Hari ini mood bercerita tentang perkahwinan. Semua ini kerana dari malam tadi dok melayan rancangan tentang perkahwinan diraja yang popular tu. Pagi tadi juga kat HotFM bercerita tentang perkahwinan juga. Oh, ye hari ini juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan 2 teman blogger Yus & Ati Masrif dan hari kelahiran ayah seorang teman blogger dr hanie . Kalau nak bagi wish bolehlah berkunjung ke blog mereka.
Tahun lepas, di penghujung April, keluarga kami juga sibuk dengan urusan perkahwiann adik bongsuku. Tapi sebelum majlis berlangsung, bertimpa-timpa dugaan yang diterima. Semakin dekat tarikhnya semakin banyak pula yang terjadi sehinggakan ramai orang dah geleng kepala dengan dugaan yang kami hadapi. Lepas satu-satu datangnya dugaan.
Disebabkan arwah ayah sudah tiada, makanya pakcik kami yang menjadi wali untuk kami adik beradik. Untuk urusan di pejabat agama memang tak berjalan lancar kerana pakcik kami tidak beberapa sihat. Beberapa kali dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Selepas beberapa kali temujanji bersama kadi tidak menjadi akhirnya kadi menawarkan diri untuk berjumpa dengan pakcik untuk urusan pengesahan wali. Makanya kami membawa kadi ke rumah pakcik untuk urusan itu. Alhamdulillah, kadi itu amat memahami masalah kami.

Dua minggu sebelum majlis, adikku yang nak jadi pengantin tu pengsan di rumahnya dan dibawa ke hospital. Sebelum itu dia mengadu sakit perut yang teruk. Selepas di diagnose doktor kata adik aku ada masalah fatty liver. Esok paginya pula doktor kata adik aku ada appendiks dan perlu di bedah segera. Naik bengkaklah mata adik aku menangis. Dengan majlis yang tak beberapa hari lagi berlangsungnya, dia pula perlu di bedah. Mahu tak sedih.
Dalam pada menunggu bilik pembedahan kosong, petang itu doktor maklumkan adik aku tiada masalah itu dan pembedahan tidak perlu dijalankan. Dia juga dibenarkan keluar dari hospital. Macam pelik kan. Tapi itulah yang terjadi. Bila tanya semula, doktor kata memang tiada apa masalah, jadinya perlu apa adik aku dibedah. Walaupun masih sakit tapi melompat kegembiraan jugalah adik aku. Kami pula memang bersyukur sangat-sangat.
Bila perubatan moden mengatakan tiada apa, kami cuba pula usaha dengan perubatan islam. Menurut ustaz yang merawat adik aku terkena buatan orang. Macam guna santau angin gitu. Punyalah kami takut. Tapi nampaknya selepas rawatan adik aku nampak lebih segar. Bila adik aku dah sihat kami jadi takut juga manalah timbul pula perkara yang tak diingini waktu majlis nanti.
Bila bab adik aku dah reda, aku pula kena samun beberapa hari selepas itu. Bayangkan, bila nak kenduri tentulah banyak nak pakai duit untuk majlis. Aku pula kehilangan barang-barang peribadi. Walaupun tidaklah sebanyak mana, tapi memang terasa jugalah nak beli barang-barang yang baru mengantikan barang-barang yang hilang itu.
Bila bab aku dah setel, adik ipar aku pula dimasukkan ke hospital kerana suspected denggi. Waktu tu memang soal majlis dah takde dalam kepala kami. Sudahlah suami adik aku yang pertama meninggal kerana denggi berdarah. Bila suami dia yang baru ini kena denggi juga mahunya kami sekeluarga tak trauma. Alhamdulillah, adik iparku sihat sepenuhnya dua hari sebelum majlis.
Bila semuanya dah selamat barulah urusan majlis mendapat perhatian kami. Malam sebelum hari nikah kami buat majlis doa selamat sikit sebagai tanda kesyukuran semuanya sudah selamat dan semoga majlis yang akan berlangsung berjalan lancar. Alhamdulillah majlis akad nikah dan majlis di rumah berjalan dengan lancar.
Keesokkan harinya majlis di Dewan Perdana Felda pula. Sejak tengah hari aku sekeluarga sudah berkampung di sana untuk mengatur tempat duduk dan urusan yang lain. Ingatkan segala dugaan dah selesai. Rupanya tak juga. Bayangkan hampir pukul 6 petang adik aku masih tidak dapat masuk ke bilik persiapan untuk pengantin. Ini kerana pengantin yang mengadakan majlis pada siangnya di situ tidak keluar-keluar dari bilik itu hanya kerana mahu bergambar.
Punyalah pentingkan diri. Langsung tak mahu ambil kira urusan orang lain. Kalau mereka bayar berpuluh ribu untuk majlis di situ, kami juga membayar jumlah yang sama. Boleh pula pengantin perempuan tu buat muka bila diminta beri kerjasama untuk mengosongkan bilik. Memang tak patut betul. Kalau mereka mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan mereka, orang lain juga mahukan perkara yang sama. Sudahnya merosakkan mood bahagia di majlis perkahwinan sendiri dan orang lain.
