Thursday, May 19, 2016

Kenduri kahwin yang dah macam annual dinner Hitachi..

Assalamualaikum.. 

Hari ahad lepas, balik dari kampung kami terus menghadiri majlis perkahwinan anak ofismate en.asben waktu di Hitachi dulu. Aku pun pernah kerja di Hitachi selama  berbelas tahun. Jadi lepas en.asben resign dari Hitachi, ofismate en.asben  dah macam ofismate aku juga sebab hubungan tu rapat. (En.asben tak lama di Hitahi. Dalam 2~3 tahun aje kut. Tapi kami pernahlah berkongsi Japanese Manager yang sama, Mr. Akinori Hotta). Dari kampung lagi kami dah bersiap untuk menghadiri kenduri kahwin tu. Memang taknak singgah rumah dulu sebab kalau dah singgah rumah nanti tentu lambatlah pulak nak hadiri majlis perkahwinan tu. Majlis diadakan di dewan UKM. Alhamdulillah.. meriah sangat majlisnya dengan dua pasang pengantin (dua beradik) diraikan serentak. Waktu zaman aku dan en.asben bercinta dulu, pengantin ni kecik aje lagi he..he.. Sekarang ni seorang dah jadi doktor, seorang dah jadi cikgu kalau tak silap aku.  Dewannya besar dan lapang. Makanannya sedap. Side dishnya juga beraneka macam. Tetamunya ramai dan kebanyakannya adalah geng-geng Hitachi.

Seronok sangat rasanya dapat menghadiri majlis tersebut. Pertama sebab dapat meraikan jemputan dari teman lama. Emak pengantin pun waktu bersalaman masa nak balik siap ucap I love you padaku he..he.. Kedua sebab dapat jumpa teman-teman lama di sana. ALLAH.. indahnya perasaan bila dapat  berjumpa kembali dengan teman-teman lama dan pasangan mereka yang dah lama tak jumpa. Masuk aje dalam dewan dah meriah waktu bersalaman dengan emak pengantin. Lepas tu dah mula nampak wajah-wajah yang dikenali. Salam orang ni, tegur orang tu, peluk orang ni, lambai orang tu. Semua pun nampak excited dapat kembali bertemu. Ada yang dah bertahun juga tak pernah bersua muka. Selalu kalau pergi kenduri mesti nak terjah makanan dulu. Tapi kali ni lebih seronok nak cari kawan-kawan lama dulu. Teman-teman yang dah siap makan pun siap tak nak balik lagi sebab nak menyapa teman-teman yang baru sampai.

Waktu tengah ambil makanan pun sempat bertegur sapa lagi. Pinggan dah di tangan, nasi dah di pinggan tapi sempat juga pergi bersalaman dan menyapa geng-geng Hitachi yang dah riuh memanggil nama. Lepas tu baru sambung ambil lauk pulak he..he.. pun boleh! (Boleh bayangkan tak betapa meriahnya suasana tu). Ex-boss aku dan ex-boss en.asben  dulu pun ada juga di sana. (Local managerlah.. Japanese manager takde pulak yang datang he..he..). Anak ex-boss aku yang dah anak dara siap datang menyapa, salam cium tanganku bila nampak kami. ALLAH.. lama betul tak jumpa. Waktu makan pun duduk semeja dengan geng-geng Hitachi. Semeja juga dengan cikgu sekolah Han yang juga isteri geng Hitachi. Rata-rata berkongsi rasa yang sama. Rasa seronok dan gembira dapat bertemu teman-teman lama. Itu yang sampai ada geng keluarkan statement kata majlis kenduri kahwin anak Kak Norli dah macam Annual Dinner Hitachi he..he..

