Tuesday, January 18, 2011

Memenuhi dan dipenuhi..

Bila mendengar ada berita perceraian, tak kisahlah orang tu kawan kita, jiran kita, sedara mara kita mahupun orang luar yang bukannya kenalan kita pastinya yang selalu terkeluar dari mulut kita ialah sayangnya. Walaupun kita tidak tahu apa punca dan penyebab terjadinya perpisahan itu, tapi kita tetap akan berasa ralat. Sedangkan pastinya mereka sudah sedaya upaya menangani segala kemelut yang melanda. Tapi akhirnya perpisahan juga jalan penyelesaiannya.

Di mata kita, sebelum ini mereka nampak bahagia, mempunyai keluarga yang sempuna, selalu nampak mesra. Jadinya kita mengharapkan agar mereka dapat menyambung semula apa yang terputus itu. Namun bagi mereka mungkin sudah tiada lagi ruang untuk memperbaiki keadaan. Yang putus tak mungkin dapat di sambung. Jika berbaik pun segalanya demi anak-anak. Demi keluarga kedua belah pihak yang selama ini bersaudara. Itu saja. Bukan lagi berkaitan dengan soal hati dan perasaan. Cinta sudah mati. Perasaan kasih sudah hilang. Mungkin juga sudah beralih arah. Makanya mana mungkin dapat disambung lagi.

Aduh, sedihkan bila mendengar berita-berita perceraian ini. Rasa kesian pada anak-anak. Itu pandangan kita dari pihak luar. Hubungan dalam rumahtangga ini satu hubungan yang hanya si suami dan si isteri saja yang tahu rentak dalam perhubungan mereka. Apa yang dialami, apa yang dihadapi tidak bisa diluahkam dan diceritakan untuk difahami oleh orang luar. Hanya mereka saja yang memahami keadaan tersebut sehingga keadaan itu sudah tidak dapat difahami lagi. Jika kita merasakan perpisahan itu bukan jalan sepatutnya buat mereka. Tapi pada mereka itulah jalan sebaiknya. Jadinya siapa kita untuk mengata tentang keputusan mereka.

Di mata kita, tiada apa yang kurang pada isterinya sehingga membuatkan si suami curang lantas membuka cawangan baru. Penampilan bergaya, raut wajah sentiasa terjaga, anak dah ramai tapi badan seperti anak dara. Tak kurang juga manja dan penyayang. Soal masak memasak juga tak kurang. Pendek kata tiada sebab untuk suami mencari alasan untuk ada hubungan lain. Tapi..

Di mata kita, tiada apa yang kurang pada suaminya sehingga membuatkan si isteri tawar hati untuk meneruskan perhubungan. Pandai agama, ada pendapatan untuk menyara keluarga, penyayang, romantik. Penampilan juga segak dan sedap mata memandang. Tapi...

Mungkin bukan hanya semua itu yang diinginkan oleh setiap pasangan. Maknanya sebuah hubungan suami isteri itu perlu saling memenuhi dan dipenuhi keinginan juga keperluan pasangan masing-masing. Hanya pasangan itu saja yang tahu apa yang perlu dipenuhi. Apa yang diperlukan untuk memenuhi. Dan apa juga yang tidak dapat dipenuhi.

Perpisahan orang lain sering membuatkan kita merasa terkedu dan terkilan. Bagiku, kita kutip yang positif sebagai pengajaran. Tinggalkan yang negatif sebagai sempadan. Jangan mengata. Jangan mencela. Siapa kita untuk menilai. Semoga Allah menyelamatkan rumahtangga kita. Semoga yang berpisah itu terus bahagia menjalani kehidupan baru mereka dengan lebih ceria.

16 comments:

h4ni3 said...

bila cinta sudah tiada
nasihat ker, kaunseling ker, tak guna lagi dah kan
tapi memang kesian la kat anak2 yg jadi mangsa :|

Maya Mayana said...

ntahlah kan kak,susah nk ckap...semoga Allah menyelamatkan rumahtangga kita dan mereka bahagia dgn jln baru yg dipilih...kita suka baca penulisan akak...ade motivasi gitu,ade gaya kaunselor...hehe...ikhlas nie...tk perlu gambo utk kuatkan cerita tp best...

Mrs Nurul said...

semuanya nak yangterbaik..jadi kene la jaga dan bagi 100% komitmen kat keluarga bila da kawen nnt..takut juga bab cerai2 ni..kena kuat mental fizikal



Check it out Entri Paling Best !
# Buat Banner Flash Dengan Adobe Flash CS3 !#
# # Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Nangis !# #
# Dosa Orang Suka Melambatkan Solat !#

Unknown said...

