Friday, April 1, 2011

Jom.. jom.. jom..

Wau alif sim sabdu di atas WAS, Sim di atas SA, Lam alif di atas LA, Mim di depan MU... WASALAMU..

Itu cara aku mengaji dulu-dulu. Tiap-tiap ayat perlu dieja satu persatu. Waktu itu time mengaji muqaddam. Ingat lagi guru mengaji aku yang pertama namanya Kak Idah. Kak Idah ni anak Wak Tahir. Wak Tahir ni guru mengaji di surau tempat tinggalku. Sebab arwah ayah risau nak lepaskan aku mengaji kat surau, makanya aku dan adik di hantar mengaji di rumah Wak Tahir saja. Tapi sebab Wak Tahir sibuk menguruskan wakil posnya dan kerja-kerja di kebun, makanya aku belajar mengaji dengan anaknya saja.

Setelah beberapa ketika mengaji dengan Kak Idah, aku terpaksa mengaji dengan Wak Tahir juga di surau. Ini kerana Kak Idah sudah berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke tempat lain. Zaman mengaji dengan Wak Tahir ni memang best. Sebabnya kawan-kawan ramai. Balik ngaji boleh lagi singgah kedai cina jual jajan kat seberang jalan depan surau. Bab yang lain tu memang best. Tapi bab mengaji tu ada kecut perut sikit. Sebabnya Wak Tahir ni strict orangnya. Bacaan kena betul dan kuat. Lidi penunjuk pula perlu bergerak mengikut setiap huruf dan baris. Kalau tidak memang zassss lah  rotannya. Tapi bukanlah kena direct kat kita. Tapi dia zasss kat lantai kayu surau. Tapi angin hayunannya boleh buat mengigil jugalah kaki tangan. Bila sekali dia zasss tu memang lepas tu semua orang tak berani nak angkat muka. Takut beb..

Lepas arwah ayah meninggal kami berpindah ke Bangi. Waktu itu aku mengaji dengan Makcik Kiah pula. Makcik Kiah ni peniaga kuih di gerai. Jadinya rumahnya selalu penuh dengan barangan gerainya setiap kali aku dan adik datang mengaji di rumahnya. Jadinya aku dan adik terpaksalah alih-alih sikit-sikit barang-barangnya untuk duduk mengaji. Selalunya kami mengaji waktu lepas maghrib. Waktu Makcik Kiah lepas balik berniaga. Mengaji sekali dengan anak-anaknya. Kadang tu kalau Makcik Kiah penat sambil baring dia mengajar kami mengaji. Kadang tu sambil buai anaknya. Punyalah dia bersemangat nak mengajar. Penat-penat pun dia tetap mengajar. Alhamdulillah, dengan Makcik Kiahlah aku dan adikku khatam Al-Quran.

Lepas khatam Al-quran mulalah kurang membacanya lagi. Kalau buka pun seminggu sekali untuk baca surah yaasin di malam jumaat. Selalu macam tu kan. Belajar mengaji untuk khatam saja. Lepas tu terus jarang-jarang buka. Waktu di ofis lama, aku kembali belajar tajwid. Kali ini kelas setiap hari jumaat waktu rehat tengah hari. Ustazah selalu mengingatkan kami agar tidak melupakan Al-quran. Katanya dalam satu hari tu cubalah untuk buka Al-quran. Janganlah Al-quran itu disimpan buat perhiasan. Katanya kalau kita amalkan setiap hari, InsyaAllah, kita rasa tak lengkap hidup ni kalau kita tidak membacanya. Cubalah membacanya walau satu huruf pun. Kalau sempat bacalah satu muka. Lebih banyak, tentulah lebih baik lagi.  Waktu belajar dengan ustazah inilah aku mula membaca Al-quran kembali setiap hari andai ada kelapangan. Alhamdulillah. Seboleh-bolehnya memang cuba mencari masa untuk membacanya. Dan benarlah kata ustazah, bila kita jadikan amalan, memang kalau tak baca sehari memang terasa ada yang kurang.

Sebenarnya aku bukan nak cerita tentang aku. Tapi aku nak ajak kawan-kawan semua agar sama-sama membaca Al-quran. Cubalah cari masa. Sama-samalah kita mencari pahalaNYA. Jom mengaji semula jom.. Kalau memang sudah jadi amalan, syukur Alhamdulillah. Sama-samalah kita meneruskannya, memperbaiki bacaan dan memahami maksudnya juga. Selamat beramal.

*Aku tak reti nak berdakwah. Tapi aku benar-benar mahu sampaikan perkara ini.

