Thursday, July 6, 2017

Percutian ke Eropah 2017 (London - Amsterdam - Brussels - Titisee Germany - Titlis Swiss - Paris)

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirrahim.

ALLAH.. terasa kekok untuk kembali menulis selepas  berbulan tidak menulis di sini. Tapi demi secebis kenangan untuk dikenang, aku gagahkan juga jari-jemari. Tolak semua kemalasan ke tepi untuk kembali manfaatkan blog yang aku ada ini untuk berkongsi sedikit kenangan dan pengalaman dengan yang lain.. in shaa ALLAH.

Alhamdulillah.. percutian aku bersama en.asben ke 6 negara eropah telah berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah.. Segalanya dipermudahkan untuk kami. Alhamdulillah.. Rasa cukup seronok dan berbaloi. Terasa bagaikan mimpi. Segala puji bagi ALLAH. Segalanya cukup indah buat kami. Cukup menakjubkan setiap muka bumi ALLAH. Syukur Ya ALLAH. Atas izinNYA jua, sebuah mimpi menjadi kenyataan. Satu impian menjadi realiti. Dengan restu emak, emak dan ayah juga anak-anak serta bantuan dari ahli keluarga yang lain untuk membantu dalam urusan anak-anak yang ditinggalkan. Juga dengan sokongan dari ketua dan teman sepejabat yang memudahkan permohonan cutiku dan en.asben diluluskan, segalanya menjadi rezeki untuk kami. Syukur! 

Sebenarnya aku tak pernah berangan-angan pun untuk ke negara eropah. Satu hari dalam awal tahun ini aku terbaca perkongsian seseorang di blognya tentang percutian kali kedua mereka sekeluarga ke London. Bukan pertama kali aku terbaca tentang percutian orang lain ke London. Tapi tak tahu kenapa perkongsian yang aku baca saat itu membuatkan aku ada rasa mahu ke London. Tak bertangguh, aku hantar mesej kepada en.asben.

London, jom.. Ajakku.

Jom. Balas En. Asben.

Aku pun tak pasti, waktu aku ajak tu, aku main-main atau aku serius. Tapi aku terus mengambil serius jawapan dari en.asben itu ha..ha.. Mengambil peluang betul, kan? Bila en.asben cakap jom aje, aku pun mula plan nak ke London. Bila dah plan, mulalah nampak macam-macam he..he.. Dari nak ke London aje mula melarat nak ke Paris terus. Setiap kali tu en.asben akan cakap ok saja. Mula-mula aku ingat nak travel sendiri tanpa travel agent. Tapi en.asben tak setuju. En. asben kalau nak pergi bercuti dia tak mahu stress. Tak mahu pening-pening nak kena fikir itu ini. Dia nak percutian yang tak memenatkan otak. Dia nak percutian yang dia boleh santai-santai. Bila dah macam tu aku pun mula cari travel agent. Check sana, check sini. Bila dah nak pakai travel agent mulalah bertambah pulak negara yang ingin dilawati. Dah alang-alang kata orang. Dari London, kemudian Paris, bertambah pula nak ke Amsterdam dan ke Brussel sekali. Entah kenapa waktu tu terasa macam Amsterdam tu wajib pergi sebab aku nak sangat ke Keukenhof (Taman Tulip terbesar dunia). Nak sangat tengok kincir angin dan nak sangat tengok kasut Belanda. Itu yang bila cari agen soalan pertama yang aku tanya ialah, Keukenhof termasuk dalam jadual lawatan tak? He..he.. waktu tu dah rasa macam kalau tak ke London pun takpe asalkan dapat sampai ke Amsterdam. Nama trip pun terus bertukar jadi Trip Kofkofkof ha..ha.. En.asben malas nak ambil tahu nama betul Keukenhof tu. Dia panggil Kofkofkof aje.. Aduhai!

Belum pergi lagi dah ada drama. Bulan Januari lagi aku dah confirm nak pergi. Memang cadang nak pergi dalam bulan May. Mengambil peluang sementara Han belum sambung belajar ke mana-mana. Jadi dapatlah Han tolong tengok-tengokkan adik-adik dia sementara aku dan en.asben pergi. (Alhamdulillah.. Sekarang ni Han dah dapat sambung ambil asasi di UiTM). Awal Februari aku dan confirmkan trip dengan satu travel agent yang agak popular di FB. Pertengahan Februari minta dia emailkan butiran untuk aku bayar deposit semua. Dia kata okey. Tunggu dia siapkan quotation. Okeylah, aku tunggu. Sampai awal bulan march senyap lagi. Aku dah rasa tak sedap hati sebab nak buat permohonan cuti dan permohonan kelulusan ke luar negara lagi. Bila aku whatsapp tanya boleh pulak dia kata pakej tu dah full. ALLAH.. rasa berpinar juga mata hu..hu.. Iyalah.. kita dah berharap kan. Dia minta maaf sebab tertinggal nama aku dengan alasan dia sibuk. ALLAH.. memang rasa sedih sangat masa tu. Nak marah pun rasa tak guna juga. Jadi aku terus doakan yang baik-baik aje. Aku ucap terima kasih atas servisnya dan doakan semoga dia diberkati ALLAH. Dia minta maaf lagi dan kata akan inform kalau ada trip seterusnya di hujung tahun. (Hmmm.. Aku bukan nak pergi hujung tahun!!!). 

Aku balas, takpelah. Mungkin ada hikmah yang lebih baik. Pengajaran yang baik juga. Malas nak gaduh. Aku balas baik-baik aje. Kalau dia terasa sinis, harap-harap dia tak buat perkara yang sama kepada orang lain. Serius rasa macam teraniaya. Masa dah suntuk. Cari travel agen lain kebanyakannya memang dah penuh. Harga pun semuanya lebih mahal. Nak pergi hujung tahun akan terlepas untuk ke Keukenhof hu..hu.. aku taknaklah. Untuk makluman, Taman Tulips Keukenhof hanya dibuka dari bulan Mac hingga bulan Mei sahaja setiap tahun. Masa ni dah rasa give up pun ada. Tapi en.asben terus cool. Beri semangat kata In shaa ALLAH, ada yang lain dan yang lebih baik untuk kami. Dalam mencari tu aku terjumpa Al-Ilmi Travel. Alhamdulillah.. kita doa yang baik-baik, dengan izin ALLAH dapat yang baik-baik juga. Kami pergi dengan Al-Ilmi Travel. Harga boleh tahan (masih dalam bajet). Daripada perancangan awal nak pergi 4 bandar/negara dapat pergi 6 bandar/negara (London - Amsterdam - Brussel - Titisee Germany - Swiss  Alps - Paris). Daripada tak termimpi nak ke London, direzekikan dapat ke 6 negara Eropah. Alhamdulillah.. Rezeki. Syukur.  Bila ingat balik memang terasa macam mimpi. Maka nikmat ALLAH yang mana hendak kamu dustakan??? ALLAHUAKBAR.

Day 1


Alhamdulillah.. Happy faces.
Aku jenis yang tidur awal. Bila flight tengah malam, pening juga kepala sementara nak tunggu tu. Nak tidur dahlah tak boleh. Excited agaknya. Dah mula rindukan anak-anak pun iya juga. Mujur dalam flight boleh cover tidur he..he.. 

Macam mimpi bila tengok tiket tu.. Hahaha.. drama sangatkan.. 
Itu baru tengok tiket. 

KL - Istanbul. Istanbul - London.
Ditakdirkan sehari sebelum bertolak, muka aku naik rashes. Habis satu muka. Sebelum tu aku beli trial pack satu produk ni. Konon senang nak bawa travel. Beli produk yang selalu pakai juga.  Sekali bila pakai kena alahan pulak. Jadinya  ke europe hari tu dengan naked face ajelah. Sapu krim rashes dari klinik aje.  Hahaha.. #sampaijugaeurope

Kami bertolak pada 4 Mei 2017. Di Eropah sedang musim bunga. Flight pukul 11.45 malam. Kami terbang menaiki Turkish Air. Perjalanan selama 10 jam setengah ke Istanbul. Transit 2 jam di Istanbul. Sebelum ni waktu menunaikan umrah dan ziarah ke Istanbul memang naik Turkish Air. Lama dalam flight pun dah pernah rasa. Makan minum semua okey. Alhamdulillah.. semuanya okey saja buat kami. Nak ke London, pemeriksaan keselamatan agak ketat. Katanya untuk ke London dengan menaiki penerbangan dari Negara Timur Tengah memang kawalannya lebih ketat. Habis segala hand luggage diselongkar. Laptop, powerbank semua diperiksa. Powerbank ada saiz tertentu sahaja yang boleh bawa naik flight. Kalau yang besar saiznya memang dekat situ juga dia buang dalam tong sampah. Alhamdulillah.. powerbank kami lepas. 

Day 2

Perjalanan dari Istanbul  ke London selama 3 jam setengah. Kami tiba di London dalam pukul 9 setengah pagi. Di Heathrow laju juga pemeriksaan di Kastam. Mungkin sebab kami dalam kumpulan. Bila diberitahu kumpulan dari Malaysia terus tiada soalan yang ditanya. Syukur. London sejuk pada waktu tu. Mujur aku dan en. asben memang dah siap-siap pakai jaket dari Malaysia. Selepas pemeriksaan kastam, collect luggage semua kami menaiki bas eropah yang besar. Kumpulan kami pula tidak ramai. Hanya 24 peserta sahaja termasuk 2 orang Tour Leader. Jadi memang mewah tempat duduklah. Semua orang dapat 2 seat sendiri. Aku dan en. asben memilih tempat duduk paling belakang. Jadi kami dapat tempat duduk yang lebih dari orang lain he..he.. Tour Leader kami yang ohsem dari Al-Ilmi travel ialah En. Atiq dan ayahnya En. Suzaily.


