Dah selalu benar jadi macam ni. Dah kerap sangat. Tak improve langsung servisnya. Macam mana nak galakkan orang gunakan perkhidmatan awam. Servis masih tak bertambah baik. Makin teruk tu adalah. Walaupun bukan aku yang kena tapi bila dah selalu dengar cerita, aku pun turut jadi tak puas hati juga.
Bayangkan, keluar ofis pukul 6 petang dari KL. Sampai rumah di Bangi pukul 8 malam kerana tren komuter yang bermasalah. Aduhai.. sangat buang masa tersadai dalam tren yang ada masalah dipertengahan jalan. Dengan panasnya. Dengan sesaknya dengan penumpang yang padat. Nak elakkan kesesakan jalanraya, naik tren pun tak boleh menyelamatkan keadaan. Makin lambat tu adalah. Perjalanan 40 minit menjadi sejam lebih.
Kalau sesekali mengalaminya bolehlah kita terima sebagai masalah teknikal. Tapi bila dah selalu berulang, bukan ke maknanya tiada penambahbaikan yang dilakukan. Sampai bila agaknya penumpang -penumpang komuter kena hadapi masalah ini. Tentu jadi stress bila masalah macam ni terus berulang, berulang dan berulang.
Kesian en.asben. Sudahlah kalau naik tren tu lebih selalu berdiri dari duduk. Mana nak dengar bebelan yang berulang dari orang yang tak puas hati dengan servis. Sedangkan omelan itu diluahkan sesama mereka yang tak boleh nak membantu menyelesaikan masalah pun. Kalau komplen direct dengan pihak KTM takpe juga. Rasanya semua yang menggunakan perkhidmatan itu tidak puas hati. Jadinya kalau setakat menambahkan kebingitan, berdiam itu pastinya lebih baik.
*Harap-harap servis komuter akan bertambah baik dan meningkat mutunya. Bukan untuk keselesaan en.asbenku saja. Tapi untuk kesenangan dan kemudahan penumpang-penumpang lain juga. Sampai bila nak terus begini. Sampai bila nak sampai destinasi kalau macam ni. Asyiklah rosak.. rosak.. rosak..
38 comments:
oo asben akk yg naik komuter..ingatkan akk..hehe..sbb sara pn blk kje naik ktm yg lombap tu! huh! mmg xleh nk kate ape.. cmtuuuu jelaa..
harap2 lepas ni
pihak yg terbabit
peka dgn keadaan ini
jika servis mantap
pasti org ramai
akan menggunakan khidmat awm..
maka kesesakan j/raya
sedikit sebyk dpt ditangani..
Betul tu, tapi sabar...sabar...
hehe..sib baik komplen pasal komuter..hehe..komuter tu teknologi dia lama..campur dengan tak diselenggara dengan baik sebab tu banyak masaalah..memang kesian kat pengguna komuter..sabar jee laa..itu mampu aku ucapkan..hehe
Regards,
-Strider-
hehehhe lama dah tak menggunakan khidmat pengangkutan awam ni
ramai gak sy dengor org mengeluh pasal ni
ari tu suami sy kete rosak, so ubah selera nak naik tren. cehh dia cakap baik naik teksi. mahal skit pon takpe..janji ati tak panassssss
-sara- : bukan akak yg naik sara.. itu yg smash sikit2 aje.. klu akak yg naik tentu lebih detail lg ceritanya.. sara tentu lebih memahaminya kan..
sarah najwan : harap2 mcm itulah.. barulah menyenangkan org ramai..
abuikhwan : mmg masih sabar.. sbb tu masib gunakan perkhidmatan tu juga..
mr strider : dah nama pun perkhidmatan utk org awam.. kenalah tingkatkan mutunya.. mana boleh tak selenggara dgn baik kan..
etiey.com : akak pun gitu.. tp en.asben mmg naik hari2..
rose--{@ ibu rafiq @} : bila hari2 naik, dan masalah terus berulang mmg bertambah panasss jdnya..
kak hanis nak kene hantar surat nih kat menteri nih..hehe
erghh..tensi nye
da lama tak naik lrt/komuter..
penah la dulu ms kje kt kl, masa balik la paling haru,,da mcm tin sardin. tp lum penah mngalami ms tren osak,,,
hope diperbaiki
dulu ms saya duk serdang sekitar 2006 perkara ini dah berlaku..dh amsuk 6 tahun masih berlaku lg..hebat KTM huhuhuhhhh
assalamualaikum
naik komuter dari mana ke mana eh?
kena sabaar aje la kan camtu... agaknya kalau jadi sesuatu yang buruk barulah tindakan drastik di ambil kot...
semoga mereka dpt menambah baik servis yg kurang memuaskan tu...kena ngadu kat Metro @ TV3 ni ahaks...
dah lama xguna..rindu lak..hehe..
