Nuffnang

Monday, January 31, 2011

Thanks Nick Irfan..

Ucapan terima kasih buat Nick Irfan yang sudi tag akak. Fisrt time ni tak bertangguh nak buat tag. Kenapa?? Sebab utamanya tentulah nak menghargai orang yang sudi tag kita tu. Sebab keduanya ialah takut kalau bertangguh nanti akan terlupa pula dan akhirnya tak sempat nak buat. Rasa berhutang pula nanti. Jadinya kena settlekan cepat-cepat. Okey meh kita mulakan..

1. Bila korang suka tulis entry?
Takde spesifik masa nak menulis entry ni. Ikut bila-bila ada masa, ada idea dan cerita saja.

2. Adakah korang blogwalking hari-hari?
Sudah semestinya. Tapi tak banyak mana pun boleh blogwalking dalam sehari tu sebab kekangan masa. Sebab lain pula ialah saya seorang yang suka membaca, jadinya saya ambil masa singgah kat blog orang lain untuk membaca entry mereka. Pada saya itu lebih bermakna daripada saya berblogwalking untuk meninggalkan jejak saja.

3. Namakan tiga blog yang korang paling suka baca:
As i told u earlier, i love reading. So semua blog yang saya follow seperti senarai dalam bloglist saya tu saya suka baca. Nak pilih yang paling suka pun dah tak tahu sebab semuanya best dan ada cara, ada cerita dan ada nilai tersendiri untuk dihayati.

4. Apa yang korang nak cakap dekat ML kalau korang jumpa ML <-- Ini soalan original. Tapi saya tukar dengan soalan : Apa yang korang nak cakap dekat Nick Irfan kalau jumpa:
Kalau jumpa Nick Irfan, saya nak cakap, Thanks yer sebab selalu sudi berkunjung ke blog akak ni. Sudi juga memberi komen lagi. Appreciate it so much. Jemputlah berkunjung selalu yer.

5. Tag 5 orang rakan blogger yang korang rasa cool like a snow :
Wow, ada ramai blogger yang saya rasa sangat cool. Mereka terdiri dari rakan-rakan blogger yang selalu sudi singgah, komen dan follow blog saya ini termasuklah Nick Irfan. Saya buat tag ni untuk menghargai orang yang sudi tag saya tu dan suka nak menjawab soalan. Tapi saya taknak tag orang lain sebab seperti biasa saya suka mengelat. Ha..ha.. Lagipun dah lama dah tak tag orang lain. Jadinya untuk kali ini pun saya taknak tag juga mengikut kebiasaan saya. Boleh ke gitu? Boleh kot.. (kalau dah tanya lepas tu jawab sendiri dan tentulah jawapannya boleh kan) He..he..

Thanks Nick Irfan..

Dulu cakap lain..

Sejuk-sejuk ni terkenang pula ayat-ayat yang kita selalu dengar dan gunakan masa dulu-dulu. Zaman memang dah berubah kan. Tak payah tengok yang jauh-jauh. Dari perbualan seharian pun dah ketara kepada kita yang banyak perkara yang sudah berubah sekarang ini. Contoh-contoh yang terfikir dalam kepala ini adalah seperti yang berikut.

Dulu :
Eh, dah senja ni. Kenapa tak masuk dalam rumah lagi. Tak takut denga hantu kopek ke?
Sekarang :
Eh, dah senja ni. Kenapa tak masuk dalam rumah lagi. Tak takut dengan nyamuk aedes ke?

Dulu :
Ada alamat rumah tak? Nanti senang nak menjemput dan hantar kad kahwin.
Sekarang :
Ada FB account tak? Nanti senang nak hantar wedding invitation. Boleh reply sekali.

Dulu :
Tak dapat datang sekolah, takpe nanti ayah hantar surat kat sekolah..
Sekarang :
Tak dapat datang sekolah, takpe nanti ayah sms kat cikgu..

Dulu :
Kalau dapat agregate baik masa SRP nanti nak hadiah Walkman..
Sekarang :
Kalau score semua A masa PMR nanti nak hadiah Handphone, MP4, PSP, Laptop, I-pad bla..bla..bla semua gadget dengan teknologi terkini..

Dulu :
Eh, lesen TV dah renew ke?
Sekarang :
Eh, bil astro dah bayar ke?

Dulu :
Mahallah kodak.
Sekarang :
Mahallah DSLR.

Dulu :
Surat tu dah hantar ke?
Sekarang :
Dah forward dah ke email tu?

Ha..ha.. familiar tak dengan ayat-ayat macam tu. Tentu ada lagi ayat-ayat lain jugak yang terlintas di kepala u all kan. Nak share tak?

Sunday, January 30, 2011

Kereta kita Ferrari...

Salam hari minggu untuk semua. Hujan masih tak berhenti sejak pagi. Perut dah kenyang. Kejap lagi tentulah nak cari bantal. Jadinya baik update blog kesayangan ni dulu sebelum ketiduran..

Petang semalam aku & family pergi ke majlis harijadi anak teman sepejabat. Tapi disebabkan anak-anak ada swimming class selepas itu, makanya kami adalah orang yang terawal datang dan orang yang terawal juga yang pulang.

Kebetulan di majlis tu, ada teman sekelas Az yang menghadiri majlis itu. Makanya dari duduk malu-malu, terus aktiflah energynya bila dah jumpa geng. Teman Az ni seorang budak yang jenis banyak mulut. Ada saja benda yang dia ingin tanyakan. Az pula bukanlah orang yang rajin benar nak melayan soalan orang. Jadi, jawapannya semua jenis yang samada ya, tidak atau entah saja. Takde yang spesifik menjawab soalan.

Masa nak balik tu hujan renyai-renyai. Sebab kereta kami di parking agak jauh makanya en.asben pergi mengambil kereta terlebih dahulu. Masa sedang menunggu kereta tu teman Az sibuk lagi bertanya itu dan ini. Jawapan Az pula tetaplah sama macam yang aku cerita kat atas tu.

Soalan terakhir teman Az tu ialah, Az, awak naik kereta apa ye?

Aku, Han, Is dan beberapa orang yang ada di situ dah tersenggih-senggih dengan soalan yang macam semua benda dia nak tahu tu. Aku ingatkan Az nak jawab entah juga seperti biasa. Tapi apa yang keluar dari mulut Az buat kami terus tergelak besar jadinya. Nampak sangat dia sudah tak boleh tahan untuk melayan dan menjawab soalan ala reporter dari temannya tu.

Dengan muka selamba dan penuh keyakinan Az jawab kita naik FERRARI.

Friday, January 28, 2011

Bila 2 ratus jadi 2 ribu...

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Jadinya jangan takut untuk bersedakah. Sebab dengan bersedekah, rezeki kita akan menjadi lebih berkat. Dan insyaAllah sedekah yang kita keluarkan itu akan digandakan oleh Allah SWT... Tentunya kita semua biasa dengar ayat-ayat sebegini yang menyeru kepada kita untuk bersedekah.

