Showing posts with label pengurusan kewangan keluarga. Show all posts
Showing posts with label pengurusan kewangan keluarga. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Ratu jimat cermat...

Assalamualaikum...

Kalau bercakap pasal berjimat cermat, rasanya akulah ratunya kalau dalam adik beradik. Dengan en.asben pun aku menang lagi. Sebab utamanya adalah kerana aku bukan kaki branded kut. Apa yang nampak cantik di mataku, dengan harga yang aku rasa berpatutan, itulah yang akan jadi jenama pilihan hatiku. Aku pun bukan jenis yang  ikut trend dan kaki shopping sangat. Kalau rasa tak perlu memang aku tak beli. Tapi kadang tu terbeli juga benda yang tak perlu. Maklumlah dah namanya ada nafsu. Dalam bertahan, kadang-kadang kecundang juga. Dulu-dulu time adik aku dah pakai jeans levi's bagai, aku selamba aje pakai jeans bum atau giordano aje. Sayang duit nak beli seluar mahal-mahal. Beli beg Carlo Rino masa hantaran pun dah rasa gempak habis. Waktu adik aku beli Coach, barulah aku tahu pasal beg branded-branded ni. Waktu tu aku rasa macam dia membazir gila beli beg  harga sampai cecah ribu. Ada kawan-kawan yang kaki branded pun tak influence aku untuk terikut sama. Tak rasa down pun bila join mereka. Punyalah kepala ni asyik fikir nak berjimat cermat. Taknak papa asal bergaya. Sebelum kahwin, setiap bulan aku boleh simpan separuh dari duit gajiku. Bayangkan betapa berjimat cermatnya aku. Lepas kahwin, sebab banyak komitmen aku masih boleh juga menyimpan. Tapi tidaklah sampai separuh gaji lagi macam dulu.

Tapi Alhamdulillah, dengan berjimat cermatlah aku dapat apa yang aku nak. Maklumlah, aku bukan orang senang. Semua benda kena cari sendiri. Aku memang target nak ada rumah sendiri bersama en.asben sebelum umurku 30 tahun.   Nak pakai kereta baru yang bukan second hand. (Waktu tu nak beli kereta baru bukan macam sekarang ni. Bayar 1K pun dah boleh keluar kereta. Paling-paling kena keluar 10k juga baru dapat merasa pakai kereta baru). Alhamdulillah, waktu aku berumur 25 tahun, kami  dah dapat beli rumah sendiri sebab ada duit nak bayar duit muka rumah yang 10% tu. Dapat merasa pakai kereta yang ada bau kedai. Semuanya berkat berjimat cermat. Taklah kata sebab berjimat cermat duit simpanan aku dah menimbun. Kami dah jadi kaya raya dan banyak harta sekarang ni. Tak ya. Sebab gaji aku bukannya besar. Banyak menumpang gaji en.asben aje pun. Tapi bab menguruskan wang keluarga memang en.asben serahkan bulat-bulat padaku. Hasilnya, bila aku urus secara baik pendapatan kami, en.asben dapat sambung buat master dengan duit sendiri. Tanpa perlu buat pinjaman atau mohon biasiswa.

Sebab berjimat cermat juga, kami (en.asben pun dah terlibat sekali lepas kahwin denganku he..he) dapat beli semua barangan rumah tanpa berhutang. Semuanya kami beli cash. Sampai sekarang ni pun aku tak pandai nak berhutang. Kalau nak beli apa-apa keluar duit simpanan aje.  Tak cukup duit berangan dulu he..he.. Meminjam duit orang, Alhamdulillah, rasanya tak pernah juga. Pada aku, kita tak perlu jadi hamba hutang kalau kita pandai menguruskan wang. Kalau kita tak kisah nak berjimat cermat membelanjakan wang kita. Juga bila berbelanja mengikut kemampuan.  Kami memang combine semua pendapatan kami. Takde istilah duit kau atau duit aku. Kalau simpan pun sama banyak. Tapi untuk bonus atau insentif aku buat macam ni. Kalau bonus en.asben, 50% masuk akaun dia. 20% akaun aku. 10% masuk akaun anak-anak setiap seorang. Kalau bonus tu bonus aku 50% akaun aku. 20% akaun dia. Selebihnya untuk tabungan anak-anak Begitulah cara aku menyimpan untuk pendapatan tambahan yang kami perolehi. Biar adil dan sama-sama dapat rasa.

Berjimat cermat bukan bermakna kedekut ya.  Tapi berbelanja secara berhemah. Apa yang perlu tetap jadi keperluan untuk kita. Tanggungjawab harus dapat kita tunaikan. Macam pemberian pada orang tua, zakat dan bersedekah tak boleh tolak tepi. (Petua untuk murah rezeki juga ni). Teringat lagi cerita tentang bosku dulu (chinesse guy). Ibunya pun tinggal sekali bersama mereka. So kami macam ada persamaan. Ada sekali tu dia bertanya padaku. You bagi your mum duit tak walaupun dia tinggal sekali dengan you. Aku cakap aku bagi. Sebab ianya menjadi tanggungjawabku sebab emak takde pendapatan. You bagi berapa ya? Soalnya. Aku pun cakaplah jumlah yang aku berikan pada emak pada setiap bulan menggunakan duit gajiku sendiri. (Alhamdulillah sampai sekarang masih belum pernah terlepas walaupun sebulan). Dia siap cakap, malunya I dengan you. Sebab dia yang berjawatan manager, gajinya tentulah berganda-ganda dari gaji ciputku. Tapi dia bagi kurang seratus dari jumlah yang aku berikan pada emak setiap bulan. Aku rasa semua itu berkat aku tak kisah nak berjimat cermat juga.

Kenapa aku nak cerita semua ni ya? Tadi pagi bila dengar radio IKIM, adalah ustaz tu menyebut tentang cara kita mengendalikan kehidupan kita, patut kita ceritakan dan kongsikan pada anak-anak kita. Anak-anak aku memang baca blog aku juga. Untuk bercerita secara direct kepada mereka aku memang tak berapa reti. Jadinya melalui medium ini, bolehlah aku kongsikan cara aku menguruskan kewangan kepada anak-anakku. Alhamdulillah, walaupun kami tidak sesenang mana sekarang ini, anak-anak aku memang tak pernah merasa susah. Jadinya, aku mahu mereka tahu tentang keperluan menguruskan wang dengan baik. Juga kepentingan untuk berjimat cermat. Bukan senang nak senang, sayang. Bukan susah untuk susah juga. Semoga rahmat dan keberkatan Allah sentiasa ada untuk kita semua.

Salam hormat untuk semua. Take care.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...