Friday, March 18, 2011

Versi Han pula..

Sebenarnya memang sejak kecil kalau ke mana-mana Han mesti tak tinggal buku nota dan pen dalam begnya. Dia memang suka mencatat. Tapi bila dah besar ni dah kurang dah catatannya. Itu yang buatkan aku minta anak-anak tulis cerita mengenai percutian kami ni. Jadinya dapatlah aku lihat percutian itu from their point of view. So inilah pula cerita Han tentang percutian kami.

Perjalanan ke MEDAN.

12 Mac2011, Sabtu

Kami bertolak dari rumah ke LCCT, Sepang. Sampai disana, kami berkumpul sambil menunggu yang lain. Setelah selesai urusan membeli tiket, kami pergi ke ruang menunggu. (Tiket dah lama belilah sayang..) Kami menaiki kapal terbang kira-kira pada pukul 11.30 pagi dan tiba di Medan pada pukul 12.30 tengah hari. Kami menaiki bas yang ditempah ke restoran ACC atau ayam pop. Selepas makan, kami bertolak ke Parapat yang terletak di Danau Toba. Danau Toba ialah tasik terbesar di dunia hasil letusan gunung berapi. Perjalanan mengambil masa kira-kira lima jam. Akhirnya, kami tiba juga di 'Danau Toba International Cottage'. Kami makan di restoran hotel itu dan terus kembali ke bilik untuk berehat.

13 Mac 2011, Ahad

Selepas sarapan pagi, kami menaiki bot yang disediakan ke Pulau Samosir dan Tomok. Di Pulau Samosir, kami diberitahu bagaimana dan kepercayaan Orang Batak. Disana juga, kami diberitahu cara orang batak memancung kepala mereka yang bersalah. Di Tomok pula, kami ditunjukkan kubur-kubur raja di situ. Tetapi, sebelum masuk ke kawasan itu kami disuruh memakai 'ulos'. Selepas itu, kami menaiki bas dan bertolak ke Pasar Buah yang terletak di Berastagi. Disana, saya,adik dan beberapa orang saudara saya menaiki kuda mengelilingi pasar itu. Selepas membeli, kami pergi ke 'Danau Toba International Cottage' iaitu tempat penginapan kami yang berhadapan dengan gunung berapi. Disana, kawasannya sejuk seperti di Genting Highlands. Walaupun nama hotel tempat penginapan kami sama, tetapi tempatnya berlainan.

14 Mac 2011, Isnin

Kami bertolak dari hotel kami ke Pasar Ikan Lama yang terletak di bandar Medan. Pasar Ikan tidak menjual ikan tetapi hanya sejarah bahawa dahulu disitu tempat menjual ikan. Disitu, terdapat banyak barang-barang yang menarik dan murah. Selepas ke Pasar Ikan, kami ke Medan Mall yang terletak bersebelahan dengan Pasar Ikan. Kami pergi ke Garuda Plaza Hotel. Pada sebelah malamnya, kami pergi ke Pasaraya Yuki. Disana, kami menaiki ke tingkat atas untuk bermain. Banyak permainan yang kami naiki antaranya kereta langgar,permainan video dan banyak lagi.

15 Mac 2011, Selasa

Pada waktu pagi, saya,ibu,makcik dan nenek saya pergi ke Pasar Ikan sekali lagi untuk membeli barang lagi. Selepas pulang dari Pasar Ikan, kami menaiki beca sementara menunggn bas sampai untuk membawa kami ke lapangan terbang. Saya bersama adik saya berasa teruja kerana itulah kali pertama kami menaiki beca. Kami menaiki beca mengelilingi bandar Medan. Kami menaiki bas dan pergi ke lapangan terbang. Kami tiba di LCCT pada pukul 8.45 malam. Dan pada pukul 9.30 kami tiba di rumah. Saya berasa gembira dan berharap dapat pergi ke sana lagi.  