Kalau dulu sewaktu di Hitachi, memang setiap tahun diadakan majlis annul dinner. Waktu tulah nak berkumpul dan bermesra semuanya. Waktu kerja masing-masing sibuk dengan kerja. Waktu meeting pun kadang tak sempat nak borak he..he.. Waktu nak melangkah keluar dari dewan pun sempat bertemu lagi dengan geng Hitachi yang baru sampai. Maka riuh rendahlah kat depan pintu hehe.. Sempat juga berselisih dengan ex-boss pertama en.asben  lebih 20 tahun dulu. Punyalah lama tak jumpa. Siap anaknya pun dah kerja satu syarikat dengan en.asben sekarang. Alhamdulillah.. rasa bersyukur sangat kerana dapat mengenali mereka-mereka semua. Benarlah yang persahabatan itu merupakan satu nikmat. Ianya menjadi rezeki yang sangat perlu disyukuri. Betapa dapat bertemu sahabat lama pun menjadi satu kegembiraan yang tak ternilai harganya. Terima kasih ALLAH untuk kesempatan dan pertemuan yang indah ini. Syukur.. ALHAMDULILLAH.. 

*Gambar sekeping pun takde. Sebab excited dapat berjumpa sampai tak teringat nak ambil gambar. 

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua.

Monday, May 16, 2016

Makan nasi ambeng dalam dulang..

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. Ramadhan semakin menghampiri. Dalam waktu macam ni pada setiap tahun memang selalunya meriah dengan kenduri kendara di sana sini. Hujung minggu baru ni pun jadualku padat dengan undangan kenduri kendara. Tengah hari sabtu kami sekeluarga balik kampung en.asben di Sabak Bernam. Keluarga mertuaku buat kenduri sambut puasa dan tahli arwah. Tak dapat nak balik pagi sebab anakku ada kelas tambahan. Pagi tu sempat juga aku tunjuk muka sekejap di rumah BFFku yang mengadakan kenduri akikah anaknya. Alhamdulillah.. ada rezeki juga untuk aku penuhi undangan darinya walaupun aku berkejar dengan banyak urusan lain yang perlu diselesaikan pagi tu sebelum balik kampung. Itupun kawan aku paksa juga suruh jamah sikit makanan yang baru aje dihidang. Sebelum bertolak ke kampung sempat juga singgah kejap untuk  salam-salam dan ucapkan tahniah pada jiran emakku yang menyambut menantu pada hari itu. Majlisnya diadakan pada malam itu. Jadi aku tak dapat nak penuhi undangannya. Tapi sebagai tanda berbahasa, aku singgah juga untuk tunjuk muka.

Alhamdulillah.. pukul 5 petang kami sampai di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam. Waktu sampai tu dah ramai ahli keluarga yang dah berada di rumah arwah embah. Kami antara yang terlewat sampai he..he.. Seronok bila dapat berkumpul-kumpul. Majlis dibuat selepas isyak. Petang tu kaum keluarga bersama-sama menyediakan makanan ringan untuk hidangan keluarga dan para tetamu yang akan datang. Majlis di kampung en.asben, selalunya tetamu dihidang dengan makanan yang ringan-ringan saja. Makanan berat dibungkus sebagai berkat. Ringan-ringan pun, banyak juga yang dihidangkan untuk tetamu. Ada mee bandung, popia, karipap, kek buah, apam susu dan juga lepat cendol. Alhamdulillah.. semuanya sedap-sedap belaka.  Untuk berkat,  emak mertuaku menempah  nasi ambeng dari pihak katerer. Alhamdulillah.. nasi ambengnya sedap. Selain untuk berkat buat tetamu ada juga nasi ambeng untuk kami sekeluarga. 

Makan nasi ambeng dalam dulang..  Meriah suasananya..

 Seronok bila sesekali dapat makan ramai-ramai dengan cara begini..

Kenduri kali ini terasa istimewa kerana kami dapat makan nasi ambeng ramai-ramai dalam dulung. Comel aje bila adik sepupu en.asben yang kecil kata, ehhh peliknya bila umminya hidang makanan dalam dulang dan kata nanti kita makan dalam dulang. Tapi bila dihidang dan dah makan ramai-ramai dia nampak enjoy pula. Alhamdulillah.. memang seronok makan begitu. Cuma jarang-jarang dapat buat begitu. Anak-anakku juga nampak seronok dapat makan begitu. Aku sendiri memang tak melepaskan peluang untuk makan dalam dulang. En. asben pun begitu. Ingat lagi waktu aku kecil-kecil dulu. Waktu tu aku tinggal di Batu Pahat. Masa tu rapat sangat dengan anak jiran. Bila ayah jiranku bawak balik berkat dari rumah kenduri, emaknya akan buka berkat tu dan hidang dalam dulang. Kemudian emaknya akan panggil anak-anaknya termasuklah aku juga untuk makan sekali dalam dulang. Tak sangka, aku dapat makan begitu lagi sekarang ini. 

