA YANG HANIS CAKAPKAN ! LAYANAN TERHADAP TETAMU YANG PERLU DIUTAMAKAN ... KITA LEBIHKAN BERBELANJA UNTUK MAKANAN (SEMESTINYA MENGIKUT KEMAMPUAN).. YANG LAIN2 TU, KURANGKAN ATAU TAK ADA PUN TAK MENGAPA .. MAAF , INI PANDANGAN LF.

eB said...

pergh. artis tuh. nk autograph :)

Rina Rahamat said...

nk signnnnn....:P

Eye_nee said...

iras2 artis rupanya dia ni...hihi..tp kamu mmg cantik..ni yg tak sabar2 nak cari juga buku kamu ni...Maaf sis..masih tak berkesempatan nak beli buku kamu lagi..

Izan Ishak said...

patutulah beria2 pakcik tu tgk kak fea ye.. ada iras2 haleeda agaknya akak ni...

Anonymous said...

kerlas, nak autograph jugak lah hehe

Maya Mayana said...

yana tahu mcm retis sapa... yana perasan juga dulu bila pestime tgok akak tp bila pk cik tu ckap yg khwin dgn pemain bola dulu,yana rasa akak ni ada imbas2 haleeda yg kahwin dgn azman adnan dulu tuu...sweet2 manis2,ayu2nya...

Dinas Aldi said...

Bila baca komen kawan2 di atas nun, betul jugakla, ada iras2 Haleeda la Hanis ni bila teringat gambar Hanis masa gathering tu hari :)

Kayun said...

betui betui betui! haleeda.

Jendela Hati said...

wahhhh gelemer la uolss hihikkk... dpt gak jd artis walau sekejap

azieazah said...

Bila U senyum, ada skit macam HALEEDA. But U lawa lagi!

U tak perlu jadi artis. Jadi novelis terkenal pun dah tak menang tangan nak sign autograf.. hehehe

Suara Kalbu said...

Muka akak memang ada iras-iras Haleeda sebab tu pakcik tu confused kejap hihihihi

Kamalia said...

hehehe..betul la tu pakcik, ni Haleeda la.opss,salah orang..:p
rupa akak memang ada iras sikit dengan Haleeda..itu apa yg saya rasala..

Hanys Najib said...

hamboi kaaaak..muka macam retis...nak saiinnnn..haha..

eh, tapi akak skang artis lah jugak, artis novel,hihi.. ;D

Irfa said...

rasanya Haleeda tu ;)
yg pasti akak mmg chumel

ummiross said...

hihi bestnya layanan,ummi pun tengok rupa Hanis macam Haleeda, so sweet..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...