Sememangnya kita semua sudah maklum akan keberkatan bersedekah. Kita juga tahu yang ada rezeki orang lain dalam rezeki yang kita perolehi. Tapi kadang tu berat juga untuk kita mengeluarkannya. Kadang tu terasa sayang dengan apa yang kita miliki sehingga rasa tidak mahu berkongsi sebahagiannya dengan orang lain. Walaupun kadang tu kita hanya perlu mengeluarkan sebahagian kecil saja dari rezeki yang kita perolehi. Tapi rasa berat itu tetap ada. Jadi memang agak payah juga untuk kita mengikhlaskan hati kita untuk bersedekah.

Selalu rasa macam kita juga memerlukannya. Tambah-tambah memang itu rezeki untuk kita. Makanya, kita lebih pentingkan untuk mendahulukan keperluan kita terlebih dahulu sebelum memikirkan orang lain. Memikirkan orang lain yang mungkin kekurangan rezeki dan yang lebih memerlukan sebahagian dari rezeki kita itu. Itulah kebiasaannya kan.

Aku ada satu pengalaman yang ingin dikongsikan bersama berkenaan dengan bersedekah ni. Ianya hanya cerita biasa. Tapi cukup berkesan untuk mengubah persepsiku tentang perlunya bersedekah dengan ikhlas ini. Jadinya terasa mungkin elok juga untuk aku kongsikannya di sini. Mana tahu ada manfaat untuk orang lain juga.

Perkara ni berlaku dalam dua tahun lepas. Satu hari, seorang saudara dari kampung datang berkunjung ke rumah kami. Waktu tu lebih kurang dua tiga hari lagi sebelum masuknya bulan ramadhan. Memikirkan ramadhan, terdetik di hati ini untuk mengirimkan sedikit wang untuk tok di kampung buat perbelanjaan di bulan puasa nanti. Memang emak aku ada mengirim juga untuk ibunya. Tapi sebagai cucu, rasanya aku juga punya tanggungjawab untuk mengirimkan sedikit wang untuk tambahan tok berbelanja.

Tok aku bukannya orang senang. Tinggal bersamanya, makcikku yang sedikit kurang upaya. Pakcikku yang kematian isteri juga tinggal bersama 3 anak-anaknya di situ. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, tentulah tidak cukup untuk pakcikku menyara keluarga. Walaupun anak-anak tok ramai, tapi bukannya semua berpendapatan besar dan dapat menghulurkan bantuan setiap masa. Masing-masing ada komitmen untuk menyara keluarga sendiri. Jadinya, sesiapa yang ada lebih tu memang tahu sendiri untuk bantu apa yang terdaya.

Waktu tu memang aku ikhlas ingin bersedekah. Aku keluarkan RM50 dari purse. Terfikir pula setakat RM50 tu cukup untuk aku makan KFC anak beranak saja. Jadinya aku tambah lagi RM50. Bila dah tambah, teringat pula makcikku yang sedikit kurang upaya yang tinggal sekali dengan tok. Jadinya aku tambah lagi RM50. Bila dah tambah, teringat pula sepupuku, anak yatim yang tinggal sekali. Maka aku tambah lagi RM50 lagi. Akhirnya RM200 juga sudah aku keluarkan dari purseku.

RM200 bukanlah besar untuk sesetengah orang. Tapi untuk orang yang berkeluarga sepertiku, RM200 itu punya nilai yang agak besar juga. Waktu itu pula aku baru lagi berkerja di tempat baru ini. Dengan gaji yang berkurang melebihi 1k sebulan tentulah RM200 itu lebih bernilai untukku saat itu. Tambahan pula, bila dah hampir ramadhan, tentulah perbelanjaan untuk raya perlu diambil kira juga. Terfikir di kepala, dengan RM200 tu, dapat juga aku membeli kelengkapan untuk raya. Punyalah berkira nak mengeluarkan sedekah tu.

Tapi, aku terfikir kembali. Kalau aku yang punya pendapatan ini pun merasakan RM200 itu terlalu bernilai untukku, untuk tok yang punya tanggungan tanpa pendapatan itu, tentulah ianya lebih bernilai lagi. Jadinya aku bersihkan hati. Lupakan seketika keperluanku untuk sementara. Dengan ikhlas aku kirimkan RM200 itu kepada saudaraku untuk di berikan kepada tok. Kalau RM200 itu boleh membantu tok, makanya aku tidak rugi andai kurang membeli baju raya yang baru. Mungkin RM200 itu rezeki untuk tok. Bukan hak aku.

Beberapa hari kemudiannya saudaraku menelefon. Dia menyampaikan salam dan ucapan terima kasih tok untukku. Selang beberapa hari selepas itu aku menerima sepucuk surat atas nama aku dan en.asben. Surat dari bank yang kami tahu akaunnya sudah lama tidak aktif itu memang tidak mendapat perhatian dari kami berdua. Iyelah kami buka akaun tu pun sekadar untuk buat loan rumah 10 tahun lepas. Bukan untuk simpanan pun. Setelah beberapa hari barulah en.asben membuka surat itu. Isinya ialah penyata akaun untuk akaun bersama kami berdua.

Akaun yang kami sangka tidak aktif dan sudah kosong itu rupanya ada baki lagi yang kami sendiri tak pernah ingat. Ada RM2k di dalam akaun itu. Waktu itu terus saja aku teringat RM200 yang aku kirimkan kepada tok. Teringat pula tentang keberkatan rezeki. Teringat tentang gandaan yang akan diterima atas keikhlasan kita dalam bersedekah. Dengan hanya Rm200 yang aku kirim kepada tok berserta keikhlasan, aku dapat pula RM2k dari rezeki yang aku tak pernah sangka-sangka. Terima kasih Allah.

Kesan dari kisah itu, sampai sekarang, kalau ada rezeki, aku semakin kurang nak berkira untuk bersedekah. Aku selalu tanamkan dalam hati ini. Kalau ini rezekiku, maka dengan cara apa sekalipun aku akan dapat rezeki ini. Tapi kalau bukan rezekiku, aku tidak kisah, kerana dalam rezekiku ini memang sudah pasti ada rezeki untuk orang lain yang perlu aku agihkan.

Thursday, January 27, 2011

Laju sikit boleh..

Lajunya bawak kereta pagi-pagi..
Tegur seorang rakan sekerja lelaki. Rasanya ada 2, 3 orang rakan sekerja lelaki juga yang pernah mengeluarkan kata-kata yang sama sebelum ini.

Eh... ye ke. Mana ada laju..
Seperti biasa mestilah aku membuat penafian sebab rasa-rasanya tidaklah selaju mana pemanduanku ke tempat kerja. Pada kadar tak lebih 110km saja setiap pagi. Tapi bila mereka mengatakan yang mereka memang follow kereta aku, jadinya tentulah mereka tahu laju tak laju. Pastinya meter mereka tidak melebihi meter keretaku kan.

Biasalah, perjalanan yang biasa kita lalui setiap pagi ke tempat kerja. Jadinya tentulah kita tahu part mana perlu ambil lane kanan. Part mana yang perlu ambil lane kiri. Tang mana boleh memandu laju. Tang mana perlu memperlahankan kenderaan. Tang mana perlu ambil extra precaution. Jalan mana yang berlekuk. Jalan mana yang berliku. Semuanya kita dah tahu dan arif. Jadinya bolehlah gunakan skill + pengetahun tentang laluan + berhati-hati + berikan sepenuh tumpuan untuk memandu. Maknanya laju yang bertempat ikut keadaan jalan.

