Tuesday, July 27, 2010

Western food vs Ice Cream

Makan2 Episod 1...

Malam sabtu lepas kita orang dinner di luar selepas pulang dari bertugas untuk menjaga booth tempat kerjaku di KUD, Bukit Jalil. Seperti biasa dengan menggunakan alasan letih aku mengajak cik abang untuk membawa anak-anak makan di luar saja. Restoran pilihan kami malam itu ialah D'one Steak.

Fish & chips....(mine)


Sizzling chicken errr... alamak lupa full name... (Cik Abg)

Chicken Chop... (Han)

Portion untuk fish & chips, chicken chop tu nampak macam kecik dalam gambar tapi sebenarnya besar. Dah share pun still tak boleh nak menghabiskannya. Kenyang betul.


Chicken Burger... (Is) dalam byk2 menu yang ini jugak yg dia berkenan


Air asam boi, tembikai, milo suam and milo ais.... gelas dia besar. Kita org share2 pun x habis. Except for Milo ais tu. Mmg licin Az kerjakan sebab macam selalu dia tak berminat nak makan.

Lepas makan aje Han buat permintaan yang di persetujui oleh Is juga.

lain kali kita pergi restoran biasa ajelah mama. Makan nasi goreng lagi best. Makan macam ni besar sangat tak larat nak habiskan.
Aku dengan cik abang pun berbalas pandangan. Alahailah anak. Selalu tu bila bawak makan kat restoran biasa korang asyiklah nak order chicken chop or segala bagai western food yang lain. Bila dah bawak restoran western food korang nak makan nasi goreng pulak....

Makan2 Episod 2

Hari ahad tu lepas habis kelas renang kat Precint 16 Putrajaya, kami singgah di Restoran Ice Room pulak. Selalu tu tiap kali lalu kat depan restoran warna hijau ni asyik terjengguk-jengguk aje kepala semua. Jadi untuk melegakan hati semua terutamanya hatiku, maka petang itu kami pun melepaklah kat situ.

Inilah menu yang di pesan. Avocado Ice Cream, Cheese Cake, Hot Chocolate and layer cake (takde dalam gambar)

Hangin betullah aku. Selalu tu bila mama depa suruh pesan makanan berat depa dok buat muka nak order ice cream jgk. Ini bila dah masuk kedai ice cream boleh pulak korang nak makan kek and minuman air panas pulak. Dua tiga kali aku dok tanya taknak ice cream ke. Bersungguh-sungguh semuanya mengeleng. Sudahnya aku order ice cream tu share dengan cik abang. Itupun tak habis jugak....

Anak oooh anak....

Monday, July 26, 2010

Bilakah si Kancil bertukar menjadi baa..alif..baa..yaa..??

Cerita lawak jenaka ini telah di ceritakan oleh teman sebilik semasa kursus di Intura last year...

wei korang tau tak bila masanya kancil bertukar menjadi baa..alif..baa..ya..??

Semua yang ada dalam group tu terdiam seketika sebelum mula mengeluarkan alasan bernas masing2...

err... sebab kancil tu ada affair dgn si tuuut tu...

err... errr...err... dan bermacam2 err lagi yg kedengaran... Tapi yang pastinya semua alasan dan jawapan yang diberikan tu semuanya salah...
Haaaah bukan ke???... mmg ramai yg mengeluh sbb rasa macam tak puas hati bila jawapan yg di berikan tu tak betul...

Korang selalu pi shopping compleks kan?? tanya si pencerita..
Hampir semuanya mengangguk. Manakan tidak, dalam group tu sumanya perempuan so takkanlah ada yang mengeleng pulakkan...

