Nuffnang

Monday, November 25, 2019

Luaskan Kuasa..

Assalamualaikum..

Amboi tajuk! Hahaha.. Padahal cuma nak bercerita pasal bertugas di negeri kelahiranku Johor Darul Takzim. Hujung bulan October aku out station ke Johor. Mengacarakan dua program jabatan di Persada Johor, JB dan di Kolej Vokasional, Tanjung Piai. Program selang sehari. Termasuk persiapan dan acara rehearsal, 4 hari juga tugasan luar di Johor. 

Istimewanya tugasan luar kali ini adalah aku dapat kembali menyanyikan Lagu Negeri Johor. Kali terakhir dapat nyanyi lagu Negeri Johor waktu umur 9 tahun. Setelah 34 tahun, aku dapat kembali menyanyikan lagu tersebut. Alhamdulillah.. masih ingat lagi lagu tu.

Selesai rehearsal petang tu, malamnya ada masa sikit. Kami jalan-jalan ke Pasar Karat yang letaknya di belakang hotel. Punyalah banyak jualan. Aku cuma beli dua helai inner tudung aje he..he.. Sebab memang nak cuci-cuci mata aje pun disamping nak exercise dengan berjalan sebab makan kat hotel sedap.

Hari majlis. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. 
Syukur.. Ada team bekerja yang sangat best.  

Sebelum majlis bermula kami posing-posing untuk kenangan. 

Di hujung-hujung tahun ni macam berturut-turut kena mengacarakan majlis. Kalau sebelum ni mereka tanya dulu. Sekarang ni tahu-tahu nama dah masuk memo. Tak apalah. Kita mudahkan urusan orang. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita pula. Bak kata mantan pengarahku, kalau orang tak percaya, orang tak beri tanggungjawab tu. In shaa ALLAH.. aku usahakan sebaiknya.

Puas dapat bergambar dengan bendera Johor. Ya.. Saya bangsa Johor.

Selesai tugasan di Persada JB, kami bergerak ke Tanjung Piai pula. Pertama kali aku ke sana.  Kami menginap di Kukup Golf Resort. Petang masa sampai tu sempatlah juga berjalan-jalan sekitar Tanjung Piai. Dah sampai tempat orang kita tengok-tengoklah tempat orang.

Alhamdulillah.. Majlis di sini juga berjalan lancar dan dipermudahkan.
Terima kasih ALLAH.

Program di sini merupakan program terakhir Pengarah kami sebelum bersara. Kami raikan birthday Pengarah lebih awal. Alhamdulillah.. surprise yang dirancang menjadi. Selesai majlis kami bertolak balik ke Bangi. Jalan jem huhu.. Maghrib baru sampai rumah. Alhamdulillah.. perjalanan selamat. Selamat juga melepas rindu pada keluarga tersayang. XOXO

Balik ofis minggu hadapannya mengacarakan Majlis persaraan Pengarah dan pertukaran Timbalan Pengarah. Alhamdulillah.. dapat ketua yang baik dan hebat juga rezeki. Syukur Alhamdulillah. 

 Program jabatan minggu lepas. Alhamdulillah.. setiap kali program dapat kerjasama yang baik dari kawan-kawan. ALLAHU.. Terima kasih ALLAH yang mengizinkan segalanya. 

Wajah ceria setelah majlis berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulillah.  

Alhamdulillah.. Tugasan mengacara lagi.
Dulu aku tak bercerita pada emak aku mengacarakan majlis. Bila selalu kena outstation emak tertanya juga apa tugas aku. Waktu tu aku tak beritahu hehe.. Tak tahu kenapa? Macam segan haha.. Bila waktu mengacara banyak kali pula  aku terpaksa reject call emak, terus rasa tak best pulak. Jadi sejak akhir-akhir ini aku beritahu emak aku mengacarakan majlis. Hari tu sebelum ke Johor emak tanya, tak takut ke Long cakap depan orang? Hehe..Takut memanglah takut. Tapi pengalaman itu memang guru terbaik. Sekarang pun setiap kali program masih ada lagi rasa takut dan gementar. Cumanya sekarang aku lebih berkeyakinan dan sudah mampu mengawal perasaan itu dengan lebih baik . Setiap kali itu, tarik nafas, selawat dan doa banyak-banyak. In shaa ALLAH.. Dengan izin ALLAH.. segalanya dipermudahkan. Terima kasih ALLAH.
Terima kasih en.asben dan terima kasih emak kerana selalu mendoakan.

