Monday, February 29, 2016

Aktiviti padat dan perut pun padat..

Assalamualaikum..

Hari ni rasa letih sangat. Mata pun dari pagi asyik rasa mengantuk sangat.  Mana tidaknya, hujung minggu bagaikan tak cukup masa nak berehat. Hari sabtu lepas subuh konon nak sambung tidur balik. Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni selalu mimpi yang buatkan badan rasa penat. Macam mimpi pergi outinglah, mimpi kenduri kendaralah, mimpi kumpul ramai-ramailah tapi yang macam ada aje halnya sebelum nak dapat berkumpul tu. Itu yang buatkan badan jadi letih sebab tak dapat tidur yang berkualiti huhu.. Berbalik pada cerita hari sabtu. Dekat pukul 8 Az kejut kata dia ada kelas tambahan kat sekolah. Terus teringat yang Han pun ada Majlis Temu Mesra kat sekolah untuk ambil result periksa. Jadi bangunlah cepat-cepat sebab en.asben tak dapat pergi. Pagi tu dia ada kelas aikido. Settle hantar Az kat sekolah singgah beli sarapan untuk family. Dah siap makan, kemas-kemas dapur terus siap-siap nak pergi sekolah Han pulak. Tapi sebelum tu sempat juga settlekan bil-bil di Maybank2u.

Alhamdulillah.. kat sekolah Han, untuk kelasnya tak berapa ramai ibu bapa yang datang. Kelas lain punyalah panjang queue. Jadi masa menunggu untuk berjumpa dengan cikgu Han tu takdelah lama sangat. InsyaALLAH.. tahun ni Han ambil SPM. Jadi memang kena berusaha sungguh-sungguh untuk dapat result yang bagus. Untuk result akhir tahun waktu form 4 Han dapat 3A aje. Ada satu subjek fail iaitu add math  huhu. Tapi untuk awal tahun ni adalah sedikit peningkatan pelajarannya. Guru kelas Han guru yang mengajar subjek Bio. Dia kata kalau lebihkan usaha mesti boleh dapat keputusan yang lebih baik. Alhamdulillah.. untuk peperiksaan bulan februari ni ada peningkatan untuk markah Bio Han. Akhir tahun lepas result Bio Han dapat markah 43 ke 46 macam tu aje. Tapi untuk peperiksaan bulanan kali ni dia dah dapat markah 80. So cikgu kata satu peningkatan yang baik sebab selalu orang naik sikit-sikit. Tapi Han boleh gandakan markah dia sampai sekali ganda. Doaku semoga Han dapat meningkatkan lagi prestasinya.. In sya ALLAH. Suka dengan nasihat-nasihat dari guru-gurunya. Cuba jadi luar biasa. Jangan jadi biasa-biasa saja! Ambil peluang untuk jumpa dengan cikgu lepas kelas. Jangan tengok aje orang lain rebut peluang untuk tanya, tanya dan tanya pada cikgu! 

Masa hari sabtu tu baru 27 februari kan. So pada aku kita masih dalam bulan Februari lagi. Tapi guru-guru dia dah anggap sekarang ni dah bulan Mac dah. Asyiklah sebut, ini dah bulan Mac dah. Cuma ada beberapa bulan saja lagi. Terus gelabah aku dengar hu..hu.. Maklumlah tahun ni anak-anak aku semuanya ambil peperiksaan besar. Az - UPSR, Is - PT3, Han - SPM. Sekali serentak tiga-tiga orang periksa besar. Itu yang aku cuak lebih tu. Doaku semoga anak-anakku dan anak-anak kita semua yang mengambil peperiksaan besar tahun ini akan mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya.. In sya ALLAH.. Tolong doa-doakan sama ya. Terima kasih! Balik dari sekolah Han, sibuk menyapu rumah pulak. Lepas solat dhuha rehat sekejap. Lepas tu turun bawah siapkan lunch. Itupun emak dah siap masakkan kari ikan. TQ emak. Jadi tinggal sediakan 2 lagi lauk buat tambah-tambah. Lepas makan en.asben nak bawak Han pergi ekspo pendidikan kat KLCC. Aku pun nak ikut juga. Ajak sekali sepupu yang sekarang ni tinggal dengan emak. So berempatlah kami ke ekspo tu. Jalan agak jem. Satu jam juga nak sampai ke KLCC. Alhamdulillah direzekikan dengan senang nak dapat parking. Betul-betul aje depan pintu lif. Syukur. Orang punyalah ramai kat KLCC tu. Sampai naik pening kepala aku. Dah sampai ekspo tu berjalanlah kami dari satu booth ke satu booth. 

