Friday, January 13, 2012

Mimpi blogger...

Malam tadi aku bermimpi. Mimpi yang indah. Paling best bila dalam mimpi itu, entry untuk hari ini sudah siap aku postkan. Siap boleh rasa lega bila entry hari ni dah settle. Dalam mimpi pun boleh ambil kisah tentang entry he..he..

Makcik dan pakcikku ada krisis sikit. Kedua-dua keluarga terus renggang sejak itu. Kami sekeluarga pula masih berbaik dengan kedua-dua keluarga. Tiada masalah langsung dan tidak ikut masuk campur. Dengan keluarga makcik kami masih rapat. Dengan keluarga pakcik juga begitu. Setelah bertahun-tahun, mereka masih terus renggang. Iyelah, setelah krisis itu kedua-dua keluarga  tidak pernah bertemu atau berhubungan. Jadinya memang mustahillah untuk  perhubungan itu kembali terjalin. Keadaan ini membuatkan kami sekeluarga rasa sangat tak seronok dan sungguh tak selesa. Ini kerana kami semua sangat-sangat rapat suatu waktu dulu.

Mereka tidak lagi memburukkan sesama sendiri. Bila kami dekat dengan keluarga makcikku, pakcikku tidak kisah. Namun tidak mahu ikut serta. Bila kami merai keluarga pakcikku, makcikku juga tidak mahu ikut sama. Namun tetap tidak pernah menghalang kami. Tapi keadaan itu membuatkan kami jadi serba salah. Sudah banyak kali juga kami cari jalan untuk mereka berbaik-baik. Namun sampai saat ini ianya belum berhasil. Yang di sini cuba mengelak. Yang di sana tidak mahu mengalah. Untuk berlebihan takut-takut hubungan kami dengan kedua-dua keluarga pula merenggang. Perkara itu paling kami cuba elakkan. Mahuku mereka dapat berbaik-baik semula seperti waktu dulu. Agar saat-saat indah dulu dapat kami laluinya lagi bersama-sama tanpa ada sebarang sengketa.

Mungkin kerana perkara itu sangat-sangat aku harapkan sehingga ianya terbawa-bawa dalam mimpi. Malam tadi aku bermimpi mereka sudah berbaik kembali. Aku rasa sangat bersyukur dan sungguh gembira. Mungkin juga kerana aku terlalu mahu buat entry saat hubungan itu kembali terjalin membuatkan aku sudah termimpi-mimpikan entry tentang perkara itu. Memang terasa indah perasaanku di dalam mimpi malam tadi ketika entry itu aku postkan dengan tajuk ALHAMDULILLAH. 

Ya Allah, jauhkanlah kami dari berpecah belah. Satukanlah hati-hati kami.. 

36 comments:

TS said...

kita yang rase serba salah bile duk kat tgh2 kan kak...
moga disatukan hati2 mereka kembali..

Unknown said...

daapt rasakan perasaan hanis bila tersepit ditengah2...

sampai terbawa2 kedalam mimpi ya.

Yus ingatkan tadi mimpi berjumpa teman blogger, kot mimpi jumpa yus ke?

hehe...sorry hanis mengusik sedikit, yus doakan moga perhubungan pakcik dan makcik hanis yang renggang tu akan pulih semula satu hari nanti. ...InsyaAllah.

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

amin.... =)

susumanis said...

salam hanis...doakan mereka agar kasih kan bertaut kembali, senjata paling ampuh bagi kita muslim adalah doa..sebut nama makcik dan pakcik setulus hati dan doakan hati mereka disatukan kembali..hati kita milik Allah swt..dalam sesaat boleh dibolak balikkan dagn kun fa yakun.. insyaAllah

Anonymous said...

insyaallah, tina doakan yg baik2 je

Niza Romli said...

Niat yang murni..Insyaallah mungkin satu hari annti kembali bersatu kak :)

firuz aka MDT said...

hehehe..ingat mimpikan ai tadi :D

rindu plak kat hanis

Unknown said...

teruskan berdoa semoga allah lembutkan hati mereka supaya ukhuwah kekeluargaan dpt bertaut kembali. ego dalam diri mmg susahnya nk dilenturkan. tp bila ego dh hilang, barula mereka tersedar dari kesilapan memutuskan silaturahim macam ni.

suri solehah said...

emm..harap2 lepas ni hubungan kembali elok..kata orang masa ni kita boleh ckp bohong demi untuk satukan yang bergaduhkan

Kakcik Seroja said...

