Assalamualaikum..
Salam ramadhan untuk semua. Salam Nuzul Quran juga. Dah masuk 18 ramadhan baru nak wish. Sebenarnya nak wish awal tapi takde mood sesangat nak update blog hu..hu.. Mood menulis dah lari entah ke manalah agaknya beberapa minggu ni. Hari ni pun sebenarnya masih malas lagi. Tapi gagahkan juga diri untuk update cerita di Hong Kong Disneyland untuk buat kenangan diri sendiri dan keluarga. Kalau tak update nanti takut terlupa pula. Lagipun bukan selalu dapat pergi bercuti ke sana. Dah dapat pergi tu kenalah update sikit untuk bacaan kami nanti-nanti. So.. demi kerana itu aku gagahkan jua jari jemariku ini.
Family Photo..
Orang Disneyland yang suruh buat thumbs up tu.. So kami follow ajelah.
Waktu subuh awal di Hong Kong. So lepas solat subuh, en-asben dan anak-anak sambung tidur. Pagi tu pula hujan di Hong Kong. So memang bestlah nak tarik selimut. Mama? Holiday pun tetap kena buat kerja mak-mak. Sediakan breakfast dan kemas beg. Kalau sambung tidur juga nanti entah pukul berapa kami nak gerak. Pukul 8 pagi macam tu kejut semua orang bangun. Lepas mandi dan sarapan kita orang check out dari Loi-loi Hostel di Mirador Mansion. Dalam hujan renyai tarik beg pergi MTR Station. Tapi sebelum tu sempat juga singgah beli souvenir untuk keluarga kat kedai di Mirador Mansion tu. Garang auntie yang jual tu. Tapi sebab semalamnya dah ada pengalaman dengan sikap orang HK jadi aku takdelah nak takut sangat. Aku gunakan juga hak aku sebagai pembeli. Macam nak beli t-shirt dia bersungguh taknak buka plastik. Tapi aku tak confident nak beli kalau tak tengok saiz t-shirt tu betul-betul. So, minta juga auntie tu buka plastik. Sambil ngomel-ngomel auntie tu buka juga. Ha..ha.. yeay aku menang. Tapi auntie tu pun menang juga sebab aku memang shopping souvenir kat kedai dia aje. Habis jugalah HKD 600 - 700 kat situ.
Habis shopping souvenir kami pun berjalan menuju ke MTR Station. Dari Mirador Mansion cuma perlu belok ke kanan. Jalan dalam 100 - 200 meter dah sampai stesen. Itu yang bestnya Hong Kong. Stesen MTRnya banyak dan kebanyakannya memang walking distance aje. Penat aje aku bawak payung sebab dah tengok ramalan cuaca memang Hong Kong hujan waktu kami pergi tu. Tapi en.asben dan anak-anak tak selesa nak tarik beg sambil berpayung. So aku seorang aje berpayung. Dia orang sanggup nak redah aje. Lagipun jaraknya bukan jauh sangat. Sampai kat MTR station kena turun tangga sikit. Lepas tu cari lane laluan train yang betul. Touch optupus kad untuk masuk area train. Tak sampai seminit train dah sampai. Siap eh.. kejap-kejap, kita baca nota dulu takut tersalah. So biarkan aje train tu lepas. Sekejap lepas tu dah ada train yang lain pula sampai. Aku macam wah.. bagusnya. Efficent betullah public transport di HK ni. Saya suka! saya suka! Eh.. mei-mei ikut kami ke HK ke? he..he.
Alhamdulillah.. dah naik train.. Takdelah susah sangat walaupun kena heret beg. Sebab masih rasa okey. So kalau nak pergi Hong Kong, pergi sendiri tanpa travel agent bukan satu masalah. Malah ianya pilihan yang baik!
Naik aje train terus tengok map laluan kat dalam tu. Bila dah betul baru boleh posing he..he.. Dalam train kami jumpa dengan seorang kakak dari Indonesia. Baik dan ramah orangnya. Dia kerja sebagai pemandu di Hong Kong. Masa aku teliti map dengan tengok-tengok nota dia pun tegur, tanya dari mana. Nak pergi mana. Dia pun confirmkan yang kami dah naik train yang betul (agaknya muka aku cuak sangat kut masa tu ha..ha..). Cerita kakak tu, dulu dia pernah juga tinggal di Malaysia. Katanya dulu dia kerja dengan Dato' Effendi dan Datin Tiara Jacquelina. Jaga emak Datin Tiara.
Kakak Indonesia yang baik tu.. TQ kak..