Dah separuh pusing-pusing dalam Hall 2  tu aku boleh terpisah pulak dengan dia orang. Malas nak pergi cari aku tunggu aje kat entrance. Masa duduk tu seronok tengok anak-anak muda yang nak sambung belajar. Rasa ikut excited dengar perbualan mereka yang nampak sangat bercita-cita besar. Bagusnya. Keluar dari ekspo ingat nak singgah makan. Tapi tak tahu nak makan kat mana. (Maklumlah pergi KLCC setahun sekali jadi memang tak familiarlah kan he..he..). Lalu nak pergi parking nampak Garret. Belilah untuk merasa sebab tak pernah rasa. Selalu dengar orang cerita aje. Oklah.. sedap juga popcorn mahal tu. Orang beratur pun agak ramai. Ada pakcik depan kita orang tu siap beli 10 pack popcorn total RM 200++. Kita orang memang buat muka kagumlah. Lepas tu  kami jadi malu pulak  nak order popcorn 1 aje he..he.. Tapi nasib baik juga beli 1 pek aje. Sebab sampai hari ni pun tak habis lagi popcorn garret tu. Padahal kat rumah kami ramai.  Tapi macam tak laku pulak popcorn tu kat rumah aku. Kira berbaloilah RM20 beli popcorn sedap tu tapi berhari-hari tak habis lagi he..he.. Lepas beli popcorn singgah beli roti boy. Sebab anak-anak suka. Nak lawan pakcik beli popcorn garret x 10, aku pun belilah roti boy x 10 jugak. So kita seri pakcik he..he.. 

Tak tahu nak makan kat mana kami pun terus masuk kereta. Ingat nak singgah makan subway kat serdang. Tapi takde parking pulak. Jadi terus balik Bangi aje. Sampai Bangi tak tahu jugak nak makan kat mana. Pusing-pusing tak boleh nak decide juga sampailah en.asben menyebut nak makan Singapore Lamb Shank kat Zawara dan Han pun sibuk kata teringinkan churos. So mohlah kita ke Zawara Cafe. Di kawasan yang semakin sesak kat Bangi tu. Alhamdulillah.. ada parking untuk kami. Thank you ALLAH.

Makan di Zawara Cafe.
Gambar malap sebab duduk kat basement. Situ aje yang masih kosong tempat duduknya.

Aku order cheese burger - RM15 (Sedap!). Cheese meleleh-leleh. Han order Set Churos dengan Aiskrim - RM 13 (Sedap dan banyak!) dengan Spagetti Arabiaca ke apa ntah namanya - RM 13 kot lupa (So-so aje rasanya). En.asben order Singapore Lamb Shank - RM 29 (Sedap!). Datang nak makan kat situ pun sebab Lamb Shank dia tulah. Sepupu aku order Salted Egg Chicken Wing - RM 19 (Sedap!). Aku dan family memang puas hatilah makan kat situ. Portion pun boleh tahan. Siap bertolak-tolak nak habiskan. First time juga aku makan burger tak habis walaupun burger tu sedap sebab perut dah senak kekenyangan. Churos pun tak habis. Eh.. Lamb Shank pun tak habis. Entah kenapa kita orang boleh kenyang sangat hari tu. Sampai ke malam aku, han dengan en.asben tak makan sebab dah rasa kenyang betul. Alhamdulillah. Malam tu lepas aje solat isyak aku terus bummm. Aku ingat aku seorang yang keletihan. Rupanya semua orang pun sama. 9.30 dah tidur semuanya.

Pagi ahad bangun pagi sediakan sarapan untuk family. Buat cekodok ikan bilis dan masak nasi goreng (Sebab malam tu tak ramai yang makan jadi nasi berlebih banyak). Lepas dah siap masak, makan semua terus sapu rumah dari atas ke bawah. Dah settle semua terus naik solat dhuha dan siap-siap nak pergi kenduri kahwin kat Teras Jernang. Anak jiran lama. Bila tuan rumah beria menjemput rasa tak best pulak kalau tak pergi.  Lepas makan kenduri singgah rumah makcik aku kejap. Padahal nak singgah kejap aje. Sebab nak jenguk makcik. Tapi makcik aku sempat jugak kukus pau dan goreng popia sata dan popia otak-otak untuk kita orang. Siap hidang milo ais lagi. Dalam mulut tu menyebut jangan susah-susah, jangan hidang apa-apa, laju juga tangan capai pau dengan popia panas-panas tu masuk mulut he..he.. Air milo ais pun habis sejug ha..ha.. TQ chu.

Dah settle kat rumah makcik aku kami ke Bukit Mahkota pulak. Anak buah pakcik aku ada buat kenduri aqiqah anak dia. Kat sini en.asben dan anak-anak dah surrender dah nak makan. Cuma makan buah, bubur kacang dan minum air aje. Aku ratah juga kari daging dia dengan pulut kuning sikit. Punyalah sedap kari daging dia. Lembut sangat dagingnya. Sedap betul meratah walaupun perut dah kenyang he..he.. Balik dari Bukit Mahkota hantar emak dan anak-anak aku balik rumah. Lepas solat rehat sekejap. Dekat pukul 4 terus keluar nak bawak emak dan ayah mertua pergi melawat isteri sepupu ayah di Hospital Shah Alam. Dah berminggu-minggu makcik tu masuk hospital kerana ada masalah dengan paru-parunya. Jadi macam tak best pulak kalau tak pergi melawat. Alhamdulillah.. ada rezeki untuk kami dapat melawat makcik tu. Alhamdulillah nampak dia dah beransur sembuh. Berbual pun rancak. Tapi masih perlu terus berada di hospital untuk menghabiskan antibiotik selama 4 minggu. Ada baki 2 minggu lagi untuk menghabiskan antibiotik tu. Doaku semoga makcik itu diberikan kesembuhan segera dan diringankan kesakitannya. 