Alhamdulillah.. kenduri malam itu berjalan dengan lancar. Perjalanan pergi dan pulang kami sekeluarga juga lancar. Syukur Ya ALLAH..

Salam hormat untuk semua.. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada utnuk kita semua.. Fi Amanillah.. 

Tuesday, May 10, 2016

Merai emak..

Assalamualaikum.. 

Untuk merai ibu, memanglah tak perlu tunggu hari-hari tertentu. Memang setiap hari kita boleh meraikan ibu tercinta. Terbaca pasal hari ibu itu bersempena dengan apa terasa tak seronok sangat untuk mengadakan apa-apa sambutan hari ibu. Tapi bila niat sebenar hanyalah untuk meraikan ibu bukan bersempena apa-apa yang selain dari itu, terasa mahu juga meraikan ibu tersayang pada hari tersebut. Rasanya hari ibu mula glamour di sambut sejak 7-8 tahun sebelum ini. Teringat lagi, bila sebelum ini memang tak ambil port langsung pun pasal tu. Waktu itu walau tak kisah nak sambut hari ibu, hati tetap berasa tercuit bila sana-sini orang meraikan ibu mereka penuh meriah sedangkan kita tak buat begitu pun untuk ibu kita. Rasa kekok sendiri bila bersama-sama dengan emak atau emak mertua menonton kisah tentang kemeriahan sambutan hari ibu di tv. Waktu itu memang terfikir sendiri. Kalau ibu kita juga dirai, tentu mereka rasa gembira. Ianya bukan soal mahu merai ibu sendiri  kerana orang lain merai ibu mereka. Tapi ianya soal mahu merai ibu sendiri disaat ibu-ibu lain turut diraikan oleh anak-anak mereka.   

Emak dan emak mertuaku  memang rajin sangat memasak untuk merai anak dan cucunya. Bila cakap aje nak raikan hari ulang tahun sesiapa, memang emak dululah yang akan memasak apa-apa yang istimewa untuk kami. (Mungkin sebab anak dan menantu tak rajin masak kut he..he..). Hari sabtu lepas, rancang-rancang dengan en.asben dan kakak ipar untuk  raikan emak. Kalau buat makan-makan di rumah, tentu emak juga yang akan memasak. Niatnya nak bagi emak dan emak mentua berehat tak payah masak. Nak masak sendiri takut tak sedap nanti. (Alasan sangat kan ha..ha..). Jadi kami plan untuk bawa emak dan seisi keluarga untuk makan-makan di luar. Malam tu kami sekeluarga keluar makan di kedai yang dekat aje dengan rumah. Kami makan di Pavillion Steak House, Sungai Ramal Dalam. Yang bestnya kat situ ialah kita boleh pilih untuk pesan makanan western dan juga boleh pesan makan nasi arab. (Wink.. wink.. mata bersinar kalau pasal makanan he..he..).  Jadi pilihan makanan ada lebih banyak. Alhamdulillah.. makanannya boleh tahan sedap juga. Kiranya okeylah buat makan-makan kat situ. 

Meja panjang untuk kami sekeluarga yang seramai 21 orang..  

Malam tu pulak  hujan turun dengan lebatnya. Jadi memang suasana jadi lebih nyaman bila perut dah kenyang makan ;) 
Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH..

 Jemput makan emak, jemput makan ayah.. 
Emak aku ada di hujung sebelah sana. Meja panjang sangat, jadi tak dapat nak capture gambar semua orang. Aku pun takde ambil gambar malam tu. 
Tapi boleh nampak kan "emak pengantin" yang sibuk sangat tu. 
Orang lain semua duduk, aku aje yang berdiri.. Maklumlah.. anak ramai.. ha..ha..