Masa cari parking tu tiba-tiba nampak dari jauh ada satu tempat kosong, so tentulah dengan muka penuh excited, jiwa penuh kelegaan, tekan minyak pi ke arah tempat parking kosong tu dengan harapan tiada orang lain yang mendahului kita... Tapi tup-tup bila dah dekat, setelah dah bersiap sedia ambil side dulu biar senang nak masukkan kereta tiba-tiba baru terperasan yang tempat kosong tu rupanya berisi, dan isinya itu selalunya memang kereta yang satu inilah... Maka hampalah perasaan dan pada waktu itulah Kancil terus bertukar menjadi baa..alif...baa..ya.. (Ini tak lain tak bukan tentulah kes menyumpah ataupun memaki hamun dalam hati or secara direct diluahkan saja) Jadi, begitulah ceritanya bagaimana ianya terjadi...
Iye tak iye jgk kan..... semuanya berkongsi dialog yang sama dan mula berkongsi cerita dan membuat pengakuan tentang mereka juga meluahkan perkataan yang sama setiap kali perkara itu berlaku...

He..he... perkara ni pun mmg kerap benar berlaku pada aku... dan tiap kali terjadi memang pun kita akan menyumpah sendiri... bukanlah nak salahkan kereta tu ataupun pemiliknya... tapi lebih kepada diri sendiri yang masih kerap di tipu oleh illusion seperti itu berulang kali tanpa mendapat pengajarannya... Dan sudahnya kereta kancil yang tak berdosa itu terus menjadi mangsanya... nasib...nasib...

si mangsa yg tak bersalah.....sian dia (i pun ade sebijik kat rmh)

I dah selalu pernah terkena, u all pulak macam mana?

Tuesday, July 20, 2010

FB ooohhhh Facebook....

Ha...ha... u all ada facebook account tak? Off courselah ramai yg ada kan...
walaupun ada juga yang takde mcm my cik abg yang masih belum berminat untuk join FB ni....

Tergerak pula nak menulis pasal FB ni bila membaca status seorang teman yg mengadu rasa tidak puas hatinya bila ada orang lain mengutuknya setelah dia dengan beraninya mengomen tentang status orang lain. Citernya cam gini... dia tak suka cara kawannya update status yg berunsur agama kerana katanya macam nak tunjuk baik ataupun macam tak kena dengan konsep FB!!!! (errrrr... iye ke macam tu??? U all fikir sendiri ek...) so dia komenlah ketidakpuasan hatinya pada status temannya itu. Komennya pula mendapat perhatian dan teman yg empunya status pun rasa tak puas hati and hentamlah dia balik. Apalagi, teruslah rasa sakit hati bertandang dalam hatinya. Mulalah dia pun meluahkannya pada statusnya pula yang bermula dengan salahkah aku kalau.. bla..bla..bla...

Well for me, suka hati setiap oranglah nak citer pasal apa pun dalam status FB mereka masing2. Kalau u rasa berani nak komen status orang hanya sbb u tak suka citer yang di bawa so u pun kena beranilah menerima comment orang itu yang dengan beraninya mengutuk u balik.(eh napa aku eja komen mcm ejaan dlm Fb nie..he..he..) Come onlah, pendapat setiap orangkan bukannya sentiasa betul tak juga sentiasa salah. It depends on cara penerimaan setiap orang... Kalau yg tulis tu kwn yang kita suka, yang kita sayang, citer2 agama ini akan kita ambil sebagai nasihat or pedoman untuk kita... kalau yg tulis tu kwn yang tak brp rapat or suam2 kuku kita akan rasa dia nak menunjuk but lantaklah dema nak tulis apa pun.... it's their status what... let them update whatever they like.... kalau u tak berminat just ignore it... tak payahlah dok terus baca komen2 seterusnya yang link dengan statusnya itu.... baca ajerlah status yang u suka...tak payahlah buang masa nak komen dgn ayat2 yang nak menyakitkan hati si empunya status itu yang nantinya hanya akan membuatkan kita rasa sakit hati bila dia membalasnya balik. Lagi parah kalau2 ada geng2 dia yang back up dia and turut sama2 hentam kita balik.... kan dah rasa sedih sendiri...