Sebab itulah agaknya en.asben cukup tak berkenan kalau aku minta dia hantarkan aku ke tempat kerja kalau dia bercuti. Iyelah dia cuti. Kita yang nak pergi kerja. Jadinya dia memandu secara santai. Mulalah mulutku menegur itulah.. inilah.. Iyelah.. Kita nak ke tempat kerja. Bukan nak makan angin. Err.. laju sikit boleh tak yang.. selalu tu kawan i kata i bawak laju.. he..he..

Wednesday, January 26, 2011

Bayar tol pun seksi..

Pakcik aku yang seorang ni memang sangat pemurah. Cukup pemurah yang kalau dia ada memang orang lain tak perlu nak keluar duit. Kalau keluar atau pergi bercuti ke mana-mana, memang dia tidak berkira untuk keluar belanja. Dari belanja penginapan, hinggalah ke makan minum. Memang dia saja yang akan belanja. Semuanya sudah dia aturkan sehingga bila kami nak keluar duit membuat bayaran semuanya sudah dilangsaikan. Jadi malu juga kami dibuatnya.

Tapi memandangkan dia pun orang yang ada rezeki lebih dan belanjanya untuk merai keluarga jadinya kami pun menerima dengan hati terbuka. Semoga semakin murah rezekinya. Pakcik aku ni dari belanja yang besar-besar, hinggalah yang kecil-kecil memang dia suka nak bayar. Sampaikan duit tol atau duit parking pun gitu juga. Kalau kami keluar tiga kereta, memang tiga-tiga kereta dia akan bayarkan sekali. Selalu rasa macam best kalau dapat buat macam tu.

Ada satu hari, aku dengan en.asben ke KLIA untuk ambil mertua, ipar dan biras balik dari umrah. Jadinya kami pergi menaiki dua kereta yang berasingan. Sebab waktu tu dah tengah malam jadinya aku drive di depan dan en.asben follow di belakang. Masa kat tol aku pun nak buat macam pakcik aku selalu buat. Aku bayarkan sekali tol untuk en.asben di luar pengetahuannya. (aku lupa kenapa aku tak guna touch & go waktu tu.. he..he..)

Sebaik saja kereta en.asben melepasi tol yang sudah aku lunaskan itu, dia terus call aku. Ma, seksilah u buat macam tu...

Ha..ha.. tengok. Besar betul kuasa orang pemurah ni. Sampaikan tolong bayarkan tol pun boleh nampak seksi. (Don't get me wrong. Seksi dari segi perbuatan yer) Malu aku jadinya sampaikan nak pandang mukanya masa kat airport pun aku malu-malu. Walawei..

Mendung menguasai ideaku...

Hari ni cuacanya mendung. Sejak pagi hingga ke petang ini, redup saja awan di luar tu. Orang kata cuaca boleh mempengaruhi mood dan persekitaran. Iye ke? Tapi mood aku hari ni biasa-biasa saja. Tidak mendung. Ceria pun pada kadar yang sepatutnya.

Yang pastinya aku tiada idea untuk bercerita. Sejak tadi ada bermacam-macam perkara yang ingin aku kongsikan. Tapi, tidak seperti selalu, payah benar hendak mengatur ayat seperti biasa. Mungkin hari mendung telah mempengaruhi mood berceritaku.

Ideanya lambat hendak keluar dan akhirnya tepu dalam pemikiranku tanpa dapat diolah menjadi tulisan untuk dikongsikan seperti selalu. Hmm.. harap-harap janganlah berterusan begini. Bagaimana nak jadi blogger tegar kalau begitu. Ha.. ha.. okey, aku sedang merapu.

Aduh, ini percubaan kali ke empat untuk aku membuat entry. Serius, sebelum ni ada tiga cerita yang tergantung separuh jalan tanpa dapat aku sudahkan. Jadinya, untuk entry yang ni aku mahu post saja. Boleh ke macam tu. Boleh kot. Harap-harap entry ni menjadi pemangkin untuk ideaku keluar.

Tuesday, January 25, 2011

Sebelum kehilangannya...

Hampir tengah hari tadi seorang peserta kursus di tempat kerjaku tidak dapat meneruskan kursusnya kerana mendapat berita yang ibunya meninggal dunia. Al- fatihah untuk arwah ibunya. Takziah juga untuk beliau dan keluarganya yang kehilangan insan kesayangan.

Sungguh, aku yang takde kena mengena jadi tersentak jadinya. Melihat sendu di wajahnya membuatkan aku jadi terharu juga. Berlari-lari anak dia keluar dari bangunan menuju ke kereta. Jauh lagi perjalanannya hendak pulang. Mungkin dalam 3~4 jam. Tapi jelas dimataku yang dia bagaikan mahu terbang pulang saat itu. Pulang mencari dan memeluk jasad ibu yang telah kaku.

Hatiku tersentuh melihat perlakuannya. Aku cuba letakkan diriku ditempatnya. Rindu pada emak di rumah serta merta bertandang. Kasih sayang dan pengorbanan emak selama ini terasa menyentuh hatiku. Wajah emak terpandang-pandang di mataku. Kata-kata dan nasihat-nasihat emak yang berulang-ulang setiap hari menjadi satu syair yang terindah untuk aku kenang dan amati hari ini. Kebaikan emak yang tak mungkin habis kubalas tersusun di ingatan.

Selama ini aku tahu, aku bukannya selalu menjadi anak yang baik. Aku bukannya anak yang tak pernah ber uhh.. atau tak ber ahh.. dengan emak. Aku bukannya anak yang tak pernah engkar atau melawan cakap emak. Tapi hari ini, aku juga tahu, aku mahu menjadi anak yang lebih baik lagi untuk emak. Aku mahu lebih membahagiakan hati emak. Aku mahu lebih menjaga emak dengan baik. Aku mahu melakukan semua yang terbaik untuk emak selagi mana aku terdaya. Selagi mana aku termampu, sebelum aku kehilangannya.

Monday, January 24, 2011

Tak perasan atau tak peduli?

Pernah ada situasi dengan orang yang suka menguasai perbualan tak? Aku biasa juga kena. Untuk dua tiga kali kita cubalah juga selitkan cerita kita pula. Iyelah namanya pun berbual. Mestilah ada feedback dari kedua-dua belah pihak. Dan bila sedang berbual pastilah akan ada lebih dari satu cerita yang keluar dari individu yang berbeza.

Tapi bila dua tiga kali apa yang ingin kita sampaikan bagaikan tiada respond bahkan disambung pula dengan cerita mereka lagi, perlukah kita meneruskan cerita. Kalau aku, bila dah jadi macam tu aku lebih suka memberikan sepenuh tumpuan pada ceritanya saja. Lupakan terus apa yang ingin kita kongsikan bersama. Apa guna nak bercerita kalau orang tak sudi mendengarnya. Jadinya dengarkanlah saja cerita-cerita mereka.

Nak tersentap pun tak boleh juga. Takkanlah nak paksa orang mendengar cerita kita. Takkan pula kita mahu meminta mereka berhenti bercerita semata-mata untuk memberi peluang kepada kita pula untuk berbicara. Hmmm.. aku memang tak biasa menguasai perbualan. Jadinya timbullah persoalan dalam kepala. Mereka ni tak perasan ataupun tak peduli?

