Monday, April 25, 2011

Masih ada negatif dalam positif itu..

Alhamdulillah.. malam ni sejuk hati ini tengok Is. Manakan tidak, tak payah suruh dia dah cakap, ma abang nak baca quran ye. Lepas baca quran tu aku tengok dia dok menghafal. Aku tanyalah abang hafaz apa? Dia kata hafaz ayat kursi.  Sebaik lepas menghafaz tu tak payah suruh lagi dah tahu nak terus solat isyak. Habis solat sebelum ajak Az masuk tidur dia dah suruh Az solat juga. Nampaklah tanggungjawabnya sebagai abang. Nak tidur pun tak payah panggil dah datang salam dan cium aku dulu. Sekarang ni dah ada kat atas katil aku dengar dia baca bermacam doa. Itu bab yang positif.

Tapi yang aku kena kawal dan ambil perhatian tu ialah bab berangin dia. Aduhai, memang tak sabar juga melihatnya. Pantang betul kita kata tak boleh, mesti dia nak terus sentap. Buat muka benggang dengan muncung panjang. Kadang tu mengamuk dan mengomel juga. Ada masa siap hentak-hentak kaki lagi. Macam tadi dah elok-elok nak mengaji, bila aku suruh ambil wuduk dulu dia macam memberontak. Sentaplah kejap. Tapi dia buatlah juga apa yang kita suruh tu. Lepas tu dia cool balik.  

Selalu macam tu. Aku tak tahu cara mana yang lebih elok. Kena bertegas atau terus cool layan sikap berangin dia tu. Bukannya apa, aku takut sikap beranginnya itu berterusan kalau tak ditangani dengan baik. Kalau boleh aku tak mahulah macam tu. Selalu juga aku cakap baik-baik. Bila cakap tu dia dengarlah juga. Tapi lepas tu datang angin dia jadi balik. U all ada cara terbaik tak untuk menanganinya? Kalau ada bolehlah berkongsi denganku. Mana tahu sikap yang negatif tu boleh terus menjadi positif. Aku tahu mesti ada jalan untuk mengatasinya. Tapi buat setakat ini aku tak jumpa jalan yang terbaik itu lagi.


25 comments:

sarah-najwan said...

anak saya yg no 2 jenis berangin gtu..
kita bgtau elok2..jika perkara yg dia xberkenan..terus sentap..saya apa lagi..kalu dia sentap..kita ckp elok2..kita lagilah hangeeen..

jadi saya belajar cool...dan terus ckp elok2 ngan dia:

"angah suka dak kalu angah minta sesuatu ngan mak..mak marah2 angah"


dia mcm terfikir dan terus cool..sambil senyum..

jadi penyelesaiannya..jika kita suruh dan dia sentap..kita kene bgtau elok2..tapi hal ini mmg kene tahap kesabaran yg maksimum..sebab asik kita yg kene cool aje..huhu

kasihibu said...

anak yg ke-2 ni memang macam tu kot?
anak akk yg ke-2 tu selalu je macam cari pasal
ada je yg menggugat kesabaran
kadang bila dah geram, tak mou cakap dgn dia
geram dah sangat tu...

ummiross said...

Tu lah perangai anak ni berbeza2, walau dibesarkan dengan cara yang sama, tapi bila dah besar dan pandai fikir sendiri, insyaAllah dia dapat kawal sifat negatifnya tu...

Zasillah Ariffin said...

pengalaman macam ni shiela belum selalu rasa lagi sebab danial pun masih kecil lagi...tapi tak taulah akan datang macam mana perangai dia...shiela ni pulak garang, ayah dia yang lemah lembut..tak taulah nanti macam mana bila kena selalu macam tu...harus difikirkan jugak jalan yang terbaik tuk kita senang, anak pun tenang...

Fariq Jalil said...

adik saya sorang ni gitu gak.. dah elok le memula.. pastu bile suruh mula la dia.. nak cakap kasar2 diorang budak bukan bley terima kan.. so suruh mak je handle.. settle.. wakaka.. :p

Latest -
- Setiap Masalah Adalah Peluang

Unknown said...

ambik pengajaran dari entry ni..saya belum lalui lagi..
jadi kena ambik tau jugak ni..

Fieza79 said...

mmg sukar jgk kan nk menangani perangai anak2..tp fieza ni terus terang cpt naik angin..hehe kalau anak tk dgr kata mmg keluar la suara mcm tarzan...tp tk semua anak dpt terima kan...yela kecik2 tkkan nk jerit2 pulak kan..dorang mana fhm...

