Sabtu yang lepas, kami ke zoo negara. Sebenarnya tiada dalam plan pun untuk jalan-jalan cuti sekolah ke zoo. Tapi disebabkan ofis en.asben ada CSR bersama anak-anak dari Kiwanis makanya kami pun ikut serta. Sebenarnya seperti anak-anak, aku pun selalu teruja bila pergi ke zoo. Seronok bila tengok aksi haiwan-haiwan yang dijaga sebaiknya di sana. Walau penat berjalan tapi memang rasa berbaloi. Bila penat barulah patah balik cari tram pula he..he..
Harga tiket untuk dewasa RM25. Harga tiket untuk kanak-kanak RM9. Agak mahal harganya kan. Tetapi memikirkan biaya penyelengaraan juga tentulah tinggi makanya harga itu mungkin berpatutan. Cuma yang tak puas hati tu bila harga makanan yang dijual jadi berganda-ganda. Kalau untuk pelancong mungkin tidak terasa. Tetapi untuk orang tempatan memang muak jugalah. RM20++ hanya dapat 4 ice cream cornetto dan sebotol air mineral. Yang anak-anak pulak time tu jugaklah dia orang nak makan cornetto. Haiiissshh.. Tapi bila fikir sekali sekala nak makan ice cream dalam zoo makanya layankan ajelah.
Sepanjang di zoo, walaupun kami sekeluarga pergi bersama tetapi kami tak join pun program CSR en.asben tu. Iyelah, en.asben pergi ke sana untuk buat amal. Kebetulan en.asben ditugaskan untuk jadi kid buddies. Takkanlah nak ganggu untuk jaga anak sendiri pula kan. Jadinya kami jalan asing-asing. Cuma waktu animal show saja baru kami duduk di tempat yang sama.
Anak-anak Kiwanis ini ialah anak-anak sindrom down. Seronok tengok gelagat mereka yang nampak keletah. Simpati sudah semestinya walaupun bukan itu yang mereka harapkan. Apa yang aku lihat memang kena banyak sabar untuk melayan mereka. Bagus juga ada aktiviti CSR sebegini. Sekurang-kurangnya kita dapat maklum tentang sedikit sebanyak perkara yang kita tidak tahu sebelum ini. Walaupun program ini bukan program aku, tetapi dari cerita en.asben dapatlah aku dan anak-anak sedikit info tentang anak-anak ini.
24 comments:
berikan ruang utk mereka gumbira...pahala juga tu membahagiakan org kan? best jln2 walau penat...
buat kita bersyukur dgn anak2 kita yg normal.
saya tak kisah bayar mahal utk masuk zoo. Sebabnya bulan Nov lepas pun saya ke sana. Tapi saya sedih tgk tahap zoo negara tu..binatang kurus, sakit..zoo uzur...macam tak berbaloi bayar tiket mahal2...dan memalukan bila pelancong luar tgk zoo kita mcm tu
dah lama sgt tak masuk zoo. asek tengok gambar binatang dlm tv je.
last ke zoo hampir 8 thn yg lalu...tak byk perubahan brgkali cuma harga tiket yg dah dinaikan seiring keperluan pengurusan haiwan2 yg dipelihara..
bunga pom cam nak p gak..berikan sedikit kegembiraan..
Besar pahalanya menggembirakan anak2 istimewa tu...
CSR tu ape kak?
haah betollah kak, aiskrim je dh berape ringgit dlm zoo tu, mahal btol! tp tulah jalan2 saje je xsedap gak, sambil2 jalan tu nak gak mkn aiskrim kan..hehe
anak saya si najwan
nk pi zoo sejak tahun lepas lagi
asik bizi je mak ayah ni..
harga tiket tu okeh da tu..
kami belum penah bawak anak2 jalan2 ke zoo negara tu (padahal bukan jauh pun kan :p) ... ok kena igtlah bawak siap2 bekalan kan ... tapi dah namanya budak, time tu la dia mintak macam2 tgk orang berjual ... heee
RM26 ? biar betul!!
kalau tak salah last 2 years RM15
huihh.. mahalnya...
uik, zoo negara dah mahal?