Kdg2 tu tergelak sendiri jg baca komen2 org ni kan... ada member tu saja bercerita menu untuk dinner/lunch dia.... then adalah pula yang komen...kecohlah lu, itupun nak citer... walawei, walaupun status tu bukan milik i, tapi sentap jugalah bila membaca komen2 yg di tulis cam tu. ishh..ishh... kalau xde benda baik nak ckp better x pyh ckplah... ini nak juga bagi komen... tak faham..tak faham.. tapi mcm i ckp tdlah kan... ikut suka dialah nak beri komen cam tu pun... biaq pi jerlah...

Lepas tu bila ada member yang nak share ttg barang2 baru miliknya (contoh cam : beg mahal, keta baru etc).... pun nnt akan ada yg tak puas hati.. terus rasa cam member tu berlagak. Alamak ini lagi satu hal, cuba kalau orang tu ada baby baru and show off gambar2 baby depa yg comel tu, boleh pula kita dok congrate them and puji2 kecomelan anaknya tanpa rasa dia nak berlagak.. tp konsepnya kan nak berkongsi rasa happy tu... so tak boleh ke kita ucap tahniah and kalau suka brg2 baru milik mereka tu kt pun puji jgk.... itukan lebih baik dari kita menyumpah dalam hati dok kata orang tu berlagak.... or kalau tak suka sgt pun tak payahlah layan photo2 yang dia upload tu.... ini dah habis satu album ditelek baru rasa nak muntah pula...so siapa yang bersalah???

he...he sekian saja luahan pendapat saya mengenai FB. I mmg tak kisah, lantaq pi, orang nak update apa dalam status FB nya.... i suka i baca, i x suka i ignore.. sbb i suka konsep buatlah apa2 yang u suka asalkan u bahagia.... selagi tak melanggar hukum syarak dan batas susila teruskanlah, ikut suka u all.. i okey ajer..

Monday, July 19, 2010

Yang di tunggu tak tiba...

Pagi tadi seorang teman pejabat yang agak rapat denganku menelefon untuk berbual setelah agak lama kami tidak dapat meluangkan masa bersama. Ini kerana agak lama dia bercuti kahwin. Setelah seminggu bercuti, hanya tiga hari dia berkerja sebelum menyambung semula cutinya untuk majlis di rumah mertuanya pula. Maka dicampur2 sudah hampir 3 minggu juga kami tidak keluar lunch bersama seperti selalu. Maka sudah lamalah tidak berkongsi cerita.

Kak, terima kasih ye sebab datang wed.saya hari tu...

Aku tersenyum mendengarnya. Sudah banyak kali dia mengucapkan ucapan terima kasihnya itu padaku. Namun dia masih tidak jemu mengucapkannya lagi dan lagi sehinggakan aku merasa sungguh seronok bila dapat membuatkan dia rasa gembira kerana kehadiranku. Seingatku pada hari langsungnya pun tidak sudah dia berterima kasih. Memeluk dan mencium tanganku sebagai tanda terima kasihnya itu. (Jarak umur kami dalam 10 tahun so dia hormat aku mcm kakak ok)

Manakan tidak, aku dan keluarga bersama-sama meraikan perkahwinannya di sebuah daerah di negeri pahang. Jarak perjalanannya mengambil masa 2 1/2 jam. Tapi kami berada di majlisnya hanya untuk 15 minit saja. Makan, bersalaman, ambil gambar sesnap dua dan lepas tu terus challo. Ini kerana kami terpaksa pula berkejar balik ke KL kerana ada undangan perkahwinan sahabat lain di sebuah dewan di Shah Alam pula. (tapi majlis yang ni kami tak sempat juga hadiri, maklumlah berjalan dengan anak2 jadi perjalanan jd tidak lancar kerana 2,3 kali terpaksa berhenti untuk urusan melepaskan hajat mereka...) Tapi niat tu yang penting untuk di ambil kirakan....
Untuk majlis di sebelah pihak suaminya, aku dan cik abg turut menghadirinya juga. Ini kerana suaminya juga berkerja di tempat yang sama dengan kami. Kalau ramai rakan sepejabat dapat kad kongsi2 untuk satu dept., tapi aku dapat kad individu. Maka terasa tidak enak pula andai tidak menghadirinya. Maka sekali lagi aku dengan berbesar hati memenuhi undangannya itu. Yang ni tidaklah jauh. Di Putrajaya saja. Sebenarnya bagiku, andai aku dapat kad yang kongsi2 malah kalau dapat undangan melalui e-mail sekali pun, InsyaAllah, dengan izinNya, panjang umur aku akan melapangkan masa untuk menghadirinya. Ini kerana bagiku setiap undangan yang kita terima tentulah besar hati orang yang mengundang itu andai kita dapat sama-sama meraikan majlisnya. Iye tak. Aku juga bersyukur kerana cik abgku seorang yang begitu menghormati jemputan orang. Maka tidak kira yang kahwin itu sahabatnya mahupun sahabatku, kalau ada masa, tak kira dekat ataupun jauh jaraknya dia akan bersedia membawa aku dan anak2 untuk memenuhi undangan itu. Tanpa sebarang alasan apatah lagi tolakan. Bagi kami setiap undangan itu punya kepentingan untuk kami hadirinya andai tiada perkara yang lebih utama untuk kami penuhi. Dengan kata nama lain wajib untuk kami menghadirinya. Sebenarnya bukan saja majlis perkahwinan, tapi majlis doa selamat, majlis hari jadi, majlis rumah terbuka dan segala majlis sekalipun kami akan cuba penuhi juga. Perkara ini membuatkan aku jadi hairan bila ada sesetengah orang yang selalu tidak ambil kisah dengan jemputan yang di terima. Tapi kalau orang tak jemput panjang benar muncungnya. Mulalah terasa hati sebab dia tidak dijemput. Siap pula tertanya-tanya...tak jemput ke? tak jemput ke? Sedangkan bila dijemput susah benar untuk memenuhinya. Sudah itu banyak pula alasannya, itulah, inilah... eeiii kalau sekali dua org percayalah jgk. Tapi kalau dah banyak kali... hmmm.... tapi tak baik bersangka burukkan... so biaq pi kat depa lah....

Tengah hari tadi terdengar teman-teman bercerita yang ada seorang teman ni terasa hati kerana tiada wakil langsung dari pejabat kami yang menghadiri majlis perkahwinannya minggu sudah. (mungkin faktor jarak menjadi sebabnya tp mcm x best pulak sbb wed yg lain pun ada yg lbh jauh lg) Tak semena-mena aku merasa sedih mendengarnya. Ditambah pula dek rasa ralat kerana aku juga tidak dapat memenuhinya kerana ada janji dengan anak-anak yang mesti dipenuhi. Kalau aku tahu kawan-kawan yang rapat dengannya pun tidak dapat menghadirinya, tentu saja aku tidak kisah untuk menjadi wakil pejabat untuk sama-sama meraikan majlisnya. Tentu dia sedih. Kad perkahwinannya di edar pada semua. Sorang satu okey, takde share2. Tapi dalam ramai-ramai itu, tiada sorang pun yang dapat memenuhinya... Aduhai....kecilnya hati.... please put ur self in her shoe, what would u feel.... klu i mmg sedih giler arr...syahdu seiii....

Berbalik pada orang yang susah sikit nak pergi majlis orang ni, ada kebaikannya juga padaku. (Ini tertakluk juga pada T&C... kalau keluarga atau sedara mara yang terdekat tu mmg takde kompromi, mesti di dahulukan juga no matter what..)Misalnya macam ni, dia jemput kita ke majlisnya. Ditakdikan ada orang lain yang mengadakan majlis pada hari dan masa yang sama. Jadi mudahlah kita nak buat pilihan untuk majlis yang mana satu yang perlu diutamakan... tapi kalau majlisnya tak berselisih dengan majlis lain, jangan risau, InsyaAllah, lambat ke cepat ke aku sure datang punya... Sebab aku ni jenis yang suka meraikan orang... walaupun orang tak bersungguh menjemput, tetap juga aku bersungguh nak datang...he..he..