Lepas solat asar kami pun terus balik. Hujan tengah sangat-sangat lebat waktu tu. Ada jalan kat Shah Alam tu siap dah naik air. Alhamdulillah masih boleh lalu. Waktu lalu kat karangkraf ada nampak kereta banyak parking tepi-tepi jalan sebab ada Karnival Karangkraf. Rasa macam nak singgah. Tapi kesian pulak nanti emak dan ayah kena menunggu. Jadi takpelah. Lain kali aje. Balik Bangi, singgah ambil anak-anak kat rumah kejap lepas tu terus pergi rumah emak mertua sebab emak dah siap masak untuk makan malam semua sebelum pergi tu. Lepas makan semua kami pun balik. Badan dah rasa letih sangat. Nak tunggu tengok Anugerah Meletop Era pun rasa tak daya. Sampai rumah tengoklah AME tu kejap. Tapi tak tengok sampai habis pun sebab mata dah layu. Lepas solat isyak terus tidur. Bangun pagi tadi rasa tak puas tidur huhu.. Mungkin sebab badan tak cukup rehat.

Alhamdulillah.. hari ni murah betul rezeki aku. Pagi-pagi bos dah belanja sarapan. Lepas tu kawan bagi bekal mee gorang dia sikit. Siap bagi sepeket susu kambing yang sedap lagi. TQ Ika. Tengah hari tak keluar makan sebab mengantuk sangat-sangat. Jadi tidur kat surau sebelum waktu zohor tu. Alhamdulillah.. sebelum tu bos dah siap-siap bagi nasi bariani dengan ayam chicken chop. TQ Pn. Dilla. Jadi tak keluar lunch pun takpe sebab dah ada bekal siap-siap. Petang tu ada kawan bagi goreng pisang pulak. Alhamdulillah.. rezeki.. rezeki. TQ Ida. Alhamdulillah.. Syukur kerana dikurniakan dengan orang-orang sekeliling yang cukup baik budi dan selalu bermurah hati belanja makan itu dan ini. Doaku semoga rezeki mereka selalu murah dan terus diberkati olehNYA.. in sya ALLAH. Terima kasih teman-temanku. Manalah berat aku tak naik sampai 10 kg selama 6 tahun aku berkerja di tempat sekarang ni. Asyik makan aje kerjanya hikksss. :)

Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan snetiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Thursday, February 25, 2016

Diserang demam..

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. beberapa hari ini kesihatanku mula beransur baik setelah diserang demam hampir 2 minggu. Yang demam bukan saja aku, malah 9 orang dari 11 orang ahli keluargaku turut diserang demam juga. Terasa besarnya ujian untuk kami bila seorang demi seorang diserang demam denggi dan demam panas. Namun aku tetap bersyukur. Semoga sakit yang datang menjadi penghapus dosa-dosa kami sekeluarga hendaknya.. In sya ALLAH. Ya ALLAH, bila sakit terasa betapa nikmatnya nikmat sihat itu. Bila sakit semua perkara jadi terbatas. ALLAH.. pada waktu itu terasa nak sangat cepat-cepat sihat agar segala urusan ibadat dan urusan harian dapat berjalan seperti biasa. Tak bestnya bila tak sihat. Waktu cuti CNY tu sihat aje semuanya. Elok aje cuti CNY berakhir, Az diserang demam. Mujur waktu itu sekolah masih lagi bercuti. Aku pula dah mula kerja dengan badan yang dah rasa tak sedap. Risaukan Az yang demam di rumah. Tapi aku sendiri pun dah rasa nak demam di pejabat. Tengah hari konon balik nak tengok Az yang demam.  Sudahnya aku sendiri yang tergolek demam dalam bilik. Masuk pejabat semula selepas waktu rehat badan dah mula seram sejuk. Terasa lamanya nak tunggu waktu balik. Dalam menunggu tu terpaksa juga baring berselubung sekejap di surau sebab badan dah mula mengeletar waktu tu. Nak duduk kat meja pun dah rasa tak terlarat sangat. Sampai terpaksa asyik duduk kat tangga luar ofis sebab tak tahan sejuk dengan aircond ofis.

Balik aje rumah petang tu terus ajak Az baring sama-sama kat dalam bilik mama. Senang sikit aku nak pantau dia yang tengah demam. Maka, tergoleklah kami sama-sama dua beranak.  Semua benda nampak warna oren aje. Mungkin panas dalam kut. Dalam berselubung call en.asben minta tolong tapaukan makanan untuk anak-anak sebab aku dah tak terlarat nak bangun masak. Urusan anak-anak tuisyen malam tu pun semua en.asben yang uruskan. Az yang demam memang tak pergi tuisyenlah malam tu. Malam tu demam Az dah berkurang sikit. Tapi demam aku semakin meningkat pulak. ALLAH. Tengah malam tu badan aku jadi panas sangat. Sampai mengerang. En.asben siap bangun tolong ambilkan ubat. Lepas tu balutkan badan kepala dengan kain basah. Lapkan badan dengan kain basah. Sekejap-sekejap bangun basahkan lagi kepala dengan badan aku dengan air. Mungkin waktu tu badan aku panas sangat kut. Pakej dengan batuk yang sakit dada dan selsema tak boleh nak nafas sekali. ALLAH. Bangun pagi dah rasa segar sikit. Mungkin sebab dah sepanjang malam en.asben balutkan badan dan kepala dengan kain basah. Tapi aku tak pergi ofis sebab Az masih demam.