Untuk ke Disneyland dari Tsim Tsa Tsui Station kena naik MTR Tsuen Wan line sampai ke stesen Lai King
(interchange station). Keluar je pintu MTR tak perlu susah-susah naik tangga atau nak berjalan ke tempat lain. Tengok depan dah ada MTR
Tung Chung line. Naik MTR tu sampai ke Sunny Bay (interchange station). Kat situ
nanti ada train khas untuk bawa kita pergi ke Disneyland.
Tambang
train adalah HKD19 untuk dewasa, dan HKD8. (Walaupun kena tukar-tukar train sampai 3 kali, tapi ianya sangat tak menyusahkan tau. Sebelum ni aku risau juga. Tapi bila dah laluinya memang tak susah langsung).
Ni dalam train Disney. Orang ramai waktu tu.. so tak dapat nak posing-posing he..he.. Naik aje train ni hati anak-anak dah rasa berbunga-bunga.. aku rasalah ha..ha.. sebab aku pun gitu.
Disneyland park terletak betul-betul depan stesen keretapi tu. Tapi kena jalan sikitlah untuk ke entrance. Waktu kami sampai di Disneyland hujan turun dengan lebatnya. Tapi kami dah bersiap sedia dengan baju hujan dan payung bagi. Jadinya takdelah kalut sangat. Dengan berpayung kami tarik beg pergi ke tempat shuttle bas sebab kami nak check in di Disney Holywood Hotel dulu. Basnya tak perlu nak tunggu lama pun. Baru tunggu dah sampai. Duduk dalam bas sekejap bas dah bergerak ke Hotel. Check in pukul 3 petang. Waktu kami sampai tu dalam pukul 11 lebih. Lepas dah check in siap-siap dan simpan beg kat tempat simpan semua, kami bergerak semula ke Disneyland. Pihak hotel juga sudah sediakan payung kaki untuk dipinjam. So payung lipat-lipat sendiri kami tinggalkan saja dalam beg.
Happy faces..
Bila seronok, mama tak suruh senyum pun pandai senyum sendiri..
Cuaca pada hari tu sekejap hujan lebat, sekejap renyai, sekejap kang panas, sekejap nanti hujan balik.. Tapi menjelang petang cuaca terus baik.. ALHAMDULILLAH..
Lagi happy faces.. ALHAMDULILLAH..
Ni main tembak-tembak.. Kena tembak point-point yang ada huruf Z.. best jugak.. kereta yang kita naik tu siap boleh pusing-pusing lagi untuk cari point Z tu.. Jangan tak tahu, score ayah dengan mama memang beat score anak-anak.. Score en.asben paling power.. Jauh kami ketinggalan.. hmmm.. siapa lagi excited sebenarnya ni??? ha..ha.. Confuse aku..
Untuk puaskan hati semua orang, semua game kami layan.. Tak layan nanti ada pulak yang muncung hu..hu..
Paling lama lepak kat toy story land.. Citer tu pulak memang favourite anak-anak.. So dia orang memang enjoylah kat situ..
Kamera full.. So kenalah delete gambar lama-lama..
Han..
Az and Andy..
Lepas makan kami berulang ke Toy Story land semula.. Semua lapar.. so takde maknanya nak share-share makan.. seorang ambil satu set makanan.. Makanannya cuma nasi ayam, nasi goreng, nasi lemak dengan apa entah satu set lagi.. Tapi harganya RM200 untuk 5 orang.. Rasa makanan biasa-biasa aje.. Yang penting halal..
Han.. Is.. Az and crayon..
ANDY..
Kami seronok di situ..
Souvenir Shop..
Enjoy layan semua ride..
Ada rezeki nanti kita bawa anak-anak jalan-jalan lagi ya sayang.. Semoga ALLAH murahkan rezeki kita sekeluarga hendaknya.. insyaALLAH.. amin..
Lion King Show.. Gempak dan menarik!
Excited hero-hero aku..
Mama pun excited..
Best.. best show lion king tu..
Kalau nak solat boleh tumpang solat kat Town Hall.. Bangunannya dekat dengan entrance.. Minta izin dari staff di situ.. So dia orang akan dengan baik hatinya bagi kita pinjam bilik.. Dia orang pun dah faham.. Dia minta kita berwuduk dulu, bila dah settle baru di berikan bilik tu.. so takdelah orang lain perlu menunggu.. dan kita boleh gunakan bilik tu khas untuk family kita aje..
ALHAMDULILLAH.. tanggungjawab pada ALLAH dapat kami tunaikan..