Alhamdulillah.. Dalam kesibukan dengan pelbagai program ofis dapat kiriman belon dan coklat dari officemate lama yang merindui kami di sini. Surprise! Allahu.. Indahnya persahabatan. Jauh di mata tetap dekat di hati. Thank you so much Yus. Semoga rezeki Yus terus melinpah ruah dan dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.

Alhamdulillah.. siap juga entry ini. Lama betul ambil masa nak siapkan. Mood menulis tak berapa datang. Selain sibuk dengan program ofis, sibuk juga menguruskan perkara untuk keluarga yang mengembirakan. Jadi perhatian lebih tertumpu kepada perkara itu. Excited rasanya. Semoga ALLAH permudahkan segalanya. Sekian dulu. Sampai jumpa lagi.

Salam hormat buat semua tetamu di blogku ini. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada buat kita semua. Fi Amanillah.

Tuesday, October 22, 2019

October Love..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Hari yang indah. Hati yang ceria. Kenapa ceria? Cerialah kerana diizinkan ALLAH untuk menikmati lagi kehidupan untuk hari ini. Sedih-sedih sangat pun nak pergi mana, kan? Hidup hanya sekali. Jadi kita nikmatilah hidup kita sebaiknya. Habis tu macam mana dengan masalah? Cubalah tangani dengan sebaiknya. Kita kan ada ALLAH. Mengadulah hanya kepadaNYA. Selalu kena ingat, dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang. Masalah dari ALLAH. Hanya ALLAH juga yang dapat selesaikan masalah kita. Semoga ketenangan, kebahagiaan, keceriaan, kesyukuran, kesabaran, kemuliaan, kekayaan, kesenangan, kecemerlangan, ketabahan dan segala macam kebaikan akan menjadi milik kita semua.. in shaa ALLAH. Jom sama-sama kita rajinkan diri untuk berselawat, beristighfar dan berzikir. 

Oktober tahun ni jadualku sangat-sangat padat. Dengan kerja luar, dengan kursus, dengan kena berkampung di booth pameran jabatan di KUD 2019. Aktiviti keluarga pun sama padat juga. Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan. Tugasan kerja dapat terlaksana dengan baik. Aktiviti keluarga pun tak semuanya terabai. Mana yang mampu dipenuhi cuba dipenuhi dengan sehabis baik. Terima kasih banyak pada en.asben atas sokongan dan bantuannya pada setiap masa. Paling penting sangat memahami akan tugasku. Jadi takdelah mama serabut nak buat kerja bila hal-hal anak dan rumah ada yang membantu. Terima kasih juga buat teman-teman sepejabat yang sangat awesome semuanya. Bila ada team yang bagus, setiap tugasan menjadi mudah dan dapat berakhir dengan jayanya. Syukur Ya ALLAH.

Ada orang tu baru balik Kursus Pengurusan Emosi. Itu yang semangat lain macam tu hehe.. Dapat memandang kehidupan dari sudut pandang yang lebih baik itu juga rezeki. Tarbiah sentap kadangkala perlu untuk buat kita jadi sedar diri. Apa yang penting kena fokus pada diri kita sendiri. Setiap apa yang berlaku tak pernah berpunca dari orang lain. Semuanya datang dari diri kita dan dari kesalahan kita. Tak perlu menunding jari pada orang lain. Jangan buang masa nak salahkan orang lain. Cari salah sendiri dan perbaiki! Tak rugi pun mengaku salah. Tak rugi pun walau kena mengalah. Alhamdulillah.. Semua yang ALLAH takdirkan itu adalah yang terbaik untuk kita. Syukur Ya ALLAH. 

Ya Qhayyu, Ya Qhayyum.. Dengan RahmatMU aku mohon pertolongan. Perbaikilah seluruh hidupku. Janganlah KAU serahkan diriku kepadaku walaupun sekelip mata. Aamiin Ya Mujib.


Hujung minggu lepas outstation ke Penang. 