Untuk my friend yang asyik berterima kasih tu, janganlah rasa terhutang budi pulak pada I. It's not a big deals for me to attend ur wed at dua2 belah side. Itu cuma tanggungjawab I sebagai seorang sahabat untuk meraikan majlis u... Kalau u berbesar hati menerima kehadiran I, begitulah juga besarnya hati i untuk memenuhi undangan u tu...

Hah, u all cuba check, ada jemputan tak untuk minggu ni? kalau ada, cuba penuhi tau... kalau takde, huhhh..lega... tak payah nak susah2 create alasankan..hu..hu..

ps...yg i dok citer org yg x kisah kenduri org ni bukanlah yg sekali sekala x dtg kenduri org, (aku pun kdg kala x dpt penuhi semua undangan gak) tp yg ni lbh kpd yg sokmo buat gitu (based on my own observation yek... kalau tersalah kata, tak kena bicara ataupun yg terasa maaplah ye)...

Tuesday, July 13, 2010

Floria Putrajaya....

U all dah pegi Floria Putrajaya???



Last week kita org sefamili berpeluang meluangkan masa ke sini... Hari jumaat tu my boss ada send email ttg Floria ni. So pagi2 sabtu bangun tido tu dah ada conversation dgn cik abang i.

C.Abg :U nak pegi floria tu tak?
I : Entah, Ikut u lah, Tp bdk2 tu sibuk nak pegi
...(ceh2 taktik guna nama anak - Tp mmg pun lps tgk iklan kat tv tu suma sibuk nak pegi)
C.Abg : Klu nak pegi, pagi2 kita pegi, klu dh lmbt I malas... nnt panas.
I : Okeylah2....
(I pun x berlenggah gi kejut anak2 sblm cepat2 gi sidai kain)

Lepas gi breakfast kat Asam Pedas depan rmh, kita org pun terus ke Putrajaya.
Masa sampai tu ada ramai org kat entrance tu pakai baju batik, siap ada polis jaga...sampai seganlah nak lalu. Ingatkan ramai2 tu nak buat apa. Rupa2nya suma tu tunggu YAB PM kita utk majlis perasmian....(Masa kita org kat dlm tu berselisih jugalah dengan YAB PM, tapi diri kat tepi2 sbb nak bagi laluan vvip lalu)


Tema tahun ni ialah Bunga Hellicornia... (nak tahu bunga dia yg mana satu tgk kat bawah ni. kalau yg dah tahu tu x pyh tgk pun xpe. Ini cuma info utk yg x kenal bunga ni)

Hellicornia...


Rasa fresh sgt kat situ sebab dikelilingi oleh bunga-bungaan pelbagai jenis, warna dan saiz... Kat luar2 tu ada bunga2 mengikut temanya spt bonsai (yg ni mmg amazing, i like), orkid etc...

















Kat dalamnya pulak adalah bermacam2 arca dan beberapa watak haiwan dan kartun yang di hiasi dengan bunga yang nampak begitu menarik sekali.




he..he.. giant hellicornia.... (Yg ni bukan betul ye. Cuma replika)



Big bird from the seseme street...


Peacock from helicornia....kreatif kan....



Penyu dari kekacang.... menarik kan


Yg ni dari bunga2 dan daun2... cantik...




Lepas tu kat laman seni ada aktiviti juga seperti melukis tempurung kelapa untuk key chain, melukis & mewarna batik, (mencanting ada juga tp itu urus setia yang buatkan), bengkel melukis guna pensil warna dan juga bengkel membuat layang2... semuanya percuma....


yang i citer conversation pagi dengan cik abang tu ada related dengan kisah di laman seni ni...