Semoga kita semua dan seluruh keturunan kita terdiri dari orang-orang yang sentiasa menjaga solat.. insyaALLAH..
Kat Disneyland, semua tempat pun cute.. Macam nak bergambar kat setiap ceruk aje.. Tapi takde orang nak melayan he..he..
Kawan aku kirim Mini Mouse untuk anak buah dia.. So sweetlah Pak Yus..
Waktu tunggu bunga api..
Barulah betul-betul feeling berada di Disneyland.. Persembahan bunga api tu macam yang selalu tengok kat Putrajaya.. Tapi suasananya yang buatkan ianya jadi lebih special..
Te ne ne ne ne ne ne ne..
Ha..ha.. lagu Disneyland yang aku selalu dengar sejak kecil terdengar-dengar di telinga time tengok bunga api ni..
Habis bunga api kami pun berjalan ke tempat Shuttle Bus untuk pulang ke Hotel..
Muka penat, kaki penat.. tapi masih teruja nak datang lagi esok.. Alhamdulillah.. sangat berbaloi kami beli 2 days tiket.. Balik hotel, semua tak mandi.. Letih sangat.. Lepas solat dan makan terus tidur..
Pukul 6 pagi dah seterang ni.. Aku selak langsir nampak cuaca sangat baik.. Kejut anak-anak suruh tengok luar.. Selak langsir lagi sekali dah hujan.. Nampak tak yang warna oren kat hujung gambar sebelah kanan tu.. Yang tu RC racer kat Disneyland park.. Tinggi kan.. Kami semua tak naik kecuali IS.. Tak sangka dia berani nak naik seorang.. Duduk yang paling atas pulak tu.. Day 2 tu siap nak repeat.. Tapi sebab ramai orang tak jadi nak naik lagi..
Lepas mandi dan breakfast kami jalan-jalan sekitar hotel.. Waktu tu hujan pun dah berhenti.. Az sibuk nak mandi pool.. Dia mandi sorang-sorang pun tetap enjoy.. Bagusnya kat Hollywood Disney Hotel tu, swimming poolnya disediakan dengan pelampung.. Tak payah gaduh nak bawak.. Keselamatan anak pun lebih terjamin..
Sakan Az mandi..
Slide lagi..
Cantik view sekitar hotel..
Pantang lalu souvenir shop mesti nak singgah.. Bila singgah mesti nak beli.. He..he.. buat kenangan.. Lepas Az dah puas mandi, kami semua naik bilik dah bersiap untuk check out.. Lepas tinggalkan beg kat tempat simpan barang kita orang pun ke Disneyland Park untuk Day 2..
Alhamdulillah.. ada rezeki dapat bawa anak-anak ke sini..
Ramai sangat orang.. Padahal hari tu hari isnin.. Nak masuk park memang dia orang akan check beg.. Boleh aje bawa jajan-jajan.. Cakap aje junk food.. dia orang tak tahan pun..
Sampai awal, so bolehlah nak bergambar kenangan dengan lebih selesa..
Nak bergambar dengan princess-princess ni pun tak payah queue.. Yang bestnya dia orang ni betul-betul bawa watak princess.. dahlah cantik.. cakap pun lembut, sopan santun, manis dan ramah..
Dah kata nak naik semua ride kan.. Kuda ni pun kami layan..
Kami naik parachute ni.. Tinggi jugak.. Aku dahlah gayat.. Sampai atas boleh nampak seluruh kawasan Disneyland.. Nak merasa punya pasal gayat pun tolak tepi.. Kiranya semua ride kat Disneyland kami try kecuali RC Racer.. Yang tu Is seorang yang naik.. Sebab masuk Disneyland dua hari, ada juga ride yang kami layan sampai 2 kali.. Best!
Seronok lagi di Toy Story Land..
Alhamdulillah.. seronok bila tengok anak-anak happy..
Roller coster kat sini best.. Mula-mula slow aje.. Tengah mengah-mengah keretapi panjat bukit yang kita rasa dia akan menjunam ke depan lepas tu.. Tapi itu tak terjadi.. Keretapi tertarik ke belakang dengan laju rupanya.. Boleh bayangkan tak? Kita fikir lain yang jadinya lain.. Lepas tu dia slow balik.. ingatkan dah nak habis.. masa kita tengah rileks-rileks rasa macam eleh.. biasa-biasa aje keretapi tu boleh pulah dia laju balik giler-giler.. Fuhh semangat.. Anyway sangat fun.. Kami seronok..
