Jumaat petang, lepas balik kerja aku dan Yat kawan baikku ke KL. Cadangnya nak drive ke sana tapi en.asben dan suami Yat tak izinkan sebab hujan lebat dan semestinya jalan di KL jem di petang jumaat. Jadinya aku dan Yat menaiki ERL dari Putrajaya ke KL Central. Solat maghrib di KL Central kemudian menaiki Putra LRT ke stesen Dato' Keramat. Sebenarnya inilah kali pertama aku menaiki ERL dan LRT. Jadinya memang cuaklah. Dari nak beli tiket sampailah dah dalam LRT & ERL tu. Rasa macam eh.. betul ke ni.. he..he.. Nasib baik berdua. Kalau sorang-sorang tentulah berganda-ganda cuaknya. Jadinya information counter memang menjadi tempat rujukan penting akulah petang tu.
Kenapalah aku bersusah payah yer. Sebenarnya sudah hampir sebulan kawan baik kami Ja pulang bercuti. Tapi sebab masing-masing sibuk makanya asyik tertangguh-tangguh saja perjumpaan kami. Minggu lepas saja beberapa kali juga tertangguh temujanjinya. Rasanya kalau tak disebabkan dia akan berangkat semula ke Doha pada rabu ni, memang akan tertangguh-tangguh lagilah pertemuan kami. Sudah hampir 3 tahun kami tak jumpa. Jadinya memang kami nak sangat berjumpa untuk kali ini. Bersusah-payah sikit pun takpelah. Janji dapat jumpa. Disebabkan suaminya tidak balik sekali makanya en.asben dan suami Yat serta anak-anak kami tak perlulah untuk join sekali.
Cadangan asalnya kami nak dating di Pavillion. Tapi masa dalam train Yat tiba-tiba tukar fikiran. Iyelah, kami dah lama tak jumpa. Kalau berborak dan kepochi, mesti suasananya jadi gamat. So plan di tukar ke rumah adik Ja. Sebab dia memang stay kat situ sepanjang cutinya ini. Kalau kat rumah bolehlah bersila, berlunjur, meniarap, bertepuk, bertampar tanpa menganggu orang lain. Jadinya tentulah lebih selesa. Kalau kat rumah juga mesti boleh berjumpa sekali dengan anak, mak dan adik beradiknya yang dah lama benar tak jumpa.
Ja datang ambil kami dengan menggunakan kereta adiknya. Ha..ha.. memang kami yang request minta dia mengambil kami dengan kereta yang lebih best dari kereta-kereta kami. Saja nak demand. Dari dalam kereta sampailah ke rumah memang tak henti-henti bercerita. Dalam pukul 10 malam kami keluar pergi makan. Borak lagi. Lepas makan balik ke rumahnya semula, pun borak lagi. Kiranya agenda kami malam tu ialah, borak, borak dan borak. Sakan betul berborak.
Maklumlah 3 tahun punya cerita yang terkumpul. Pukul 11 malam en. asben call tanya nak balik pukul berapa. Ja request sampai pukul 1 pagi sebab tak puas lagi borak. Sebab en.asben dah memahami sangat dengan perangai kami bertiga kalau dah dapat borak jadinya en.asben kata boleh continue. Suami Yat pula dangan baik hati nak datang jemput kami balik. So lagilah best jadinya. Dah nak balik pun boleh borak lagi dalam setengah jam kat luar kereta. Masa ni suami Yat pun dah join the club. Punyalah akrab kami bertiga ni.
Alhamdulillah. Seronok sangat dapat hang out dengan kawan-kawan baik yang sekepala sejak sekolah rendah dan menengah ni. Walaupun jarang sangat dapat berjumpa, tapi bila berjumpa kemesraannya tetap sama. Macam dulu-dulu juga. Itu yang bestnya.
Oh ye, sebelum aku terlupa. Apa kena mengena tajuk dengan cerita aku ni agaknya? Sebenarnya Ja, ni ialah kakak kepada seorang pelakon popular. Jadinya kereta yang dia gunakan untuk ambil kami dan rumah tempat lepak itu kepunyaan artis tersebut. Jadi itulah saja kaitannya he..he.. minta maaf ye sebab sesekali cari publisiti murahan macam ni.
We'll miss u Ja... Take care & Happy always.