Masa zaman sekolah, dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah aku memang tak ramai kawan. Aku cuma berkawan dengan kawan-kawan baik aku dan teman sekelas saja. Dengan orang lain cuma setakat senyum dan say hi macam tu saja. Takde nak rapat-rapat. Sudahya bila lepas sekolah waktu kawan-kawan baikku semua sibuk dengan urusan mereka masing-masing dan teman sekelas ramai yang lost contact aku terus jadi tiada kawan untuk keluar dan berkongsi cerita. Nasib baik waktu tu aku dah ada en.asben sebagai pakwe he..he.. Tapi pengajaran yang aku dapat waktu itu ialah aku kena pandai berkawan dan bercampur dengan semua orang. Bukan dengan certain-certain orang saja. Dan sekarang ni Alhamdulillah. Aku dah mula ada ramai kawan yang rapat. Dan aku tak lagi hanya mengharapkan kawan-kawan baikku saja walaupun mereka tetap masih yang terbaik. Mempunyai ramai kawan sekarang ini merupakan sesuatu yang terbaik juga buatku. Terima kasih untuk semua yang sudi menjadi temanku. Aku sayang kalian semua.
Jadinya bila waktu tak punya ramai kawan, tentulah aku tak suka dan kalau boleh memang nak elakkan dari berbalah sesama sendiri. Dan bila teman-teman baikku ada perselisihan faham, tentu saja aku yang pertama angkat tangan kata aku tak campur. Bila mereka dah berbaik selalu saja mereka komen tentang sikapku yang begitu. Macam aku cuba nak lepaskan diri. Sebenarnya aku bukan nak lepaskan diri. Cumanya aku tak mahu memburukkan keadaan. Kalau aku join sama dah tentu aku terpaksa memilih salah seorang dari mereka untuk aku sokong. Dan bila aku tak tahu untuk menyebelahi siapa tentunya aku akan membuat penilaian yang tak betul yang boleh menguris hati mereka yang tidak disokong pula. Pastinya juga setiap mereka merasakan mereka di pihak yang betul. Maka sebab itulah aku tak mahu ikut campur.
Sekarang ini setelah berbelas tahun berlalu aku masih lagi begitu. Ada yang menegur kata aku ni selalu tak campur urusan orang. Kalau orang bercerita aku sekadar mendengar. Nama aku nak jadi nasi tambah semestinya tidak. Bukan kata tak menambah, menyampai-nyampaikan cerita pun rasanya aku tak pernah. Aku tak suka begitu. Hal orang lain memang tak pernah menjadi hal aku. Bukan tak mahu ambil tahu tapi aku rasa semua itu tidak perlu. Aku tak mahu campur tangan kita hanya akan memburukkan keadaan. Bukannya nak melepaskan diri dan mementingkan diri. Tapi aku rasa semua itu amat tak perlu. Lebih-lebih lagi bila kita tiada kaitan langsung dengan konflik antara mereka. Bukan apa, takut-takut bila mereka dah berdamai, kita pula yang dipinggir hanya kerana campur tangan kita tak membantu langsung untuk menyelesaikan masalah mereka.
Bila berdiam itu lebih baik, rasanya pilihlah untuk berdiam saja... Alamak kenapa rasa macam nak berpantun ni. U all layankan ajelah yer..
Persahabatan itu sesuatu yang indah,
Jangan rosakkannya hanya kerana sedikit sengketa;
Kalau berdamai itu boleh menyelesaikan masalah,
Maka, janganlah terus bermasam muka....
Peace...
35 comments:
kita kawankan kak? kan? kan? ngee
Hmm yana pun tak campur...heheh...kdg2 dgr sahaja..bila diam itu lebih baik...
ermm..kadang2 diam tu lagi baik dr berkata2..
hehe..lain org lain care kan kak..
salam
biar tak ramai kawan asalkan hati bahagia....
