Assalamualaikum..
Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Keputusan peperiksaan akhir tahun sudah diterima. Nampaknya sangat merosot pelajaran Is. Tiada kemajuan langsung. Kalau naik pun setakat 2,3 markah dari yang lepas. Dari A dah turun ke B. Yang C terus kekal C. Aduhai.. Tapi sebelum dapat kertas periksa pun aku dah boleh agak sebab dia memang banyak main sekarang ni. Time nak periksa atau time tak periksa sama aje. Asyik tengok tv, main game, main taman. Bila suruh baca buku memang dia yang tidur dulu. Turun naik kelas memang biasa. Darjah empat turun kelas no. 2. Tahun ni naik kelas no. 1 balik. Aku rasa-rasa dengan result dia baru ni memang tahun depan dia kena turun kelas pulak. Dahlah nak UPSR tahun depan.
Jadinya aku rasa aku yang kena lebih pro-aktif untuk aturkan jadual untuk dia. Kalau dia leka main, aku tak boleh terus leka biarkan aje. Semalam aku dah daftarkan dia ke kelas tuisyen. Hantar tempat Han tuisyen dulu. Jauh sikit pun takpe. Itu pun dia beria nak tuisyen kat tempat kawan-kawan dia. Aku cakap tak boleh. Sebab kalau dengan kawan-kawan memang dia akan banyak main nanti. Cuti sekolah ni aku dah kena pantau aktiviti dia. At least setiap hari kena buat latihan. Tengok tv dan main kena aku hadkan limitnya. Aku bukannya apa, Is ni bukan jenis yang lemah sangat dalam pelajaran. Tapi sebab selalu leka dan banyak main dia jadi gitu. Jadi aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk memperbaiki keadaan itu. Aku selalu cakap kat dia, kalau tak pandai boleh belajar biar jadi pandai. Tapi kalau malas memang tak boleh buat apa selain kena usaha untuk jadi rajin. Bila aku cakap macam tu dia tahu pulak sedih. Tapi sedih kejap ajelah. Bila time main dia leka main jugak.
Is ni ada sikap rendah diri sikit. Jadi aku tak mahulah bila dia ketinggalan dari orang lain dia akan terus rasa rendah diri. Untuk tidak bagi dia ketinggalan dari orang lain aku kena tolong dia sungguh-sungguh. So azam aku di hujung tahun ni dan tahun depan ialah nak pastikan pelajaran Is meningkat semula. Harap-harap aku dapat penuhi azam aku dan pelajaran Is akan meningkat semula. Kalau tidak berjaya sekali pun, setidak-tidaknya aku tidaklah berasa ralat nanti. At least aku dah berusaha.
Salam hormat untuk semua. Take care.