 Alhamdulillah.. London Eye.
Tempat pertama yang kami kunjungi di London.
Kami Lunch kat sini makan fish and chips dan chicken Wing halal.

Sejuk kat sini.. View cantik. Nampak Big Ben di belakang tu.
Alhamdulillah.. aku suka sangat dengan suasana kat sini. Nyaman!

Posing dengan signboard aje.
Tak naik pun London Eye ni. Sebab pernah naik Eye of Malaysia, tak rasa pulak nak naik yang ini walaupun viewnya pastinya lain. 

Alhamdulillah.. Aku dan En. Asben sama-sama seronok. Syukur. 

Tengah jalan-jalan kat kawasan tu tiba-tiba ternampak Abam Tony Stark aka Iron Man. Walaupun aku tahu bukan Tony Stark yang betul tapi sebab mukanya ada iras aku teruja juga nak bergambar. Well.. bila lagi kan?? he..he.. 
Aku terpaksa berdiri jauh sebab takut kena peluk dengan dia. 

En. Asben with Mr. Stark.

Kat dalam bangunan tu jumpa Angelina Jolie. Walaupun cuma patung aku teruja juga. So bergambarlah kita.. 
Awak.. seksilah bibir awak! 
Iya.. aku tahu. Dua kaki dia satu kaki aku hehehe.. 


Solat jamak Zohor dan Asar berlantaikan rumput dan berbumbungkan langit.

Alhamdulillah.. rombongan kami dapat bersolat di taman sekitar London Eye. Syukur. Pengalaman baru buat kami. 

Sekitar kawasan London Eye. 
Ramai pelancong dan orang tempatan duduk lepak-lepak kat situ.


Lepas solat kami dibawa ke Bukhingham Palace. Untuk bergambar dan melihat pengawalnya. Gambar kat sini banyak kat HP En. Asben. HP aku bateri dah low waktu ni. Aku malas nak keluarkan dah. 


Di hadapan Buckingham Palace. 
Waktu tu ada bendera England berkibar di atas menaranya. Katanya kalau ada bendera berkibar itu maknanya waktu tu Queen ada di dalam istana tu. Puas juga melambai tapi Queen tak keluar he..he.. Kat Europe walaupun sejuk, mataharinya sangat memancar. Itu yang bila bergambar muka semua jadi gitu. Mata jadi silau. (Hahaha.. sibuk perempuan sepet ni nak bagi penjelasan kan??)

Pelancong di London chuallss he..he.. 

Ramai orang kat kawasan Buckingham Palace..

Selepas ke Buckingham Palace, kami di bawa ke Oxford street. Kat sini kami diberikan masa untuk bershopping dalam 2 jam setengah. Dapatlah kami membeli buah tangan dari London untuk ahli keluarga dan kawan-kawan. Kami sempat masuk ke Primark. Ramai betul orang di dalamnya. Habis shopping badan rasa lesu. Sejuk pun dah sampai ke tulang. Mata memang mengantuk sangat sebab waktu tu di Malaysia dah pukul 12 lebih tengah malam. Haha.. semuanya masih jetlag. Dalam bas waktu perjalanan ke hotel, rasanya ramai yang tertidur termasuklah aku. Maka terlepaslah nak tengok beberapa tempat menarik yang dilalui sepanjang perjalanan tu. (Takpelah. Ada alasan untuk repeat London he..he..).

 Area Oxford Street.

Sampai hotel, selepas diberikan kunci bilik hotel kami dibekalkan dengan sebekas nasi dan lauk setiap seorang. Alhamdulillah.. kami memang dapat makan nasi setiap hari waktu di Eropah. Yeaaay! Masakannya sedap pulak tu. Jadi takdelah kerinduan pada nasi di Malaysia. Syukur.. Alhamdulillah. Sebelum naik ke bilik pada hari itu dan hari-hari seterusnya dimaklumkan siap-siap oleh En. Atiq (Al-Ilmi Travel) tentang arah kiblat dan diberikan jadual waktu solat. Bab ini memang terbaiklah Al-Ilmi Travel. Aku memang puji sangat. Juga dimaklumkan terus jadual untuk esok. Bila dah ada jadual semuanya jadi tersusun dengan baik sehinggakan sepanjang trip ini kumpulan kami tidak langsung mengalami sebarang kelewatan. Bagus betul semua ahli dalam kumpulan ni. Tahniah buat semua yang begitu menjaga masa dengan baik!

Bilik hotel selesa. Sangat selesa bagi aku. Hotel 3-4 bintang. Memang lenalah tidur kami atas tilam empuk gebu gebas. Ada yang kata kalau ke luar negara pada musim sejuk jangan mandi setiap hari. Takut nanti kulit kering. Tapi aku tak boleh kalau tak mandi. Rasa belengas aje badan walaupun tak berpeluh. Jadi aku dengan en.asben memang mandi setiap hari. Bukan mandi yang sikit-sikit tapi mandi macam biasa. (Kebetulan pula aku memang dapat sabun pelembap untuk muka kena rashes tu. Jadi sabun tu buat sabun badan sekali). Selebihnya aku memang sapukan veselin pada kulit. Jadi kulit yang kering jadi lembab semula. Alhamdulillah. Sepanjang di Eropah aku dan en.asben tak kena gatal-gatal kulit. (Waktu ke Perth dulu aku kena sebab kulit kering).

Day 3


Inilah hotel kami waktu di London.  

 Pagi tu kami di bawa melawat Tower Bridge. 
Dapatlah juga melihat bandar London sepanjang jalan tu. 

Alhamdulillah.. Happy faces. Syukur ya ALLAH. 

 Istana lama kat tepi kawasan Tower Bridge.
Aku suka tengok istana lama-lama ni.

London bukanlah nama yang asing bagi semua orang. 
ALLAH.. ALLAH.. dengan izin ALLAH aku dah En.Asben dapat sampai juga.

Teringat lagi perkongsian En. Atiq dalam tazkirah paginya. Selalunya,  bila orang dapat ke Tanah Suci, orang kata dapat menjadi tetamu ALLAH. Sebenarnya dapat berada atau sampai di mana-mana tempat pun dalam dunia ni adalah tetamu ALLAH juga. Semua tempat adalah milikNYA. Dengan izinNYA juga dapat kita sampai ke satu-satu tempat itu. Terima kasih ALLAH kerana menjemput kami untuk menjadi tetamuMU untuk melihat keindahan dunia milikMU. Syukur ALHAMDULILLAH. Selepas melawat Tower Bridge kami akan bertolak ke Port Dover untuk merentas Selat Inggeris menaiki Feri ke Port Calais di France. Perjalanan agak panjang juga untuk ke Port Dover dari London. Feri kami jadualnya pukul 3 petang. Dalam perjalanan tu, Al-Ilmi membawa kami singgah di Ashford Factory Outlet. Sebenarnya tempat ini tiada dalam jadual lawatan. Tapi bila dengar nak ke sini semua orang nampak teruja.

Ashford Factory Outlet
 
Laju aje Cik Kak ni berjalan kat dalam tu nak menghabiskan duit GBP yang tinggal he..he.. Alhamdulillah.. kami diberikan masa 3 jam di sini. Lepas shopping terus lunch sekali di sini.

Cik Kak dan hasil borongan di Ashford.
Memang takde hajat pun nak shoping-shopping waktu di Europe.
Sebab factory outlet tak termasuk dalam jadual Al-Ilmi travel. Tapi bila dah dibawa ke tempat tersebut, jawabnya tershopping tanpa sengajalah he..he..

Sebelum ke Europe emak aku ada pesan. Long, kalau kau jumpa handbag besar warna merah nanti belikan. Aku tanya balik. Kirim belikan ke minta dibelikan?Sambil senyum-senyum emak cakap, kau belikanlah. Hahaha.. In shaa ALLAH.. boleh emak. Apa saja untukmu. Rezeki emak, aku jumpa handbag Clark besar warna merah kat Ashford. Harga pun mampu milik. Dah belikan untuk emak, belikan juga untuk diri sendiri satu. Hahaha.. Nak jugak! Tapi bukan warna merahlah. Untuk emak mertua dah belikan semalamnya waktu kat Oxford Street. En. asben kata, tulah tak sabar sangat nak beli semalam. Kat sini lagi banyak. Takpelah, yang semalam tu aku dah berkenan nak belikan untuk emak mertua. Lagipun tak tahu akan ke Ashford tu.  Tak pernah termimpi nak sampai London. Langsung tak termimpi dapat belikan handbag untuk emak-emak aku di London. ALLAH.. pastinya dengan doa emak-emak aku juga aku mendapatnya. Kalau aku ada banyak duit, rasa macam nak belikan setiap satu untuk semua orang yang aku sayang. Semoga ALLAH murahkan rezeki aku hendaknya.. In shaa ALLAH. 

 Lunch kami. 
Kalau korang ke Ashford boleh cari Spudulike ni. Yang ni halal.
Sedap gilerr kentang bakar ni. Dahlah besar gedabak. Isinya penuh melimpah. Isinya kami ambil prawn with mayonaise. Kenyang makan share 2 orang dengan en.asben. Nak menghabiskan syiling pound punya pasal.

Alhamdulillah.. kami dah sampai di Port Dover. 
Kat sini kena turun bas untuk cop passport. Lepas tu ada kastam naik atas bas untuk scan passport setiap orang. Beg pun diperiksa secara rawak. Mana beg yang kena tu, tuannya kenalah turun. Beg kami terpilih untuk diperiksa. Kemudian bas berbaris tunggu giliran untuk naik feri. Lepas bas dah masuk dalam feri kami pun naik ke atas dek feri. Kat atas tu ada kedai-kedai juga. Ada restoran. Kami lepak duduk-duduk kat restoran tu. Money changer pun ada. Sempatlah kami tukar duit Pound yang tak habis ke duit Euro kat atas tu.
Untuk makluman, tukar duit di Malaysia lebih menguntungkan.

