Alhamdulillah.. minggu lepas aku dan en.asben ambil cuti dua hari. Hari khamis dan jumaat. Saja nak cuti-cuti hujung tahun. Sambil-sambil tu boleh bawa anak-anak bercuti juga. Konsep cuti-cuti kita waktu cuti sekolah hujung tahun ni ialah cuti dekat-dekat aje. Minggu sebelum dah ke Lumut. Minggu ini kita bercuti lebih dekat lagi. Kita ke Cyberjaya sudah he..he.. Dari rumah cumalah 20 minit. Dari kolej Han cuma 10 minit aje. Jadi Han pun boleh join sekaki lepas habis kelas. En.Asben pun sekarang ni tak berapa tahan nak tempuh jalan jem waktu bercuti. PD pun dia dah malas nak pergi. Bila dah tahu macam tu aku pun booking aje hotel yang dekat-dekat dengan rumah. Janji tidur hotel dan hotel ada pool dah kira bercutilah tu untuk anak-anak aku. Kat tepi rumah pun tak kisah he..he..
Pagi khamis tu, keluar pergi beli buku sekolah anak siap-siap. Apa-apa hal pun, bajet barangan sekolah tak boleh terpakai. Jadi sebelum terpakai baiklah kita settlekan dulu. Alhamdulillah.. hari khamis tu settlelah membeli buku sekolah anak-anak untuk 3 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah. Terima kasih ALLAH atas rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah.. baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan yang lain awal-awal cuti lagi aku dah pergi beli. Tak mahu tunggu last minute. Dah settle beli buku sekolah semua, beg baju semua pun dah berkemas, jomlah kita pergi bercuti. Sebelum tu sempat singgah beli alat tulis kat D' Centrum. Terlanjur nak beli lunch, kita beli sekali alat tulis semua. Aku bila hujung-hujung tahun ni selagi barang sekolah anak tak settle, selagi tulah hati tak tenteram. Dah settle semua barulah hati rasa lega. Nak bercuti pun boleh cuti dengan aman.
Pukul 2 petang lepas dah beli lunch untuk semua orang kami pun bertolak ke Cyberjaya. Dah bawa bekal nasi, membeli tetap jugak aku ni. Siap beli KFC untuk anak-anak, nasi kandar untuk emak dan nasi arab kambing untuk en.asben. Sampai Dash Box pukul 2 lebih. Dah kata dekat kan he..he.. Baca review kata nak check in ambil masa kat Dash Box dan waktu dapat kunci sangat lambat. Tapi waktu aku pergi tu check in cepat aje. Pukul 2 lebih tu dah terus dapat kunci bilik. Alhamdulillah.. Kami berpuas hati. Aku booking 2 bilik. Satu bilik depan pool. Satu lagi bilik kabin. Dua-dua kat tingkat bawah dan tak jauh pun antara satu sama lain. Kira oklah tu. Bilik yang depan pool kecil aje. Ada satu katil super king yang muat-muat bilik, ada aircond, ada smart tv, ada fridge dan complimentary 3 air tin di dalamnya, air mineral, cerek letrik, rak baju, hair dryer dan iron dan iron board. Kat bilik ni nak bentang toto pun takde space. Tapi aku pernah baca ada family duduk 5 orang dalam tu. Aku tak pasti macam mana dia orang adjust tempat nak tidur. Tapi bagi aku bilik tu sangat sempit. (Sori.. aku tak ambil langsung gambar bilik).