Menjelang tengah hari demam Az dah makin pulih. Tapi demam aku kembali meningkat pulak. Sudahnya tergolek lagi aku berselubung dalam bilik yang kononnya cuti nak jaga anak demam tu. Esoknya demam Az dah kebah. Aku pulak rasa macam dah OK sikit. Tapi masuk ofis badan rasa longlai dengan kepala dah rasa sakit. Waktu solat dhuha kawan-kawan aku dah risau sebab rasa macam lama sangat aku kat surau. Siap datang cari kat surau sebab dia orang  risau kut-kut aku jatuh ke apa. (TQSM Kawan-kawanku yang budiman). Turun kat meja semula dia orang suruh aku terus ke klinik aje. Call bos beritahu nak pergi klinik. Alhamdulillah.. sampai klinik tengah lengang. Tunggu sekejap dah boleh terus jumpa doktor. Sebab dah 3 hari demam doktor check darah sekali. Hmmmm.. waktu tu bacaan darah putih dah turun. Platlet pun dah semakin menurun. So, doktor memang suspect denggilah. Minta datang esoknya untuk ambil darah semula. Baliknya memang terbaringlah aku lagi kat bilik. Petangnya nak kena ke Rawang pulak sebab pakcik aku ada buat kenduri arwah untuk arwah adikku. Esoknya anaknya kahwin. Tak pergi rasa tak best pula. Maka gigihlah juga gagahkan diri packing baju anak-beranak semua. Toto bantal semua minta anak-anak tolong siapkan. Pertama kali aku packing baju main campak-campak aje dan minta anak-anak aje yang ambil baju sendiri sebab aku dah tak terlarat dah. 

Malam tu makan kenduri pun aku sumbat-sumbat aje sebab takut perut masuk angin. Lidah langsung tak rasa sebab sakit tekak campur batuk dengan selsema. Malam tu kami tidur di homestay kat Rawang yang pakcik aku dah sediakan. Terasa panjang betul malam tu bila demam datang lagi. Batuk pulak macam tak berhenti-henti. Bangun pagi lidah rasa kering sangat. Bila tengok kat cermin dah putih dah semua lidah. tinggal kat tengah-tengah lidah aje yang masih ok. Mungkin sebab badan panas sangat sampaikan lidah pun jadi kering. ALLAH. Terus minta en.asben keluar belikan air. Tapi nak minum air yang manis-manis aje. Air kosong memang tak lalu langsung nak minum. Air manis tu lalu juga nak minum. Itu pun paksa habiskan berbotol-botol air sebab nak sangat sihat. Konon tidur di Rawang biar pagi-pagi dapat pergi kenduri pakcik aku. Tapi tengah hari juga baru kami sampai sebab aku tak larat sangat. Anak-anak semua main siap sendiri aje. Aku pulak sambung tidur. Kejap kat luar. Kejap kat dalam bilik sebab nak selesakan badan. Gigih makcik aku tolong picitkan kepala dan urutkan badan. Orang lain bersembang aku mampu dengar aje. Nak menyampuk pun tak larat. 

Kat kenduri aku duduk aje kat sebelah emak yang tolong jagakan beg emak pengantin. Dalam demam rasa seronok juga sebab semua keluarga ada duduk berkumpul. Tok aku pun ada juga. Jadi nak baring kat atas rumah pun rasa tak best. Sebab nanti tak dapat jumpa kaum keluarga dan sanak saudara yang datang.  Jadi duduk ajelah kat bawah khemah dengan keluarga yang ramai-ramai tu. Kejap rasa OK. Kejap rasa mamai. ALLAH. Lepas kaum keluarga dah ramai yang balik dan Tok aku pun dah balik kami sekeluarga pun ikut balik jugak. Tak daya dah nak tunggu lagi. Balik Bangi aku terus pergi klinik untuk chech darah lagi. Platlet dan darah putih semakin rendah. Doktor confirmkan kata denggi. Huhu.. Aku pernah kena denggi dulu. Jadi aku tahu macam mana sakitnya. Jadi sebelum kena sakit macam dulu aku paksakan diri minum air banyak-banyak. Makan pun walau tak selera aku paksa diri untuk makan sebab takut sakit perut. Sebab waktu kena denggi dulu perut rasa macam hilang sebab asyik muntah aje. Jadi kali ni aku jadi takut sangat. Sebelum kena sakit perut dan muntah-muntah aku paksa minum air banyak-banyak dan paksa makan juga. Tapi bila dah banyak minum memang asyik ke toilet ajelah. Syukur doktor tak suruh warded. Kalau tak jenuh nak mengangkut batang drip air tu ikut masuk toilet sekali. Sebab aku tahu denggi kalau  nak baik kena  banyak minum air dan kena banyak kencing jadi aku redha ajelah minum air banyak-banyak dan berulang ke tandas.