Solat jamak Zohor dan Asar di atas Feri.

Selesai solat kami jalan-jalan kat bahagian atas feri.
Sejuk. Angin kuat. Jadi kering muka masing-masing.
Tapi best juga melepak kat atas tu merasa angin bayu Selat Inggeris.

Perjalanan melalui feri dari Port Dover ke  Port Calais mengambil masa dalam satu setengah jam. Sampai Port Calais bas terus bergerak ke Amsterdam. Memang perjalanan yang panjang buat kami. Tapi langsung tak berasa bosan kerana pemandangan sepanjang perjalanan sangat indah. Badan pun tak terasa letih sangat sebab dapat berehat dalam bas yang selesa sambil berzikir mengingati ALLAH. Kalau mengantuk, boleh pejamkan mata dan tidur. Kalau lapar, boleh makan kudap-kudapan yang dibawa sambil bertukar-tukar makanan dengan yang lain. Total perjalanan kami dengan bas dalam 6 negara eropah sepanjang trip eropah ini adalah sejauh 3600 km. 

Kincir angin gergasi. 
Masuk aje ke negara Holland memang dah nampak banyak kincir-kincir angin ni. Saiz dia memang super besar. Aku memang ternganga melihatnya. Kagum sangat. MasyaALLAH.

Bilik kami di Holland. Alhamdulillah.. selesa.
Masa ni beg belum beranak lagi he..he.. Atas meja tu pek nasi!

Makan malam kami. Nasi. Yeayyyy!  
Masya-ALLAH sedap sangat ayam masak  lemak dia. Pedas terangkat.
Sambal terung dia pun sedap. En.asben yang tak pernah makan terung pun makan. Katanya terung eropah lain. Ha..ha.. Iyalah tu. Aku rasa sama aje.


Day 4

Jalan-jalan kat tepi hotel lepas sarapan. Croissant dia sedap!
Muka ada happy sebab dapat buat video call dengan anak-anak dan emak di rumah. Beria mama tunjukkan giant chess tu kat anak-anak. Bilik kami kat belakang chess tu. 

Hotel kami di Netherlands. Novotel Breda. 

Pagi itu jadual lawatan kami ialah ke Zaanse Schans. Oh.. belum sampai lagi aku dah teruja. Kat Amsterdam ni tempat-tempat tarikan pelancong semuanya dekat-dekat. Bagus juga tu. Semalam dah melalui perjalanan yang panjang. Hari ni kita rileks-rileks sikit. Bas bergerak sekejap dah sampai.

Pemandangan pertama waktu sampai di Zaanse Schans. Nak Nangis rasa.
Tour guide kata, kalau musim sejuk sungai tu beku. Ada dia tunjukkan gambar dia berdiri atas sungai tu. 


Tengok bayang dalam air tu.  
Belum masuk dah nganga-nganga ha...ha.. semuanya nampak indah.
ALLAH.

Alhamdulillah.. Muka happy lagi.
En. Asben pun setuju dengan aku yang tempat ni cantik sangat. 
Rasa damai dan tenang aje kat sini. Walaupun orang ramai.
Sampai hari ni aku dan en.asben masih terkenang-kenang.

Terasa macam nak bergambar kat setiap sudut. 
Memang sawan gambar dibuatnya he..he..

Bila nampak kincir angin tu jantung rasa dup dap dup dap ha..ha..
Macam love at the first sight gitu. Over kan??? Tapi iyalah selalu tengok dalam gambar aje. Bila dapat tengok dengan mata kepala sendiri, terujanya memang lain macam. Alhamdulillah.. syukur Ya ALLAH.

Tak sawan tengok view yang macam ni? Dengan sejuknya.
Tentu itik tu seronok dapat duduk dalam sungai yang bersih dan cantik tu. 

Aku punya teruja waktu ni rasanya 200% kut.  
Tak tahu macam mana nak cakap betapa aku sukakan tempat ni.
Terus berazam nak kumpul duit lagi. Biar dapat melawat tempat-tempat indah kurniaan ALLAH di seluruh dunia. Rasa berbaloi sangat dengan duit yang dibelanjakan untuk percutian ini. Walaupun kena keluarkan duit yang agak banyak (untuk aku yang  bergaji kecik ni) tapi tak rasa rugi langsung.

Masya-ALLAH. Semua tempat nampak cantik di mataku. 

Lalang pun cantik. 

 Ku lihat hijau! Terus rasa macam nak cat rumah kaler hijau juga he..he..

Damai yang indah. ALLAH.

  Background yang indah.

Subhanallah.. Menghayati kedamaian dan keindahan.

Kat sini ada juga kincir-kicir angin yang digunakan untuk mengisar.
kami sempat masuk ke tempat mengisar kacang untuk di buat minyak kacang. 

Hasil kisaran kincir angin. 
Kat situ juga ada disediakan tayangan video untuk kita lihat proses mengisar tu agar lebih faham. Tiket masuk kalau tak silap  aku 3 Euro ke 5 Euro. 
ALLAH..  aku lupa. 

Kacang yang sedang di kisar menggunakan kincir angin.  
Seronok juga melihat prosesnya.

Nak naik tengok proses di tingkat atas pula.
Alang-alang dah bayar tiket masuk, kan? Kita ronda ajelah buat lawatan.

View dari atas tempat kisar minyak kacang. 
Amsterdam ialah bandar di bawah paras laut. 
Jadi laut dan daratan nampak serata aje. SUBHANALLAH.


Rasa macam nak beli tanah kat sini buat rumah.
Hehe.. berangan sangat kan. Beli tanah kat Malaysia pun tak mampu.

Lagi view yang indah.

Dalam kincir angin tu.


Lawatan selesai. Gambar dengan kincir angin satu!

I seronok. You seronok. Kita happy.
Alhamdulillah.. Thank you ALLAH.

Tempat buat cheese rasanya. Orang beratur panjang. Jadi kami tak masuk.

Alhamdulillah.. aku sempat mengayuh basikal kat sini. Basikalnya besar dan nampak lama macam basikal tua atok-atok. Tapi sangat best mengayuhnya. Rasa ringan sebab sistem gearnya. Pengalaman yang indah dapat mengayuh basikal dengan suasana yang damai dan cuaca yang nyaman. Terima kasih 
Atiq (Al-Ilmi Travel) sebab bagi peluang pada kami naik basikal di sini.

Atiq kata wajib try hot chocolate kat sini. Jadi kami pun try.
Memang sedap! Minum panas-panas dalam cuaca yang sejuk. 2 Euro harganya. Kena bancuh sendiri. Dah siap bancuh baru bayar.
Hot chocolate + Cold Weather = Awesome

Perempuan yang tak boleh move on dengan kincir angin Holland he..he..
Maafkanlah dia ya! 

Hot chocolate everyone!
View cantik kan. 

Di hadapan rumah yang akan dibeli dalam mimpi he..he..

Pintu rumah kami.. errr.. dalam mimpi jugak he..he..

Sayang, pose cantik sikit kat depan bakal rumah kita hahaha..

Jom.. kita tengok rumah jiran-jiran kita pula. 
Aduhai.. titi tu kenapa comel sangat ni.

Maid, I dah balik. Buka pintu please.
Bukan main kan. Ada maid kat Amsterdam haha.. Mak Hencek sangat!

Ini kat area pintu masuk Zaanse Schans..
Waktu masuk sumpah aku tak perasan tempat ni sebab mata sibukkan si kincir angin. Dah nak balik baru perasan dan hegeh-hegeh nak bergambar kat sini. 

Dengan kasut Holland.
Muka dah habis happy dah tu. Syukur Ya ALLAH.
Alhamdulillah.. ada rezeki dapat bergambar di sini.
Selalu tengok gambar orang pergi Netherland mesti ada gambar ni.
Nasib dapat jugak.

Nice, kan?

Ok.. dah nak balik dah. Bye Zaanse Schans.
Ada rezeki, in shaa ALLAH kami datang lagi.
Kalau tak, kenangan di sini akan terus melekat di hati. Terima kasih ALLAH.

Selepas melawat ke Zaanse Schans kami ke Volendam pulak. Tak jauh pun. Dekat-dekat area situ juga. Volendem ni bandar nelayan. Yang tinggal di sini katanya orang kaya-kaya. Best juga melepak kat sini. Kawasan tepi laut. Kami lunch kat sini. Seafood platers.


 
Jom kita tengok rumah orang kaya Volendam.
Cantik, kan? Tengok langsir tu. Boleh buat sample untuk raya. Semua nampak seragam walaupun rumah lain-lain. Lepas tu kat setiap tingkap akan dihias dengan begitu cantik. Ada hiasan bunga, pasu dan tembikar. 
MasyaALLAH.. suka sangat tengok.

Kami beli makanan di stall ini.

 Kat sini ada kedai sewa pakaian Belanda untuk bergambar bagi yang berminat.
Kami tak berminat he..he.. Shopping souvenir lagi best.


 Ramai pelancong kat Volendam tu. 

Lepas dah kenyang makan, kami lepak kat tepi laut pulak. Berangin aje.
Cuaca sejuk tapi matahari tetap ada. Jadi silaunya cukup terasa.

Area kat belakang tu tempat kami makan dan shopping souvenir. 

Macam menarik pulak sidaian bajunya sebab jersi Holland tu. 
Aku beli beg tulis Volendam tu sebab isi beg dah mula bertambah he..he..
 Waktu beli dalam euro rasa macam murah. Bila convert RM70 juga. Taklah murah sebenarnya untuk beg macam tu kan. Dah selamat dah bagi beg tu kat makcik aku sebab dia berkenan. Bagi souvenir lain semua dia taknak. 
Oklah juga. Jadi souvernir dari Volendam untuk makcik aku.