Kat bilik kabin ada 2 katil single, ada aircond, ada rak dan ada minerel water. Itu aje. TV, cerek letrik semua takde. Toilet pun kecik. Tapi ada ruang untuk bentang toto. Itu aje kelebihannya berbanding bilik depan pool. Yang depan pool harga dia waktu aku booking RM 264. Bilik kabin RM 132. Aku booking hujung bulan november. Bila aku check balik lepas tu memang dah fully booked. Alhamdulillah.. aku sempat booking awal. Seronok juga stay kat situ. Biliknya cantik. Makan kat luar bilik sambil mengadap pool pun best. Tilam dan bantal kat bilik depan pool sangat empuk. Katilnya besar dan kalau badan kecik-kecik muat aje nak tidur empat orang. Cuma kat kepala katil tu ada habuk macam dia orang dah lama tak lap. Kat bilik kabin, tilam dan bantalnya biasa-biasa aje. Kat kabin tu berbau kulapok sikit sebab dalam kontena kan. Jadi macam udara tersekat kat dalam tu. Sapu pun tak bersih siap ada tulang ayam kat lantai huhu.. Dalam bilik air kat belakang singki siap ada putung rokok dua tiga batang. Aku memang ada masalah sikit kalau menginap di hotel yang tak bersih ni. Sebab aku jadi tak lalu nak minum air kat dalam tu. Kat bilik kabin tu aku memang tak lalu nak minum air kat situ. Kat bilik depan pool aku takde masalah. Boleh aje makan minum kat situ.
Tarrraa... View dari bilik kami yang depan pool.
Masuk bilik terus laju-laju selak langsir dan buka sliding door.
Bilik kami mengadap pool yang cetek. Paras buku lali aje airnya.
Mula-mula macam frust sikit sebab tak dapat bilik kat tempat kolam dalam.
Tapi diakhirnya aku rasa bersyukur dapat bilik kat depan pool cetek tu.
Sebab nak buka pintu slinding tu masih rasa selesa sebab orang tak ramai sangat depan tu. Jadi rasa privacy sikit dan tak terganggu.
Ada hikmah dalam setiap perkara, kan? Terima kasih ALLAH.
View dari atas katil.
Seronok juga tengok aksi anak-anak kecil ni kat situ.
Selesa sebab orang tak melepak kat depan bilik kita. Kalau yang depan pool dalam memang kat depan-depan bilik tu orang melepak sebab ada kerusi rehat semua kat situ.
Ramai yang melepak jaga anak kat sini.
Kat belah kiri tu bilik garden view. Bilik yang belah atas tu mungkin lebih besar.
Tapi nak pergi pool kena keluar dari belakang. Takde direct access dari depan.
Pool dia menarik juga. Kedalamannya berperingkat-peringkat. Paling dalam pun paras bahu aku. Slide dia pun laju. Paling best boleh mandi kat pool ni sampai pukul 9 malam. Jadi malam-malam pun meriah aje kat sini. Sakan anak-anak aku mandi. Sampai-sampai tu, lepas makan aje anak-anak bujang aku mandi pool. Naik untuk solat asar. Lepas tu lepak-lepak atas katil sambil mengadap tv. Seronok sebab boleh buka you tube kat smart tv tu. Layan anime lah anak-anak bujang aku. Petang lepas asar aku pulak mandi pool dengan Han. (Han habis kelas pukul 4 aku dengan en. asben terus pergi ambil dia). Dalam pukul 6 tu hujan pulak. Jadi kenalah naik. Malam tu lepas maghrib anak-anak sambung mandi lagi. Aku malas nak join dah. Tapi pagi-pagi esoknya aku berendam lagi dalam kolam dengan Is dan en.asben. Orang lain dah taknak mandi dah sebab dah puas mandi semalam. Puas mandi kolam kat sini. Eh.. seronoklah. Aku suka.
Malam tu semua malas nak keluar dinner. Jadi aku aje keluar dengan en.asben beli burger king. Tempat makan banyak kat sekitar tu. Shopping Complexs D'Pulse pun dekat aje. Jadi bab nak cari makanan tak susah kat situ. Kalau rajin nak ke Putrajaya/Dengkil pun cuma 10 minit aje. Jadi kalau tak bawa bekalan makanan, nak makan kat luar memang takde masalah. Dalam tu pun ada cafe. Tapi aku tak try pun. Pagi pun aku tak ambil breakfast kat situ. Aku dah siap-siap bawa maggie cup sorang satu. Sedap juga makan maggie cup sambil duduk mengadap kolam he..he..