Tapi mujur kelewatan itu tidak menjejaskan majlis pada malam itu. Kelam kabut adik aku bersiap. Mujur wedding plannernya pro. Semuanya berjalan lancar selepas itu. Majlis berjalan santai. Tiada yang terlalu formal kerana kami mahu tetamu yang terdiri dari saudara mara dan rakan-rakan terdekat merasa selesa. Dan en.asben have done a good job ketika menyampaikan speech untuk pengantin dan para tetamu bagi pihak keluarga kami. Thanks sayang.
Sudah setahun rupanya semua itu berlalu. Alhamdulillah.. Happy anniversary untuk adikku Rit & J. Semoga kalian cepat dikurniakan dengan cahaya mata. Dan semoga rumahtangga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYA.

38 comments:
epi anniversary gak tuk adik hanis
mcm2 dugaan bila nak membina masjid kan, apa lagi bila masjid yg sdia ada sudah terbina, lg kuat dugaan..
:)
InsyaAllah ada hikmah disebalik semua kejadian tu,
Happy anniversary jugak buat Rit dan J...
sedih bila ada yg selfish ni. kesian adik.. dugaan yg hebat.
mcm2 dugaan..dugaan slpas berkahwin lg...semoga semuanya berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat...Amin..
seminggu lagi adik aku nak kahwin.. aku telah meng-accident-kan satu2 nya kereta yang keluarga kami ada.
Masuk workshop. Mujur lah boleh pinjam kereta pakcik aku.. so, boleh juga pergi bertandang ke rumah pengantin lelaki..
satu persatu dugaan menimpa ye..alhamdulilah akhirnya majlis tetap berjalan dgn lancar..
mungkin ada hikmah di sebalik semua tu yg kita tak nampak...
apa pun hepi anniversary juga untuk adik Hanis...
Thanks atas ucapan Hanis buat Yus....aminnn...
samelah sara dulu pon mcm2 dugaan dtg sebelum majlis..dugaan btol..tp akhernya selamat gak sumenya..klo dh jodoh dah ditatpkan tarikh sekian2..mmg x kemana :)
*sorry dh ame xdtg jenguk blog akak..
Ujian itu sekadar mahu melihat betapa keluarga Hanis amat slaing memabantu dan erat antara satu sma lain.
Imbalan Allah bagi segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah dan Happy 1st anniversery buat Rit & J juga dari kakak.
banyaknya dugaan ...mesti ada hikmah di sebalik dugaan tu semua..
as salam, boleh buat drama nie.. byk betul dugaan nyer sebelum berkahwin kan. apa2 pun happy 1st anniversary buat adik Hanis (Rit & J)
fuyooo .. best lah adik akak .. bersanding kat dewan felda tu .. tp mcm susah kan sbb resepsi mlm ni mcm masa singkat sangat .. tp apa pun happy 1st anniversary kat adik kak hanis ..
fuhhhh...
mmg nmpk gembira, manisss saje masa majlis kan kak...di sebaliknya macam2 kisah...
Dugaan demi dugaan itu sbenarnya mendekatkan diri kita kepada Pencipta kan sis..buat kita lebih tabah...tanpa henti berdoa..lebih mengingatiNya...dan mengukuhkan perhubungan kekeluargaan...
angahsayang2314 : thanks angah.. lps ni tentu akak rindu nak baca komen2 angah..
miszy dian : betul sgt tu dian.. mmg kena kuat nak hadapi semua tu..
ummiross : betullah ummi.. ada hikmah disebaliknya.. Thanks yer ummi atas ucapan tu..
liza@adzriel ab : itulah.. mmg tak puas hati rasanya dgn org2 yg mcm tu..
maya mayana : mmg mcm2 dugaannya.. thanks atas doa yana.. harap2 begitulah hendaknya..
pala maldini : masa tu pulaklah nak kena yer.. tp dah takdirNYA, memang kita tak boleh nak elak kan..
lydzar : Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar akhirnya..
~yus~ : betulah yus.. ada hikmah yg kita tak tahu disebaliknya.. tahnks for ur wish too.. aminnn..
diana : betullah diana.. waktu itu mmg terasa lebih erat hubungan yg sedia ada..
-sara- : Sara pun gitu juga yer.. harap2 dugaan spt itu menjadikan kita lebih kuat.. thanks yer sudi menjengguk ke sini lagi..
kak zakie : betullah kak.. besar betul hikmah disebaliknya.. Thanks akak utk ucapan tu..
munna : betullah munna.. ada hikmahnya..
be simple beb (BSB) ThreeQ : itulah.. wktu tu pun rasa mcm drama aje.. Thanks yer..
aida : rezeki dia aida.. lgpun mmg semuanya guna duit dia sendiri.. mmg klu malam singkat sikit masanya.. Thanks yer utk ucapan itu..