Lulu Caldina said...

duk sama2 dia, kak..cakap lembut-lembut..saiko sikit..semoga masalah ni dapat diselesaikan...

sud@is said...

moga dipermudahkan dan ada jalan penyelesaian

edane said...

manja sanagt kot kak.. tapi biasanya gitulah budak kan.. btw ada juga yang jenis cool..

Kakzakie Purvit said...

Kalau ikut dari cerita Hanis, kakak rasa masih ok lagi. Sifat anak-anak ada kalanya memang begitu kita sebagai ibu hanya boleh memberi tunjuk-ajar....

Marah selalu pun tak baik, itu yg membuat dia memberontak. Cara kita bertutur pun kena berhemah walau dlm hati sebenarnya marah....

farah fauzi said...

sayapun ader berangin jugak maser kecik2...sekarangpun ader jugak la sikit2 terbawa2 dari dulu...tapi bila mama cakap dengan lembut2 tuh mula la cair...tak leh dah nak marah2...

Siti Noor Aminah said...

org peseng berangin nih tak boleh dgr org lain cakap lembut, sayu je rasa hati ni. cer terai akak cakap slow2 dgn dia.

Eye_nee said...

Umpama menarik rambut dlm tepung Ni Hanis..rambut jgn putus..tepung tak akan berselerak....pandai2lah Hanis membentuknya....

Unknown said...

untuk kawal sifat amarah anak, kita sebenarnya kena kawal sifat amarah kita dulu kan Hanis.

Aqil pun selalu macam ni, dia buat tp mulut dia membebel, Alia pula suka tarik muka lepas tu muncung. Kalau tak sabar, memang lama dah kena cepuk..huhu.,

Yus sendiri tak tahu nak lakukan macam mana, tp rasanya cool, cakap baik2 lebih jalan dari terus marah2..

Sofya said...

Sejuk dengar anak awak xsuruh pun pandai buat sendiri semua tu..

Berangin tu mungkin juga turut sikap mak @ ayah.

Tapi kalau dia berangin kita kenalah cool.. ingat ja budak2 baru nak besar.

Boleh juga cuba slow talk ngan dia.. insyaallah dia akan faham.. kata Dr. fadilah kamsah waktu yg terbaik nak nasihat anak ialah waktu dia nak tidur..

AngahSayang2314 said...

dia mudah sentap lah yer....macam gugurl lor...apa pun kena ikut cara hanis nie...tp yg positif la... hehehe

Maya Mayana said...

emm guna reverse psikologi la kak...anak2 skrg ni lain pesen ckit, dimarah,dipukul kata tk sayang...cuba jd mcm kawan dia...InsyaAllah...

wahida said...

akak, saya tak reti nak bagi solution mcm mana...tapi saya suka kaedah kalau kita cakap tak boleh disertakan sekali dgn alasan kenapa tak boleh...

dugaan menjadi ibubapa sekarang mmg sgt mencabar kan kak...

Dr K said...

Saya harap dan berdoa semoga anak saya bila besar nanti, jadi anak yang soleh...

akak pernah hantar anak ke mana mana kem motivasi?

munna said...

ANAK MUNNA KECIK LAGI KAK..TAK TUNJUKKAN PERANGAI LAGI.. TAPI KLU BOLEH SEMUANYA NAK ANAK YG SOLEH KAN...

eB said...

aduh,... aerish pn samer la... camner eh? adeiii

Liza @ Adzriel AB said...

kak liza tak tahu nak kata sebab situasi kak liza ni lebih panas juga. byk perkara yg kak liza kena belajar dgn hanis.

Hanis Azla said...

terima kasih semua dia atas segala pandangan, cadangan dan komen yg diberi.. sedikit sebanyak membuka mata saya utk menangani masalah ini.. di samping itu juga untuk saya memperbaiki diri dalam memilih jalan terbaik untuk memberi didikan yg semourna utk anak saya.. thanks again to all my dear friends.. appreciate it so much..

Asri Alam said...

sy tak berpengalaman bab ni. tp sy sebagai anak lelaki lebih suka ditegur dgn cara manja. kalau ibu tegur agak pedas sikit mesti rasa nak berontak. dulu arwah abah lain sikit. dia tak banyak ckp tp terus ikut kata dia sbb rasa arahan dia straight, direct & cool

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...