Hujung minggu sudah, hari sabtu dan ahad kami ada jemputan majlis perkahwinan. Alhamdulillah, dua hari berturut-turut dapat makan nasi minyak. Tahniah untuk pasangan pengantin. Semoga kehidupan baru mereka ini sentiasa diberkati Allah. Hari sabtu itu kami memenuhi undangan perkahwinan adik jiran sebelah rumah di rumah keluarganya di Ampang. Hampir 1.30 th juga kami keluar dari rumah kerana menunggu Han yang ada Kem di sekolah sehingga tengah hari. Selepas melalui kesesakan sejak melepasi tol Sg. Besi akhirnya hampir pukul 3 ptg kami tiba di rumah pengantin.
Waktu itu tetamu masih ramai memenuhi khemah. Barisan untuk mengambil makanan juga masih tetap panjang lagi. Seketika kami menunggu untuk tempat kosong sebelum mengambil makanan. Sebab kami ramai makanya terpisahlah tempat duduk antara aku dan en.asben dan sebahagian dari anak-anak kami. Takpelah. Kami bukannya pengantin untuk makan semeja untuk majlis makan beradap pun. Jadinya semua itu kiranya no hal. Sejak sampai sehinggalah mendapat tempat duduk keadaan di dalam khemah agak binggit dek satu kumpulan yang duduk semeja betul-betul bersebelahan dengan mejaku. Gelak bukan main kuat. Berborak pula bagaikan mereka mahu seisi majlis itu mendengar cerita mereka. Aku, mak dan anak-anakku yang duduk semeja hanya berpandangan sesama sendiri melihat aksi mereka. Menoleh ke sebelah, tetamu lain yang duduk semeja juga bereaksi yang sama. Sempat juga aku mendengar dia menasihati anak-anaknya agar tidak berkelakuan sedemikian di majlis orang. Setelah seketika keadaan tetap juga sama. Orang yang sudah mengambil makanan masih ramai yang tidak lagi mendapat tempat duduk.
Terpanggil untuk menegur, tetamu yang duduk semeja itu mengamit keluarga tuan rumah. Mintalah mereka bangun dan beri tempat pada orang lain. Dah lama benar mereka tak bangun-bangun. Sudahlah keadaannya bising. Kasihan pada orang lain. Tapi mungkin kerana menghormati tetamu makanya pihak keluarga tuan rumah menunjukkan kengganan untuk berbuat begitu. Segan mungkin kerana bimbang tetamu yang merupakan teman-teman pengantin itu terasa hati pula. Selepas tetamu yang duduk di meja yang sama bangun en.asben mengambil tempat di sebelahku. Pada waktu itu meja di sebelah masih lagi dengan keriuhannya. Kali ini aku dan en.asben pula saling berpandangan. Sempat juga aku menceritakan tentang teguran tetamu yang duduk semejaku tadi., En.asben memaklumkan yang pakcik-pakcik yang duduk semeja dengannya pun ada yang mengeluh dengan tingkah mereka yang tidak menghormati majlis orang.
Kadang-kadang pelik juga dengan tingkah sesetengah orang kita ni kan. Hendak menegur kita segan takut menjatuhkan air muka mereka. Tapi mereka sendiri tidak segan untuk menjatuhkan air muka sendiri. Langsung tidak ambil kisah untuk menjaga perlakuan untuk menjaga tingkah di majlis orang. Kalau tidak menghormati tuan rumah pun, hormatilah tetamu yang lain. Kalau budak kecik bolehlah kita jentik dan jegilkan mata. Kalau dah dewasa ni patutnya sendiri mahu ingatlah kan. Tak ditegur semakin menjadi-jadi. Kalau ditegur nanti pandai pula nak terasa hati. Silap-silap kita pula yang di kata tiada budi pekerti.
40 comments:
isshh, sara mmg anginnn klo kene org cmtu! dh tua x reti2 mengalahkan budak lak!