Sebab we all dtg awal jd semua aktiviti tu kita org boleh join tanpa perlu queue or tunggu giliran... seronoklah anak-anak i sbb dapat cuba... jadi klu nak selesa and cuba semua aktiviti tu datanglah awal2 yek... selain dari tak kena panas mcm cik abg i ckp tu....







Iniah hasilnya key chain tu... apa, x cantik??? he..he..mmglah kita org bukannya kreatif sgt
Batik ni Han yang lukis & kaler....





Selain tu ada jugabazaar2 jualan. Untuk makluman bukan semuanya menjual bunga dan pokok ye. Kat situ ada gerai jual baju batik, gerai kraftangan, gerai vantage... he..he....kita org beli 3 set vantage untuk buat present kat orang...


Ini ada peta lokasi Floria tu.... tapi kalau tak tengok pun takpe sebab gerenti tak sesatnya.

I ada kat anak panah tu sbb I berdiri ambik gambar kat depan tu...he..he..




So klu ada kesempatan this weekend bolehlah u all pergi jgk... Dan tentunya Floria Putrajaya mengalu-alukan kedatangan u all suma... enjoy...




Thursday, July 8, 2010

Hot FM Topik pagi... Kain Batik vs Kain Pelikat...

Tersenyum sendiri bila mendengar topik Hot FM pagi ini...
Mana tidaknya aku antara org2 yang tak reti pakai kain batik sama mcm Fafau gak... He..he... Umur dah 34 tahun, anak dah 3 tapi kain batik belum lagi menjadi pilihan untuk aku memakainya. Dari zaman kanak2 hingga masuk akil baligh mmg tak pernah pakai walaupun kain batik menjadi pakaian rasmi emak kat rmh. Entah kenapa aku lebih selesa pakai short/tight/track suit dgn t-shirt daripada pakai kain batik dengan
t-shirt... Mungkin antara sebabnya ialah susah benar nak mengikat kain tu biar sentiasa melekat di pinggang kot... Mcm mana org lain tu ikat yek?? Rasanya pertama kali pakai kain batik pun masa berpantangkan Han dulu. Waktu tu sbb anak pertama jd ikutlah ckp mak suruh pakai kain batik. Puas mak mengajar cara mengikatnya. Waktu tu kain batik mmg terlekat kukuh sbb aku selitkan kain batik tu di celah ikatan kain bengkong yng ketat. (sbb apa yg mak ajarkan tak menjadi) Jd mmg susah sikit kain tu nak melorot mahupun terburai. Tapi bila pakai time tido mmg tak selesa langsung.... terselak habis semuanya... Maklumlah tak biasa.. Mencabar betul rasanya nak pakai kain batik masa tu. Masa dalam pantang Is, pakai waktu awal2 jer. Lepas tu tak boleh tahan lama2 aku terus pakai seluar ajer.. ha..ha.. ikat bengkong atas seluar... dan bila nak terkucil punyalah susah. Nak kena bukak bengkong dulu baru boleh bukak seluar... Mmg leceh betul. Sebab dah susah2 bukak, kena susah2 ikat balik bengkong tu...tp walaupun leceh, kain batik tetap juga tidak menjadi pilihan. Masa dalam pantang Az, kain batik terus x jadi pilihan langsung. Seluar pun dah x jd pilihan lagi... Masa tu skirt panjang yang strech pulak jd pengganti kain batik. Senang benar hidup aku. Skirt tu dah ada getah kat pinggang, So mmg confirm tak jatuh. Pakai skirt ni pun duduk atau tido taklah terselak sgt sbb keluasannya
terhad... jd masih dalam kawalan lg.... Agak2nya Han pun nnt tak reti jgk nak pakai kain batik. Iyelah aku yang ada influence dari emak pun tak dapat nak ikut. Inikan pulak bila Han langsung tak dpt influnce dari mamanya... Tentulah lg tiada harapan utk dia memakainya...