Berkawan biar beribu..pepatah ni kan sis....namun berhati-hati..sebaik-baik kawan pon jgn fikir dia tak akan melukakan...
saya juga tak punyai ramai kawan rapat...kawan2 biasa tu ramai lah
sebarang cerita yg didgr
yg elok dijadikan teladan
dan yg xelok..baiknya dijadikan sempadan..
malah bersikap batu api itu
sangatlah buruk perangainya..
yelah, kekadang time kwn kita berbalah, kita yang rasa serba salah.. baik diam jer lagi bagus....
kadang2 diam lebih baikkan Hanis, takut kalau bersuara ada yg terasa, tambah2 kalau kawan2 kita tu tengah perang dingin..
kak, saya pun tak ramai kawan rapat...saya jenis susah nak percaya kat orang..
bagus tindakan akak tu..sy pon mmg takde kwn rapat. dulu2 adela masa belajar. skang ni since ade anak n family kerja sendiri..semua jd renggang..haihhhhh
kita pun rasa mcm dah tak ada
kawan rapat sejak kahwin ni..
adalah 2-3 org saje yang boleh
di percayai utk kongsi rahsia hati :)
samer la kiter... dolo eB nih org siap cop sombong, katak bawah tempurung, etc... wahlal sebanrnyer, eb x sanggup tgk dorang dok tikam menikam & kater mengater antara satu samer lain kat blakang... pe pe hal pn nanti.. kiter gak yg disalahkan.. hadoi... mg angin... baik x der kwn kalo g2... tapi alhamdulillah... kini, eB ader kwn yg sgt2 baik... walopn x pernah jumper... blogger la kan? saper lagi ;p
hehehehee
nk syg skit sis
ekeke *sejak bile kaloi jadi adik ni*
heheh
kaloi spendapat ngan sis
wlaupun kaloi memg jenis ramai mmber
tp kaloi tak suke ambik tawu pasal dyorang
lau dyorang bercerite pun
esok lusa da lupe blik
punyer laa mls nk amik tawu hahahha
takde kawan pun susah
ramai kawan tapi ada yg suka cari gaduh pun susah
yang peliknya..
kat blog pun ada jugak yg nak bergaduh2
padahal bukan pernah jumpa muka pun
huhu~
kak hanis, dulu kengkawan aida masa sekolah adalah kaum india .. sbb sangat aktif dgn sports .. sampai ada senior skolah aida gelarkan aida ni bonto kuali .. sangat sadis senior tu .. hehehe ..
frienf 4ever
saya tak campur jugak..hehe
kak anis: kita bercampur je laa ngan org yg nak bercampur ngan kita..hahaha..tu lg best..haha :)
Regards,
-Strider-
shiela suker baca semua n3 dari hanis...semuanyer menenangkan minda...thumbs up!!...walau kenal tak lama n cuma kat alam maya saje...hanis boleh jadi kawan yang terbaik :) (Ikhlas)
susah senang bersama...!
kita pun kawan kan...
lulu caldini : off course kita kawan.. dan lulu mmg seorang kawan yg baik.. thanks lulu..
mayana : lebih baik kita x payah campur hal org kan yana..
ieyla : lain org lain cara.. seeloknya pilihlah apa yg terbaik utk kita dan org lain kan ieyla..
sissyira : betul.. yg penting hati kita bahagia..
eye_nee : setiap perkara kita perlu beringat kan kak.. thanks akak..
daddy ziyyad : kawan biasa dan kawan rapat pun punya keistimewaan masing2 kan..
sarah najwan : minta dijauhkan kita dari sikap batu api tu kan kak..
lizzie Yasmin : mmg serba salah dibuatnya..
ummiross : dalam diam tu pun kita boleh doakan agar mereka segera berbaik semula..
wahida : sgt susah nak percaya org lain kan..
rose@ibu rafiq : bila dan ada family, mmg mereka yg menjadi keutamaan kita kan rose..
ati masrif : itu yg sebaiknya.. tak perlu luahkan rahsia hati pada ramai org.. takut lain pula jdnya..
eB ezrin : biarlah org nak mengata kita asalkan kita tak mangata dan memburukkan org lain.. Alhamdulillah setakat ni semua teman2 blogger mmg sgt baik hati..