Laser sendiri pun boleh..

Hujung tahun lepas sepatutnya kedua-dua anak lelakiku berkhatan sekali. Tapi disebabkan si abang, Is berkhatan dulu dan menangis pula bila dah balik rumah, makanya si adik, Az pun jadi cuak pula. Selepas ditanya berkali-kali akhirnya dia menarik diri. Okeylah, aku dan en.asben tiada hal sebabnya dia pun masih kecil lagi. Jadinya takdelah kami mahu memaksa. Nanti-nanti pun takpe. Tapi lepas dari itu, Az jadi takut pula bila kami menyebut tentang berkhatan. Asyiklah dok tanya boleh tak kalau dia tak berkhatan. Tapi aku cakap mana boleh. Semua lelaki islam wajib berkhatan. Bila dengar macam tu dia pun diam. Tentunya dia tahu tiada pengecualian untuknya.

Sabtu lepas anak-anak lelakiku ada membeli permainan pistol yang ada peluru kecil-kecil tu. Di atas pistol itu ada lampu laser. Setelah seketika membelek-belek lampu laser tu, Az tersenyum sendiri. Aku perasan perubahan air mukanya itu. Entah macam mana di boleh terfikirkan sesuatu yang boleh menyelamatkan dirinya. Dengan tenang dia memberitahuku begini...

Yang ni pun laser juga. Jadi guna laser ni ajelah untuk bersunat nanti..

He..he.. banyaklah nak laser sendiri. Setakat guna lampu laser tu takde apa yang terpotong pun anakku sayang. Pandai betul dia cari idea untuk mengelat...

Sunday, January 23, 2011

Angin!!!

Oh angin yang baik hati..
Tolonglah pergi..
Dari malam tadi perutku tak selesa..
Sampai pagi ni dah rasa sesak dada pula..
Kepala dah mula pening..
Terasa bagai nak pusing..

Oh angin yang baik hati..
Tolonglah pergi yer..
Sakit sangat dah rasanya ni..
Kalau boleh, terus pergi dan jangan datang lagi..
Tak sanggup dah nak kena seranganmu lagi..

Oh angin yang baik hati..
Tolong yer..
Tolonglah pergi..
Kesian kat perut, dada dan kepalaku ini..

Oh angin yang baik hati..
Terima kasih yer..
Kerana memberikan aku kesedaran..
Tentang nikmatnya SIHAT itu..

Syukur Alhamdulillah, di atas kesedaran ini..
Syukur Alhamdulillah, di atas nikmat yang selalu diberi..
Syukur Alhamdulillah, aku masih bernafas lagi..

Friday, January 21, 2011

Kejam...

Terbaca tentang info ini di diari islam pagi tadi. Terpanggil pula untuk berkongsi ilmu di hari jumaat yang berkat ini. Semoga ada manfaat untuk kita bersama, InsyaAllah.

10 Jenis Orang Islam yang Kejam

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang didaerahnya didatangi oleh orang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang yang di undang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Minta dijauhkan kita dari menjadi di antara orang-orang yang kejam.

Thursday, January 20, 2011

Selipar nenek pun jadi...

He..he.. semalam dalam kereta masa nak hantar Han ke tuisyen, macam nak pecah perut kita orang gelak. Mana taknya, semalam aku puasa, jadinya lambat sikit nak keluar rumah sebab nak berbuka dulu. Han pun baru nak makan waktu aku berbuka tu. Lepas solat maghrib semua, kelam kabutlah kami dua beranak keluar rumah. Sampaikan Han pakai tudung pun kat dalam kereta. Punyalah tak sempat.

Sebaik siap bertudung dia terjerit. Alamak mama, Han lupa pakai selipar.. Apalagi, melompatlah dia ke seat belakang untuk cari kot-kot ada kasut lain kat bawah kerusi kereta. Tapi takde. Nak pusing balik dah separuh perjalanan. Kalau nak pusing balik memang sah-sah masuk kelas lambat. Lagipun jangan haraplah dia nak minta patah balik sebab anak-anak aku ni semuanya macam en.asben. Lambat itu pantang. Kalau aku, lambat itu biasa. He..he..

Mama pakai selipar apa? Pakai selipar mama ajelah
. Cadang Han. Hmm.. Okey jugak tu. Aku pun bukannya nak singgah ke mana-mana. Lepas hantar terus balik rumah saja. Jadinya tak berkasut pun takpe. Masa kat trafik light, aku tengok kat kaki nak buka selipar... Alamak, mama pakai selipar nenek.

Punyalah nak cepat, aku pun main sauk aje selipar mak aku yang saiz 8 tu. Aduh, aku pakai pun longgar. Kalau Han pakai, lagilah. Tapi sebab tiada pilihan lain, terpaksalah juga Han memakainya. Tersenggih-senggih Han pandang muka aku masa keluar kereta. Macam lipas kudung dia berjalan takut orang perasan. Nasib baik malam.

Aduhai, poyo betul dua beranak ni. Selipar nenek pun boleh tibai jugak.. hi..hi..

Wednesday, January 19, 2011

Sekolah malam..

Malam tadi aku dan en asben ke sekolah malam. Sekolah malam? Macam nak ambil SPM atau STPM semula pula siap ambil sekolah malam kan. Eh.. eh taklah. Sebenarnya bukan pergi sekolah malam. Tapi pergi ke sekolah malam-malam. Iye, dari pukul 8 hingga 10.45 malam.

Malam tadi ada perjumpaan permuafakatan antara para Guru dan Ibubapa di sekolah Han untuk pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ni. Aku memang pujilah kerajinan dan komitmen yang diberikan oleh guru-guru di sekolah itu. Sanggup tu datang malam-malam semata-mata untuk memberikan penerangan untuk ibu bapa tentang program yang dirancang dan akan dilaksanakan bagi memastikan anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR di sekolah itu.

Dari kelas tambahan, program motivasi, majlis sembahyang hajat dan beberapa program lain yang berkaitan, semuanya dikongsikan jadual perancangan tarikhnya. Cara menjawab soalan dan pemarkahan juga turut diberikan penerangan untuk setiap matapelajaran. Ada tips juga mana yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa dan pelajar. Memang info yang sangat baik buat ibu bapa untuk diambil perhatian dan tindakan selanjutnya.

Yang menariknya, sejak awal persekolahan lagi sesi bacaan Yassin telah diadakan pada setiap hari jumaat untuk semua pelajar Tahun 6. Baguskan, mengunakan pendekatan sebegitu untuk para pelajar sejak dari awal.

Terima kasih untuk Guru Besar dan semua guru-guru yang terlibat. Banyak betul jasa kalian untuk memastikan para pelajar berjaya dalam peperiksaan di samping untuk menaikkan ranking sekolah. Terharu ni...

Tuesday, January 18, 2011

Memenuhi dan dipenuhi..

Bila mendengar ada berita perceraian, tak kisahlah orang tu kawan kita, jiran kita, sedara mara kita mahupun orang luar yang bukannya kenalan kita pastinya yang selalu terkeluar dari mulut kita ialah sayangnya. Walaupun kita tidak tahu apa punca dan penyebab terjadinya perpisahan itu, tapi kita tetap akan berasa ralat. Sedangkan pastinya mereka sudah sedaya upaya menangani segala kemelut yang melanda. Tapi akhirnya perpisahan juga jalan penyelesaiannya.