Alhamdulillah.. Syukur di atas segala nikmat dari ALLAH..
 Seronok sangat dapat makan ramai-ramai satu keluarga macam ni..
Sedap juga makan di Pavilion Steak House ni.. Ada makanan barat dan nasi arab.. Eh.. dah cerita kan tadi.. takpelah.. kita cerita lagi ;)

Lepas makan berat kita makan kek pula.. 
Jom.. emak, emak, ibu dan mama kita potong kek bersama..
Gegirl menyelit ganti tempat mummy :)
 
Celebrate sekali birthday anak buah aku, Aimi.. 
Sweet 17 ni..  sebaya Han.. Manis kan?
Kek kita share aje sebab kalau beli banyak-banyak nanti tak habis makan.. 
Ini pun tak habis.. Sampai hari ni ada lagi sikit kat dalam peti ais tu.. 
Masa nak beli kek malam tu, kat SR depan rumah ramai yang beli kek.. 
Sampai habislah  stok kek kat kedai tu.. Yang ada pun cuma beberapa jenis kek yang aku tak pernah beli.. Kalau nak beli kek choc. indulgence kena tunggu stok baru.. Tak mahu menunggu jadi aku ambil aje kek yang ini..
white chocolate fundue ke apa.. Nak beli yang cheese, emak-emak aku memang tak makan punya..  Alhamdulillah.. sedap juga rasa kek ni..


Alhamdulillah.. Emak dan mertuaku potong kek bersama.. 
Ibu dan mama-mama turut bersama..

Anak-anak dara dan bujang bergambar bersama :) 
Doaku semoga kesemuanya akan terus rapat sampai bila-bila.. 
In shaa ALLAH..

Gambar dalam gambar.. Sebab ramai jurugambarnya :)

Manis aje senyuman gegirl.. 
Lebih manis lagi senyuman emak-emakku tersayang..

Churos kat Pavillion ni pun sedap.. Cicah dengan coklat cair dengan aiskrim vanilla.. Mula-mula order satu.. lepas tu order lagi dua he..he.. Hari tu ajar emak aku makan churos.. Sekali emak suka pula.. Emak kata sedap!
Bila tengok ada dalam buku menu malam tu memang emak pun tak lepas peluang nak order churos..

Tengok bayangan dekat cermin tu.. Ramai cameramannya :)

Gambar yang sama dengan gaya yang berlainan sebagai kenangan buat kami..
Setiap langkah, setiap kejayaan, setiap kebahagiaan dan setiap rezeki kami sekeluarga pastinya diiringi dengan doa dari emak.. Semoga dengan doa dari emak juga akan dapat membawa kita semua ke Syurga.. In shaa ALLAH..
 Terima kasih emak.. Jasa-jasamu sangat kami hargai.. 
Semoga ada rezeki untuk kami terus merai emak yang dikasihi dengan sebaiknya setiap hari.. Aamiin.. 

Salam hormat untuk semua.. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.. 

Wednesday, May 4, 2016

Cuti-cuti KL yang awesome!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. cuti 3 hari sempena Hari Perkerja telah pun tamat. Bulan lepas waktu belek-belek kalendar, hati dah berbunga-bunga bila tengok ada cuti yang berderet.  Tapi takde plan pun nak ke mana. Dalam takde plan tangan tu sesekali gatal-gatal juga google laman web agoda dan booking.com he..he.. Biasalah.. bila cuti panjang tu selalu teringat nak bawa anak-anak jalan-jalan. Alhamdulillah.. en.asben dapat rezeki lebih sikit bulan lepas. Alhamdulillah.. bahagian untuk ahli keluarga tersayang semua dah diagihkan untuk sama-sama berkongsi rezeki. Untuk anak-anak dah siap-siap jadi simpanan. Tapi terasa nak raikan mereka juga waktu ada rezeki lebih ni. Iyalah.. kita ibu bapa nikan menumpang rezeki anak-anak. Waktu tu ada tawaran menarik kat Grand Lexis. Bagus sangat dah tu. Sebab anak-anak boleh berkubang seharian dalam pool dan aku boleh berehat dalam bilik hotel aje tak payah nak keluar. Tapi bila beritahu dekat en.asben, dia reject. Sebabnya en.asben dah dapat agak jalan nak ke PD sure jem waktu tu. Jadi dia taknak serabut tempuh jem. Nanti percutian jadi tak enjoy. Bila dah macam tu, terbatallah niat nak booking bilik di Grand Lexis. 