Betul kan kak...

Saya pun selalu berdoa semoga rumahtangga saya dan suami terus kekal ceria bahagia selamanya sehingga ke akhir hayat kami...aminnn.

Unknown said...

ape2un klu nk bercerai sekalipun kena la pikir anak2 sian dorg nnt...

yua said...

stiap pceraian itu pasti ada sbb.. n pasti akn ad hikmah dsbaliknya..

tp... sblum melakukannya, pikirkn msa dpn anak2 dahulu.. itu yg utama

Unknown said...

betul la akak..
kalau jadi pada orang yang rapat dengan kita,ada hubungan persaudaraan memang sangat sedih la..
kesian pada anak2 dia jga..
mintak pada Allah semoga rumahtangga kita semua aman damai la ye..

Dilla Ady said...

yang paling kesian mmg anak2..

kebanyakannye terabai dan kurang kasih sayang..sian tgk anak2 mangsa cerai nih...

mintak2 allah same2 pelihara hubungan kite suami isteri kan kak..aminnn...

sarah-najwan said...

minta jauh kes cerai2 ni..
tapi itulah..kita hanya melihat luaran shj
yg mengalaminya tahu sebab musabab..

cuma kita haruslah beringat2 agr tidak smpai terjadi perkara ini

Hanis Azla said...

h4ni3 : betul juga tu.. bila cinta dah takde, tiada siapa yg boleh cakap apa.. sian anak2, tp nak buat mcm mana kan..

dunia mayaku : InsyaAllah, semoga Allah sentiasa menyelamatkan rumahtangga kita.. Alhamdulillah.. terima kasih utk pujian itu. he..he.. malu akak skjp.. harap2 apa yg baik tu ada manfaatnya utk kita bersama..

si lampu neon : betultu kita cuba yg terbaik.. minta dijauhkan semu yg tak baik..

~yus~ : Aminnn... semoga doa-doa kita yg baik itu dimakbulkan olehNYA..

Nick Irfan : mmg kita kena fikir psl anak.. tp kalau terpaksa juga harap2 dapat berbaik2lah demi anak2 kan..

Yua : betullah, setpa perkara itu ada sebab dan hikmahnya.. sebaiknya fikirkan sedalam2nya sblm mengambil sebarang keputusan..

diana : kalau org yg kita tak kenal pun kita rasa sedih, dgn org yg rapat dgn kita lagilah sedih kita rasa kan.. Amin.. semoga rumahtangga kita sentiasa aman damai hendaknya..

dilla ady : mmg kesian pada anak2.. mereka mangsa keadaan. harap2 mereka tidak terabai.. sama2lah kita saling beringat dan menjaga rumahtangga kita kan..

sarah najwan : sbb itulah kita tak boleh nak mengata.. sbb bukan kita yg mengalaminya.. mmg selalu kena beringat.. ambil pengajaran yg baik dari kisah hidup org lain..

Unknown said...

tu la kan, jodoh pertemuan semuanya kat tangan tuhan...

dan hanya yang mengalami tahu keadaan sebenar... sesiapa pun kalau boleh mesti harap rumah tangga berkekalan hingga akhir hayat...

mudah2an rumah tangga kita semua sentiasa dipelihara oleh-Nya... amin...

Anati Soki said...

diorang berkahwin.. kenal hanya kerana cinta. kenal hanya yang baik sahaja, bila dha berkahwin.. yg buruk pun baru tau.. masalah perceraian berlaku bila yg baik diorang suka.. tp yg burku diorng tak nk trima. :)

Hanys Najib said...

setuju sangat kak..orang2 sekeliling kadang2 mempersoal punca penceraian org lain tanpa tahu hal sebenar..
;)

Ummiross said...

Manusia hanya merancang...
Allah maha mengetahui yang terbaik untuk kita

Dinas Aldi said...

memang kesian pada anak2 yg menjadi mangsa..tapi ada keadaan di mana perpisahan tak dapat dielakkan..

Hanis Azla said...

Lady Salwa : betul tu, jodoh di tangan tuhan.. semua org mmg harapkan yg terbaik dan berkekalan rumahtangganya..

anati soki : itulah, dalam perkahwinan kita kena terima buruk baik pasangan kita.. tp kdg tu masalah luaran juga boleh menjadi penyebab keruntuhan..

ummiross : ya, kita hanya mampu merancang dan perancangan Allahlah yg terbaik untuk kita..

Dinas Aldi : betul juga kan..kdg tu perpisahan terpaksa dipilih kerana terpaksa..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...