Ada show kat perkampungan tu.. Very classic kampung tu.. I like..
Ini laluan roller coster..
Macam real aje dia orang buat jambatan patah..
First round aku tak naik sebab seram.. bila dia orang kata seronok aku pun teruja nak join.. sebab menunggu sorang-sorang kat luar tu jadi boring pulak..
Iya-iya nak ambil gambar en-asben dengan anak-anak.. tapi sibuk juga nak melambai.. Sudahnya gambar dia orang tertutup dengan tangan aku.. Aiyoo APTB ha..ha..
Gambar-gambar kenangan..
Ni naik rakit nak pergi rumah tarzan..
Inilah rumah tarzan..
Seronok mamat ni.. waktu kat USS ada ride yang dia tak lepas nak naik sebab ketinggian tak cukup.. Kat Disneyland semua ride dia dapat naik.. itu yang dia seronok sangat tu..
My boys..
Memang letih berjalan dalam tu.. Walaupun Disneyland Hong Kong ni Disneyland terkecil.. Terkecil pun aku sampai sakit-sakit kaki jalan..
Cantikkan Castle tu..
Layan brader-brader ni punya show..
En.asben with anak-anak..
M.I.C.K.E.Y M.O.U.S.E
Show kat parade pun menarik.. We have so much fun!
Dalam pukul 4.30 petang kami keluar dari Disneyland. Pergi hotel ambil beg dulu sebelum terus bergerak ke airport naik teksi. Harga teksi dari Disneyland ke Airport dalam RM 60-70 gitu. Tak jauh pun jaraknya. Sampai airport, kami makan dulu di Popeye Restoran. Kemudian check in baggage. Lepas tu pulangkan Octupus card dan ambil balance dan deposit kat MTR Station. Dah settle semua kami ke terus tunggu dalam Departure Hall. Waktu tu tak tahu lagi kena tunggu kat gate mana. So jalan-jalan kat kedai-kedai dalam tu. Masuk maghrib pergi solat jamak maghrib dan isyak dulu. Aku risau juga kut-kut takde surau kat dalam departure hall tu. Tapi Alhamdulillah ada. Tapi punyalah jauh. Nak pergi surau kena turun bawah. Lepas tu naik tren pulak. Then baru sampai. (Sori.. aku terlupa dah surau tu letak kat area gate berapa. Tanya kat information counter dia orang akan beritahu). Alhamdulillah, gate kami betul-betul berdepan dengan surau tu. Keluar aje surau kami terus tengok info kat skrin untuk cari gate kami. Sekali gate tu kat depan mata.. Alhamdulillah.. tak perlu nak berjalan jauh-jauh lagi..
Surau kat dalam departure hall, HKIA. Besar juga.
Siap ada sejadah dan telekung di dalamnya. Tempat berwuduk pun ada sekali kat dalam tu. Cuma tempat solatnya untuk lelaki dan perempuan sekali. Waktu kami masuk surau tu ada family dari Singapore baru sudah solat. Selepas itu hanya kami sekeluarga saja. Jadi keadaanya masih lagi selesa.. Alhamdulillah..
Prayer Room.. Berdepan aje dengan gate kami.. ALHAMDULILLAH..
Oh ye.. Waktu aku cari-cari souvenir dari Disneyland untuk anak buah aku dalam Souvenir shop kat Toy Storyland tu dia orang ada buat promotion beg tarik yang sangat comel ni. Quality pun nampak bagus juga. Besar pun dalam 22 inci panjangnya. Harga asal dalam HKD 348 kalau tak silap. Tapi dia jual dengan harga HKD 99 aje. Terbuka kepada 5 pembeli aje. Aku pun apalagi.. belilah beg ni sebagai souvenir untuk gegirl. Alhamdulillah.. rezeki gegirl. Suka sangat dia. Dah siap-siap isi baju raya dia untuk bawak balik raya. En.asben pun suka. Siap suruh beli dua. Aduhai.. nak buat apa.. Nak bawak satu ni pun dah satu bab. Nak tarik roda tu rasa tak best pulak sebab nak bagi souvenir.. Taknaklah ada defect. Siap naik roller coster pun aku bawak naik sekali letak kat kaki he..he.. Tapi sampai airport terpaksa tarik juga beg tu. Dah tak larat nak pegang he..he..
Sampai sini saja kisah kami di Hong Kong Disneyland. Alhamdulillah.. we have so much fun. Terima kasih ALLAH. Semoga ada rezeki kami ke tempat orang lagi, insyaALLAH.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!