Terlibat untuk mengacarakan Majlis Perasmian Seminar Kepimpinan Wanita 
Zon Utara. 


Alhamdulillah.. Team yang best. Kawan-kawan yang baik.

Teman sebilik. Ironinya, birthday en.asben sama tarikh dan sama tahun dengan suaminya. Dahlah dua-dua orang Kajang. Dah lama kenal baru tahu. Bila kena outstation masing-masing keluar alasan yang sama, birthday husband!!!! 
Dah sama alasan dua-dua, kena kerja luar jugak. Alasan tak laku hahaha..
So on his birthday when I am away, mama arranged surprise delivery bouquet baloons and a box of brownies. Istimewa buat en.asben tercinta.

Awal Oktober kami ke Zoo Negara. Family Day ofis en.asben. Mulanya kami macam taknak pergi. Tapi bila fikir dah lama sangat tak ke zoo negara, jadi excited pulak nak pergi. Dapat juga keluar peluh satu keluarga berjalan dalam zoo ni. Animal shownya pun menarik. Kami terhibur. Alhamdulillah.. we have a great time in Zoo Negara. 

Zoo Negara. Here we come.
Kami berempat aje. Is tak balik minggu ni. Nak gantikan dengan Fareez dia pulak attend Seminar Bahasa Arab kat UPM. So mama, ayah, Han dan Az aje yang pergi. Gegirl and Hafiy ikut papa dia pergi Genting Highland. 


Bonding time mama, ayah, Han and Az. 

Nampak tak beza lelaki dengan perempuan. 
Pantang nampak kamera nak berbual pun hilang fokus. 
Jap.. jap sayang. Kita ambil gambar dulu. Sekejap lagi sambung cerita.


 Hah.. gitu hahaha

 Seronok tengok Harimau dan anak-anaknya bermain penuh manja. 

Yang ni pulak si manja ayahnya.  
Sebenarnya angkat tangan gitu sebab nak tiru gaya flaminggo tu.
Tapi bila snap gambar, semua flaminggo turunkan kepaknya pulak hahaha..

Besar betul harimau kat belakang mama tu. 
Spek mama tertinggal kat dalam kereta. Pergi zoo bawak kereta Han. Nasib ada spek anak dara tu dalam kereta dia. Mama pinjamlah pakai. Barulah terang mata nak tengok haiwan-haiwan di zoo.

Waktu tengok animal show MIL call beritahu nak pergi konvo Aimi, anak buah en.asben kat USIM. Kami tahu Aimi nak konvo. Tapi terlupakan tarikhnya. Dah tahu Aimi konvo hari tu, kami pun rasa nak pergi juga meraikan Aimi. Tukar plan semua. Cadangan asal lepas balik zoo nak pergi makan lobster. Entah kenapa teringin sangat nak makan lobster. Tapi family first. Perut nombor tiga belas pun tak apa hehe.. Lagipun makanan untuk lunch memang dapat hari tu from event ofis en.asben. Makanan untuk sarapan pun tak habis lagi. Kami makan itulah for lunch plus singgah Mc D juga makan ringan-ringan dalam kereta. Kiranya memang boleh sangatlah nak postponed dulu agenda "melobster" tu haha..  Sampai rumah, selesai lunch, solat zohor konon nak tidur sekejap. Tapi tak dapat tidur pun sebab rasa macam cepat benar jarum jam bergerak. Tahu-tahu dah pukul 3. Kena keluar awal sebab nak belikan something untuk Aimi. 

From us to Aimi with lots of love. 

Alhamdulillah.. elok saja kami sampai di USIM, Aimi pun baru keluar dari dewan. Seronok tengok wajah ceria semua orang yang graduate pada hari tu. Semoga kesemuanya terus cemerlang dunia akhirat. Berkumpullah kami ramai-ramai di luar dewan meraikan Aimi. Kejayaan memang untuk dirai. Doa auntie, semoga Aimi cemerlang dalam bidang pekerjaan. Semoga ada rezeki dapat sambung belajar lagi dan dapat kerja yang hebat-hebat selepas ini.. Aamiin Ya Mujib. 

Alhamdulillah.. Family photo of the day.

We are proud of you Aimi. 