Oh macam tu ceritanya,kesiannya,balik mesti penat sangat kan
Teringat masa pegi zurich,sistem pengangkutan awam dia orang cekap sangat,tram n train...kita bila ye nak sampai tahap tu
ktm..ktm..
harus tukar pengurusan
atasannya kot...
eb yg naik sesekali pn stress.. inikan yg naik hari2.. adeiii
farah fauzi : patutnya tak perlu sampai bg memo kat menteri pun dah boleh buat pembaikan.. dah katanya utk kemudahan org awam kan..
cantekk : mmg selalu penuh.. nak dpt tmpt pun bkn main susah.. mmg harap sgt mutu perkhimatan diperbaiki..
sahromnasruddin : pernah ada pengalaman juga yer.. mmg masih kekal hebat servisnya.. maintain di takuk lama..
manje : naik dari stesen keretapi KL ke UKM.. mmg kena sabar byk2..
mayana : pelikkan.. bila dah buat aduan kat s/khabar kat tv barulah nak servis nak diperbaiki..
bunga : rindu sgn suasana sesak padat dan selalu delay tu ke?? he..he..
ummiross : kat negara org sistem mereka mmg kita boleh puji kan ummi.. mmg tertunggu2 negara kita mencapai taraf yg sama..
ati masrif : boleh jadi juga tu ati..
eB Ezrin : itulah.. muak nak kena hadap hari2 eB..
hrp2 ada yg ambik perhatian tentang masalah ni sian pengguna la
kerajaan sibuk nk fikir masalah pengangkutan awam ni, sebab lebih sibuk dok cakap psl video seks
Kalau mcm ni mcmmana la nak naik pengangkutan awam..pandai canang jer..suh org naik pgkutan awam tp bendanya tak diselenggara dgn baik...
susah jugak ekk kalo slalu ada masalah, boleh siksa jiwa raga dibuatnya.
apapun tq so much, akak dah terima FM tu, cantik sekali
ni lah masalah pengangkutan awam dr dulu sampai sekarang yg tak pernah berakhir..
kak, kwn saya pernah buat surat aduan psl komuter ni, dia sampai stress kak sbb asyik masalah je ngan komuter ni...tapi x de jawapan dr pihak sana..
saya tumpang simpati ngan asben akak...
nick irfan : akak pun harap sgt mcm tu..
- GC - : ooppppsss.. masalah lain byk yg lbh penting untuk ditangani rasanya..
eye_nee : kita dah support, tp servisnya masih tak ditingkatkan pula..
mamasyaza : mmg tension kak.. plan nak balik awal selalu lewat juga jdnya sbb masalah ni.. Alhamdulillah akak suka FM tu..
wahida : betul wahida.. sampai dah tak larat nak komplen.. sudahnya kena hadap saja.. thanks yer..
hurmmm
kesiann kan blik keje dah laa penat
bertambah penat duk dlm kmuter ag
ngan sesak dipenuhi orang
kaloi pun penah gak hadapi mende ni sume
tp slamat da duk melake skrg takde laa duk sibuk nak nek komuter lagi
heheh
bas kt putrajaya ni pun kadang2 bikin hangin...tak rosak..tp tak hikot time....asek lambat...tak ske tul lah..
nampknya kempen tu tak berjalan lancar ye kak
Dan pemimpin kita dgn gah berkata "Mutu perkhidmatan public transport kita semakin baik dan membanggakan"
~saya malu.
nurkaloi : betullah nur.. kesian sgt.. bukan pada en.asben saja.. tp pada penumpang lain juga..
mama gee : perkhidmatan bas pun ada masalah juga yer gee.. letih nak melayannya kan..
sasa al-sharif : itulah.. org awam dah support tp perkhidmatan tak memuaskan..
daddy ziyyad : entah bagaimana penilaian itu dibuat kan..
diana : betul juga tu.. bila org tak makin kurang untuk menggunakan kemudahan itu, jdnya apa yg mereka nak heran sgt kan..
izan dulu2 pun pengguna setia komuter. mmg tensen sesangat kalau tren lambat dari jadual. nmpknya lepas hampir 10 tahun keadaan masih sama....camna tu?
masih sama lg keadaannya izan.. takde peningkatan pun mutunya..
tak de improvenya. akak kalau ke kl mesti nak nak lari b4 pukul 4 ptg. kalau tak memang padatlah. kalau rasa balik selepas pukul 4 memang drive je lah kelisa tu.
cer.. cer..sabar hehehee
liza@adzrielAB : mmg tak improve lg kak.. waktu sesak itulah makin selalu tren tu buat hal..
angahsayang2314 : puas dah sabar angah.. hu..hu....
dilla tak penah naik komuter lagi..jakun kan..huhuhu..
abih da duk ceruk-ceruk kampung ni jek mane la nk merasa..belaja dulu pun kt tepi pantai...
tak pernah duduk KL, tak pernah mengalami masalah serupa.
Apa pun betul juga, kalau nak jadi negara maju, perkhidmatan awam seumpama ini harus di perbaiki
dilla ady : takpe dilla.. akak yg ddk sini pun baru brp kali aje naik.. nnt klu dtg KL boleh merasa naik komuter tu bawak anak.. harap2 takde masalahlah time dilla naik nnt..
~yus~ : klu nak maju, perkhidmatannya kena maju ke depan dulu.. bukannya semakin mundur dan tiada kualiti kan..
Post a Comment