Di mata kita, sebelum ini mereka nampak bahagia, mempunyai keluarga yang sempuna, selalu nampak mesra. Jadinya kita mengharapkan agar mereka dapat menyambung semula apa yang terputus itu. Namun bagi mereka mungkin sudah tiada lagi ruang untuk memperbaiki keadaan. Yang putus tak mungkin dapat di sambung. Jika berbaik pun segalanya demi anak-anak. Demi keluarga kedua belah pihak yang selama ini bersaudara. Itu saja. Bukan lagi berkaitan dengan soal hati dan perasaan. Cinta sudah mati. Perasaan kasih sudah hilang. Mungkin juga sudah beralih arah. Makanya mana mungkin dapat disambung lagi.

Aduh, sedihkan bila mendengar berita-berita perceraian ini. Rasa kesian pada anak-anak. Itu pandangan kita dari pihak luar. Hubungan dalam rumahtangga ini satu hubungan yang hanya si suami dan si isteri saja yang tahu rentak dalam perhubungan mereka. Apa yang dialami, apa yang dihadapi tidak bisa diluahkam dan diceritakan untuk difahami oleh orang luar. Hanya mereka saja yang memahami keadaan tersebut sehingga keadaan itu sudah tidak dapat difahami lagi. Jika kita merasakan perpisahan itu bukan jalan sepatutnya buat mereka. Tapi pada mereka itulah jalan sebaiknya. Jadinya siapa kita untuk mengata tentang keputusan mereka.

Di mata kita, tiada apa yang kurang pada isterinya sehingga membuatkan si suami curang lantas membuka cawangan baru. Penampilan bergaya, raut wajah sentiasa terjaga, anak dah ramai tapi badan seperti anak dara. Tak kurang juga manja dan penyayang. Soal masak memasak juga tak kurang. Pendek kata tiada sebab untuk suami mencari alasan untuk ada hubungan lain. Tapi..

Di mata kita, tiada apa yang kurang pada suaminya sehingga membuatkan si isteri tawar hati untuk meneruskan perhubungan. Pandai agama, ada pendapatan untuk menyara keluarga, penyayang, romantik. Penampilan juga segak dan sedap mata memandang. Tapi...

Mungkin bukan hanya semua itu yang diinginkan oleh setiap pasangan. Maknanya sebuah hubungan suami isteri itu perlu saling memenuhi dan dipenuhi keinginan juga keperluan pasangan masing-masing. Hanya pasangan itu saja yang tahu apa yang perlu dipenuhi. Apa yang diperlukan untuk memenuhi. Dan apa juga yang tidak dapat dipenuhi.

Perpisahan orang lain sering membuatkan kita merasa terkedu dan terkilan. Bagiku, kita kutip yang positif sebagai pengajaran. Tinggalkan yang negatif sebagai sempadan. Jangan mengata. Jangan mencela. Siapa kita untuk menilai. Semoga Allah menyelamatkan rumahtangga kita. Semoga yang berpisah itu terus bahagia menjalani kehidupan baru mereka dengan lebih ceria.

Monday, January 17, 2011

Kereta artis, rumah artis...

Jumaat petang, lepas balik kerja aku dan Yat kawan baikku ke KL. Cadangnya nak drive ke sana tapi en.asben dan suami Yat tak izinkan sebab hujan lebat dan semestinya jalan di KL jem di petang jumaat. Jadinya aku dan Yat menaiki ERL dari Putrajaya ke KL Central. Solat maghrib di KL Central kemudian menaiki Putra LRT ke stesen Dato' Keramat. Sebenarnya inilah kali pertama aku menaiki ERL dan LRT. Jadinya memang cuaklah. Dari nak beli tiket sampailah dah dalam LRT & ERL tu. Rasa macam eh.. betul ke ni.. he..he.. Nasib baik berdua. Kalau sorang-sorang tentulah berganda-ganda cuaknya. Jadinya information counter memang menjadi tempat rujukan penting akulah petang tu.

Kenapalah aku bersusah payah yer. Sebenarnya sudah hampir sebulan kawan baik kami Ja pulang bercuti. Tapi sebab masing-masing sibuk makanya asyik tertangguh-tangguh saja perjumpaan kami. Minggu lepas saja beberapa kali juga tertangguh temujanjinya. Rasanya kalau tak disebabkan dia akan berangkat semula ke Doha pada rabu ni, memang akan tertangguh-tangguh lagilah pertemuan kami. Sudah hampir 3 tahun kami tak jumpa. Jadinya memang kami nak sangat berjumpa untuk kali ini. Bersusah-payah sikit pun takpelah. Janji dapat jumpa. Disebabkan suaminya tidak balik sekali makanya en.asben dan suami Yat serta anak-anak kami tak perlulah untuk join sekali.

Cadangan asalnya kami nak dating di Pavillion. Tapi masa dalam train Yat tiba-tiba tukar fikiran. Iyelah, kami dah lama tak jumpa. Kalau berborak dan kepochi, mesti suasananya jadi gamat. So plan di tukar ke rumah adik Ja. Sebab dia memang stay kat situ sepanjang cutinya ini. Kalau kat rumah bolehlah bersila, berlunjur, meniarap, bertepuk, bertampar tanpa menganggu orang lain. Jadinya tentulah lebih selesa. Kalau kat rumah juga mesti boleh berjumpa sekali dengan anak, mak dan adik beradiknya yang dah lama benar tak jumpa.

Ja datang ambil kami dengan menggunakan kereta adiknya. Ha..ha.. memang kami yang request minta dia mengambil kami dengan kereta yang lebih best dari kereta-kereta kami. Saja nak demand. Dari dalam kereta sampailah ke rumah memang tak henti-henti bercerita. Dalam pukul 10 malam kami keluar pergi makan. Borak lagi. Lepas makan balik ke rumahnya semula, pun borak lagi. Kiranya agenda kami malam tu ialah, borak, borak dan borak. Sakan betul berborak.

Maklumlah 3 tahun punya cerita yang terkumpul. Pukul 11 malam en. asben call tanya nak balik pukul berapa. Ja request sampai pukul 1 pagi sebab tak puas lagi borak. Sebab en.asben dah memahami sangat dengan perangai kami bertiga kalau dah dapat borak jadinya en.asben kata boleh continue. Suami Yat pula dangan baik hati nak datang jemput kami balik. So lagilah best jadinya. Dah nak balik pun boleh borak lagi dalam setengah jam kat luar kereta. Masa ni suami Yat pun dah join the club. Punyalah akrab kami bertiga ni.

Alhamdulillah. Seronok sangat dapat hang out dengan kawan-kawan baik yang sekepala sejak sekolah rendah dan menengah ni. Walaupun jarang sangat dapat berjumpa, tapi bila berjumpa kemesraannya tetap sama. Macam dulu-dulu juga. Itu yang bestnya.

Oh ye, sebelum aku terlupa. Apa kena mengena tajuk dengan cerita aku ni agaknya? Sebenarnya Ja, ni ialah kakak kepada seorang pelakon popular. Jadinya kereta yang dia gunakan untuk ambil kami dan rumah tempat lepak itu kepunyaan artis tersebut. Jadi itulah saja kaitannya he..he.. minta maaf ye sebab sesekali cari publisiti murahan macam ni.

