Hari ini mood bercerita tentang perkahwinan. Semua ini kerana dari malam tadi dok melayan rancangan tentang perkahwinan diraja yang popular tu. Pagi tadi juga kat HotFM bercerita tentang perkahwinan juga. Oh, ye hari ini juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan 2 teman blogger Yus & Ati Masrif dan hari kelahiran ayah seorang teman blogger dr hanie . Kalau nak bagi wish bolehlah berkunjung ke blog mereka.
Tahun lepas, di penghujung April, keluarga kami juga sibuk dengan urusan perkahwiann adik bongsuku. Tapi sebelum majlis berlangsung, bertimpa-timpa dugaan yang diterima. Semakin dekat tarikhnya semakin banyak pula yang terjadi sehinggakan ramai orang dah geleng kepala dengan dugaan yang kami hadapi. Lepas satu-satu datangnya dugaan.
Disebabkan arwah ayah sudah tiada, makanya pakcik kami yang menjadi wali untuk kami adik beradik. Untuk urusan di pejabat agama memang tak berjalan lancar kerana pakcik kami tidak beberapa sihat. Beberapa kali dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Selepas beberapa kali temujanji bersama kadi tidak menjadi akhirnya kadi menawarkan diri untuk berjumpa dengan pakcik untuk urusan pengesahan wali. Makanya kami membawa kadi ke rumah pakcik untuk urusan itu. Alhamdulillah, kadi itu amat memahami masalah kami.

Dua minggu sebelum majlis, adikku yang nak jadi pengantin tu pengsan di rumahnya dan dibawa ke hospital. Sebelum itu dia mengadu sakit perut yang teruk. Selepas di diagnose doktor kata adik aku ada masalah fatty liver. Esok paginya pula doktor kata adik aku ada appendiks dan perlu di bedah segera. Naik bengkaklah mata adik aku menangis. Dengan majlis yang tak beberapa hari lagi berlangsungnya, dia pula perlu di bedah. Mahu tak sedih.
Dalam pada menunggu bilik pembedahan kosong, petang itu doktor maklumkan adik aku tiada masalah itu dan pembedahan tidak perlu dijalankan. Dia juga dibenarkan keluar dari hospital. Macam pelik kan. Tapi itulah yang terjadi. Bila tanya semula, doktor kata memang tiada apa masalah, jadinya perlu apa adik aku dibedah. Walaupun masih sakit tapi melompat kegembiraan jugalah adik aku. Kami pula memang bersyukur sangat-sangat.
Bila perubatan moden mengatakan tiada apa, kami cuba pula usaha dengan perubatan islam. Menurut ustaz yang merawat adik aku terkena buatan orang. Macam guna santau angin gitu. Punyalah kami takut. Tapi nampaknya selepas rawatan adik aku nampak lebih segar. Bila adik aku dah sihat kami jadi takut juga manalah timbul pula perkara yang tak diingini waktu majlis nanti.
Bila bab adik aku dah reda, aku pula kena samun beberapa hari selepas itu. Bayangkan, bila nak kenduri tentulah banyak nak pakai duit untuk majlis. Aku pula kehilangan barang-barang peribadi. Walaupun tidaklah sebanyak mana, tapi memang terasa jugalah nak beli barang-barang yang baru mengantikan barang-barang yang hilang itu.
Bila bab aku dah setel, adik ipar aku pula dimasukkan ke hospital kerana suspected denggi. Waktu tu memang soal majlis dah takde dalam kepala kami. Sudahlah suami adik aku yang pertama meninggal kerana denggi berdarah. Bila suami dia yang baru ini kena denggi juga mahunya kami sekeluarga tak trauma. Alhamdulillah, adik iparku sihat sepenuhnya dua hari sebelum majlis.
Bila semuanya dah selamat barulah urusan majlis mendapat perhatian kami. Malam sebelum hari nikah kami buat majlis doa selamat sikit sebagai tanda kesyukuran semuanya sudah selamat dan semoga majlis yang akan berlangsung berjalan lancar. Alhamdulillah majlis akad nikah dan majlis di rumah berjalan dengan lancar.
Keesokkan harinya majlis di Dewan Perdana Felda pula. Sejak tengah hari aku sekeluarga sudah berkampung di sana untuk mengatur tempat duduk dan urusan yang lain. Ingatkan segala dugaan dah selesai. Rupanya tak juga. Bayangkan hampir pukul 6 petang adik aku masih tidak dapat masuk ke bilik persiapan untuk pengantin. Ini kerana pengantin yang mengadakan majlis pada siangnya di situ tidak keluar-keluar dari bilik itu hanya kerana mahu bergambar.
Punyalah pentingkan diri. Langsung tak mahu ambil kira urusan orang lain. Kalau mereka bayar berpuluh ribu untuk majlis di situ, kami juga membayar jumlah yang sama. Boleh pula pengantin perempuan tu buat muka bila diminta beri kerjasama untuk mengosongkan bilik. Memang tak patut betul. Kalau mereka mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan mereka, orang lain juga mahukan perkara yang sama. Sudahnya merosakkan mood bahagia di majlis perkahwinan sendiri dan orang lain.
Tapi mujur kelewatan itu tidak menjejaskan majlis pada malam itu. Kelam kabut adik aku bersiap. Mujur wedding plannernya pro. Semuanya berjalan lancar selepas itu. Majlis berjalan santai. Tiada yang terlalu formal kerana kami mahu tetamu yang terdiri dari saudara mara dan rakan-rakan terdekat merasa selesa. Dan en.asben have done a good job ketika menyampaikan speech untuk pengantin dan para tetamu bagi pihak keluarga kami. Thanks sayang.
Sudah setahun rupanya semua itu berlalu. Alhamdulillah.. Happy anniversary untuk adikku Rit & J. Semoga kalian cepat dikurniakan dengan cahaya mata. Dan semoga rumahtangga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYA.