Tuesday, June 29, 2010

Belajarlah besopan...

Kalau orang bertanya dengan baik, cubalah menjawab dengan baik juga...
itulah pesan mak, ayah, tok, nenek, makcik, pakcik, cikgu2 dan org2 yg pernah mengajar kita ttg kesopanan dalam berbicara...
susah sangat ke hendak membalas kebaikan org yang bertanya... payah sangat ke hendak bersantun hanya dengan berbahasa...
kadang-kadang rasa sakit hati benar dengan orang-orang yang sebegini...
Kalau orang itu bukannya sesiapa, layanan yang diterima cukup sambil lewa, kasar dan langsung tidak beretika... cubalah kalau orang yang berurusan dengannya itu orang yang ada2, orang yang pangkat2, orang yang lebih segalanya darinya... tentulah akan lembut giginya dari lidahnya sendiri...
Tak faham betul dengan orang yang sebegini...hormat dan santunnya hanya bertempat..
Bukankan semua orang itu sama saja statusnya... Tak kira tinggi mahupun rendah tetap juga dia itu hamba ALLAH...
Maka, wajarkah memilih orang untuk kita bersantun dan berbahasa...

Kalau tak tahu, bertanyalah... kalau tak bersopan, cubalah belajar untuk bersopan...

Saturday, June 26, 2010

Fav. color

hmmm... what is my fav colour???
Sebenarnya I memang takde warna kegemaran...kesian kan.
Maka sebab itulah I pilih colourfull colour for my background blog...he..he.
Sebetulnya I memang jeles dgn orang yang mempunyai fav. colour ni. Contohnya mcm red mummy...jelesnya i....Eh, baca betul2 tau. I bukan jeles dgn dia. I minat sangat dengan dia. Turut berbangga tgk anak melayu mcm dia cukup berjaya dengan blognya yang bagi I tersangatlah menarik. I cuma jeles sebab dia ada warna kegemaran. Ada kegilaan pada specific colour...
Kalau ada org datang and tanya what is my fav. colour, tentunya I akan pause untuk sesaat dua. Then bila org yg tanya tu cakap, Ala sebutlah apa-apa warna pun....then automatically I akan sebut biru...
Ha...ada pun fav colour.... Eh, bukan... itu bukannya warna fav I pun. Warna biru tu my hubby's fav colour... I cuma ikut dia ajer... Sampai skrg pun I tetap takde fav colour ni... bagi I semua warna cantik... sebab itulah tak tahu nak pilih...
Hmm... apa-apa ajelahkan...

Well, what is ur fav colour pulak yer?? wanna share...

Tak mahu tua sebelum waktunya...

Masuk hari ini sudah hampir dua bulan aku paksa diri ini untuk berjalan di trek taman mainan di kawasan perumahan... 10 rounds @ 20 Minutes @ 2/3 time per weeks...
Alhamdullillah.... rasa segar sikit badan ni selepas seharian menghabiskan masa duduk membuat kerja di pejabat... Walaupun duduk dengan penuh keselesaan setiap hari namun tetap terasa juga penatnya....
Orang jogging dia berjalan....he..he... terdengar juga bisikan-bisikan yang mematahkan semangat ketika di awal2 semangat mula hendak naik...
Budak2 muda belasan tahun yang melepak menunggu giliran menggunakan padang untuk bermain bola sepak di padang itu mula bergosip sesama sendiri...Cukup sinis pada pendengaranku.... Jiran2 setaman yang menyenggih melihat aku berjalan juga membuatkan perasaan malu untuk terus berjalan bertambah kuat dalam diri.
Tapi itu semua tidak aku hiraukan.... yang penting aku mahukan tubuh aku sihat.
Teks yang pernah aku baca di Yahoo Site mengenai berjalan boleh menghilangkan 10 jenis penyakit membuatkan azamku untuk meneruskan 'perjalanan' ini tetap aku teruskan
dengan hati yang membuak-buak mahu sihat.
Arwah ayah yang meninggal dunia akibat serangan jantung kali pertama pada usia sebelum 50 tahun membuatkan rasa takut andai aku juga mendapat serangan yang sama membuatkan azamku terus memunjak lagi...
Ditambah pula aku jenis yang suka makan @ kurang berdiet maka risikonya tentulah tinggi buatku... maka dengan itu aku harus bersiap sedia dari sekarang untuk mengelakkan serangan itu dari menyerangku...
Mati itu pasti tapi aku tidak mahu mati kerana aku tidak menjaga kesihatanku...
Di usia 30 an ini aku tidak mahu tua sebelum waktunya...

Jom kita sama2 berjalan untuk kesihatan...

Friday, June 25, 2010

Sesekali ku rasa teringin...

Semuanya bertitik tolak dari minat membaca blog2 orang. Maka timbul pula minat untuk berkongsi kisah sendiri. Mana tahu ada yang berminat untuk membacanya pula....
Bila baca cerita orang semua yang simple nampak menarik... Jadi tak salah rasanya untuk berkongsi kehidupanku untuk tatapan/bacaan semua pula...
Manalah tahu andai ada yang merasakan menarik pula...
Tak cuba tak tahu...Iye tak...


Hmm...memang teringin.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...