Jalan jem selepas exit tol Bangi menghala ke arah Seremban.  
Gambar ni aku ambil dari  depan rumah makcik aku pada tengah hari sabtu tu.
Alhamdulillah.. kami tak jadi nak ke PD. Kalau tak, tentu berkerut muka en.asben dan anak-anak sepanjang jalan. Jem macam ni memang boleh dijangka di waktu cuti panjang, kan.

Dalam pertengahan bulan april, adik aku call. Alhamdulillah.. ada rezeki lebih juga yang dia perolehi dan dia berniat untuk berkongsi rezeki bersama kami sekeluarga. So, dia suruh pilih nak makan kat mana. Aku bila orang suruh pilih ni terus blur he..he.. Nak makan kat Bangi macam tak best sebab dah biasa. Kalau makan kat KL boleh ubah selera sikit. Jadi teruslah cakap kat adik kita makan kat KL aje. Bila dah cakap nak makan kat KL terus aku pun terfikir untuk cuti-cuti KL sekali. Jadi apalagi, googlelah semula hotel di agoda dan booking.com kat KL yang ada swimming pool. Ada 2,3 hotel yang aku berkenan dengan harga yang berpatutan. Tapi en.asben reject. Sebab dia tahu anak-anak dia macam mana. Kalau mandi swimming pool macam mandi kat water park. Riuh rendah he..he.. Jadi dia risau menganggu orang lain yang nak bercuti rehat-rehat tenangkan fikiran. Sebab kat KL kan selalu ramai pelancong mat salleh. Kalau orang kita dah biasa mandi  anak-anak riuh rendah mandi kolam he..he.. 

Bila en. asben cakap macam tu, aku pun jadi terfikir sendiri. Tak best juga kalau anak-anak nak enjoy mandi kolam tapi kita sibuk dok tahan jangan buat bising. Dahlah bukan hari-hari bawak dia orang pergi mandi. Tapi bila fikir balik eh.. biarlah kalau dia orang nak bising. Budak-budak kalau dah jumpa air tentulah seronok. Lagipun kita menginap kat situ berbayar. Bukannya free pun he..he.. (Intai-intai juga nak bercuti dekat area berhampiran KL. Tapi tak berjaya sebab kebanyakan hotel kat area tu dah penuh hu..hu..). Alhamdulillah.. akhirnya dengan keizinan en.asben, aku booked 2 bedroom suite kat The Zon, KL. Alhamdulillah.. suitenya luas. Biliknya besar. Dapurnya selesa siap ada dapur untuk memasak. Lengkap dengan microwave, peti ais dan peralatan dapur semua. Bilik air ada dua siap dengan bath tub di kedua-dua bilik air. Harga RM 400 termasuk tax dan breakfast. Parking Free. Swiming pool agak luas mengadap KLCC. Nak tengok jam tengok aje jam kat menara maxis tu. Paling best masjid As-Syakirin KLCC tu betul-betul bersebelahan dengan hotel. Hah.. apa nak lagi he..he.. Jadi booking ajelah. 

 Gambar The Zon yang aku ambil dari KLCC..
Jalan kaki ke  KLCC cuma dalam 5-10 minit saja.

