Monday, January 30, 2012

Siapa yang tak nak kan..

Teringat waktu ambil duit anak yang diberi untuk pelajar sekolah seorang seratus ringgit tahun lepas. Di kertas yang perlu ibu bapa tandatangan ada satu bahagian bertulis menerima atau menolak. Melihat bahagian itu aku bertanyakan soalan kepada cikgu anakku. Ada ke yang menolak duit yang diberi ni? Cikgu itu tersenggih mendengar soalanku. Duit kak. Orang banyak duit pun ambil. Jawabnya.

Sekarang ni mengenai BR1M. Kalau dulu bila ditanya pendapatan, ramai yang mengaku berpendapatan besar. Jarang benar nak mengaku bergaji kecil. Ibu bapa pun memang ramai yang buat pengakuan mengatakan anak mereka bergaji besar. Tapi bila borang keluar, ramai pula yang mengatakan mereka layak dengan alasan pendapatan mereka kecil. Kalau dah layak apa salahnya. Tapi bab bercakap besar dulu tu macam tak berapa nak kena. 

Hmmm... siapa yang taknak duit kan..

15 comments:

TS said...

hurmm..betul..
even yg kaya pon amik kan kak.. :)

Unknown said...

hahah...
setuju dengan kak fea..
ada terjadi kat orang sekeliling saya ni..
dulu kemain mengaku gaji besar.tapi sekarang ramai nampak dia berbaris ambik baucer 500 tu ..heheh...

Anonymous said...

betul, sapa yg tak nak duit, kekadang yg kita ingat byk duit ni yg lagi berebut nakkan duit tu

Fuz said...

siapa yg taknak duit halal kak :p

kasihibu said...

sekolah anak sya tak dapat pun rm100 tu, mungkin integrasi memang tak ada kot?

kami suami isteri pun sebelum tu berbelah bagi juga nak menerima masa diumumkan dlm belanjawan tu bukan berlagak tp
rasa macam seba salah, fikirkan mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan.

Anonymous said...

kak hanis ;)
senyum je baca.tapi bab gaji besar dah tolak itu ini tinggal bape sen je pun.huhu.tapi tak layak pun nak apply rm500 tu

from me:happyirfa

Anonymous said...

KASIH IBU..
anak saya pun tak dapat rm200 tu.kata mereka sekolah integrasi tu swasta..dah call JAIS.pun katanya xde..pelik kan?

from me:happyirfa

Acik Erna said...

Hanis..betul tu..kalau pasal duit..tak de yang nak menolak.
anak acik sorang je yang sekolah lagi..bila ambik..pandai dia..mintak mak dia simpankan dalam buku ting..bukan nak suruh beli buku..

Unknown said...

yup agree, sapa yg xnk duit

Adzrien Shoppe said...

kak liza nak tapi tak layak. patut depa kira juga tanggungan ada berapa org kan. gaji RM3000 anak sorang dgn gaji sama tapi anak 5 org tu lain benor belanjanyakan.

Izwa Kamaruddin said...

sebab tu la terjadi nyer....benci benci kerajaan tapi bila diberi duit terus lupa dtg dari penyokong mane..kekekeke...opppss.. tak minat politik... :D

L said...

setakat ni, xdak manusia yg tanak kan duit.. haha

jom hayati sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

Nini D.. said...

DUIT..boleh buat apa saja..hebatkan kuasa DUIT

Ateh Nour said...

Sallam Hanis,

Tu lah Hanis, bila bab duit ni, orang yang dulu cakap besar tu boleh dapat, orang yang macam akak ni yang terang2 layak boleh tiba2 jadi tak layak plak. Kesal..

Unknown said...

Saya suka topik ni sbb boleh tahu sapa yg ikhlas dan x ikhlas.. Sampaikan wang bantuan rm500 punya hal, sanggup menipu..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...