Ada seorang makcik pekerja indon di tempat kerjaku ini. Aku tidak mengenali secara dekat kerana dia berkerja di bangunan lain. Tetapi setiap petang time balik kerja dia akan melalui tempatku untuk punch card. Aku memang suka memerhati. Jadinya aku selalu perasan yang makcik ini begitu menghormati orang lain. Mulutnya tidak riuh seperti teman-temannya yang lain. Malah aku tidak pernah lihat dia berborak atau buat bising bila memasuki ruangan pejabat. Dia nampak begitu menghormati kawasan orang. Setiap kali melalui tempatku, pastinya dia akan menundukan kepala dan menundukkan sedikit badannya. Selalu juga aku nampak bila ada orang lain di sekitar itu, dia akan menyerongkan laluannya agar tidak melalui depan kita secara tepat. Gayanya seperti cara yang mak-mak kita ajar sewaktu kecil dulu bila lalu di depan orang tua.
Kadang kala tingkahnya buatkan aku rasa segan pula. Iyelah, aku bukannya sesiapa. Bukan orang besar di situ. Pegawai atasan pun bukan. Jadinya penghormatan yang diberikan, dengan umurnya yang begitu membuatkan aku turut sama menundukkan kepala kembali kepadanya setiap kali dia lalu di depanku. Terasa perlu untuk aku menghormatinya kerana dia lebih berusia dariku. Baguskan bila lihat orang yang pandai menghormati orang lain ni. Aku dapat rasakan yang makcik itu terdidik dengan baik.
Ingat tak waktu kita kecil-kecil dulu. Kita diajar agar berjalan tunduk bila melalui tetamu atau orang yang lebih tua. Kita diajar agar menyalami dan mencium tangan orang yang lebih tua. Kita diajar cara bersopan santun. Kita diajar tentang adab-adab yang sepatutnya. Kita ditegur, dijentik, dicubit dan dijeling untuk tujuan mendidik bila melanggar apa yang sudah diajarkan. Rasanya semua orang dididik secara begitu sejak kecil lagi.
Tetapi kenapa bila dewasa, amat ramai yang lupa untuk meneruskan amalan yang pernah dididik dulu. Menghormati orang lain, hanya untuk yang punya kepentingan saja. Adab-adab tertentu selalu dilupakan dan hanya digunakan ketika di dalam majlis rasmi tertentu. Sopan santun bukan lag satu budaya. Sedihkan. Kalaulah semua orang masih kekal dengan didikan yang dibekalkan sejak kecil itu, tentunya kehidupan kita akan lebih bernilai lagi.
19 comments:
Masa akan berubah namun nilai2 saling hormat dan beradab itu seharusnya kekal.
salam.akak,rasanya ramai yang buat2 lupa tentang adat2 yang diajar sejak kecil tu semua.bila terbaca entry akak ni teringat pula akak cleaner kat kampus faryzh.bila time susun2 kerusi tu mesti cam nak marah2.sambil2 sembang ngan member sekerja.mula la bising2 dan yang paling nak marah agak menganggu student berada di kelas tersebut.
sangat berbeza dengan makcik kat tempat keje akak tu.hehehe..
teringat kat mak yana, jgn pasang telinga bila org tua2 bercerita atau tumpang sekaki dengar...dulu2 kecik selalu kena cubit sampai lebam2 sebab ade sekali time org bersembang...hehe :) masa tu tadika lg kot...
apa yang aku buat.. tiap kali cleaner lap meja aku ni, aku akan kata "Terima kasih" sebagai tanda penghargaan..
betul tu kak, budaya senyum dan mengucapkan terima kasih pun dah semakin pupus sekarang ni...
betul tu Hanis, ke mana hilangnya nilai2 murni yang di ajar oleh ibu bapa atau orang tua dulu2..
betollah kak, dr kecik mmg kite diajar mcm tu :)
betullah org kata 1 dalam seribu kan?? susah nak cari org ya senyum pun sama gak susah
kat tempat Latifah pun sama kak.
memang ada cleaner-cleaner yang macam tu, sangat humble.
memang naik segan sebab mereka lagi tua dari kita.
apa yang boleh kita buat, senyum dan bertegur sapa dengan mereka.
=)
NICE SHARING..KEKAL KEHARMONIAN SEJAGAT..
btol3.. sy pun dh lupa selalu jalan dpn org buat biasae jer..
bagusnye makcik tu ye kak..
bile akak citer nih baru teringat nk ajar jugak kat acha..
padahal dari kecik diri sendiri da diajar camtu..huhu
jarang sekali jumpa org macam makcik ni skrg kan kak. kalau lah semua org macam ni...mmg aman harmoni lah komuniti kita kan~
eye_nee : yg baik seharusnya terus kekal kan..
faryzh : masih ada yg kekal berhemah walau sudah ramai yg meninggalkannya kan..
my name is yana : mmg masa kita kecik2 klu tak hormat org tua mmg kena piat punya kan..
pala maldini : penghargaan harus diberikan walau pada siapa pun org itu kan.. yg baik seharusnya dikekalkan.. tak rugi hormat org lain..
wahida : betullah wahida.. klu terus kekal alangkah bagusnya..
ummiross : hilang di bawa arus kemodenan dan kemajuan kot ummi..
-sara- : didikan sejak kecil itu patutnya diamalkan sampai bila2 kan..
diana : mungkin kot diana.. bila dah dewasa takde siapa nak menegur lg.. itu yg jd terlupa..
angahsayang2314 : ikut trend skrg mmg ssh nak jumpa.. ada tu mmg ada..
latifah : tak ada ruginya kita berbaik2 dgn org yg budiman ni kan..
currentlife2u :
TQ.. yup kekalkan keharmonian sejagat.. itu yg sepatutnya..
nick irfan : boleh mula diamalkan tu nick..
dilla ady : skrg ni giliran kita pula utk mendidik anak2 kita menjadi org yg berhemah kan..
izan ishak : betullah izan.. klu semua org masih mengamalkannya tentu harmoni jadinya kan..
orang berbudi kita berbahasa
budi bahasa menunjukkan bangsa
amalan yang baik contohi bersama
As salam, kat opis akak pulak kalau tgh sapu sampah satu opis tahu dia tengah buat keje...mulut nyer bising betul lerrr...
sud@is : yg baik kita jadikan contoh utk dijadikan amalan..
be simple beb (BSB) threeQ : kebanyakannya gitu.. kat ofis saya sbb makcik ni sorang saja yg gitu, itu yg saya terperasan tu..
sekali-sekala akak memang seronok berborak dgn makcik2 cleaner ni. kalau dulu ada melayu juga. manja jugalah dgn diaorang... mulut akak kan riuh. teringin nak jenguk tempat hanis.
boleh bayangkan keramahan akak bersama mereka dulu.. klu ada masa jemputlah dtg menjengguk yer kak..
Post a Comment