Semoga semuanya ikhlas dalam bersahabat..
nurkaloi : syg kaloi juga.. jaga hal kita sudahkan.. masalah org kita dengar dan ambil iktibar agar tidak mengulangi benda yg sama..
h4ni3 : itulah.. tak pernah jumpa pun boleh gaduh juga.. besar betul pengaruh kata-kata ni kan..
aida : amboi lasernya mulut.. tp klu boleh terima sebagai gurauan kira okeylah tu..
Liza@adzriel ab : ever and ever..
farah fauzi : kita geng.. he..he.
mr strider : itu yg sebaiknya.. hati pun senang..
shiela latif : thanks shiela.. semoga ukhwah kita di alam maya ini berterusan hendaknya.. klu ada rezeki insyaAllah boleh jumpa juga nnt kan..
etiey.com : yup.. tak perlu gaduh2..
sofya : thank you friend..
Betul tu kak. Diam tu lebih baik.
Masuk campur kadangkala makin memburukkan keadaan aje kan kak.
kawan sejati.. bila bergaduh.. masih boleh gi ngeteh sambil cerita story zaman sekolah2..
asal jangan bergaduh bab perempuan sudah la.. (rampas awek kawan).. ini, biasanya tiada maaf bagimu,.... hehhe
dulu mmg baik, tp sebab 1 benda yg mengguris hati, trus tak baik. nak memaafkan tu boleh, tapi hati masih teringat2 luka lama. biarlah.
bagus la kak tak jadi nasi tambah..slalu sebab nasi tambah ni la mengkusutkan lagi keadaan yg sedia kusut tu..
setuju gan sis , malas nak masuk capur , nanti dorang ok yang pihak ketiga lak jadi mangsa di cop penambah perasa...
betul hanis..ada kalanya berdiam diri lebih baik..menyampai2 banyak yg tak elok dr yg elok.
saya rasa saya antara yang ramai kawan dari segi jumlah, tapi kalau dari erti kawan sebenar amat sedikit. Puncanya, dari sekolah rendah, kerap sangat bertukar sekolah, semua sekali ada 8 buah sekolah, tak pernah ada kawan baik, kawan yang kenal2 macam tu saja.
Kawan saya yang paling baik ialah suami saya. Dialah sahabat terbaik saya dunia akhirat. Sebab itu saya sangat suka berblog sekarang, kerana dapat jumpa kawan walaupun di alam maya.
Sama macam hanis, tak suka ambil port sangat tentang masalah orang lain, tapi suka juga nak mendengar. Kawan yang baik ialah kawan yang setia mendengar masalah kawannya kan, tapi janganlah memburukkan keadaan. Itu batu apa namanaya, tak gitu....
suara kalbu : memburukkan keadaan yg kita nak elak sgt tu kan..
pala maldini : itulah baru sahabat sejati.. klu dah ambil hak kwn tu mmg tak boleh jd kawan dah..
-GC- : bila sekali terluka mmg susah kita nak lupa..
dilla ady : bila dah kusut, langsung tak terurai nnt.. klu boleh pun tentu makan masa kan..
diana : betul.. takut2 klu kita layan dan tersilap kata akan dituduh menghasut pula..
amy syaquena : sudahnya kita yg jd mangsa kan..
whitecappucinno : sebab itu awal-awal kena elak kan kak..
~yus~ : byknya tukar sekolah.. klu macam tu mestilah ramai kawannya.. mmg suami kawan rapat terbaik kita.. kawan alam maya ni mmg ramai yang menyenangkan.. betullah yus.. mendengar tu mmg tugas sahabat.. jadinya jgn rosakkan persahabatan dengan menjadi batu api yg memburukkan keadaan..
indahnya persahabatan bersamamu..
orang dtg sini sbb suka nak berkawan dgn golongan ibu sbb lebih matang :)
adinda amy sensei : Alhamdulillah..
sasa al-sharif : bila dah berumur mmg kena matang.. thanks sasa sudi ke sini..
Post a Comment