Model tingkap Volendam.. Model beg Volendam pun boleh he..he..
Jatuh cinta tengok tingkap dan langsirnya. Juga hiasan tingkapnya.
Dengan hiasan pasu  dan bunga-bunga comel kat luar tu pun jatuh cinta juga.
ALLAH.. sedapnya mata memandang.  


Selepas ke Volendam kami dibawa ke kilang pembuatan cheese dan kasut belanda pula. Pun dekat juga jaraknya. Tak panas punggung duduk dalam bas dah sampai. Kat sini banyak kami makan tester cheese halal. Sedap bukan main. Macam-macam perasa ada. Tapi kami tak beli pun. Kenyang dah makan tester yang sedap tu he..he..

Kilang cheese dan terompah belanda. 

Khusyuk kami mendengar penerangan dari wanita belanda ini.
Penerangannya yang diselang seli dengan lawak membuatkan penerangan itu jadi menarik. Siap cakap, cheese tu pejal dan berat. Agak-agak kalau bergaduh dengan suami boleh buat baling pada kepala suami he..he..
Atas faktor menjaga kebersihan, kami cuma dapat  mendengar cara prosesnya saja. Tidak dapat melawat ke tempat pembuatannya. 

Selepas itu kami melihat cara pembuatan terompah belanda pula.
Menarik juga penerangannya. Terompah itu diperbuat dari pokok yang menyerap air. Jadi ianya lembut untuk ditebuk dan dibuat kasut. Selepas itu barulah dijemur untuk dikeringkan dan jadilah ia kasut terompah yang keras.

Bergambar kenangan dengan terompah Belanda dan ahli rombongan. 
Hai, Su. Ingat akak lagi?

Cheese yang berderet-deret. Geram tengok. Ada bermacam jenis.

Selepas tengok cheese dan kasut Belanda kami dibawa melawat ke Bandar Amsterdam. Kat sini kami naik cruise. Dapatlah melihat sekeliling bandar Amsterdam dari dalam cruise. Harga dalam 10 ke 15 Euro seorang. Dalam cruise ada diberikan penerangannya. Penerangannya menarik. Dapatlah tahu sejarah dan cerita-cerita tentang Bandar Amsterdam tu. Tapi sebab dekat sejam juga waktunya jadi agak bosan juga di akhirnya he..he..


Bangunan panjang warna coklat tu ialah Amsterdam Central Station.

Bandar Amsterdam yang aku ambil dari atas bas. 
Nampak padat kan bandarnya. 

Ramai orang melepak kat sini. Cuaca sejuk. Nak melepak pun rasa best.  

Amsterdam terkenal sebagai bandar basikal. 
Tengoklah tempat parking pasikal tu. Nampak macam lautan basikal kat situ.

Basikal dan Bandar Amsterdam. 

Pelancong dalam Amsterdam Canal Cruise. 

 Tak penuh pun.

Suka tengok bangunan di Amsterdam.
Kurus tinggi macam aku.. eh!! ha..ha.. macam model. 

Banyak boathouse juga di situ.  

Booking.com. 
Bila nak booking hotel, kalau tak guna Agoda mesti guna Booking.com

Selepas selesai menaiki cruise kami berjalan-jalan di bandar Amsterdam. Sempat juga aku masuk ke Primark Amsterdam cari souvenir untuk keluarga dan kawan-kawan. 

Dulu waktu kecik kalau tengok berita suka nak tunggu waktu hujung-hujung berita. Sebab seronok nak tahu berapa suhu bandar-bandar dunia. Waktu tu paling suka nak ikut menyebut nama Amsterdam. Padahal Amsterdam tu kat mana pun tak pernah nak ambil tahu he..he.. Dengan izin ALLAH  sampai juga aku ke Amsterdam. Syukur.. Alhamdulillah.

Waktu ni dah nak balik hotel dah. Dalam pukul 7 petang tapi masih cerah lagi kat sini sebab spring. Pukul 9 malam baru masuk waktu maghrib. Best aje nampak orang naik canoe kat sungai tu. Riadah petang-petang.

Bilik hotel kami di Amsterdam.

Bilik air pun cantik dan selesa.
Memang best semua hotel yang disediakan oleh pihak Al-Ilmi Travel untuk kami dalam trip ke Eropah ni. Cukup puas hati. Dalam trip eropah ni botol mineral kosong memang jadi peneman setiap kali masuk ke tandas. Tak kiralah tandas di luar mahupun tandas bilik hotel. Sebab semuanya takde hose. 


Day 5

Lepas breakfast kita bergambar lagi dengan kasut Holland kat lobi hotel.
Hotel ni best. Makanan halal pun lebih banyak pilihannya.
(Roti-roti, yogurt, cereal, telur)


Inilah hotel kami di Amsterdam. Dekat dengan Schipol Airport. 


Pagi tu destinasi lawatan kami ialah KEUKENHOF. Terasa macam nak buat bunyi gema bila sebut tu ha..ha.. Punyalah teruja. Petang sebelum tu Atiq dah siap-siap pesan suruh pakai baju paling cantik sebab nak pergi taman bunga cantik he..he.. Alhamdulillah.. pagi tu kami sangat bernasib baik. Bas kami ialah bas yang kedua sampai di Keukenhof. Dapat parking dekat sebab kawasan parking masih kosong lagi. Memang setiap hari dalam trip dengan Al-Ilmi ni kami akan keluar awal pagi. Waktu subuh kat sana dalam pukul 3, 4 pagi. Jadi kami memang dah sedia bangun awal. Pukul 6.30 pagi turun sarapan pagi. Pukul 7 bawa turun beg sebab setiap hari kami menginap di hotel yang berlainan sebab nak ke negara yang lain. Pukul 7.30 pagi selalunya kami dah mula bergerak. Itu yang dapat sampai awal di setiap tempat yang akan dilawati. 

Berjalan dengan penuh rasa tak sabar ke pintu masuk Keukenhof. 

Alhamdulillah.. ada rezeki dapat ke Kuekenhof. Taman Tulip terbesar dunia. 
Terima kasih ALLAH.

Kat luar lagi dah teruja nak ambil gambar tulip.
Bunga tulip tu macam bunga plastik aje nampak sebab bunganya keras.

 Alhamdulillah.. dah ada tiket masuk. Harga tiket 16 Euro.
Tengok tarikh tu. Taman Tulip Keukenhof ni hanya di buka dari 23 Mac hingga 21 May sahaja untuk tahun 2017. Setiap tahun memang dibuka dalam bulan Mac hingga May. Hanya pada musim bunga. Jadi kalau nak datang ke sini kena check tarikhnya dulu ya. Kalau terlepas, rugi.

Lautan bunga tulip dah sedia menunggu kami selepas pintu masuk. 
Pagi tu cuaca mendung. Sesekali hujan rintik-rintik halus. Sejuk sangat.

Masya-ALLAH.. Tulip yang cantik. 

 Subhanallah.. cantik sangat taman ni.
Rasa sangat-sangat bersyukur dapat ke sini. Terima kasih ALLAH.


Kawasannya luas. Terasa macam masuk ke dalam hutan yang sangat indah.
Masya-ALLAH.

 Serius rasa tamak kat sini. Macam nak ambil gambar dengan setiap tulip yang ada. Sebelum ke europe aku memang cari tudung untuk ke Keukenhof. Beria aku pilih warna. Gigih juga tengok gambar-gambar orang yang pernah ke Keukenhof sebab nak pastikan warna tudung dan warna jaket sesuai haha.. Sebab aku nak warna tudung dan baju match dengan tempat yang indah ini. 
Poyo kan? Tapi hasilnya sangat memuaskan hati aku.

Alhamdulillah.. rezeki  sampai awal. Kawasan taman masih lengang.
Macam taman tu kami yang punya. Nak bergambar pun takde termasuk gambar orang lain. Syukur Ya ALLAH. 

Tukang kebun kat Keukenhof offer nak ambilkan gambar kami.  
Kecik tapak tangan, senyuman kami tadahkan he..he..

Macam denai kan?
Cantik lanskap. Selain tulip ada juga pokok bunga lain yang ditanam di sini.

Aku, Keukenhof dan Tulip. Much love. 

 Keukenhof yang indah.. Masya ALLAH.

Anak itik Tok Wi he..he..

En. Asben pun teruja tengok bunga tulip kat sini. 
Waktu sampai Keukenhof barulah dia sebut nama tu dengan betul.
Kalau tak dia sebut Kofkofkof aje ha..ha.. Saja tak nak sebut betul-betul. 

 Masih lengang. ALLAH.. syukur.

 Orang tamak gitulah.. Semua tempat nak ada muka dia ha..ha..

 Lautan tulip. 
Rasa macam nak baring atas bunga tulip tu. Geram sangat.

Lanskap yang menarik. Warna-warni yang indah. 
Dia yang aku sayang... eh..  hahaha..

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. 
Tudung peach dan Tulip pink..

Kasut kuning, tulip kuning. 

 Pelbagai jenis tulip. Pelbagai warna. 
Hati terpikat dengan si dia.

Terima kasih En.Asben. Tercapai cita-cita I nak ke Keukenhof.
Semoga rezeki you terus murah dan berkat hendaknya.. In shaa ALLAH. 

Terbaiklah Keukenhof ni.  

Bunga-bunga cinta.
Takdir Fitrah Terindah bila Dia Sayang Aku kerana dia Bukan Teman Pengganti.
Nak jugak masukkan tajuk novel sendiri he..he..

Pokok-pokok besar kat situ pun semuanya cantik. 

 Macam frame bunga-bunga tulip tu.

Rasa macam tak nak balik. 

 Tulip di mana-mana. 
Rasa beruntung sangat sebab gambar tak terganggu dengan orang lain. 
Terima kasih ALLAH. Peluang yang cukup indah.
Jauh-jauh datang, dapat rezeki yang cukup baik ini. ALLAH.

Kita bergambar puas-puas sebelum orang lain sampai.

Konon-konon macam sakura kat Jepun he..he..
Apa??? Tahun depan kita ke Jepun pulak.. haha.. #berangantakkenabayar

Orang dah mula ramai.. tengok kat belakang tu.

Alhamdulillah.. Hadiah anniversary yang paling indah.
Tahun ni dah 19 tahun kami bersama. Semoga ALLAH rezekikan kami agar dapat bersama hingga ke Jannah.. In shaa ALLAH. 

Kat dalam hutan pun cantik.

Melepas lelah di atas kayu sebab nampak macam cool aje tempat ni.

Kalaulah tempat ni kat belakang rumah.. 
Seronoknya boleh buat makan-makan kat sini.

Kat sini pun ada windmill besar juga. 

Menahan sejuk.. 
Nampak macam tak sejuk tapi sebenarnya sejuk sangat. 
Esoknya aku demam.

Kat sebelah sana tu ladang tulip. Saujana mata memandang.


Siap ada jeti kecil dan bot kat tali air ni.


Cozy sangat tempat ni. Best nak lepak.

Lepak kat sini pun best.

Kat sini pun best.

Kat sini ada cerita kelakar sikit.
Ada husband and wife dari China rakam video kat sini.
Siap pasang lagu. Lepas tu wife dia pusing-pusing kat situ dengan pegang payung sambil husband dia rakam video sambil pegang macam radio kecil.
Terasa macam zaman dulu-dulu. Sweet cara merekalah kan.



Rasa macam tak puas-puas nak bergambar dengan bunga tulip.

Alhamdulillah.. waktu kat sini ada rezeki nak buat video call dengan Han, dengan adik aku dan dengan kakak ipar. Rasa teruja sangat nak kongsikan keindahan tempat ni dengan orang-orang yang aku sayang. Call kawan aku juga sebab dengan dialah aku testing buat video call waktu kat ofis. Hahaha.. memang dah plan nak buat video call. Alhamdulillah ada rezeki wifi pulak kat Keukenhof tu. Menjadilah rancangan. Syukur. Call emak dan  emak mertua juga. Tapi dua-dua tak angkat. Takde rezeki nak tunjukkan betapa cantiknya tempat ni dekat emak-emak aku. Kat europe kami memang tak beli data. Mengharapkan wifi semata untuk hantar mesej, buat call dan video call. Alhamdulillah.. di kesemua hotel yang kami menginap ada wifi. Kat airport ada wifi. Kat tourist attraction dan dikebanyakan restoran pun ada wifi. Jadi takdelah terputus hubungan walaupun takde data. Syukur. Di Keukenhof kami diberikan masa selama 3 jam. Selepas itu kami terus bertolak ke Brussels, Belgium. 

Atomium di Brussels.
Di sini kami hanya turun sekejap dari bas untuk bergambar.

Gambar tanda dah sampai di Atomium. 
Itulah Atomium.


Kat sini tak dapat nak ambil gambar hanya dengan Atomium sebab orang ramai. Background gambar mesti ada orang juga he..he.. 


Dataran di Brussels.

Inilah yang popular di Brussel. 
Waffle Brussel.

Ada bermacam jenis dah harga. Tapi aku tak minat yang serabut.
Yang simple ni juga yang jadi pilihan hati. Sedap! 3 Euro harganya. 
Kenyang makan dua orang.

Bangunan lama di sekeliling dataran tu.
Menekin Pis aku tak pergi cari pun. Ha..ha.. rasa tak berminat pulak.

Suka tengok bangunan-bangunan kat sini. Cantik senibinanya.



 Langit cerah. Tapi kat kawasan tu redup aje. 

Leka memandang ke sekeliling. Pelancong ramai. 

Lagi bangunan yang ada di situ. 
Kat sini sejukkkk.

Terasa macam kat setiap sudut bangunan nak ambil gambar. 

Kat Belgium, coklatnyalah yang terbaik.
Kami borong coklat kat Brussels. 500 juga habis beli coklat.
Sesekali, takpelah. Tanda kenangan untuk keluarga dan kawan-kawan.

Deretan kedai yang ada di situ.


Kami lunch kat kedai makanan arab. Besar portion dia. Makan boleh share 2 orang. Lepas borong coklat, makan wafle, makan lunch pulak, kami jalan-jalan sekitar tu. Sempatlah beli satu beg baju untuk barang yang semakin bertambah he..he.. Kat tempat lain harganya 20 Euro. Jumpa kat satu kedai tu 15 Euro aje.
Bukan setakat aku, 2 ahli rombongan yang lain pun ikut membeli juga. Sama pattern sebab semua berkenan corak yang sama. Beg corak world map warna hijau. Lepas dah settle semua, kami dibawa ke hotel. 

Bilik kami di Novum Hotel Apple Park, Maastrict, Netherlands.


Malam tu keletihan. Badan dah mula rasa seram sejuk. Batuk dan selsema pun dah datang. Lepas makan ubat terus tidur. Nak makan nasi pun tak lalu. Menu malam tu nasi tomato. Padahal petang tu okey lagi waktu turun ambil makanan kat lobi hotel. Siap katerer ajak makan cekodok dengan kuih kasui lagi kat lobi. Dalam pukul 3 pagi terjaga rasa macam dah okey. Sempatlah kemas-kemas bag sikit-sikit. Update facebook. Mandi semua. Tapi bangun pagi tu rasa tak larat balik. Seram sejuk balik. Nak turun breakfast pun tak larat. En. asben turun sorang aje. Lepas breakfast minta en.asben settlekan packing beg semua. Aku tak boleh keluar dari selimut. 

Day 6

Nak pakai tudung pun mampu pakai shawl pashmina aje. Tak larat nak iron. Main lilit aje atas kepala. Memang dah demam dah waktu tu. Syukur juga kepala tak pening. Jadi nak berjalan tu laratlah lagi. Cuma badan rasa lemah dan seram sejuk. Sebelum naik bas aku pergi cafe sekejap. Minum jus sikit dan makan cereal. Paksa juga makan sebab malam tu dah tak makan. Naik aje bas terus berselubung dengan jaket en.asben. Lepas makan ubat terus tidur. Lepas 2 jam badan dah mula berpeluh-peluh sebab dah berselubung dan kesan makan ubat. Lepas 2 jam perjalanan di eropah, bas kena berhenti di RnR untuk setengah jam. Syaratnya semua penumpang kena turun dari bas sebab enjin bas perlu dimatikan. Jadi nak tak nak kenalah turun juga dari bas. Lega juga bila badan kena angin sejuk lepas dah berpeluh-peluh tu. Paksa juga untuk makan tapi tak berapa selera. Cantik sangat view kat RnR tu. Tapi sebab demam tak larat dah nak meronda. En. Asben sorang aje yang meronda. Perjalanan hari tu agak panjang sebab kami nak ke Germany. Naik bas balik, sambung tidur lagi. Lepas berhenti rehat kali kedua di RnR barulah badan rasa fresh sikit. Alas perut dengan makan jajan-jajan.

Dalam perjalanan, banyak sangat nampak kawasan yang luas dan lapang macam ni. Waktu ni dah rasa sihat sikit. Dapatlah ambil-ambil gambar. 

Saujana mata memandang.  

Alhamdulillah.. kami dah selamat sampai di Titisee, Germany.
Tengoklah muka orang demam tu. Tapi waktu tu dah rasa segar sikit.
Syukur Alhamdulillah.  

Pekan di sekitar Titisee.

Waktu booking trip untuk ke europe dengan Al-Ilmi Travel, iklannya hanya untuk 5 negara sahaja. Alhamdulillah.. rezeki kami bila Germany juga dapat kami jejaki walaupun hanya sampai di Titisee. Syukur Alhamdulillah. Daripada hanya nak ke London pada perancangan asalnya, direzekikan dapat ke 5 negara eropah yang lain juga. ALLAH.. Semuanya tak pernah menjadi mimpiku. Dengan izin ALLAH, rezeki boleh datang dalam jalan yang tidak disangka-sangka. 

Pekan Titisee yang damai dan cantik. 
Titisee-Neustadt terletak di tengah-tengah Black Forest, Jerman.

 Tak ramai pelancong di sini waktu kami sampai. Tapi ada juga grup Malaysia dari Travel Agent lain yang kami jumpa di sini. 

Titisee terkenal dengan Cuckoo Clock.
Tapi kami tak beli pun. Beli yang miniature aje buat kenangan.

 Souvenir shop kat situ.
Tasik Titi (Titisee). See tu maksudnya tasik. 

Orang demam dah mula kebah. Semangat nak naik cruise mengelilingi 
Tasik Titi. Harga cruise 5 Euro seorang kalau tak silap. 

Damai sangat kat sini. Sejuk yang cukup nyaman.
Sebelum feri bergerak kami lepak kat belah atas feri yang terbuka. 
Bila feri bergerak aje kami turun bawah. Tak tahan sejuk.

Macam mimpi dapat jejak juga ke Jerman. ALLAH.. syukur Alhamdulillah.



Belakang tu Black Forrest kalau tak silap aku. Hitam, gelap.


Sejuk tapi bertahan juga nak duduk kat atas tu. 

Mengalah akhirnya. Duduk kat belah dalam pun okey juga sebab tingkapnya boleh dibuka. Khayal melayan pemandangan yang indah di luar.

Indah.

Alhamdulillah.. selesai menaiki feri selama 25 minit 
di Titisee, Neustadt, Germany.

Selepas itu kami jalan-jalan di sekitar pekan tu. Cari souvenir. Buah ceri dan strawberi pun ada di jual di sini. Manis. Kedai roti tu pun nampak menarik. 
Tapi kami belek dari luar aje.