*opss ter'emo' lak..hehe
memang sakit hati dgn orang yg tak paham bahasa..dah tahu org ramai dtg, buat apa nak bertapa kat meja makan tu lama lama...tapi dalam situasi mcm ni, ye..nak ditegur, memang susah..tak tegur, pun susah
mmg ramai yg suka buat ala-ala gathering kt kenduri kawen ni. tp agak2 la kan. kalau mmg dh takdek org lain nk duduk, ok la dorang nk lepak lama2 kt meja tu. tp kalau majlis tgh sesak, bawak2 la bertolak ansur, bagi yg nk makan tu duduk..
mungkinkah yang membuat onar itu sedare mare kepada keluarga pengantin?
sebab itu mereka tak segan silu berperangai seperti itu
buat ala2 pandang2 sekejap kat depa, lepas tu senyum. lepas tu pandang lagi. lagi elok masa nak bangun kalau tuan rumah datang kat kita nak salam buat dialog camni:
tuan rumah : laaa.. nak balik dah?
kita : tak pe lah, kesian kat orang yg datang ni depa nak duduk. kami dah sudah dah.
he..he.. cakap kuat sikit dgn nada peramah & tersenyum...
mmg penting kan diri...dh tahu keadaan yg ramai bersesak tkda meja kosong...patutnya harus la beralah bangun...mcm2 la kan
byk kes gini..jenis xreti bw diri kat majlis..xde etika..
tu la..xtegur pom ralat..kang tegur lak..bergaduh pulak camne..hehe
org cam gini memang susah sikit...ditegur kang tk pasal2 menyinga pulak...patutnya pndai2 la bwak diri...tuan rumah kena tegur smbil gurau kot...
kalau kenal.. boleh la tegur..
kalau tak kenal, susah sikit.. takut jadi gaduh pula..
mungkin sebab itulah di majlis orang kahwin... sistem bunyi (deejay) akan dibuka kuat2.. sampaikan nak sembang pun terjerit2...
udah nya tak jadi nak sembang2
betul la kak.. bila kena situasi camtu, mmg nak tegur rasa cam serba salah je kan.. lain la kalau org tu kita kenal.. :huh
memang ramai yg jenis mcam ni kan Hanis. Betullah tu, nak tegus salah, tak di tegur pun salah. Sepatutnya mereka lebih peka dengan keadaan di sekeliling mereka....
SELFISHNYE ORG TU
kat rumah kenduri la biasanya akan terjadi reunion secara x formal. bila dh jumpa, mmg riuh. smpai takde adab dan tak hormat org lain kt majlis tu
slalu jumpa org yg bkelakuan mcm tu. tp nk tgur, mmg konfem x... so sabar je laa..
tp diorg ni mmg jnis x malu kan...
Perkara macam ni selalu terjadi kan, kalau budak kecik takpe jugak, senang nak sound, klu yg dh besar ni bila ditegur,silap2 kita pulak yg kena perli...
Kalau nak buat riuh pon bangun la dari tmpt duduk tu...tak kan la tak perasan org lain dah tercari-cari tmpt tuk mkn..selfish and no manners la cam ni....haishhhhh....
mungkin dirong ni cakp bahasa tamil baru faham kot. eee tak suka la klu orang selfish macam ni.. ingat la orang lain.
susah kan bila kita terlalu mementingkan diri sendiri .. mungkin mereka tak pernah berdiri memegang sepinggan nasi kot .. tu yg tiada perasaan tu ..
apa punya org la ni...dtg kenduri org duk bising2 ngan gelagat yg x best tu...
x hormat majlis org betul!! huh!!
grup laki ke pompuan kak?
mmg selalu jer ader keadaan macam nih kat kenduri..serba salah jadinyakan..hehe
ish laaa mmg tak patut betul dah la majlis org...nak buat cemana kak org ni mcm2 ragam yg ptg kita jg keluarga kita jgn jd mcm tu jugak huhu...
-sara- : akak pun rasa angin juga tgk.. tp nak tegur x berani plk..
daddy ziyad : itulah.. sudahnya kita pula yg susah jdnya..
lydzar : haah betul.. mcm ala2 gathering gitu.. tp kot ye pun considerlah org lain kan..
h4ni3 : tp yg ini bukan sedara mara.. tp kwn sekolah, kolej or kwn sekerja pengantin.. itu yg tuan rumah pun segan nak tegur tu..
Adzriel Ab : saya tgk ada juga yg buat gitu kak.. tp tak jadi jgk.. tak perasan kot sbb asyik dgn hal mereka aje..
fieza79 : itulah, langsung taknak beralah.. boleh buat derk aje..
sarah najwan : betullah.. org nak tegur takut buat gaduh kat majlis orang.. kang lg haru jdnya..
my name is yana : tuan rumah nak tegur secara gurau2 pun tak berani yana.. takut tetamu kecil hati kan..
pala maldini : klu kita klu deejay dah kuat, kita pun tak jadi nak sembang.. ini semakin menjadi2 pula sembangnya.. he..he..
fariq : itulah.. smua org rasa serba salah nak tegur.. tp merak langsung tak nampak tanda2 bersalah..