Pagi ahad minta emak buatkan air daun betik. Gigih emak pergi cari daun betik  kat pasar. Dah rebus bagi aku minum. Pahit betul rasanya tapi minumlah juga sebab nak sihat. Alhamdulillah.. hari isnin masa check darah platlet dan darah putih bacaannya mula naik sikit. Tapi masih lagi rendah. Doktor terus hantar result darah untuk confirmkan denggi. Sebab takut kalau kena virus yang lain pulak ataupun takut denggi berdarah. Dengan aku yang masih demam emak dengan anak buah aku Hafiy kena demam jugak hari isnin tu. ALLAH.. risaunya tak tahu nak cakap. Alhamdulillah.. hari selasa dapat result confirm bukan denggi walaupun dah empat hari kena berulang ambil darah dah ditreat sebagai pesakit demam denggi. Syukur. Tapi waktu ni Fareez pulak demam. Sepupu aku yang duduk dengan emak pun demam juga. Dialah harapan aku untuk tengok-tengokkan emak dan anak-anak buah waktu aku demam tu. Bila dia pun demam juga aku tahu aku kena kuatkan diri. Hari rabu aku check darah lagi platlet dan darah putih ada kenaikan lagi. Sebab badan masih lemah doktor bagi sekali vitamin untuk tambah tenaga. Emak dengan anak buah masih demam. Dari seorang jadi tiga orang pulak anak buah aku demam.

Hari khamis aku dah masuk kerja. Petang tu dengan kepala masih ting-tong bawak juga anak-anak buahku pergi check darah kat klinik kesihatan sebab dah empat hari demam tak baik-baik. Hafiy dengan Firhan  confirm denggi huhu..  Emak aku pun waktu tu badan masih panas lagi. Tapi gagah juga nak temankan dan bawak cucu-cucunya pergi check darah. Kesian emak. Hari jumaat petang lepas kerja aku bawak dia orang pergi check darah lagi. Platlet dengan darah putih makin turun. Waktu tu gegirl pun dah demam jugak. Memang complete empat-empat orang anak arwah adikku semuanya kena demam. Lagi kesian kat emak aku. Dalam demam kena jaga cucu-cucunya yang demam juga. Sedih sangat rasa waktu tu sebab aku sendiri tak dapat nak banyak tolong. Malam sabtu tu memang melepek semua orang kat ruang tamu rumah aku. Panas pulak badan semuanya. Emak yang demam memang dah tak larat dah. Jadi aku yang baru baik demam terpaksalah kuatkan diri. Memang malam tu aku tak tidur sebab lapkan badan dia orang bergilir-gilir. Bila panas sangat kejutkan bagi makan ubat. Malam ahad abang-abang nampak dah ok sikit. Badan dah tak panas sangat lagi. Tapi gegirl pula semakin panas badannya siap dengan pakej muntah-muntah juga. Aku dengan en.asben bawaklah pergi klinik.  Malam tu dia asyik menangis aje sebab badan tak sedap. Dahlah jenis susah nak makan ubat. Memang tak hilanglah panasnya. Malam tu tak tidur juga aku sebab asyik lapkan badan gegirl yang panas sangat-sangat tu. Nak tidur pun jadi tak boleh tidur sebab risau sangat bila badan dia panas sangat. Hari ahad papa dia orang datang ambil bawak ambil darah. Memang aku cover tidurlah satu hari tu. 

Hari isnin Han pulak badan dah panas. Malam tu tak pergi tuisyen. Tapi hari selasa dia pergi sekolah juga.  Malam tu demam lagi. Gegirl pun demam tak kebah lagi. Semalam Han tak pergi sekolah. Demam tak baik lagi. ALLAH risau sangat. Ayah mertua aku pun tak sihat. Batuk sampai hilang suara. Malam tadi kami pergi melawat sekejap. Sedih sangat tengok sebab ayah jarang-jarang sakit. Bila sakit tu badan nampak letih sangat. Malam tadi tengok gegirl dah sihat dah. Firhan nampak lemah lagi. Hanum pun hari ni dah sekolah. Nampak dah sihat sikit. Ya ALLAH.. semoga ALLAH beri kesembuhan buat kami semua.. In sya ALLAH. Itulah kisah kami sekeluarga yang diserang demam. Kiranya yang tak kena demam cuma en.asben dengan Is aje. Semoga mereka terus diberikan kesihatan yang baik hendaknya in sya ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Wednesday, February 10, 2016

Cuti CNY 4 hari..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. cuti panjang 4 hari dah selamat berakhir. Alhamdulillah.. dah selamat juga meredah jem yang sudah dijangka hu..hu..  Cuti kali ni kami memang tiada rancangan bercuti ke mana-mana. Tapi terpaksa juga meredah kesesakan jalan raya sebab nak merai sepupu yang berkahwin. Demi pakcik dan sepupu, apalah sangat kalau kena meredah jem pun kan. Bukannya selalu. Sekali-sekala. Jadi apalah salahnya ikut menghantar rombongan pengantin ke rumah pengantin perempuan di Chenderong Balai, Teluk Intan.