Pagi sabtu tu, en. asben keluar pergi JPN Putrajaya buatkan IC Az. Dah 12 tahun dah anak bongsu aku. Settle semua balik rumah dalam  pukul 12 lebih. Aku tak ikut pun sebab nak packing barang kat rumah. Lepas ambil makcik kat Bangi, ambil emak dan anak-anak kat Kajang dalam pukul 1 lebih kami keluar dari Bangi. Dalam pukul 2 lebih dah sampai hotel. Itu pun dah beberapa kali pusing sebab tak jumpa simpang masuk ke hotel. Kami ni kalau ke Ipoh ke, ke Penang ke, Ke KL ke, sama aje. Mesti sesat punya he..he.. Waktu nak cari jalanlah signal GPS asyik lost. Nasib.. nasib he..he.. Alhamdulillah.. masih awal juga kami sampai. Pukul 2 lebih tu dah terus boleh check in bilik. Siap bilik diupgradekan ke bilik yang lebih besar. Syukur.. Terima kasih ALLAH. Jadi lebih selesalah untuk kami yang seramai 11 orang tu. Alhamdulillah.. aku sangat berpuas hati dengan keadaan biliknya. Perabot memanglah nampak lama. Tapi ianya bersih terjaga. Dari bilik boleh nampak Masjid KLCC. Boleh nampak KLCC dan boleh nampak swimming pool.

Alhamdulillah.. emak aku dengan makcik aku nampak seronok sangat bila sesekali dibawa berjalan tidur hotel. Walaupun hanya bercuti di KL saja. Alhamdulillah.. kepuasan yang tak ternilai harganya bila dapat buat orang tua rasa happy. Masuk aje bilik hotel emak dengan makcik dah seronok bila dapat katil masing-masing. Emak aku siap request nak stay sampai 2 malam he..he.. In sya ALLAH.. ada rezeki, nanti-nanti kita cuti-cuti lagi ya mak. Untuk lunch, kami memang dah bawak bekal dari rumah. Jadi sampai-sampai, lepas solat zohor teruslah makan dulu. Lepas tu suruh anak-anak cepat-cepat bersiap tukar baju mandi untuk turun mandi kolam. Sekarang ni kan kalau petang aje hujan. Sekali tu, siap aje semua orang salin baju, tak sempat turun bawah hujan dah turun dulu. Jadi semua pun melepak ajelah tengok tv dengan baju mandi. Tapi lagi banyak tengok luar dari tengok tv sebenarnya sebab kejap-kejap intai keluar mengharapkan hujan dah berhenti  he..he. Lepas solat asar baru hujan berhenti. Alhamdulillah.. dapatlah anak-anak mandi kolam sekejap petang tu. 

 Emak dan chu tersayang..  

Chu aku ni adik ipar emak. Adik arwah ayah. Sejak dari kecil kita orang adik beradik memang terlalu rapat dengan chu. Bila dah besar-besar ni, walau kadang tu tak selalu jumpa tapi hati selalu juga teringat kat chu. Bila nak pergi berjalan macam ni, bila ada rezeki bolehlah bawak chu bersama. Kami adik beradik memang  sangat-sangat rapat dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik kami. Tak kiralah dari sebelah ayah mahupun dari sebelah emak. Makcik dan pakcik tu memang kami anggap macam emak ayah sendiri. Makcik dan pakcik kami pun layan kami macam anak sendiri. Alhamdulillah.. kami dikurniakan dengan makcik pakcik yang cukup baik.  Syukur.. Prinsip aku, orang berbudi, kita berbahasa. Walau setinggi mana pun aku berada, in sya ALLAH orang yang pernah berbudi padaku tetap selalu di hati. Semoga ALLAH sentiasa jaga hatiku selalu agar selalu tahu mengenang budi.

Alhamdulillah.. Akhirnya anak-anak dapat mandi.. Mama dapat merenung KLCC sambil bersilang kaki.. chewahhh..  Feeling bercuti sangat ni he..he.. 

 5 beradik dalam jakuzi..

Dekat pukul 6 ajak anak-anak naik bilik sebab dah janji dengan adik aku nak keluar makan. Pukul 6.30 macam tu kami keluar. Sebab tak familiar jalan kat KL maka adik aku pun siap-siap tunggu depan hotel. Teruslah kami ke Hokaido Restoran (Chinese Restaurant) yang terletak berdepan dengan Hotel Vistana. Ramai orang melayu makan kat situ. Mujur ada orang lead jalan. Kalau tak? Mahunya kami  tak jumpa jalan he..he.. 