~yus~ : betulah yus.. kita pun takut anak2 ambil contoh yg tak baik mcm tu..
CGC : itulah.. kita pula yg segan..
-GC- : kita pun tak tak kisah klu nak buat reunion ke apa.. takde siapa yg nak marah kan.. tp klu hormat org lain tentu lebih baik betul tak..
Yua : mmg kena sabar byk2 kan..
ummiross : saya pun tak berani tegur sbb takut juga klu kena perli balik..
eye nee : tak tahulah sama ada tak perasan atau buat2 tak perasan..
aliza : ha..ha.. takut lg tak faham pulak..
aida : mungkin juga.. tak pernah kena jdnya tak tahu..
wahida : group lelaki + perempuanlah wahida..
farah fauzi : mmg serba salah jdnya..
hanis MY : itulah.. byk org banyak ragam kan Hanis..
sangat tidak prihatin & tidak peka dengan persekitaran! huhuhu
org camni mmg tak reti nak jaga adap sopan depan khalayak ramai. bukan budak kecik yg boleh dimarah2 ke apa. kadang2 kita yg tgk ni malu sendiri~
mmg ade yg camni kak..kite yg diri kt sebelah ni die wat tak reti jek..
patutnye paham la kan, kena bagi org lain pulak duduk n makan..
takde sivik btul..
ish.
tak fikir pasal org lain betull..
fikir pasal diri depa je..
jadi mcm tu la..
:)
memang serabut dengan orang perangai gitu. tak patut sungguh. tak nampak ka tetamu lain datang nak makan takda tempat duduk? mangkuk sungguh. eh, over pulak komen akak ni, heheheh..
org skrg mcm2 hal..
jenis yang tak reti bahasa tu mmg payah,kami pun pernah alami situasi yg sama..
sepatutnya mereka patut ingat akan org lain,tu yg jadi malas nk gi kenduri kawin..
Diana : betullah diana.. kena geleng kepala laju2 biar sedar sikit kot..
=sz= : klu ramai yg mcm tu, boleh sakit jiwa org lain dibuatnya kan..
izan ishak : betul.. malu nak tgk dan malu juga nak menegur..
dilla ady : itulah, langsung taknak consider org lain..
nardthenerd : sgt betul..
dinas aldi : mana ada over pun kak.. he..he.. btw mangkuk apa kak? mangkuk pyrex ke mangkuk tingkat.. ha..ha.. just joking..
heidi shafiq : itulah.. mcm2 hal dan mcm2 perangai..
life kami : ingat tak masa kecik2 dulu mak ayah kita selalu ajar ingat org lain sama bila buat sesuatu tu.. tp yg ini fikir diri sendiri aje.. sedih betul kan..
salam kenal...
tak faham betul org2 macam ni...tak peka persekitaran...ke tuli...?
betul kak..saya sangat setuju dengan pandangan kakak..kadang2 kita yang menegur ni pulak yang jadi salah..org2 macam tu org yang sakit rohaninya..sehingga x dapat beza yang mana elok dengan yang buruk..penat dah jumpa org2 yang sakit jiwanya... ")
iKaN kELi HaSiL dARiPaDA BaHaN KiTar SemULa
saya pernah alami keadaan itu. Kita nie cam nak apa le dok pegang pinggan nk makan sambil cari tempat duduk..dorang dok gelak2 dok saje2 cam dok kat restaurant gamaknya :(
susah klu attitude camtu kan :((
memang makan hati dgn org2 mcm gini
tuan rmh dah tentu serba salah
harap2 org2 yg mcm gitu
adalah terbaca n3 hanis ni ha...hihi
sham : Salam kenal juga.. thanks yer sudi follow.. itulah.. susah juga klu org tak peka ni kan..
keli oh keli : ramai yg mcm tu kan.. harap2 ramailah yg sedar utk ambil kisah ttg org lain pula..
sisdee : pernah kena juga yer.. itulah, attitude mereka menyusahlan org lain pula..
ati masrif : harap2 gitulah.. tak berani nak tegur direct.. tegur melalui blog sajalah..
Kak Nis.. ramai oang camtu.. tak prihatin...
sgt tak perihatin dgn masalah org lain kan astina..
Kak Haniz,
Selalu sangat terjadi perkara serupa ini. Sepatutnya faham fahamla adab membawa diri ke tempat orang. Kalau ditegur nanti akan membawa kepada perkara lain pula. Kalau dibiarkan, mereka buat muka tak reti
itulah kan.. tp kalau org yg tak mahu faham ni mmg susah kita nak cakap kan.. pelik kan..
Post a Comment