Aimi, mama, atuk and nenek. 

Beautiful mama and Aimi.. 

 Ibu, Aimi and Ilman.

Aimi and Ana. Ana pun akan grad from UIA next month.  
Congratulation to both of you. Much love.

Shower me with your love.. 
Alhamdulillah.. Sampai tak cukup tangan Aimi nak pegang bunga dan belon. 
 No caption needed actually. Picture says it all. We love you Aimi.

Buah hati ayah.

Hari bouquet bunga kami sekeluarga. 
Mama dan Han pun dapat bunga dari nenek sebab kat situ ramai yang menjual bunga. Alhamdulillah.. Rezeki untuk peniaga, rezeki untuk penerima dan rezeki untuk kami juga. TQ emak.

Emak dan ayah. 
Mama dan ayah serta bunga dan mama.

 We love you Aimi.
Aimi dan Han sebaya. Dua-dua ada lesung pipit yang dalam diwarisi dari nenek.

Alhamdulillah.. Tahniah Aimi. 
Cantik sangat Aimi.

Seperti Oktober yang masih belum berakhir, ceritaku di bulan oktober ini juga masih belum tamat kisahnya. Kalau ikutkan hati, semuanya mahu disimpan disini buat kenangan. Makan-makan keluarga untuk meraikan Aimi dan sambutan harijadi en.asben, majlis pertunangan sepupuku Nora (sorry dik, Kak Nyah tak dapat datang waktu majlis kenduri kahwin), en.asben outstation ke Singapore dan mama sambut pula dengan outstation ke JB dan Pontian pulak  serta beberapa acara keluarga lagi. Tapi kekangan masa jadi batasan. Semoga ada rezeki untuk buat catatan sebagai kenangan. Oh.. sebagai kenangan, Is dah lulus ujian lesen memandu. Alhamdulillah.. Dah dua oranglah anak mama ayah boleh bawa kereta sendiri. Syukur Ya ALLAH. Rasa kerdil sangat diri dengan semua nikmat yang ALLAH pinjamkan. Semoga aku sentiasa menjadi hamba ALLAH yang selalu bersabar dan selalu beryukur. Aamiin Ya Mujib.

Salam hormat unutk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Monday, September 30, 2019

Percutian ke Banting pun best tau!

Assalamualaikum..

Hujung minggu lepas kami sekeluarga bersama keluarga mertua cuti-cuti. Percutian dekat-dekat aje. Sebab tujuannya untuk berkumpul meraikan harijadi atuk dan Is. Birthday Is dengan atuk sama tarikh. Is pulak minggu tu tak boleh balik rumah. Jadi kamilah yang ke Banting untuk celebrate birthdaynya. Cuti-cuti Bantinglah kami sekeluarga minggu lepas hehe.. Walaupun percutian yang singkat dan dekat, bersama insan-insan kesayangan ianya terasa cukup indah untuk dikenang. Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH.

Jumaat malam aku mula perap ayam untuk BBQ. Pagi sabtu kemas-kemas beg.  Ambil emak kat Kajang. Lepas tu masak nasi dan buat sambal udang untuk bekalan lunch. Emak buat karipap. Pukul 12 tengah hari kami sekeluarga bergerak ke Banting 3 kereta. Siap dengan bekalan potluck untuk makan tengah hari sekali. 1 jam dah sampai Banting. Alhamdulillah.. walaupun selang 3 minggu memang akan ke Banting dan 3 minggu sebelumnya memang setiap minggu kami ke Banting untuk hantar Is balik kolej, tapi kali ini rasa seronok nak ke Banting tu lain macam. Asal dapat berjalan aje suka lebih aku ni haha.. 

Kami menginap di SAHA Homestay. Terbaik!!!
15 minit aje dari kolej Is. 

Rumah yang cantik dan comel. Dalam suasana kampung yang best.
Paling penting sangat bersih dan kelengkapannya lengkap. Walaupun 3 bilik, tapi cukup selesa untuk kami sekeluarga. Thank you so much Kak Li belanja kami homestay yang best ni.