Dah selesai di Titisee, kami bergerak terus ke Perancis. Untuk dua malam seterusnya kami menginap di Golden Tulip Hotel, Mulhouse Basel. Malam itulah sekali kami tak dapat makan nasi di europe. Malam tu kami diberikan kebab. Alhamdulillah.. kebabnya sedap dan besar. Nak habiskan pun tak larat. Waktu di Europe, aku makan kurang dari en.asben. Kalau kat Malaysia memang aku yang makan lebih he..he.. Kat sana, makan asyik tak habis. Minum pun tak banyak sebab  aku tak berapa lalu nak minum air mineralnya. Terasa lain di tekakku. Ha..ha.. selalu minum drinking water aje. En. asben kata biasa aje. Tapi aku tak boleh. Beli air perisa/jus dalam botol tu mahallah pulak. Kalau kat Malaysia air macam tu RM 2 ~ RM 3 aje. Kat sana sampai RM 16 sebotol. (Lepas convertlah). Tapi sebab tak lalu nak minum air mineral, kena belilah juga. Selepas 6 hari di Eropah, berat aku turun 4 kg. Memang wah sangat ni sebab kalau kat Malaysia berat aku nak turun 1 kg pun payah ha..ha.. 

Bilik kami untuk 2 malam di Mulhouse, Basel.
Sebab menginap di sini 2 malam, jadi dapatlah kami kemas terus beg pakaian kami untuk balik. Senang dah settlekan awal-awal.

Day 7

Malam sebelum tu lepas makan malam, makan ubat terus tidur. Takut sangat kalau demam lagi. Alhamdulilah.. bangun pagi tu dah rasa segar. Syukur. Pagi tu rasa bersemangat sikit. Sebab pagi tu kami akan ke Mount Titlis di Switzerland. Selain Keukenhof dan Zaanse Schans,  Mount Titlis adalah tempat yang aku nanti-nantikan untuk pergi dalam trip Eropah ni. Sangat teruja untuk ketiga-tiga tempat ni. 

 View sepanjang perjalanan sangatlah indah.
Cuaca sangat baik dan cerah.
 
Baru nampak sikit salji-salji atas gunung dah rasa teruja. 
Dalam bas jadi tak senang duduk. Sekejap berdiri. Sekejap  duduk. Sekejap ke kanan. Sekejap ke kiri. Punyalah teruja nak tengok gunung bersalji yang nampak sikit-sikit. Bak kata Atiq Al-Ilmi Travel, itu baru geli-geli he..he..

Rasa tak sabar dah ni.  


Aku pernah terbaca. Katanya, kalau di kawasan pergunungan Swiss ni, takde 4 musim macam negara eropah lain. Cuma ada musim sejuk dan musim panas sahaja. Pada waktu ini adalah musim panas. Tapi di Titlis, saljinya sepanjang tahun.

Subhanallah.. Semua tempat nampak lawa di mataku. 

Dah nampak sign cable car dah tu. 

Subhanallah.. Allahuakbar..  
Macam mimpi bila dapat lihat pemandangan macam ni di depan mata.
Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH.

Allahuakbar. 

Masya ALLAH.. indah sungguh bumi Switzerland. 

 Alhamdulillah.. bas dah memasuki tempat parking.
ALLAH.. kat sini pun hati dah rasa suka sangat. 

Atiq kata kat atas Puncak Titlis nanti ada banyak cicak. Jadi kena hati-hati. Kami semua pelik. Kenapa ada banyak cicak? Aku dah rasa geli teringatkan tahi cicak. Rupanya cicak yang dimaksudkan ialah bunyi cicak yang selalu keluar dari mulut kita bila melihat sesuatu yang menakjubkan. Bunyi cikcikcik tu. Pastinya, berzikir itu lebih baik untuk diucapkan. Alhamdulillah.. peringatan yang baik sebagai ingatan. Terima kasih Atiq.

 Masya ALLAH.. kat sini pun aku dah super excited. 

Nampak tulisan Titlis tu rasa lebih excited. 
Kat dalam tu tempat nak beli tiket dan tempat naik kereta kabel ke Mount Titlis.

Alhamdulillah.. Dalam cable car nak naik ke Titlis.

Naik cable car ni tak rasa seram sebab ianya naik menyusur gunung.
Naik cable car di Gunung Mat Cincang, Langkawi lagi seram.

Allah.. background yang indah. 

Bergetar rasa hati bila cable car melalui gunung yang diselaputi salji.
Pengalaman pertama untuk aku dan en.asben melihat salji.

Untuk sampai ke puncak Titlis ada 2 perhentiannya. Yang pertama kalau tak turun pun takpe. Tapi perhentian kedua kena turun sebab kena tukar ke cable car yang lebih besar. Kami turun di perhentian yang pertama. 

Kalau turun di perhentian pertama, dapatlah bergambar kat sini. 
Jadinya, silalah turun di perhentian yang pertama tu.
Kat sini ramai orang main ski. Syok aje tengok.


Cuaca sangat cerah. Biasan dari salji tu buat mata jadi silau. Jadi shade adalah wajib di sini. Kalau tak, nak buka mata pun tak boleh.

Untuk pertama kalinya dalam hidup aku dapat pegang salji di sini. Syukur.. Ya ALLAH.
Salji memutih di sekelilingnya. Tapi sebenarnya kat sini tak rasa sejuk pun. 
Dahlah pakai baju 3 lapis.(Long john, sweather dan jaket). Jadi panas dibuatnya sebab kawasan tu tak berangin. Tapi kalau pegang salji tu tangan rasa kebaslah juga sebab salji tu tetap sejuk.

View yang dapat dilihat kat situ.

Tiket kami. 
Harga tiket 92 Swiss Franc seorang. Dalam RM 400++

Waktu beratur nak naik cable car besar bersama ahli rombongan Al-Ilmi Travel.

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH

Cable car yang besar. Ianya berpusing 360 darjah. Jadi boleh lihat view sekeliling. Di dalamnya boleh memuatkan dalam 100 orang. 
Dalam ni kena berdiri. Tapi sekejap aje dah sampai di puncak.

Glacier Cave di Puncak Titlis.
Inilah tempat paling sejuk kat Titlis. Mengigil aku sampai bergetar gigi.
Nak keluarkan phone pun gigil. Lantainya licin. Kasut aku pulak tapaknya entah kenapa licin semacam. Jalan asyik nak jatuh. Orang lain okey aje ha..ha.. 
Jadi takdelah gambar kat dalam tu. Takpelah. Tak jatuh pun dah syukur.


Kat luar ni walaupun salji merata tapi sebenarnya tak sejuk sangat pun. 
Matahari pun rasa terik. Tapi takdelah rasa panas. Keluar aje kat sini aku dah mula rasa pening sikit. Tapi gigih juga jalan ikut tour leader dan ahli kumpulan ke jambatan gantung. Shawl yang belit kat leher tu bukan style he..he.. Waktu kat Glacier cave tu sejuk menggila. Sampai kebas pipi, mulut dan hidung aku. Jadi aku guna shawl tu untuk cover muka aku. Bila keluar sejuknya masih terasa. itu yang terus cover muka dengan shawl tu. 

Alhamdulillah.. ada rezeki untuk kami berdua sampai di puncak Titlis. 
Terima kasih ALLAH.

Aku dengan en.asben sama-sama rasa macam mimpi.
Dulu pernah tengok orang lain ke Titlis. Waktu tu rasa bertuahnya orang tu. Siap terfikir, entah ada ke tidak rezeki aku nak sampai ke Switzerland, nak sampai ke Titlis. Waktu tu nak berangan pun tak berani.  Sebab aku tahu kemampuan diri. Alhamdulillah.. rezeki ALLAH datang dalam pelbagai cara. Juga dalam bentuk yang tidak di sangka-sangka. Syukur. Ada rezeki juga untuk aku.

Shah Rukh Khan dan Kajol pernah buat pengambaran filem di sini.
Jadi adalah gambar dia orang berdua kat atas tu.
Ramai sungguh pelancong dari India kat sini. Semua  sibuk nak bergambar dengan gambar SRK dan Kajol. Siap ada yang bersari lagi.

En. Asben dan En. Suzaili - Al-Ilmi Travel.

Silau mata tengok salji yang memutih.

Snow, Titlis and us.

View di atas jambatan gantung di Mount Titlis.

Begitu asyik memerhatikan salji yang memutih. Subhanallah.

View yang indah. Masya ALLAH.
Cable car yang open tu kalau nak naik kena bayar lain. Harganya 12 Euro.
Kalau naik boleh turun ke bawah dan main sledge. Tapi aku tak naik pun.

Tak peduli. Nak jugak duduk atas salji. 
Waktu duduk tu tak rasa pun seluar basah. Waktu nak duduk makan kat dalam baru rasa seluar basah. (Isshhhh.. shawl tu buat spoil gambarlah. Ha..ha.. dengan shawl pun nak gaduh).

Kat tebing. Sayup aje pandang ke bawah. 
Kat sini redup sebab terlindung dengan bukit salji.


Why shawl? Why you do this to me? hahaha..

Allah.. seronoknya dapat pegang salji. Main baling-baling salji.
Lepas tu tangan kebas tak rasa apa.

Ada orang panjat sampai atas. Aku tak naik pun sebab tapak kasut aku kan licin.Kalau jatuh buat naya aje. Kita main salji kat sini ajelah. Pun bestttt.

Nak jugak main baling salji. Buat snowman aje tidak he..he..

Your turn sayang.

Best kan main salji. Sejukkk.