tapi mmg menyakitkan hati bila makanan yg dijual mahal2 belaka...
my name is yana : betullah.. dpt buat mereka gembira dan klu ikhlas mmg juga pahalanya..
diana : akak pun baru dpt tahu yg anak2 sebegini selalunya ada komplikasi lain juga.. en.asben cerita ada anak2 tu doktor kata ada +- 4 tahun saja.. tp ajal maut di tangan Allah kan.. Al-fatihah utk arwah sepupu diana tu...
adzriel ab : Alhamdulilah.. syukur sgt2..
daddy ziyyad : harga mmg kita tak berkira klu apa yg kita dpt tu berbaloi dgn bayaran yg dikeluarkan.. harap2 pihak pengurusannya dpt meningkatkan lg mutu zoo di negara kita..
- GC - : tengok depan tv pun okey.. taklah rasa penat.. tiket pun takde.. he..he..
eye_nee : sikit2 penambahbaikan itu dptlah juga dilihat..
bunga : nnt bolehlah pergi utk happy2..
ummiross : harap2 dptlah mereka pahala yg di cari itu ummi..
h4ni3 : CSR tu Corporate Social Responsibility..
-sara- : sgt betul.. itu yg mahal2 pun beli jgk.. he..he..
sarah najwan : cepat najwan, kasi gegar mak & ayah yg bizi tu.. he..he.. takpe tak lari zoo tu, ada masa boleh pergi..
=sz= : masalahnya suzie, yg bawak bekal tu mmg bawak.. yg jual pun sibuk nak beli jugak.. he..he.
pala maldini : betul RM25..
wahida : yg lg sakit hati bila yg mahal itu jgk yg kita nak beli.. hu..hu..
alamak terlepas can nk join contest...takde rezki nampaknye..huhuhu
mmg la kak, apsal ntah mahal sgt harga makanan kt zoo...ari tu beli cornetto dua pun dekat 10 hinggit..haishhh...
jadi lani dah tau
jika nak ke zoo negara
siap2 tapau makanan dari
luarlah...hihi
salam hanis..seronok kan pergi zoo sesekali..banyak yg dia org boleh belajar;)
dilla ady : takpe mungkin next time boleh join pula.. mahalkan.. klu benda tu mmg barang mahal kita tak kisah, tapi bila ianya di jual degan harga yg mahal itu yg buat kita rasa tak best kan..
ati masrif : betul.. tapau apa yg patut.. jd tak perlu membazir utk benda yg tak perlu dan tak berpatutan..
mamatiamia : mmg seronok bila anak2 dpt belajar benda2 baru mcm tu..
kanak2 begitu perlu dihiburkan
seronok melihat mereka gembira.....
kesian, family pun kesian jgk betapa susah nak jaga. semoga keturunan zuriat aku sihat walafiat. amin..
p/s: aku kalau terlepas kat zoo terasa rugi kalau tak ambik gmbr gelagat haiwan tu semua. hehe
kak hanis,sungguh lama saya tak pi zoo negara. yg saya tau pun, ada foto famili, mak tengah dukung saya lagi masa tu. tokwan pun dok gagah berjalan lagi. hehe. kiranya lamaaa dah la noh..hehe XD..time tu msti murah lg kan nak masuk zoo..hehe
g suka pi zoo melaka...rs mcm best skit kat situ...tp skrg dh lama tak pi zoo...huhu...bilalah agaknya nk masuk ke zoo tu lg...
sud@is : bila ada peluang, seronok juga dpt buatkan mereka gembira..
sasa al-sharif : berat mata memandang.. berat lg bahu yg memikul kan.. org ada dslr ni mmg rugilah klu tak ambil gambar kat tempat mcm tu.. he..he..
kayun : mmg dah lama benar tu kayun.. nasib ada foto kenangan sebagai bukti kan.. he..he.. takpe nnt2 boleh pergi lagi.. kli ni kayun pula yg bawa family..
oqy : zoo melaka macam redup sikit.. itu yg rasa best sikit kot.. nnt ada masa bolehlah ajak mr.b ke zoo lagi..
Post a Comment