Selalu waktu cuti-cuti panjang, kalau nak berjalan kami akan keluar dari rumah seawal pagi. Memang sebelum subuh selalunya keluar dan solat subuh dalam perjalanan. Tapi untuk perjalanan kali ini kami keluar rumah pukul 8 pagi. Sebabnya kalau keluar pagi-pagi sangat tak tahu pula nak lepak di mana sementara nak menunggu majlis bermula. Perjalanan lancar dari Bangi ke KL. Sampai Jalan Duta jalan masih clear. Tapi elok aje lepas jejantas Sungai Buluh, kenderaan mula merangkak-rangkak. Adoooilah.

Terus guna google map untuk cari jalan alternatif. Alhamdulillah, google map suruh masuk Sungai Buluh. Lepas tu ikut jalan  Batu arang. Jalan clear siap boleh nampak kat highway kereta lain merangkak-rangkak. Tapinya.. jalan ikut Batu Arang tu berliku-liku. Sampai termuntah-muntah emak aku sebab fenin huhu.. Tak habis fenin kami keluar ikut tol Rawang semula. Sambunglah join merangkak-rangka semula he..he.. Lepas tu masuk ikut tol Slim River. Guna jalan lama tu sekejap clear. Sekejap sangkut. Hu..hu.. bertabah ajelah.

Sudahnya dekat 5 jam jugalah perjalanan kami nak sampai ke Chenderong Balai. Separuh en.asben drive. Separuh aku drive sebab en.asben mengantuk. Alhamdulillah.. selamat juga kami sampai. Alhamdulillah.. keadaan cuaca hari tu cukup baik. Macam redup aje. Jadi perjalanan yang merangkak-rangkak tu masih lagi selesa buat kami sekeluarga. Syukur.. Lepas dah berkumpul dengan family pakcik aku di Homestay mereka, kami pun berkonvoi ke rumah pengantin perempuan.

 Cantik sangat pelaminnya.. Putih, bersih,  berseri.. Sampaikan adik aku dengan suaminya excited nak ambil gambar dengan pengantin he..he.. 

 Family photo.. 
Tapi yang ramainya kita orang sekeluargalah he..he.. keluarga pakcik aku ciput aje..  Waktu nak ambil gambar memang cameraman dah beritahu duduk aje kat depan-depan sebab nanti yang kat belakang-belakang tak nampak muka sebab silau lampu.. Tapi semua buat tak reti aje. Mungkin tak dengar kut. Sudahnya muka tak nampak nampak silau lampu aje he..he..

 Pakcik dan makcik aku..  Pakcik aku adik emak.

Kami yang happy nak makan lauk pengantin lepas dah banyak sangat makan 'jem' sebelum tu.. he..he..

Cuti CNY kita jalan-jalan makan kenduri ajelah yan nak.. Jadilah kan.. 

 Selamat Pengantin Baru Zayyad dan Adila..

Adik beradik..
Ehem..  Cahaya keimanan sangat terserlah di wajah.. InsyaALLAH  :)
Sila salahkan lampu yang silau tu.. he..he..

 Lagi Family photo.. 

Habis makan kenduri kami  bertolak balik. Alhamdulillah.. perjalanan lancar. Kami ikut jalan lama sebab nak singgah rumah kawan aku di Tanjung Karang. Alhamdulillah.. cantik tersusun aje jadual kami pada hari tu. Sebab satu jalan, dapatlah kami sekeluarga memenuhi undangan dari sahabatku Ain. Sebelum tu sempat singgah makan Mee Rebus Mastan Ghani kat Teluk Intan. Pada aku rasanya biasa-biasa saja. Tiada yang luar biasa sedapnya. Sepanjang perjalanan rasa simpati sangat dengan kenderan yang berderet-derat tak bergerak di laluan sebelah. Rasa kesian sangat bila mereka tersekat berkilo-kilometer. Aku dapat bayangkan macam mana stressnya mereka.

Kami singgah solat di Petronas Sungai Besar. Dapatlah rasa kopi percuma dari Petronas he..he.. (Tapi aku tak rasa pun sebab aku fenin kalau minum kopi). Sampai Tanjung Karang dalam pukul 6 petang. Waktu tu hujan mula turun. Alhamdulillah.. dalam hujan tu berselera kami makan kenduri. Kenduri kahwin adik kawan aku sebenarnya hari ahad. Tapi biasalah kenduri di kampung. Walaupun kendurinya hari ahad, hari sabtu lagi dah ada hidangan kenduri untuk tetamu yang datang. Alhamdulillah.. rezeki kami sekeluarga. Niatnya memang nak singgah menziarahi sebab dah pastinya kami tak dapat datang pada keesokan harinya. (Faktor jem dan kepenatan pastinya). Tapi dah namanya rezeki, dapat juga kami makan kenduri.   

Terima kasih buat Ain dan keluarga atas layanan baik kepada kami yang datang ramai-ramai  tu. Setiap kali kami singgah di rumah ibunya di Tanjung Karang, selalu sangat kami disambut dengan begitu baik. Rasa berbesar hati sangat. Kami ni nama aje sama-sama tinggal di Bangi. Tapi nak dapat jumpa di Bangi cukup payah. Sudahnya di Tanjung Karang kami dapat jumpa. Seronok dapat jumpa dengan Ain sekeluarga yang baik budi. Suami Ain siap hidangkan teh panas buat kami dalam hujan tu. Alhamdulillah.. doaku semoga persahatan kami berpanjangan dan diberkati.. InsyaALLAH. 