Tapi kain pelikat masih menjadi pilihan cik abang, Is & Az. My cik abang mmg selesa pakai kain pelikat bila di rumah. Alternate dgn short. My boys plak pakai kain pelikat buat solat.
Kiranya kain batik dah tak popular untuk our family but kain pelikat terus menjadi pilihan...

U all pulak tahu ke pakai kain batik or kain pelikat?

Monday, July 5, 2010

Penantian yang menyiksakan

Sejak 2 minggu ini aku memang menjadi seorang penunggu. Peti surat yang tidak pernah ku jenggah selama ini menjadi tempat tumpuan utama setiap kali pulang dari kerja. Selalunya aku memang tidak pernah ambil kisah untuk membeleknya. Ini juga adalah kerana emak yang selalu rajin tolong mengambilkan surat setiap kali ada posmen yang berhenti di hadapan rumah kami. Maklumlah emak sentiasa berada di rumah, jadi jadual posmen yang datang sudah berada di dalam pengetahuannya.
Bunyi telefon bimbit akan sentiasa membuatkan hatiku berdebar2. Bila nombor yang tertera adalah dari nombor yang sudah didaftar aku akan melayaninya seperti biasa. Tapi kalau nombor yang yang tertera adalah nombor baru yang tidak pernah ku terima maka akan berdegup2 jugalah jantungku sebelum menjawabnya.
Namun sehingga hari ini masih tiada lagi surat yang aku tunggu2 itu masuk ke peti surat rumahku. Panggilan telefon yang aku nanti2kan juga masih belum aku terima untuk melayaninya. Bilalah agaknya akan ku terima ye...

Aku tunggu apa? Hmm... nantilah aku cerita

Tapi yang pastinya benarlah penantian itu suatu penyiksaan...
Ianya memang cukup menyiksakan.

Sunday, July 4, 2010

World Cup....berpesta bola...

Sejak bulan lepas seantero dunia begitu havoc dengan kemeriahan Piala Dunia 2010 yang berlangsungnya setiap 4 tahun sekali. Di sana sini kecoh bersembang mengenai kemenangan dan kekalahan pasukan pilihan masing-masing. Disebabkan pasukan Malaysia masih belum ada rezeki untuk berpeluang bermain di piala dunia maka orang2 Malaysia bolehlah memilih pasukan pilihan masing2 mengikut negara dan pemain kesukaan mereka dengan senang hati. Maknanya kalau kalah tak rasa ralat benar dan kalau menang pun dapatlah berkongsi rasa happy. Dan apalagi bolehlah mengejek pasukan pilihan kawan2yang kalah he..he... Itu semua kalau mengikut pendapatku.
Malam semalam kami sekeluarga menonton perlawanan di peringkat suku akhir. Argentina vs Jerman... Oleh kerana my hubby menyokong pasukan Argentina, maka kami anak beranak pun turut sama menyokong pasukan itu...Di tambah pula anak2 cukup mengenali Messi yang merupakan duta maxis untuk piala dunia ini. Gelaran pemain terbaik dunia membuatkan anak2 akan menjerit2 bila Messi beraksi. Begitu menarik permainannya disamping kawalan bola yang baik. Setiap bola yang sampai kepadanya bagaikan melekat di kakinya. Wajahnya yang comel juga membuatkan aku turut meminatinya...
Namun malam tadi bukan malam yang baik untuk pasukan Argentina dan Maradona... Pasukan Jerman dengan begitu cemerlang telah menempah tiket ke peringkat separuh akhir dengan kemenangan 4 berbalas 0 hu...hu... sedih arr my hubby... but kami yang lain rasa biasa aje... tak kisah sangat pun...