We'll miss u Ja... Take care & Happy always.

Friday, January 14, 2011

Iye ke ada aura...

12 tahun lepas..

Masa tu aku sedang mengandungkan Han. Pada waktu tu big bos aku, Mr.Okada nak balik Jepun. Jadinya department kami plan nak buat farewell dinner untuknya. Bila ada farewell dinner dah tentu-tentulah ada farewell speech kan. Dia orang pula sengaja nak mengena suruh aku bagi speech tu. Ish.. tidaklah aku. Aku ni cakap kat belakang-belakang tu memang boleh diharap. Tapi nak suruh ke depan bercakap tu memang minta maaflah. Keyakinan diri memang ada kurang sikit.. he..he.. gugup, gabra semua ada.

Kalau setakat nak bercakap kat dalam ofis dikalangan teman sepejabat tu, bolehlah juga aku usahakan. Ini, dinnernya buat kan Equatorial Hotel. Dah tentu-tentu ada orang lain juga kat situ. Aduh, memang confirmlah aku cakap aku taknak. Malu wei.. Orang lain yang nak melepas diri pun semua dok bagi sokongan.. eeii jahat.. nak kenakan aku. Siap teksnya pun dia orang tolong karang dan sediakan. Tugas aku cuma perlu untuk menyampaikannya saja. Pun aku reject juga. Nahii.. nahii..

Tapi 2nd boss dok suruh & pujuk juga. Siap kasi motivasi lagi yang sampai sekarang aku ingat. Eh, takpelah. I tahu u boleh. Lagipun u kan tengah mengandung. Bagus tau untuk anak u. Dalam perut lagi dia dah ada aura untuk berani ke depan. Nanti anak u pun akan bijak bercakap. Bila dah pandai bercakap dia boleh jadi leader. U taknak ke macam tu..

Akhirnya, termakan juga aku dengan kata-katanya. Segalanya sebab aku nak aura yang positif dan baik-baik mengalir kepada anak sulung dalam kandunganku. Demi kebaikan anak aku, tanpa teragak-agak, dengan penuh berani aku berikan farewell speech itu. Penuh semangat pulak tu sampaikan big boss aku kata berkesan sungguh ke hatinya.

Semalam..

Balik dari sekolah Han bercerita yang dia jadi Pengerusi untuk kelab dan persatuan. Selain 2 jawatan tu, dia jadi setiausaha untuk unit beruniform juga. Itu yang buatkan aku teringat cerita 12 tahun lepas. Adakah aura positif seperti yang bos aku cakap dulu sudah sampai kepada anakku ini???
Hmmm.. kalau iye, Alhamdulillah..

Thursday, January 13, 2011

Lelaki Idaman...

Memang seronok bila dapat award ataupun tag. Tapi nak buat entry tu yang selalu ngelat sikit. Tapi bila tak buat rasa bersalah pula pada yang sudi beri award tu pada kita. Jadi sebagai penghargaan maka berbesar hatilah nak buat entry ni. Kata orang orang berbudi kita berbahasa.

Dapat award the best Follower "Follow You Back" ni dari adik manis Hanys. Thanks yer Hanys. Minta maaflah. Lambat benar baru dapat buat entry ni. Dari hujung tahun Hanys bagi, awal tahun baru akak sempat buat.
So, this is the award.. Wah... cantik.



Seperti biasa dah tentu-tentu ada soalan juga yang perlu di jawab..

1. Ucapan Anda ?

Thanks Hanys sudi bagi award ni kat akak. Appreciate it so much. Dalam ramai-ramai si cantik dan si hensem yang menerima award ni terselit pulak nama akak yer.. he..he.. suka.. suka..

2. Berikan 4 ciri gurl/boy idaman untuk dijadikan wife/husband.
Oppppsss... I dah kahwin you. Tapi ciri-ciri lelaki idaman akak semestinyalah yang ada pada lelaki idaman hati akak tu which is my one & only en. asben. 4 ciri-ciri tu ialah :
Beriman, Bertanggungjawab, Penyayang dan Bertimbangrasa.

3. Berikan satu tips untuk kekalkan relationship korang dengan partner korang.
Kejujuran, saling bertolak ansur dan mesti selalu peka dengan perasaan dan kehendak pasangan.

4. Pernah anda jumpa doa pendekat jodoh & putus cinta?
Setakat ni tak pernah lagi. Tapi memang berharap sangat agar jodoh berpanjangan sehingga ke hujung nyawa. Dan selalu berdoa minta dijauhkan dari orang ketiga.

5. Letakkan 10 link pilihan anda & tell them they have won this award..
10?? Alamak, ramainya. Nak ngelat boleh tak. Memang nak bagi-bagi award kat orang lain. Tapi kesian pulak takut orang lain takde masa nak menerimannya. So pada yang berkenan hendak menerima award ini, sila-silakan dan sudi-sudikanlah untuk menerimanya. Ikhlas ni nak bagi.

** Biar lambat asal buat.. betul tak..

Eh.. eh.. dah barulah..

Wah kita ada langsir baru. Kalau sebelum tu langsir kita cuma basic saja. Sekarang ni dah ada bungalah. Bila ada yang mula menegur, jadinya kenalah buka cerita mengenainya.

Sebelum...

Selepas...

Penghargaan buat LULU sebab sudi buatkan header baru yang cantik ni. Kalau nak harapkan diri sendiri membuatnya memang takkan adalah. Tak reti dan tak sempat-sempat lagi nak belajar membuatnya. Thanks a lot Lulu. Akak suka sangat. Cantik macam lulu juga. Header baru Lulu pun cantik juga. Jom kita ramai-ramai tengok header baru Lulu yang cantik tu. Sambil-sambil tu bolehlah baca entry Lulu yang sentiasa update tentang berita dan info terkini.

Wednesday, January 12, 2011

Tak kurus tu maknanya gemuk ke???

Bila tengok kat cermin selalu rasa macam nak tipu diri sendiri. Bila rasa macam gemuk terus rasa yang baju yang dipakai tu tak best sebab buatkan kita nampak gemuk. Jadinya tukar baju lain. Ambil baju favourite. Terus saja badan ni nampak okey di mata ini. Aku ulang lagi, di mataku ini yer.

Bila tanya kat en.asben dia akan cakap. Ishhh.. taklah ma, makanlah banyak lagi.. Kira macam perli-perli gitu. Takpun dia akan terus kata Iye, u dah gemuk.. Bila dah direct gitu kita pula rasa macam dia main-main saja. Sebabnya masa kurus pun dia akan cakap gitu. Tak pernahlah nak cakap kurus. Mesti dok kata gemuk juga. Jadi kesimpulannya yang aku ambil iyelah hmmm.. tak gemuklah tu. He..he.. aku sengaja pilih jalan selamat untuk menjaga hati sendiri dan menjaga keharmonian rumah tangga agar tak tersentap dengan suami.

Bila tanya pada anak-anak jawapannya sentiasalah mama kurus ataupun mama tak gemuk. Walaupun orang kata anak-anak kecil ini selalu jujur tapi bila berat naik ke, berat turun ke, jawapannya tetap sama jadinya kejujuran itu boleh diragui juga kan. Tapi hati ini tetap juga ingin mempercayainya. Ini juga untuk memastikan perut boleh terus di isi bila tiba waktu makan tanpa rasa bersalah atau tanpa perlu berdiet.