Selesai singgah kenduri di Tanjung Karang cadangnya nak singgah sekali melawat suami sahabatku yang sakit di KPJ Shah Alam. Tapi suami sahabatku dah keluar dari hospital pada waktu tu. Takde rezeki untuk kami melawat. Sahabatku mengajak aku ke rumahnya di Klang. Tapi aku tak dapat nak penuhi. Sebab kami ramai waktu tu. Tentulah tak selesa nak pergi ke rumah orang yang sakit ramai-ramai macam tu.  Kalau melawat di Hospital boleh aku dengan en.asben saja yang turun melawat. Yang lain boleh tunggu dalam kereta. Walau apa pun aku doakan semoga suami sahabatku akan diberikan kesembuhan segera. Semoga sahabatku dan suaminya terus sabar dan tabah dengan ujian yang diterima.. In sya ALLAH. 

Kami semua selamat sampai ke Bangi dalam pukul 8.40 malam lepas dah singgah solat. Sampai rumah, mandi-mandi aku terus bummm kepenatan. Hari ahad, petangnya kami sambut hari jadi emak mertuaku bersama  seluruh keluarga en.asben di rumah mertuaku. Sambut dalam bulan Februari, jadi menyelitlah sekali Az dan Firhan untuk sama-sama potong kek dengan nenek sebab mereka juga lahir dalam bulan Februari. Senang.. sambut sekali harung he..he..

 Apa-apa pun doa mesti dibaca dahulu. 
Doaku semoga Emak Mertuaku, Az dan Firhan direzekikan dengan umur yang berkat, amalan yang diterima, kesihatan yang baik dan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.. In Sya ALLAH.. 
Az dengan Firhan pulak yang excited nak potong kek. Patutnya nenek he..he.. 

 Kalau buat makan-makan kat rumah mertuaku memang makanan penuh meja. Tapi yang aku bawak cuma sate aje he..he.. APTB sangat aku ni :P

 Lagi makanan penuh meja.. :) Alhamdulillah..

Hari isnin dan selasa kami tak ke mana-mana. Duduk lepak aje anak-beranak kat rumah. Aku kalau duduk rumah aje memang lemau sikit. Pantang tak buat apa mesti nak tidur aje kerjanya he..he.. Semalam sebab rasa bersalah sangat pergilah juga brisk walk kat Taman Tasik. Dapatlah berjalan dalam 1 jam. Jadilah. Alhamdulillah.. Selain dapat memenuhi undangan untuk mengeratkan silaturahim, dapat juga kami rehat sepuas-puasnya waktu cuti panjang kali ini. Syukur Ya ALLAH.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Friday, February 5, 2016

Alhamdulillah.. ada yang ingat..

Assalamualaikum..

Salam jumaat yang mulia untuk semua. Dah baca surah Al-Kahfi pagi ni? Dah solat dhuha? Jom sama-sama kita perbaiki dan pertingkatkan amalan kita.

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat lagi aku mencoret di sini. Menulis memang jiwa aku. Jadi bila dah lama tak menulis terasa macam ada yang tak lengkap dalam kehidupanku. Walaupun kehidupan masih boleh berjalan seperti biasa. Seperti biasa juga kehidupan ada turun naiknya. Ada masa bahagia. Ada masa terluka. Ada masa semuanya berjalan lancar. Ada masa ada perkara yang kucar kacir juga. Ada masa  sihat. Ada masa sakit. Bulan lepas hampir 3 minggu juga aku asyik tak sihat. Deman, sakit tekak, batuk, selsema dan sakit perut semua ada. Begitulah kehidupan, kan? Sebulan blog terpinggir. Ada macam-macam cerita dalam kepala tapi tiada rasa nak berkongsi. Bila menulis dari jiwa, memang perlukan jiwa juga untuk menulis. 

Alhamdulillah.. hari ni murah betul rezekiku. Pagi-pagi lagi seorang teman yang baik budi menghulurkan bekalan sarapan pagi untukku.  Alhamdulillah.. dia bekalkan aku kuey teow yang sedap dan pedas terangkat. Tq Ida. Lepas tu seorang teman beri rasa kuih seri muka yang sedap pula. Kuih seri muka biasa dan seri muka durian. Kedua-duanya sedap-sedap belaka. Baru lepas lap tangan dengan tisu, ada seorang pegawai berikan biskut coklat mashmallow pula. Alhamdulillah.. syukur atas rezeki dari ALLAH. Syukur juga kerana direzekikan untuk berada disekeliling insan-insan yang baik budi. Semoga semuanya sentiasa dimurahkan rezeki. Terima kasih juga kerana diriku diingati untuk mereka berkongsi rezeki denganku. Terima kasih ALLAH.