Hirup udara pagi di tepi pool yang tenang.
Kalau dapat bilik yang ni orang lepak-lepak kat depan bilik kita.
So tak berapa syoklah.
Lepas subuh hari jumaat tu, ingat nak sambung tidur. Tapi aku keluar kejap nak ambil barang kat dalam kereta. Bila kat luar tu rasa damainya. Sunyi aje. Lepas tu sedap nak ambil nafas sebab banyak pokok-pokok kat situ. Terus cancel nak sambung tidur. Ajak en.asben jalan-jalan kat sekitar Dash Box tu. Tapi tempatnya pun kecik aje. Dalam 5 minit berjalan dah habis tour satu kawasan he..he.. Terus kacau orang lain tidur. Masak air terus nak makan maggie.
Kacau en.asben nak makan maggie kat tepi bilik mengadap kolam.
Lepas makan aje aku dengan en.asben terus berendam kat dalam kolam.
Pukul 9 lebih keluar hantar Han balik kolej. Kelas dia pukul 10 pagi.
Emak nak bergambar dengan pokok depan pintu bilik buat kenangan.
Sebelum balik tu kami pun posing-posinglah kat Dash Box.
Setiap bilik ada parking sendiri. Boleh parking kereta betul-betul depan bilik. Nak bawa keluar dan bawa masuk barang pun senang. Aku suka.
Banyak tempat menarik untuk bergambar.
Aku pilih bergambar di sebalik daun he..he..
Kat pintu masuk Dash Box.
Bilik kami berdepan aje dengan pintu masuk ni.
Itu yang gigih nak bergambar kat sini. Kawasan Dash Box ni pun tak berpagar.
Tapi malam-malam adalah guard yang jaga kat guard house depan pintu masuk.
Posing kat tangga untuk naik ke tingkat atas.
Bilik kami yang nombor 311 tu.
Mama dah. Paksa anak-anak pulak posing kat situ hahaha..
Posing dengan emak pulak. Wah! emak sedondon dengan daun he..he..
Ni kat area depan Lobi tempat check in dan check out.
Yang kat belakang patung hijau kat belakang tu area pool.
Ni kat Cafe dia.
Kat cafe juga. Menarik kan deconya.
Minta anak-anak pose depan bilik pulak.
Tiga orang anak bujang mama.
Anak-anak arwah adik aku yang lain ikut papa dia orang cuti sekolah ni.
Jadi ini ajelah yang ada.
Anak-anak arwah adik aku yang lain ikut papa dia orang cuti sekolah ni.
Jadi ini ajelah yang ada.
Pukul 11.30 kami dah check out. Sebab nak ambil Han kat Kolej. Dia habis kelas pukul 12. Kena keluar awal sikit sebab Han ajak makan kat Saba. Jadi lepas ambil Han kat Dengkil kena patah balik ke Cyberjaya. Nak kejar solat jumaat lagi. Kami sampai kat Saba pukul 12.20 macam tu. Orang ramai. Parking pun penuh. Parking kat basement dia pun penuh. Kena pusing dua tiga kali juga baru dapat parking. First time aku makan kat Saba tu. Han pernah makan kat situ. Itu yang dia mengajak. Hari jumaat tu ada buffet. RM15 aje seorang. Nasi arab, ayam haneeth, ayam mandy, ayam kabsah, spagetti, salad, kuah macam dalca tu, air dan buah. Pada aku murahlah. Puaslah juga makan dengan harga tu. Alhamdulillah.. sedap dan kenyang. Lepas makan terus pergi solat kat Masjid Fisabilillah, Cyberjaya. Sempatlah aku tidur dalam kereta sementara orang lelaki solat jumaat. Dah selesai solat jumaat, beli aiskirim, beli goreng pisang semua kami pun balik Bangi. Maka berakhirlah percutian kami di Dash Box Cyberjaya. Terima kasih ALLAH.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.