Uishh garang! Sebenarnya muka menahan silau.
View belakang tu SUBHANALLAH cantik sangat.
Pernah terbaca kat blog orang. Katanya rasa macam mimpi waktu dapat sampai ke Switzerland. Dapat sampai ke puncak eropah. Sekolah tak tinggi mana, kerja tak bagus mana he..he.. Itulah juga sebenarnya yang aku rasa.Tapi rezeki itu milik ALLAH. Rezeki juga tidak pernah salah alamat.Bila dah tertulis itu rezeki kita, itulah yang kita dapat. Kita dapat tanpa apa-apa syarat. Syukur selalu. Berdoa selalu. Bersedekah selalu.

Dah puas main salji kita masuk ke dalam semula.
Jom cari coklat pulak.


View dari tempat makan. Walupun duduk di dalam, hati masih di luar.
ALLAH.. ALLAH.. antara pemandangan paling indah yang pernah aku lihat dalam hidupku. Syukur ya ALLAH. Terima kasih ALLAH.

View dari tempat menunggu cable car.

Sedihnya dah nak turun.
Semoga ada rezeki anak-anak aku dan yang lain dapat ke sini juga..
In shaa ALLAH.

Pengalaman yang manis untuk menjadi kenangan.

Macam mimpi dapat bergambar di sini. Syukur Ya ALLAH.

Tahun lepas rasanya BFF aku ada share gambarnya di Titlis. 
Waktu tu aku rasa happy untuk dia sambil berdoa semoga ada juga rezekiku untuk ke tempat itu. Alhamdulillah.. dengan izin ALLAH,  aku juga mendapat rezeki yang sama. Kadang-kadang bila orang kongsikan sesuatu, ianya boleh menjadi asbab untuk kita berdoa. Tak perlu cemburu dengan rezeki orang lain.
Doakan yang baik-baik agar kita juga mendapat rezeki yang baik.


Turun dari Titlis, kami dibawa ke Bandar Lucerne.


MasyaALLAH.. cantik sangat Bandar Lucerne ni.

Masya-ALLAH, sangat indah latar belakang bandar ini. 
Dari bandar ini  boleh nampak puncak-puncak gunung yang bersalji. Juga ada tasik yang cantik.


Seronoknya dapat melepak di sini.
Sebelum tu kami pergi berjalan-jalan di sekitarnya. En. Asben sempat beli pisau Victorinox (Original Swiss Army knife) warna biru di sini. Harganya murah dan siap boleh engraved nama lagi. Itu yang mahal tu. Tapi aku nak pinjam dia tak kasi ha..ha..

Phone aku tak canggih. Jadi tak jelas puncak gunung bersalji kat belakang tu.
Kenyataannya, view kat situ adalah sangat-sangat indah. Masya ALLAH.


Selesai di Bandar Lucerne, kami dibawa pulang ke Golden Tulip Hotel, Mulhouse, Basel. Hotel yang sama seperti semalam sebab kami menginap di hotel ini selama 2 malam. Malam itu kami kembali dapat makan nasi. Alhamdulillah. Petang sebelumnya, Atig Al-Ilmi ada kongsikan gambarnya di ladang canola. Cantik! Jadi dia ada offer kalau-kalau ada sesiapa yang nak ikut pergi ke ladang canola untuk bergambar juga petang tu. Aku dan en.asben pun apa lagi. Takkan nak lepaskan peluang tu. Ladang tu tak jauh pun dari hotel. Kena berjalan kaki dalam 5-6 minit sahaja. Tak sempat penat dah sampai he..he.. Tak ramai pun yang pergi. Cuma dalam 5-6 orang aje. Waktu tu dah pukul 8.30 malam. Tapi keadaan masih cerah. Waktu maghrib masuk dalam pukul 9 malam. 

Di ladang canola. 
Matahari dah nak mula tenggelam. 


Tapi masih cerah lagi.
Sebenarnya kami curi-curi bergambar kat sini. Hari sebelumnya Atiq bergambar di sini takde masalah. Sekali petang tu ada rumah di hujung ladang nampak ada lampu berpasang. Kalut aje semua orang. Risau juga kut-kut itu adalah tuan ladang. Jadi kami pun cepat-cepat bergilir-gilir ambil gambar he..he..
Kelakar sangat kalau ingat balik.  

Aku, dia dan canola.. cewaaah.

Gigih masuk kat celah-celah pokok canola untuk bergambar. 
Pokoknya setinggi sampai leher aku.

Bunga canola.


Lepas dah selesai di Ladang canola, kami pun balik semula ke bilik. Malam tu kemas-kemas barang semua. Packing siap-siap apa yang perlu. 

Day 8

Esoknya kami bertolak ke Paris. Dalam bas sibuk menghabiskan bekalan makanan/jajan mana yang tinggal. Perjalanan nak ke Paris panjang juga. Rasanya dua kali juga bas berhenti di RnR. Setiap kali tu memang kami semua kena turun dari bas sebab enjin bas wajib dimatikan bila bas berhenti.

Berhenti di RnR pun habiskan bekalan lagi he..he..
Tapi membelilah juga hot chocolate dan jajan lain. Manalah bekalan nak habis.

 Dalam bas ada sesi suaikenal. Alhamdulillah.. dapatlah lebih mengenali antara satu sama lain. Berkongsi cerita da pengalaman.

La Vallee Village.
Alhamdulillah.. kami dibawa singgah di sini walaupun tiada dalam jadual. 
Suka.. suka.. suka..

Suka juga bila dapat makan gelato.
Kami ambil 3 perisa. Berkerut muka en.asben tahan masam sebab kami ada ambil perisa lime. Lepas makan aku selsema dan batuk balik.
He..he.. memang cari pasal betul sejuk-sejuk pergi makan aiskrim.

Sebelum beli soal selidik dulu halal ke tidak.

Amboiiiii.. Laju jalan cik kak he..he..
Kat sini aku dapat beli purse. Sebelum ke europe purse aku rosak sikit.
Gigih tak beli purse baru sebab memang cadang nak beli kat europe.
Alhamdulillah.. dapatlah beli purse baru kat sini. 

Suasana sama macam kat JPO juga.

Adik aku kirim. 
Waktu tu kat Malaysia dah pukul 1 pagi. Ngantuk-ngantuk dia nak buat pilihan
bila aku send gambar he..he.. Okeylah. Harga murah dalam 3 ~ 4 ratus dari kat Malaysia. Berbaloilah beli kat sana. Waktu nak bayar ambil masa sikit sebab cashier nak isikan borang claim vat semua. Tapi bila kat airport jadi senang dan tak perlu beratur dah. Masukkan aje borang vat tu dalam kotak yang disediakan. Aku pilih claim melalui kad kredit. Jadi tak perlu beratur.
Cuma kena tunggu beberapa minggulah claim tu nak masuk. 

Lepak-lepak sementara nak tunggu bas sampai.
Cozy aje tempat menunggu nya. 
Waktu ni semua dah habis shopping dah.

Suka dengan book rack tu. 
En.Asben memang nak sangat rumah penuh buku macam tu. Nak sangat rak buku besar macam tu. 


Dari tingkap bilik  Hotel Ibis, Paris.


Lepas dah settle di La Vallee Outlet, kami di bawa ke hotel. Malam itu kami menginap di Ibis Hotel, Paris. malam tu kami dapat makan nasi lemak Paris. Alhamdulillah.. sedap. Lepas makan kemas-kemaskan barang semua. Dah settlekan packing terus tidur. Boleh aje kalau nak keluar sendiri ke bandar Paris. Tapi aku dan en.asben tak rasa pulak nak keluar walaupun katanya Eiffel Tower cantik di waktu malam. Awal juga dah terjaga sebab tidur awal. Malam tu bulan sangat indah. Saja aje kami buka tingkap bilik. Seronok rasanya dapat merenung bulan. Mengagumi keindahan ciptaan ALLAH. Sambil bertahajud dan berdoa. ALLAH.. sampai hari ini masih terkenangkan saat itu. Terima kasih ALLAH untuk segala yang direzekikan untuk kami. Semoga nikmat iman akan terus dapat dinikmati oleh kami dan anak cucu kami serta seluruh zuriat keturunan kami.. in shaa ALLAH.

Day 9

Hotel kami di Paris. 
Dah siap  breakfast, angkut beg ke bas kami terus di bawa ke bandar Paris.

View sepanjang perjalanan. 

Notre Dame 

Theatre De La Ville..


Dari jauh dah nampak lambang kemegahan Paris. 
Dup dap dup dap rasa hati.

Alhamdulillah.. sampai juga kami ke sini. 
Dapat berdiri di bawah Eiffel Tower yang megah berdiri. 

Tapaknya saja dah cukup besar. 

Eiffel Tower, Paris. 

Kami dan Eiffel Tower.
Ada yang tanya, kenapa lengang kat kawasan Eiffel Tower tu?
Aku pun tak pasti kenapa lengang. Tapi aku anggap ianya sebagai rezeki kami. 
Kami sampai awal pagi. Sebelum ni, kawasan sekitar rumput ini berpagar.
Elok aje kami sampai pagi tu, pagar yang mengelilingi kawasan berumput tu sedang di buka. Dapatlah kami bergambar di atas rumput hijau yang cantik tu.
Syukur.. Alhamdulillah.

Aku dan Eiffel Tower. 
Tak pernah mimpi, tak pernah berangan untuk ke sini.
Dengan izin ALLAH.. semuanya boleh terjadi. Terima kasih ALLAH.

Terima kasih juga untuk En.Asben.

 Bandar cinta kata, kenalah romantik sikit kan? ha..ha.

Kalau geli sila scroll laju-laju ya he..he.. Ampun. 

 Tak puas rasanya nak memandang. Menghargai peluang yang dinikmati dengan sebaiknya. Entah bila lagi dapat ke sini lagi.

Romantika di Paris. 

 Ingat nak guling-guling kat rumput tu. Tapi rumput tu masih basah lagi he..he..


Dah tengok dari jauh.. kami berjalan nak tengok dari dekat pulak.
Alang-alang dah sampai, semua peluang yang ada tak mahu dilepaskan.