Minggu lepas waktu tak sihat dan MC, ada missed call yang aku lihat di HP. Panggilan tu dapatnya petang. Tapi dah malam baru aku sedar sebab sejak petang aku tak mengulit HP. Bila lihat nombornya terasa perlu untuk aku hubungi semula. Kerana pakcikku itu hanya sesekali saja menghubungiku. Jadi bila dia menghubungi tentulah ada yang perlu.  Rupanya dia menghubungi untuk memastikan nombor itu nombor siapa. Elok dah berbasa basi bertanya khabar pakcikku bertanya. Eh.. lama dah tak nampak awak di FB? Selalu tu bukan main popular di FB.. (He..he.. popular maksudnya di situ ialah selalu saja ada statusku di FB nun sebelum-sebelum ni. Bukanlah aku yang popular tu. Tapi sekarang dah senyap sunyi hu..hu..). Hari tu pun ada teman di grup WA menegur. Weiii.. nape kau senyap aje sekarang? Aku cakap takde apa. Aku tutup data. Wifi pun malas nak on. 

Entahlah.. Adakalanya kata-kata orang buatkan kita jadi terfikir sendiri. Adakalanya kita sendiri pun tak sedar apa yang kita buat tu betul ke salah. Jadi aku pilih untuk ikut kata hati. Alhamdulillah.. Hampir dua minggu aku off data rasanya takde pun aku tertinggal banyak cerita. Kiranya kalau aku tak bermanja dengan telefon sepanjang masa pun aku masih tidak kerugian dan ketinggalan apa-apa. Malah masaku jadi lebih banyak dapat diisi dengan perkara-perkara lain yang selalu rasa tak sempat nak buat sebab tak cukup masa.  Tak cukup masa tu pun sebab aku sendiri yang selalu gagal uruskan masaku. Aku juga mungkin jenis yang kalau layan WA dan FB selalu jadi khayal. Bila dapat kurangkan sikit tabiat melayan WA dan FB tu, masaku jadi lebih santai. (Kiranya hal itu adalah masalah aku. Bukanlah masalah sejagat!). Alhamdulillah.. bila dah senyap, masih ada juga yang ingat dan sedar tentang ketiadaan kita. Rasa bersyukur juga bila diri diingati. 

Minggu lepas waktu tengok-tengok FB terpandangkan status teman arwah adikku yang ditag nama arwah adikku. Dia mengenang tarikh ulangtahun dia dan adikku kembali bertemu di FB. Katanya..  kini bila teringatkan arwah adikku dia akan kirimkan Al-Fatihah untuk arwah. Sebaknya dada waktu membaca status itu. Aku tak kenal sahabat arwah adikku itu. Entah teman sekolah, teman belajar atau teman sekerjanya. Tapi nampaknya seperti dia begitu baik dengan arwah adikku. (Status FBnya mengambarkan hubungan itu padaku). Bila sehingga ke hari ini setelah hampir 2 tahun arwah pergi dan dia masih mengingati arwah adikku, aku rasa cukup bersyukur dan berbesar hati. Terima kasih ya dik atas doa dan ingatanmu. Beruntungnya arwah mempunyai teman sepertinya. Aku sendiri tak pasti bila aku tiada nanti entah ada atau tidak sahabatku yang akan mengingatiku sebegitu. 

Teringat lagi, waktu adikku koma di hospital ada seorang wanita yang tidak aku kenali juga ada datang melawat disamping ramai tetamu-tetamu lain yang datang menziarah. Bila kami bersalaman aku bertanyakan siapa dirinya. Katanya dia kenal dengan arwah adikku dah lama. Rasanya dia adalah saudara, teman atau jiran arwah suami arwah adikku dulu. Katanya, arwah adikku seorang yang sangat-sangat baik. Bila dapat berita tentang adikku, dia rasa sangat perlu untuk datang melawat. Berkali-kali dia mengulang sebut betapa baiknya arwah adikku. ALLAH.. Sebaknya rasa hati bila sebegitu sekali dia mengingati adikku. Kalau ditanya kepada adikku ketika itupun, aku yakin  tentu adikku sendiri tak tahu apa yang baik sangat tentang dirinya. Kalau adikku sedar ketika itu, tentunya dia sendiri tak akan menyangka yang wanita itu akan datang melawatnya. ALLAH.. aku rasa wanita itu juga sangat baik. Kesudiannya untuk datang melawat sangat aku hargai. 

Malam tadi, terbaca pula status FB adik sepupuku. Katanya dia rasa cukup sebak bila melihat emak dan anak-anak arwah sedekahkan bacaan Surah Yaasin untuk arwah mummy mereka. Katanya, beruntung sangat arwah adikku kerana anak-anaknya selalu mengingatinya. Sejak seminggu ini, dia tinggal bersama emak di rumah arwah adikku kerana dia dapat menjalankan latihan industri  di sebuah syarikat di area Serdang. Malam tadi kan malam jumaat. Seperti biasa di malam jumaat memang di rumah arwah adikku dan di rumahku sendiri kami akan membaca yaasin bersama-sama. Sepupuku rasa cukup sebak melihatnya. Sepupuku sendiri sudah kehilangan emak enam tahun yang lepas. Jadi tentunya dia tahu yang seorang ibu itu pastinya akan sentiasa berada di dalam hati anak-anaknya. Bila ingatan di selitkan sekali dengan sedekah ayat-ayat suci tentulah ianya menjadi lebih bermakna lagi.

ALLAH.. indahnya bila diri diingati. Entah apa kebaikan kita yang dapat membuatkan kita boleh berada di hati orang lain. Yang pastinya, semua yang berlaku pastinya berlaku dengan izin dari  ALLAH. SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR.. Terima kasih ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...