=sz= : betullah suzie.. itupun ada kisah2 lain yg akak tak cerita.. sbb rasa mcm tak larat nak ingat semuanya..
eye_nee : sgt betul tu kak.. dugaannya utk menguji kita dan supaya kita lebih dekatkan diri kita denganNYA..
banyak dugaan dia nak kahwin kan...apa apa pun dah selamat segalanya...happy anniversary
tu la susah dahulu senang kemudian....
dugaan sy, eksiden lepas nikah iaitu semggu lg dr tarikh nk kenduri. mujur tak cedera, keta je cedera. amin,sume selamat.
alhamdulillah seme dugaan tu berjaya ditempuhi..
saya teringat time my SIL kawin..saya lak yg muntah2 dan ceri beri yg teruk smpai kene pi spital..kasihan my MIL yg ikut sama rungsing pi spital jugak..padahal dia yg kene sibuk sb my SIL nk kawin..huhu
tapi alhamdulillah setel...
wahhh...besar btul dugaan tu kak..
dilla doakan hubungan diorang kekal sampai ke anak cucu, akhir hayat..punye la susah nk disatukan, harap diorang tau hargai kepayahan tu..
bertimpa2 dugaan ek
siap ada yang nak menyantau tu yg takleh tahan tu.. adoyaii
selamat ulangtahun...semoga segala ujian dan dugaan menambah ikatan kasih sayang...
semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke syurga.. :)
bertubi-tubi dugaan ye kak...alahai..itu lah kan.... bak kata, kita merancang Allah yang menentukan.. ;)
tp Alhamdulillah, majlis berakhir dgn lancar.. ;D
argh mmg dahsyat. smua pkara blaku hampir serentak. namun stp pkara yg blaku ad hikmahnya kan =)
hye kak. hadapi semua dengan tenang ya.....;P
dugaan demi dugaan,lumrah kehidupan. semoga diberi kekuatan mengharungi kehidupan semasa... insyaAllah,sama-sama kite doakan kebahagiaan orang, dan pasti kita turut dpt pulangan jugakan?
semoga diberkati,amin..
salam kak. lama x jumpak kan. (jmpk dlm blog,,hehe)..ha ah la kak, byk betul dugaannya ye. mujurlah sumanya pun dh baik2, dh berjalan dgn lancar. ucpkna slmt ulgthn perkhwinan untuk diaorg jugak ye kak, semoga terus bahagia selalu, akak pun moga terus bahagia selalu. heee :)
salam kak...huhu baru sempat mai lawat akak lagi, sibuk sket skang =P.
Neway semoga kisah2 tu memberi pengalaman manis buat akak sekeluarga
macam2 dugaan..tapi dugaan mcm tu byk hikmahnye..:)
salam ziarah tengahari Hanis...memang penatkan kalau buat kenduri kendara ni..macam2 ragam org kita akan jumpa.
daddy ziyyad : Alhamdulillah.. dah selamat semuanya.. semoga terus selamat hendaknya..
sud@is : betullah kan.. yg penting senang di kemudiannya...
-GC- : dugaan juga yer.. mujur tak apa2 dan dah selamat semuanya..
sarah najwan : itulah keluarga namanya kan.. walau sorang yg ada masalah, semua yg lain juga turut terasa sama..
dilla ady : mmg besar dugaannya... aminnn.. mudah2an begitulah hendaknya..
h4ni3 : itulah.. entah siapalah yg nak menyantau tu.. takpelah.. Allah itu maha berkuasa..
sham : terima kasih yer..
mimi jazman MJ : aminn.. mudah2an hendaknya..
hanys : perancangan Allah itu adalah sebaik2 rancangan kan.. Alhamdulillah.. selamat semuanya..
yua : mmg besar hikmah disebaliknya yua..
fuz.qym.y : hi PKH.. he..he.. akak dh terbiasa dgn nama tu plk..
caythrine amanda : mmg itulah lumrahnya kan.. semoga ryn dan kelurga juga mengecap kebahagiaan selalu.. InsyaAllah.. Thanks yer..
kayun : hi kayun.. miss u lah.. itulah.. semuanya dah selesai dgn selamat.. Thanks yer kayun..
maya : sibuk yer skrg.. akak pun gitu juga.. nak pi menziarah pun x sempat2.. thanks yer maya sudi ke sini lagi.. ITulah.. sgt pahit utk dihadapi namun sgt manis utk dikenang..
maya amir : mmg terlalu byk hikmah disebaliknya..
adiwieyah : mmg mcm2 ragamnya.. dalam seronok ada juga kisah2 disebaliknya..
assalamualaikum..
byk pengajaran dari kisah yg sdri titipkan ini..semoga kita semua ambil iktibar darinya :-)
waalaikumsalam.. semoga ada iktibar utk org lain juga.. InsyaAllah..
dugaan mematangkan manusia kak. tapi kita kena akur jodoh pertemuan ajald an maut semua ketentuanNya kan
betullah etiey.. harap kita terus matang menempuhi segala ujian dan ketentuanNYA..
Post a Comment