Banyak rupanya homestay yang menarik kat area Banting. Pilihan kami sekeluarga semestinyalah yang ada pool. Pool kat SAHA Homestay ni best sebab tertutup. Jadi sangat selesa kami nak mandi manda. Gegirl dan Hafiy punyalah seronok. Solat awal waktu. Lepas zohor, lepas asar, lepas maghrib, lepas isyak, lepas subuh dia orang pulun mandi. Alhamdulillah.. seronok tengok dia orang happy. Ni.. sampai-sampai, lepas solat zohor orang lain makan, layan movie dan nak rehat-rehat. Gegirl dan Hafiy terjah kolam terus he..he..

Seperti biasa, makanan yang dibawa penuh meja. Kakak ipar siap bawa roti home made satu kotak besar. Pagi esoknya settle. Sementara Hafiy dan gegirl syok mandi kolam, kami yang dah kenyang makan lunch layan movie. Anak buah connect laptop kat tv dan pasang nettflix. Baru suku movie mata mama dah layu. Terus masuk bilik join ayah, nenek dan anak-anak bujang tidur hehe.. Waktu asar emak kejut kata emak dan ayah nak ke Pantai Morib sebab dah lama tak pergi. Dah alang-alang sampai Banting kita jalan-jalanlah sekali. So lepas solat asar kami bawa emak dan ayah ke Morib. Anak-anak semua taknak join. So kami pergi satu kereta aje bawa nenek, atuk, ibu dan mak long.

Walaupun masa ni masih jerebu tapi ramai aje orang yang lepak-lepak kat pantai Morib ni. Ada basikal sewa dan busker juga. Agak menariklah untuk lepak-lepak ambil angin pantai. 

Kita minum air kelapa, cendol dan ABC kat gerai kat situ untuk hilangkan dahaga.

Balik dari Morib, anak-anak buah dah mula bakar BBQ. Mama buat instant whipped potato brand bestari tu. Lepas tu potong-potong kobis dan carrot untuk buat coleslaw. Siap semua kita tolong bakar BBQ pulak. Alhamdulillah.. selepas isyak semua orang dah boleh makan. 

Mancis takde hehe.. Dia orang BBQ guna electric pan dulu sementara tunggu kami bali dari Morib. 

BBQ of the day. Kami bawa ayam 4 ekor dan sosej. Kakak ipar bawak kambing.
Alhamdulillah..  

Allahu.. telan liur pulak tengok gambar ni.

Anak buah yang rajin. TQ Irfan.

Alhamdulillah.. Rezeki kami malam tu.

Sebelum makan acara potong kek dan pulut kuning dulu.  
Semoga ayah, Is dan Fareez terus direzekikan dengan umur yang berkat serta direzekikan dengan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.. Aamiin.
Birthday Fareez hujung minggu ni. So kita celebrate sekali. Sedap sangat kek berries disaluti pavlova dan pulut kuning yang MIL buat. Terima kasih emak.

 Family photo. 
Eh.. Birthday boy yang share birthday sama-sama tutup mata pulak.

Ya ALLAH.. Rezekikan kami sekeluarga untuk menjadi ahli Syurga FirdausMU.. Aamin.

Emak dan ayah. Sweet loving couple. Till Jannah.. In shaa ALLAH.

 Malam tu anak-anak sambung mandi kolam. Riuh rendah sebab ramai yang mandi.

Sampai pukul 10 malam pun tak habis mandi lagi. Mandilah puas-puas anak-anak.

Yang tak mandi layan movie. Seperti biasa separuh movie mama dah gone memburu mimpi haha.. Alhamdulillah.. Lena semuanya tidur malam tu. Aircond sejuk. Semua bilik ada aircond. Anak-anak bujang tidur kat hall. Bangun pagi kita siapkan breakfast. Nasi putih satu periuk tak berusik semalamnya. Aku pula memang ada bawa serbuk nasi goreng adabi. Minyak masak dan bawang ada balance sikit. Memang cukup-cukup aje pun. So aku masak nasi goreng pagi tu. Rencahnya kakak ipar carik balance ayam BBQ dengan  balance ikan goreng semalam. Kebetulan aku memang bawa pes nasi goreng kampung dengan nasi goreng ayam. Kenalah dengan rencah yang ada. Dua kuali nasi goreng siap untuk sarapan keluarga. Alhamdulilah.. Nenek-nenek, atuk, mama ayah, ibu abah dan maklong dah settle breakfast, anak-anak sambung tidur lagi lepas subuh. Kolam kosong. So mama ayahlah conquer the pool pulak.  

