Ada orang bijak. Ada orang pandai. Ada juga orang yang sebaliknya. Selalunya bila orang bijak yang berkata-kata, cara penerimaan kita tentulah lebih baik daripada kata-kata orang yang sebaliknya. Dan bila kata-kata yang bijak keluar dari orang yang kurang bijak kadang-kadang kita jadi terkagum juga. Walaupun ada juga yang menganggapnya biasa-biasa saja. Tiada penghargaan. Malah mengiakan pun jarang. Kalau menafikan boleh pula diusahakan. Kenapa ye? Bukankah nilainya tetap sama. Yang betul tetap betul tak kiralah perkara itu dikatakan oleh siapa pun.
Bagaimana pula dengan orang yang nak tunjuk pandai. Jarang benar kita dapat terima kata-kata dari orang yang nak tunjuk pandai ni kan. Selalunya kita rasa mual untuk mendengarnya. Apatah lagi untuk menerimanya. Adakah kerana tanggapan kita yang dia sedang cuba untuk menunjuk-nunjuk. Atau kita rasa dia sedang memandai-mandai.
Aduh.. jauhkanlah hati ini dari berprasangka buruk. Bila perkara yang kita sedia maklum ditegur oleh orang yang pada kita tak tahu apa-apa, selalu saja buat kita rasa tak puas hati. Dan perkara yang kita lebih arif mahu di tunjuk ajar dari orang yang hanya tahu sebahagian darinya selalu buat kita tak boleh terima. Aku tak suka perasaan ini bila aku rasa begitu. Cuba untuk terima secara positif tapi responnya masih lagi negatif.
Kalau orang bijak yang berkata-kata boleh pula terima dengan hati terbuka. Tapi bila orang yang mahu tunjuk pandai berkata-kata, untuk terima tu boleh saja. Tapi selalunya dengan hati yang rasa dia menjengkelkan pula.
22 comments:
memang kita boleh rasa samada orang tu tegur dengan ikhlas atau tegur kerana nak tunjuk pandai, yg nak tunjuk pandai ni memang menyakitkan hati...
selalunya mmg kita rasa tak suka dan cepat prasangka buruk dgn org yg nak tunjuk pandai ni kan kak... tp tulah...susah betul rasa nak kikis perasaan camtu~
sejuk2kan hati dgn coklat... tag utk hanis.
http://adzriel.blogspot.com/2011/03/giveaway-saya-nak-rasa-coklat-sweet.html
thanks sb saling ingt mengingati..:)
ye...boleh bezakn mn yg nk tunjuk pndai n mn yg btul2 pandai.
Biasalah kan ssiapa pun pasti kurang selesa dgn org jnis pertama tu.biarkn saja....anggaplah org tu t.perfect n kita pun t.perfect juga
;D
betollah kak, kadang2 nyampah pon ade ngan org yg nk tunjuk2 pandai nii..
ada perbezaan sebanrnya org yg mmg pandai dan org yg memandai-mandai ni..org yg pandai ckp dia ada fakta...org yg memandai-mandai ni ckp dia auta....
yang penting, kalau tak pandai, jangan memandai mandai nak tunjuk pandai..ekekeke
kalau dah sah2 tak pandai tapi nak menunjuk pandai, silap2 yg terserlah ialah kebodohan sendiri. hihi ..
betul tue angah sokong kita bole rasa tue semua...
kita ambik yg baik je dr kata org tu...yg menjengkelkan tu buang tepi kdg2 ade jugak idea yg bijak dr org sebegini mungkin cara dia tk berkenan di hati...
ummiross : perkara mcm tu selalu buat kita terasa..
izan ishak : betul.. klulah boleh bersihkan hati.. tentu perasaan mcm tu takde kan..
adzriel ab : thanks akak.. segannya.. tak pernah sempat2 lg nak join contest..
mrs eady : mengingati sambil memuhasabah diri..
so shy lady : betullah, semua org tak perfect..
diana : klu org yg baru kita kenal mmg susah kita nak labelkan.. tp klu perkara yg mmg kerja kita ditegur oleh org yg tak pernah buat, itu yg buat kita rasa mcm eh..eh.. he..he..
-sara- : kita rasa mcm tak best kan..
eye_nee : kdg tu ada fakta, tp tak bersesuaian dgn keadaan..
daddy ziyyad : suka ayat tu..
kakchik@ella : kdg tu kita nampak tak bijak sebab nak tunjuk bijak kan..
angahsayang2314 : mmg boleh rasa kan..
my name is yana : thanks yana.. mungkin perasaan kita yg tak boleh terima buatkan kita rasa mcm tu..
senyum jer... heehehe
paling menyampah ngan org berlagak pandai nih...kalu ckp die sorang la yg paling tahu, paling pandai, paling terer..
slalunye dilla diam jek kalu berdepan org camni...tak koser nk memberatkan kepala ngan citer2 pandai die tu..
yang jenis memandai2 mandai le yg selalu merosakkan lg sesuatu kerja tu,
klu yang boleh kita sound,tegur je klu yg pangkat besar skit nak buat cam mana lg terpaksa le tahan telinga kan..huhu
Akak tak suka berprasangka buruk namun ada masanya bukan kita yg berprasangka buruk tapi perkara tu memang menyakitkan hati pun. tak dapek lagi nak bersangka baik, huhu
h4ni3 : he..he.. senyum penawarnya yer..
dilla ady : klu setakat begitu aje takpe.. ada juga yg sampai memperlekehkan kemampuan kita.. itu yg lg tak boleh tahan tu..
life kami : selalu mcm tu kan.. nak taknak terpaksalah kita menadah telinga..
dinas aldi : betullah kak.. nak bersangka baik pun dh tak boleh dah kan..
sebab itulah
sebelum kita bertindak
kene fikir dahulu
hal ini mencakupi seme hal
ukurlah baju di badan sdiri
yg penting kita tahu peranan
dan tggjwb kita..
sgt setuju.. yg penting kita tahu peranan dan tanggungjawab kita..
tak pe...join kalau sempat je. depa suka2 je.. kalau dpt lagi bagus.
InsyaAllah.. Thanks akak..
org yg berlagak pandai bila dlm perbualan dia je cuba mendominasi dan cerita dia je yg betul semua mmg agak mengjengkelkan....bukanlah nk bersangka buruk pd org..tp kalo setiap kali mcm ni...letih juga nk melayan kan..baik duk tempat sendiri diam2 dr melayan si berlagak bijak bercakap..huhu
Post a Comment