20 comments:

TS said...

thanx kak sebab ingatkan...
"wa tammat kalimatu rabb..."
ingat lagi bile nak naik ke surah time mengaji muqaddam dlu....

Diyanieee said...

cara penyampaian dakwah yg berkesan..
dah lama gak tak baca al quran.. selalu baca surah yaasin lepas solat tp bla wat solat sunat, baru nak baca al quran.. terima kasih utk entry ini :)

mengingatkan diri sendiri..

-Sara- said...

yelah kan kak, kdg2 kite ni ngaji takat utk khatam je..hehe

Hanis Azla said...

.:ieyla:. : sama2 kita saling beringat.. dulu2 kita baca mcm tu kan.. skrg ni guna iqra'..

miszy dian : harap2 berkesan.. Alhamdulillah, at least baca juga kan.. Sama2 kita beringat utk kebaikan bersama..

diana : ramai tok gurunya diana.. cucu opah ni mesti terer ngaji sbb byk kali khatam.. Alhamdulillah.. nnt maisara pun diana boleh ajar sendiri..

Hanis Azla said...

-sara- : selalu gitu kan.. lps tu mlm jumaat dan bulan ramadhan baru buka balik.. harap2 kita sama2 berubah kepada yg lebih baik kan..

AngahSayang2314 said...

thanks kak hanis angah kalau baca al-quran ada gak la.. tapi bukan tiap2 hari & minggu even angah pun lalai dah alpa gak...dalam 1 week tu dapat la 2 @ 3 kali kadang2..
insaf angah ngan blog akak nie...ya allahhh

Izan Ishak said...

ingat mengingati sesama kita kan kak. izan pun selalu jugak lalai nih... jom kita ngaji sama2~

*dulu2 izan mengaji ngan mak kat umah je...selalu mengelat, merajuk... hehehe~

Hanis Azla said...

angah sayang 2314 : sama2 kita memperbaiki diri kan angah.. sama2 beringat.. sama2 beramal.. harap2 amalan kita di terima olehNYA..

izan ishak : klu bukan sesama kita saling mengingati sapa lagi kan.. jom sama2 memperbaiki amalan..
ngaji dgn mak bolehlah rajuk2.. ngaji dgn org tak dptlah nak buat hal.. org tak layan punya.. he..he..

Unknown said...

tq Hanis mengigatkan.

Tapi betul, bila kita selalu baca, sehari tak baca memang macam ada yang kurang.

Yus pun dah semakin alpa sekarang....:(

wahida said...

kak, saya amek kelas ngaji kat opis kak, sbb kalau kat umah, jarang2 saya bukak alquran...leka kak...saya ngaku...
dan kelas ngaji kat opis ni saya sedaya upaya tak nak ponteng...alhamdulillah...Allah permudahkan kecuali kalau saya x dtg kerja atas sbb2 tertentu..

h4ni3 said...

sama2 kita cuba amalkan ye kak

Liza @ Adzriel AB said...

teringat mak akak mengajar ngaji sambil memasak di dapur.

Dilla Ady said...

teringat pulak zaman2 dilla mengaji dulu..seronot balik ramai2 dalam gelap..da macam upin ipin da..huhuh

Hanis Azla said...

~yus~ : harap2 kekal jd amalan hendaknya..

wahida : samalah akak ni wahida.. selalu alpa, selalu leka.. harap2 segala urusan wahida dipermudahkan hendaknya..

h4ni3 : InsyaAllah..

liza@adzriel ab : kat dapur pun boleh belajar kan kak.. janji dapat ilmu..

dilla ady : zaman pergi ngaji ramai2 mmg best kan dilla..

ummiross said...

Alhamdulillah rajin mengaji Hanis, ummi pun memang suka sangat mengaji,memang betul2 jatuh cinta dengan Al Quran.

Liza @ Adzriel AB said...

hanis....jom..

http://adzriel.blogspot.com/2011/04/jom-ke-pesta-buku-2011-bangi.html

Hanis Azla said...

ummiross : Alhamdulillah.. semoga terus menjadi amalan kita kan ummi.. dan semoga ibadah kita diterima olehNYA..

liza@adzrieal ab : saya dah pergi malam jumaat lepas kak.. okeylah juga.. thanks akak..

apdm said...

salam

betul tu,, tapi sy cuba juga baca walau satu ayat ...

Hanis Azla said...

alhamdulillah.. harap2 menjadi amalan kita setiap hari.. InsyaAllah..

So Shy Lady (SSL) said...

ye ngaji 2, 3 potong ayat shari pun t.pe as long as konsisten

thnx ingatkn ;D

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...