Bila berdiri atas scale, off courselah selalu rasa macam timbang tu salah. Selalu rasa macam timbang tu rosak sebab angka tu asyiklah stay kat nombor yang sama (Dan kadang tu nombor yang atas sikit dari nombor biasa.. he..he.. jarum dia dah tak betullah tu.) Tapi sebab rasa penimbang tu rosak, jadinya selalu buat biasa saja.

Tapi....

Bila jalan kat shopping complex. Ada pulak booth Slimming Centre. Barulah ku tersedar hakikat sebenarnya. Iyelah, bila kita jalan dua tiga orang dalam satu laluan yang semuanya perempuan. Tetiba kat kita saja yang disua pamphlet sesi perampingan badan. Tak ke maknanya..

Ohhh.. aku taknak habiskan ayat tu. Tak sanggup rasanya. Tak suka.. tak suka..

Tuesday, January 11, 2011

Takde tangguh-tangguh punya..

Malam semalam kerjaku asyik menjahit. Mula-mula jahit beg sekolah anak bongsuku yang baru seminggu sekolah dah terbertas sikit tali sangkut begnya. Bising mulutnya minta jahit. Manakan tidak, begnya berat. Jadi dia banyak seret beg tu dari sangkut kat bahu. Dalam van pulak, dia biar saja begnya tersangkut di bahu masa nak naik atau turun van. Dia main redah saja. Habis tersangkut-sangkut dengan beg orang lain. Manalah tak koyak. Nak beli beg tarik tu, kalau dah letak buku jadi lebih berat pula. Lagilah dia tak berdaya nak bawa.

Okey, lepas tu jahit pensil beg anak daraku pula. Perempuan ni kan suka barang-barang dia teratur. Punyalah nak susun ikut jenis. Dia dok sumbat kat satu tempat tu sepenuh-penuhnya. Manalah tak koyak. Gigihlah minta mamanya jahit elok-elok biar tak nampak buruk. Nasib yang terkoyak tu kat belah dalam. Jadinya dengan skill menjahit yang tak berapa nak terror ni, takdelah nampak yang ada jahitan kat situ. Takdelah nampak apa-apa defect. So dah elok macam tu, anak dara aku pun tak kisahlah nak pakai terus pensil beg tu.

Lepas tu sibuk pula si abang minta tolong jahitkan nama kat baju sekolah dia. Dah tak boleh bertangguh esok-esok dah sebab katanya kalau takde nama kat baju tu nanti cikgu marah. Menjahitlah mamanya malam-malam buta. Takut anak kena marah pula kat sekolah esok.

Bila fikir-fikir balik, memang seorang ibu tu selalu tak bertangguh untuk memenuhi permintaan anak-anaknya. Emak aku dulu pun macam tu. Mintalah buat apa saja. Kalau mampu tu, memang jam-jam itu juga emak akan penuhi dan usahakan. Kalau tidak dalam masa yang yang singkat juga sudah dipenuhi.

Tapi anak-anak ni kalau boleh bertangguh dengan permintaan ibu tu, memanglah asyik nak bertangguh. Aku tak cakap orang. Aku sendiri pun macam tu juga. Memanglah selalu tu setiap permintaan emak tu aku cuba penuhi. Tapi kalau dalam sepuluh tu, mesti dalam dua tiga saja yang on time aku penuhi. Yang lain tu memang akan lambat sikit permintaan itu terlaksana. Bila mengenang kembali, terasa berdosa sangat. Sedih pun ada juga sebab selalu tak peka.

Perasan tak, kadang-kadang tu, sekecil-kecil perkara pun mampu memberikan kita kesedaran. Alhamdullilah, setidak-tidaknya kesedaran itu memberi jalan buat kita untuk berubah menjadi yang lebih baik dan lebih peka.

Monday, January 10, 2011

Oi! Bangunlah Oi!


Minta maaf, bunyi macam kasar pula tajuk entry. Tapi itulah tajuk buku motivasi Dr. HM Tuah ni. Menarik juga isi kandungannya. Sebenarnya inilah kali pertama saya baca buku tulisannya. Buku ini adalah hadiah dari seorang teman blogger. Buku ini saya terima pada hari jumaat lepas. Tapi baru hari ni dapat buat entry pasal ni sebab cuti hujung minggu semalam balik kampung.

Han : Mana mama dapat buku ?

Me : Buku ni mama dapat sebab mama masuk peraduan Inspirasiku hari tu..

Han : Oh, mama menang yer..

Me : Eh, taklah.. mama dapat saguhati saja.

Han : Wah.. saguhati pun dapat juga hadiah yang best macam ni???

Me : Iyelah.. sebab autie tu baik hati. So dia bagi hadiah yang best macam ni kat mama.

Han : Siapa nama auntie tu?

Me : Namanya Latifah.

So, kalau semua nak kenal teman yang baik hati tu bolehlah singgah ke Blog Sepanjang Kehidupan ni. Untuk Latifah, terima kasih banyak yer. Akak suka sangat dengan buku tu.

Friday, January 7, 2011

Sindrom apakah ini..

Aku ni pelik sikit. Tak tahu kenapa, setiap kali aku dengar ada orang sakit ataupun melawat orang sakit mesti aku dapat perasaan ini. Misalnya ada orang sakit jantung. Lepas tu orang tu cerita sebelum kena tu dadanya sakit sebelah kiri membawa hingga ke lenggan. Automatik aku akan rasa sakit yang begitu.

Kalau orang kena appendix dan kata perutnya sakit disebelah kiri bawah perut. Sekejapan lepas tu aku pun rasa sakit kat situ juga. Selalu ada perasaan yang bila orang lain boleh dapat penyakit tu, aku pun akan dapat juga.

Bila baca simpton-simpton sesuatu penyakit pun begitu juga. Tiba-tiba saja terasa simpton-simpton tu ada padaku. Bila buat pemeriksaan kesihatan pun gitu juga. Tapi setakat ini Alhamdulillah tiada lagi yang tak kena.

Aduh, tak best betul rasanya. Selalu rasa takut tu datang. Sindrom apakah ini?? Ada tak yang pernah rasa sebegitu yer..

Thursday, January 6, 2011

I'm blushing...

Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. Hujan mencurah-curah pagi ini. Tapi hatiku berbunga-bunga. Kenapa?? Sebabnya pagi-pagi lagi, dengan tak semena-mena, tanpa mekap, dengan tak mandi lagi, en. asben dah cakap begini..

ma, u ni pagi-pagi pun dah nampak cantik...

Mukaku blushing untuk seketika. Terus rasa macam nak senyum sepanjang hari. Bukannya en.asben tak pernah memuji. Tapi setelah hampir 17 tahun berkenalan, hampir 13 tahun mendirikan rumahtangga, pujian sebegitu pastinya menjadi sesuatu yang buat diri ini rasa begitu istimewa. Indahnya perasaan ketika itu. Perasaannya seperti menerima pujiannya yang pertama waktu zaman mula-mula bercinta dengannya dulu.