Kawasan kolam tertutup. Tempat pun teduh. Rasa privacy sangat.

 Mula-mula aje rasa sejuk. Dah berendam tak rasa sejuk pun. Turn mama ayah pulak mandi kolam sambil main bola. 

Gegirl join the team. Lepas tu anak-anak dara pun join mandi. Riuh rendahlah kembali. Meriah sangat suasana. 

Kalau ada rezeki dan rumah ada kawasan boleh beli pool macam ni kat rumah. 

Lepas mandi atuk ajak nak ke Istana Bandar dan Muzium Jugra. Orang lain taknak ikut. So mama ayah bawak atuk, nenek dengan mak long aje. Berlimalah kami melawat ke Istana Bandar dan Muzium Jugra. Aku memang suka lawatan ke istana lama dan muzium ni. So memang seronoklah dengan idea atuk.

Istana Bandar, Banting. 
Istana yang mempunyai 40 bilik. Baca sejarah tentang istana ni pun aku dah rasa menarik. Dapat menjelajah ke sekeliling istana lama ni lagilah rasa seronok. Alhamdulillah. 

Walaupun kelihatan uzur tapi istana ini tetap indah dipandangan mataku.
Aku dahlah suka courtyard yang tertutup macam ni sebab memang suka all in. Mulalah berangan nak courtyard macam ni kat rumah sendiri. Ada kawasan lapang tapi dalam compound rumah lagi. Tak sedar yang ini istana ha..ha..
Mampu berangan pun seronok juga. Berkemampuan juga tu kan.

Nice kan. Kami jadikan frame untuk tempat bergambar.
Aku dapat bayangkan betapa indahnya istana lama ni dulu. Kalau dapat masuk dalam time machine yang boleh lihat macam mana keadaannya pada waktu dulu tentu lagi best. 

Us with emak dan ayah.
Balik dari Banting tu En.Asben cakap thank you so much ma sebab ikut my family outing. Aku balas balik ucap terima kasih sebab bawa family aku outing. Alhamdulillah.. Semuanya dengan izin ALLAH. Semoga kita semua direzekikan untuk menikmati bahagia dan dapat membahagiakan orang lain.. 
in shaa ALLAH.

Aku bersama emak, syurga en.asben.

Cantik sangatlah istana ni dan persekitarannya. 

Ayah, emak, atuk dan maklong serta istana lama yang cantik.

Selesai menjelajah Istana Bandar, Banting kami ke Muzium Jugra pula. Muzium Jugra ni dulu adalah bekas balai polis. Sebelum ini bangunannya tertimbus. Setelah dijumpai, mereka jadikan balai polis lama tersebut sebagai muzium. 

Kami di hadapan Muzium Jugra.

Selesai melawat Muzium Jugra kami terus kembali ke homestay. Sampai homestay terus kemas-kemas barang dan baju. Dah siap semua mama ayah hantar Is balik kolej dulu. Selepas tu balik semula ke homestay.  Selepas solat zohor baru kami check out dari homestay. 

Sebelum pulangkan kunci, kita bergambar ramai-ramai dulu.

Bye-bye Saha Homestay, Banting yang comel. 

Sebelum balik kami singgah membeli kerepek di Faz, Banting. Alhamdulillah.. Seronok bila dapat bawak balik rumah banyak stok kunyah-kunyah. En.Asben tengok TV sambil ditemani dua,tiga balang kerepek dan kacang lepas tu hehe..  Selesai membeli belah berbagai jenis kerepek kami singgah makan nasi arab pulak. Selesai makan kami meneruskan perjalanan pulang ke pangkal jalan eh ha..ha.. Pulang ke rumahku syurgaku.  

Kita makan nasi arab kat sini.

Alhamdulillah.. percutian ke Banting dah berakhir. Dekat dan singkat. Tapi cukup untuk membuatkan hubungan keluarga jadi erat. Syukur Ya ALLAH. Segalanya dipermudahkan dengan baik dan selamat. Semoga ada rezeki kami bercuti satu keluarga lagi.. in shaa ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.