Beginilah besarnya  tapak Eiffel Tower tu.

Atiq kata, kalau ambil gambar dari bawah Eiffel Tower memang nampak lubang hidung ajelah.
Betullah tu. Bukan setakat nampak lubang hidung. Segalanya nampak. Muka lebar pinggan, parut jerawat, muka rashes dan semuanya kelihatan jelas dah nyata he..he.. 


Waktu di kawasan Eiffel Tower kami membeli key chain, FM dan selendang dari penjaja berkulit hitam yang menjual di situ. Sejak turun dari bas mereka mengekor kami. Ada yang dah pandai cakap melayu. Tak beli rasa kesian. Dengan mereka ni kita boleh tawar menawar. Harga yang ditawarkan oleh mereka pun lebih murah dari tempat lain. Tapi walau apapun tetap kena berwaspada dan berhati-hati. Selepas selesai di Eiffel Tower kami di bawa ke kawasan Champ Elysees. Kat sini adalah kawasan deretan kedai dan butik barangan berjenama. Di penghujungnya ada Arche de Triomphe.

Deretan kedai dan butik di Champ Elysees.

Berjalanlah kami sepanjang jalan tu. Seronok nak cuci-cuci mata.

Yeay kat depan Butik LV..
Atiq kata kalau taknak beli pun kena masuk butik LV ni untuk tengok-tengok.
So mohlah kita. Tapi.. Betullah.. bila dah masuk rasa susah nak keluar. 
Sales Assistant kat LV pun layan semua orang dengan baik. Tak kiralah yang membeli  mahupun tidak. Ramai orang China shopping dalam ni. 

Berjalan sampai hujung jalan nampaklah Arche de Triomphe.

Terfikir-fikir.. nak pergi tengok dari dekat ke tidak.
Sudahnya kami pilih untuk menghayatinya dari jauh sahaja.

Boleh ikut laluan bawah tananh untuk ke Arc de Triomphe tu..

Lagi deretan kedai di Champ Elysees.
Cuaca di Paris sangat cerah sepanjang kami berada di bandar itu.
Elok aje kami sampai di Airport pada petangnya, hujun turun dengan lebatnya.

Eh.. Butik LV lagi.
Tak dapat tunjuk beg LV kita tunjuk ajelah butik LV banyak kali he..he.. 

Dekat 3 jam juga kami diberi masa di kawasan Champ Elysees ni. Selepas itu kami di bawa untuk makan. Dalam perjalanan tu dapatlah kami melihat lagi bandar Paris. Menghabiskan baki jam-jam terakhir percutian kami di Eropah.

Paris Eye.

Kami di bawa makan tengah hari di kawasan sini.

Bangunan sepanjang laluan.

Laluan yang kami lalui.

Selepas makan dan membeli cenderahati untuk menghabiskan duit Euro yang tinggal, aku dan en.asben berjalan-jalan di sekitar Notre Dame.

Bersih aje sungai berdepan dengan Notre Dame tu.

Sebelum di bawa untuk makan nasi di kedai makanan pakistan, kami lalu banyak kedai kebab. Terus rasa berselera nak makan kebab juga. Jadi waktu di restoran kami share aje makan sepinggan nasi. (Tapi portion dia banyaklah he..he..). Lepas tu kami pergi beli kebab pulak ha..ha.. Tapi kebab tu tak kena dengan selera aku. Terpaksalah en.asben yang menghabiskan kebab ditangannya tu. 

Jam-jam terakhir kami di Paris. 

Cantik rekabentuk Notre Dame ni. 
The cathedral is widely considered to be one of the finest examples of French Gothic architecture and among the largest and most well-known church building in the world. (Sumber : Google)


Ingat nak masuk tengok di dalam, tapi orang beratur punyalah panjang. 
Terus cancel hajat tu. Kita tengok dari luar ajelah.


Dah selesai semua kami pun naik bas semula. Bas pun bergerak terus ke Airport. Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit ke 1 jam macam tu. Kat airport ada peristiwa yang tak boleh lupa. Adooii. Waktu nak keluarkan beg, pintu tempat beg dibuka dari kedua-dua arah. Jadi aku dan en.asben berpecah. Waktu aku keluarkan beg aku, ada beg orang lain yang tertinggal. Gigihlah nak tolong cari empunya beg sebab takut beg orang tu tertinggal. Sibuk suruh en.asben tanyakan beg siapa. Tolong bawak keluar dan tolong tarikkan sekali. Sekali waktu dah letak beg-beg semua dalam troli kat depan airport ada orang tanya beg hitam siapa yang tertinggal kat bas. Aduhai.. beg kami rupanya. Sibukkan beg orang, beg sendiri yang tertinggal. Pengajaran yang aku dapat ialah, lain kali settlekan dulu hal sendiri sebelum settlekan hal orang lain. Bila kalut-kalut apa pun boleh jadi. Kita risaukan beg orang. Beg kita orang tak peduli pun hu..hu.. Alhamdulillah.. beg kami tak tertinggal. Syukur.

Sampai airport terus kami dibawa untuk buat claim VAT untuk sesiapa yang nak buat claim. Masa agak suntuk jadi kena terkejar-kejar sikit. Aku pergi buat claim, en.asben tunggu jaga beg. Aku buat claim melalui kad kredit. Ambil masa sikit tapi urusan tu jadi mudah dan singkat sebab tak perlu beratur di kaunter. Sealkan aje semua dokumen yang telah disediakan oleh pihak butik/kedai. Kemudian, masukkan aje dalam kotak yang telah disediakan. Semudah itu sahaja. Alhamdulillah.. Bulan ni aku dah dapat kembali claim aku tu melalui kad kredit. Syukur. Lepas raya dapat duit claim he..he.. Dah settle buat claim, kami terus check in. Alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan. Waktu menunggu nak naik flight sempatlah kami solat jamak zuhur dan asar kat area menunggu belah hujung-hujung. Syukur. Dah settle semua kami naik flight balik KL transit di Istanbul. 

Tak ingat dah, kat mana ni? Kat Istanbul kut. Gambar dari dalam flight. 

Flight dari Paris ke Istanbul delay sikit waktu nak berlepas. Jadi sampai di Istanbul, kami cuma ada setengah jam aje untuk catch flight balik KL. Sampai aje kat airport dah ada orang tunggu panggil Kuala Lumpur,  Kuala Lumpur. Semua dah kena jalan laju-laju ikut laluan khas. Takdelah jauh sangat nak jalan. Lepas tu cepat-cepat cari gate. Siap boleh salah gate pulak sebab salah infomasi. Adooiii. Nasib baik gate yang betul tu di sebelah atasnya aje. Syukur. Segalanya dipermudahkan untuk kami. Dalam flight pun patutnya dah tak dapat duduk sebelah en.asben. Semua orang dah bertukar-tukar tempat duduk. Alhamdulillah.. berkat bantuan En. Suzaili Al Ilmi Travel, kami dapat duduk dengan partner masing-masing. TQ En. Suzaili.

Masa dalam flight aku duduk sebelah orang malaysia, wanita muda dan babynya. Comel sangat babynya nama Mariam. Gaya cakap dan rupa macam seseorang yang aku familiar. Tapi aku tak boleh ingat siapa. Dia dan anaknya nak balik bercuti raya. Mereka tinggal di Jerman dan suaminya orangnya Turki. Sepuluh jam dalam flight kami jadi rapat. Sebab kesian dia nak handle babynya seorang. Jadi sama-samalah kami melayan Mariam. Suaminya akan datang ke Malaysia waktu hari raya. Waktu dah sampai KLIA pun dia minta aku tolong dukungkan Mariam waktu dia nak uruskan beg-begnya. Masa tu baru en.asben cakap, dia tu adik Wardina Safiyyah kut. Masa tu baru aku terperasan. Haahlah. Muka sama. Gaya cakap sama. Cara handle anak pun sama macam Wardina. Iyalah kut agaknya. Sebab aku tak tanya. Nama pun aku tak tanya ha..ha.. 

Day 10

Alhamdulillah.. kami sempat solat jamak maghrib dan isyak dalam flight. Sempat solat subuh juga. Alhamdulillah.. dalam in-flight entertaiment Turkish Air ada dimaklumkan waktu solat dan arah kiblat. Jadi mudah untuk kita menunaikan solat di dalam penerbangan. Ambil wuduk seadanya di toilet. Kemudian kami solat di tempat duduk saja. Waktu angkat takbir mengadap ke Kiblat, kemudian teruskan solat seperti biasa. Alhamdulillah.. tak tahu kenapa, aku tak rasa bosan dalam perjalanan yang panjang tu waktu pergi dan balik. Sebab boleh mengaji, boleh tengok movie. Kalau mengantuk aku tidur. Bangun tidur orang hidang makanan. Lepas tu borak-borak dengan en.asben dan emak Mariam. Syukur.. segalanya dipermudahkan. 

Kami selamat sampai KL dalam pukul 5 petang. Dah selesai dengan urusan bagasi, kami tunaikan solat jamak zuhur dan asar sebelum balik ke rumah dengan teksi. Dalam perjalanan en.asben dan minta Han call sate kajang delivery. Hahaha.. Maka berakhirlah percutian aku dan en.asben ke 6 negara eropah.  Alhamdulillah.. Segalanya selamat dan dipermudahkan untuk aku, en.asben dan kami semua. Dipermudahkan juga untuk aku menyiapkan entry ini. Syukur YA ALLAH..  Aku diberikan kegigihan untuk menulis kenangan ini. Aku mula menulis beberapa hari sebelum ramadan. Siap juga di syawal ke 12 ini. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Taqoballahu Minna Waminkum. Mohon maaf atas silap dan salah. In shaa ALLAH.. ada rezeki aku akan menulis lagi di sini.

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...