Okey, aku tahu mesti ada yang cakap, alah itu pun nak cerita. Nak riaklah tu. Macamlah dia bahagia sangat. Nak cerita macam dia tu cantik lah tu. (Dahlah gambar pun tak pernah tunjuk. Lagi nak banyak cerita.. he.. he..) Nak suruh orang puji jugalah suami dia loving... bla.. bla.. bla..

Takpelah, cakaplah. Aku hormati pandangan orang lain. Aku dah bersedia sebelum aku post entry ni. Nak kutuk takpe. Tapi kalau nak doakan kebahagian kami lagi aku suka. Aku sekadar mahu berkongsi perasaanku di sini. Aku nak luahkan kegembiraan ini. Thank you Allah.

Wednesday, January 5, 2011

An evening with Paris FM..


Alhamdulillah, balik kerja tadi saya terima satu parcel dari seorang teman blogger. Ianya merupakan souvenir dari Paris. Cantikkan fridge magnet ni. Terima kasih banyak buat Ummiross kerana sudi menghadiahkan FM dari jauh ni untuk saya. Suka sangat. Semoga bertambah murah rezeki Ummiross dan semoga dapat pergi vacation ke luar negara selalu.

Kalau berminat dengan Batik Sarawak yang cantik bolehlah melawat ke blog ummiross ni. Nak baca pasal cerita-cerita yang menarik pun boleh dapat kat situ juga. So, bolehlah jengguk ke Blog Salam Bornea - Ummiross ni yer. Untuk Ummiross, Thanks again. Appreciate it so much sis.

Tuesday, January 4, 2011

Nak cover line...

Korang familiar tak dengan kalendar kuda?? Ala, kalendar yang kalau hujung tahun pergi kat supermarket, lepas tu shopping lebih sikit akan dapat kalendar ni percuma. Kalendar yang kat bawahnya ada tahun kelahiran mengikut tahun cina tu. Hah aku tahun naga.. he..he.. alih-alih.

Aku suka kalendar tu sebab segala mak nenek cuti ada di dalamnya. Yang penting sekali bila tang cuti sekolah tu ada kaler lain sikit kat kotaknya. Jadinya awal-awal lagi dah tahu itu cuti sekolah. Tarikh haribulan islam pun ada. Itu lagi aku suka. So rumah aku memang wajib ada kalendar ni setiap tahun.

Tadi anak aku membelek-belek kalendar tersebut.

Is : Mama race day tu lumba kuda kan?
Me : Iye.
Is : Abang suka naik kuda, nanti bolehlah kita pergi.
Me : Eh, mana boleh. (adalah serba sikit penjelasan aku mengenainya)
Is : Okey. Tapi nanti abang nak naik kuda yer. (Maksudnya nak naik kuda sebagai riadah macam orang kaya-kaya tu)
Me : Hmmm..

Wah, macam bagus aje jawab macam tu. Tapi sebenarnya dalam hati ni berkata, kita tak mampu nak.. he.he..

Monday, January 3, 2011

Nak anak jadi artislah tu...

Petang semalam kami sekeluarga ke PKNS Bangi untuk majlis penyampaian hadiah anjuran Fun Music & Art untuk grading Electronic Keyboard Test Han. Alhamdulillah Han dapat merit untuk ujian ini. Thanks untuk Teacher Shirley yang banyak beri tunjuk ajar.

Ramai anak-anak yang belajar muzik di situ. Aku pun dah setahun juga menghantar anak-anakku ke sekolah muzik ni. Bila ada orang yang tahu, selalunya ayat pertama yang keluar dari mulut mereka ialah nak anak jadi artislah tu. Ha..ha.. Selalunya aku gelak saja. Malas nak banyak cerita dan cakap banyak. Walaupun sebenarnya bukan itu niat aku dan en.asben.

Memang aku sangat berminat untuk anak-anak aku belajar bermain alatan muzik ni. Tapi aku takde pun intention untuk jadikan anak-anak aku seorang artis. Apa yang kami mahu ialah anak-anak ada multi inteligent. Itu yang lebih penting. Kami nak bekalkan anak-anak kami dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang kami berdua tidak berpeluang mempelajarinya dulu.

Zaman sekarang ini terlalu ramai anak yang bijak-bijak dalam bidang akedemik. Maka sebab itulah kami mahukan anak-anak kami ada kemahiran tambahan. Makanya adalah kelebihan yang boleh menyokong pencapaian akedemik mereka nanti. Itu saja tujuannya. Bukanlah nak sangat anak-anak menjadi artis.

Anak-anak dah boleh main alatan muzik pun dah buat aku rasa puas hati. Tapi andai kata mereka mahu pergi lebih jauh pun dalam bidang itu rasanya aku tiada halangan. Asalkan perkara itu sesuatu yang positif, InsyaAllah, aku mahupun en.asben pastinya akan memberi sokongan. Jom layan sedikit gambar-gambar Han ni...

Han dengan pialanya bersama sebahagian anak-anak yang menerima piala grading semalam.

Persembahan guru-guru dari Fun Music.. yang tengah tu Teacher Steve, cikgu gitar Is.. Ada ramai juga anak-anak lain yang buat persembahan. Di mataku mereka nampak hebat.

Practices make perfect... he..he.. masa nak exam aje rajin praktis kat rumah ni..
Masa Trial Exam.. Nampak macam OK.. Tapi Han kata dia mengeletar masa ni.. Masa real exam takde gambar sebab aku dengan en.asben ada kat Bandung masa tu..

Sunday, January 2, 2011

Last day dah.. takpelah...

Jam di tangan dan jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Tapi rumah aku masih senyap sunyi. Hanya keriuhan suara Sharifah Shaheera hos Nasi Lemak Kopi O saja yang kedengaran. Anak-anak dan en.asben masih menyambung tidur selepas bersolat subuh tadi.

Untuk aku, lepas subuh tadi teringin juga mahu tidur semula seperti mereka. Tapi azam tahun baru perlu dimulakan juga hari ini setelah ianya tertangguh semalam. Semalam hasrat untuk memenuhi azam tersebut berkobar-kobar juga. Tapi memandangkan anak-anak demam makanya terpaksalah juga aku menangguhkan niat tersebut untuk melayan mereka.

Pagi ini dapat juga aku berjalan di sekeliling taman permainan di tepi kawasan rumah untuk 10 round. Rasanya last aku berjalan macam ni ialah sebelum bulan ramadahan tempoh hari. Aduh, lama sangat dah tu kan. Minta-minta selepas ni aku lebih berdisplin untuk meneruskannya. Walk for life.. ye berjalan untuk kesihatan. Dapat buat seminggu 3 kali pun dah kira bagus.

Nak kejut ke tidak en.asben dan anak-anak tu yer?? Hmmm.. biarkan sajalah kot. Hari ni kan last day sebelum sekolah di buka. So biarlah mereka melayan tidur dahulu. Esok dah tak boleh dah. Baik ayahnya mahupun anak-anaknya, semuanya kena bangun pagi-pagi esok. So hari ni aku tak nak kacau.. aku kasi can.. he..he...

Okey, sebelum en.asben dan anak-anak riuh kelaparan bila bangun nanti, adalah lebih baik andainya aku menyediakan sarapan pagi sekarang. U all breakfast apa pagi ni yer?