*Thanks Han, sebab tolong buatkan entry ni untuk mama. Luv u. 

20 comments:

h4ni3 said...

hehehe
tak kira! tak kira!
nak baca versi mama dia pulak!
:D

whitecappuccino said...

pandai ibu mendera anak yer hehehe..papepun bagus Han!

Pala Maldini said...

hehe.. anak2 punya cerita.. dah dapat 2 entry ye.. smart move!

Dee said...

bilalah anak dee nak besar..leh tlg updatekan blog bila xde mood..hehe..

Ati Masrif said...

nasib anak 3 saje..

kalau 6 ke..lagi best kan..hihi

Eye_nee said...

Amboi mak dia abis semua versi anak2 dah kuar ni...nak tunggu versi mak mereka pulak...

-Sara- said...

kak hanis, han ni anak akak yg besar ke? sebab penulisan die kemas sket n complete..hehe :)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

As salam...gambo x ada kerrr

Dinas Aldi said...

eh, bagus untuk latihan tulis karangan! way to go Han!

Unknown said...

mujur ada anak...
kalau ikutkan mama dia memang tak de lah entry ni..
entah2 anak jugak yang taip..
heheh

ummiross said...

pandanya Han mengarang..

Liza @ Adzriel AB said...

ada tak dia nampak mamanya tengah bersms dgn aunty adzriel? he..he..

Liza @ Adzriel AB said...

tag hanis utk giveaway

http://adzriel.blogspot.com/2011/03/giveaway-nisachoc-zulfoto.html

farah fauzi said...

versi mama dia bila plop..hehe

cikceriacorner said...

alahai kak....

sweetnye han..

sarah-najwan said...

tahniah hanis..
tahniah han..
bagus anak mak ni..rajin sungguh..

jika hero saya buat catatan gtu..mkn pulut kuninglah gamoknya..

bukan apa..yg along umo 11 tahun tu..tulis karangan pun lintang pukang..mak cikgu BM ni..huhu

Maya Mayana said...

waa tk lame lg boleh la han berbelog pula,blogger cilik...:)ni yg tak sabor nak tunggu anak besor ni..muahaha

Hanis Azla said...

h4ni3 : bila dah hantar wakil terus jd terkecuali.. ha..ha..

whitecappuccino : mendera utk kebaikan juga kak.. he..he..

pala maldini : bijak..bijak.. he..he..

dee : harap2 cepatlah besarnya yer dee.. bolehlah tlg take over nnt kan..

ati masrif : itulah.. nasib 3.. klu 6 mahunya seminggu buat 1 entry aje.. yg lain semua anak2 cover.. ha..ha..

eye_nee : versi maknya sama aje mcm anak2nya kak..

-sara- : haah anak sulong sara.. dh darjah 6..

be simple beb (bsb) : gambar ada dalam last entry..

dinas aldi : mmg sesi latihan juga ni kak..

diana : alamak, tahu yer diana.. mmg han yg tlg taipkan jgk.. ha..ha.. ahli nujumlah diana ni..

ummiross : thanks ummi..

adzriel ab : tentulah perasan kak.. ha..ha.. Thanks yer tag saya utk GA tu..

farah fauzi : versi mama dia takdelah farah sbb dah wakil kat anak2.. he..he..

cikceriacorner : thanks yer..

sarahnajwan : Thanks kak.. anak cikgu kecik2 mmg taknak tunjuk skill lg.. dah besar sikit nnt barulah tunjuk power mcm maknya plk tu.. hari2 boleh mkn pulut kuning..

my name is yana : nnt turn anak2 yana pula buatkan entry kan.. InsyaAllah..

Asri Alam said...

han ni dah umur berapa kak? penulisan yg baik. mcm laporan dokumentari. patut ada klip video sambil ulas laporan tu utk dibuat vlog. hehe

Unknown said...

Han dah darjah 6. Tahun ni UPSR.. Next time boleh cuba buat Vlog plk.. he..he..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...