Mudah2an mimpi itu akan menjadi kenyataan. Amin. :)

Izwa Kamaruddin said...

insyallah..amin..

Fieza79 said...

mudahan suatu hari nnti..mereka dpt berbaik semula..tak mustahil dgn kuasa tuhan kan...

Unknown said...

Salam,
Teruskan usaha murni itu dan berdoa memohon kpd Allah

Kakzakie Purvit said...

Punyalah tinggi harapan Hanis sampai terbawa dlm mimpi. Insya-Allah doakan selalu...

Hudalatip said...

mudah2an jadinya yang baik-baik saja yea..

Eye_nee said...

sukarkan rasanya bila perhubungan tu retak...yg kita pula ditengah-tengah....memulihkannya bukan mudah....sampai termimpi.mimpi kamu yer sis...hehe..

whitecappuccino said...

memang hati kita tak akan senang bila hubungan kekeluargaan tergugat..

ummiross said...

Hanis,moga mimpi jadi kenyataan, sama2 kita doakan agar mereka bersatu kembali..

gadisBunga™ said...

yakinlah saya sekarang yang ilham memang boleh datang melalui mimpi!

tapi dalam bab ni saya syak akak sgt berharap kan perkara yg baik tu terjadi, tu pasal sampai mimpi kan.

insyaAllah, mimpi petanda baik kot tu.... :)

faraherda.razalan said...

Semoga semuanya dlm keadaan baik!

Unknown said...

hebat blogger..
sampai termimpi2...

harapnya ada ruang untuk mereka berbaik2 semula..

munna said...

InsyaALLAH pasti hubungan mereka akan pulih kembali nanti

Anaasuria said...

hanis, semoga mimpi tu menjadi doa yang akan dimakbulkan Allah.. ameeenn.. besar pahala merapatkan silaturrahim..

Ati Masrif said...

alahai..blogger sejati hanis ni :)

faham sangat perasaan tu hanis
kerana family kita pun macam
gitu sekarang ini..tapi malas
nak cerita..

ibarat memburukkan diri sendiri
pendam saje selagi boleh telan :(
tapi tak putus berdoa agar ada sinar
satu hari nanti....AMIN!

eB said...

kiter geng. ahaks ;p

perjalanan pulang said...

oh... mimpi rupanya

saniah said...

salam hanis...tu la kan...bila org2 yg rapat dengan kita berkrisis kita jadi tersepit tengah2..takpe bagilah mereka masa..sambil doakan mereka diberi hidayah dan dpt berbaik semula macam dulu..InsyaAllah..:)

Cho Zila said...

harap2 mimpi menjadi kenyataankan... doa yang terbaik untuk mereka

Rina Rahamat said...

kalau ssy perkara tu asyik dlm fikiran kita mmg boleh bawa dlm mimpi..


mga impian kak hanis nk tgk mrk berbaik akan jd kenyataan..insya-allah :)

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

Insyaallah
kita berdoa bersama agar mereka berbaik semula

Kayun said...

kami pun turut serta jugak mendoakan supaya mereka berbaik. huhu saya pun ada pengalaman mcm ni jugak kak. huhu

sud@is said...

mudah2an mimpi hanis menjadi realiti

Unknown said...

moga tiada apa2 yang berlaku..
sabar ya kak hazla..
ayu doakan mereka bersatu kembali

bab mimpi tu, moga menjadi kenyataan

kak, dah join sagmen ayu terbaru ttg bloglist??

sila ke
http://ruhayurazali.blogspot.com/2012/01/pemberitahuan-gubar-bloglist-entry.html

Hanys Najib said...

Akak terlalu fikirkan kot..tu yg sampai termimpi-mimpi.. :-)

azieazah said...

Kalu depa berdua dapat jadi blogger pun best gak. Bleh luah perasaan dalam blog, bila lega mesti rasa gumbira. Tak da nak masam muka lagi.

Unknown said...

Mudah2an doa hanis dimakbulkan satu hari kelak dn mimpi jadi kenyataan..memang sukar menghadapi situasi begitu kan..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...