Pagi ini seperti biasa di hari minggu anak2 akan bertanya nak pakai baju apa? Nak pakai baju jalan atau baju rumah saja? (soalan wajib tiap hujung minggu) Oleh kerana raya pun dah nak dekat maka aku suruh mereka pakai baju jalan saja walaupun tiada plan untuk ke mana2 hari ini. Tarik punya2 tarik AZ pun tertarik baju baru yang dah lama tak berpakai... ini semua aku punya kerjalah ni. Beria menyusun baju sampaikan dah terlupa ada baju yang jarang benar berpakai terperosok di lipatan di belah bawah... Rasanya baju tu aku beli waktu piala dunia 2006... he..he.. masih baru sebab baru 2/3 kali pakai... Dan kerana tiada saiz kecil waktu tu aku belikan AZ yang waktu tu berumur 2 tahun dengan saiz 4. Maknanya di umur 6 tahun kini baju itu masih elok lagi dengan saiz tubuhnya yang tidaklah sebesar mana...
"Eeii baju Argentinalah baby" ejek IS.... Kelat aje muka AZ mahu memakainya kerana pasukan itu baru saja kalah malam tadi. Namun dek kerana gabungan warna biru dan putihnya mungkin nampak menarik di matanya maka sambil tresenyum malu akhirnya baju yang bertulis ARGENTINA di hadapan dan belakang baju dengan logo Argentina di belah bawahnya itu di sarungkan di badannya. Selepas itu dengan bangga pula dia menjerit2... Yeaahhh Argentina...Baby ni Messi...Langsung tidak kisah walaupun pasukan dan pemain itu sudah kalah semalam...
Iyelahkan kita kan orang Malaysia... apa ada kisah kalau Argentina kalah.. he..he.. betul tak ayah???

Friday, July 2, 2010

'Daddy ... It hurts'


Daddy......it hurts"

This is A TRUE STORY AND IF YOU DON'T PASS THIS ON YOU DON'T
HAVE A SOUL!!!

My name is Chris ,
I am three,
My eyes are swollen..
I cannot see.
I must be stupid,
I must be bad,
What else could have made ,
My daddy so mad?

I wish I were better,
I wish I weren't ugly,
Then maybe my Mommy,
Would still want to hug me.
I can't do a wrong,
I can't speak at all,
Or else I'm locked up,
All day long.

When I'm awake,
I'm all alone,
The house is dark,
My folks aren't home.
When my Mom does come home,
I'll try and be nice,
So maybe I'll just get,
One whipping tonight.
I just heard a car,
My daddy is back,
From Charlie's bar

I hear him curse,
My name is called ,
I press myself,
Against the wall.
I try to hide,
From his evil eyes,
I'm so afraid now,
I'm starting to cry.

He finds me weeping,
Calls me ugly words,
He says its my fault,
He suffers at work.
He slaps and hits me,
And yells at me more,
I finally get free,
And run to the door.

He's already locked it,
And I start to bawl,
He takes me and throws me,
Against the hard wall.
I fall to the floor,
With my bones nearly broken,
And my daddy continues,
With more bad words spoken.

'I'm sorry!', I scream,
But it's now much to late,
His face has been twisted,
Into a unimaginable shape.
The hurt and the pain,
Again and again,
O please God, have mercy!
O please let it end!
And he finally stops,
And heads for the door,
While I lay there motionless,
Sprawled on the floor.

My name is Chris ,
I am three,
Tonight my daddy,
Murdered me.
And you can help,
Sickens me to the soul,
If you read this,
And don't pass it on.

I pray for your forgiveness,
You would have to be,
One heartless person,
Not to be affected,
By this Poem.

And because you ARE affected,
Do something about it!
So all I ask you to do,
Is pass this on!

IF YOU ARE AGAINST CHILD ABUSE!
Post this as 'Daddy ... It hurts'

At first I thought this was just a chain letter
And I wasn't going to send it,
But now I realize that this is an important situation.

At least 5 children each day from around the world die from child abuse!!!!

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...