 Complete.. Inilah family aku.
(Al-fatihah untuk arwah ayah dan  arwah adik..). 
Alhamdulillah.. ada rezeki nak makan bersama. Ada rezeki juga orang nak belanja he..he.. TQSM maksu, paksu. Semoga adikku terus dimurahkan rezeki yang melimpah ruah hendaknya. Semoga keduanya terus berbahagia hingga ke Jannah.. In sya ALLAH.

Happy faces semuanya.. 
Nak makan kan, mahunya tak happy he..he.. 

Emak menantu dan cucunya.. 

Sabar menunggu.. 
Tapi ekspresi di wajah macamkan dah tak sabar-sabar menunggu aje, 
kan.. he..he.. 

 Terus sabar menunggu he..he..
Sebenarnya tak lama sangat pun menunggu tu..

Lets wefie to kill the time he..he.. 

Mama dah makan dulu?? Soal Is. 
Hilang kesabaran, makanya mama terpaksa makan dulu abang he..he..  Sebenarnya ceritanya macam ni.. (He..he.. beria nak  beri penjelasan). Lepas dah order makanan, air dah sampai, waktu solat maghrib pun masuk. Jadi semua orang pergi solat dulu. Tumpang solat kat surau Hotel Vistana depan restoran tu. Aku, gegirl dan adik aku tunggu dulu. Elok aje dia orang semua pergi solat, makanan pun sampai. Aisshhh... Takkan nak tengok aje. Dahlah makanan tu semua sangat menggoda. Aku pandang adik aku. Adik aku pandang aku. Tak payah cakap apa-apa memang tahu sama tahu he..he.. Jadi kami pun makanlah dulu.. Lepas orang lain balik dari surau, kita orang bertiga pun habiskan makan cepat-cepat dan pergi solat maghrib pulak.

Makan dengan penuh bergaya.. 
Errr... Makan dengan penuh beria lebih sesuai rasanya..
Okey.. dah boleh teruskan makan selepas penjelasan telah diberi he..he..

Lepas makan bersaudara pergi tengok perang saudara pulak he..he.. 

Aku tak pergi pun. Maksu dan Paksu yang bawa anak-anak semua pergi tengok wayang kat KLCC. Pagi tu sebelum kami ke KL adik aku dah call tanya anak-anak buahnya nak tengok citer Captain America tak??? Adik nak booking tiket siap-siap. Mahunya anak-anak taknak.. semua nakkkk he..he.. Sebab dia orang ramai, jadi kami bertukar kereta. Melaram kejaplah aku dengan kereta adik aku he..he.. Dia orang jalan dulu sebab movie dah nak start. Aku, en.asben, emak dan chu terus balik hotel. 

Seronok anak-anak dara aku dapat tengok wayang..  TQ paksu!

 Daddy's day out..

 Senyum seindah suria yang membawa cahaya.. 
Senyumlah dari hati, duniamu berseri..

Seronoklah semua orang bila paksu melayan.. 

Seronok anak-anak dapat pow maksu..

TQSM maksu. I love you so much sister.. Muaahhh.. muaahh..

Sekarang ni tinggal dialah sorang satu-satunya adik aku. Jarak umur aku dengan dia 9 tahun. Masa dia lahir  aku darjah 3. Arwah adik darjah 1. Kita orang tak tahu pun emak mengandung. Tahu-tahu satu pagi tu arwah ayah bawak emak pergi hospital. Rupanya emak dah sakit nak bersalin dah. Esoknya kut baru bawa balik rumah. Aku dengan arwah adik aku sekolah hari tu. Balik dari sekolah arwah adik aku siap belikan jajan untuk adiknya. He..he.. masa tu tak tahu baby tak boleh makan jajan lagi he..he.. Lepas 3 bulan adik aku ni lahir, arwah ayah meninggal dunia. Sian adik aku. Tak sempat kenal arwah ayah. Dia ni dari kecik lagi dah diva ha..ha.. Ingat lagi, masa tadika lagi, kalau baju dia komot dia taknak pergi sekolah.  Baju dia mesti kena iron betul-betul. Sebijik macam arwah ayah sebab emak kata arwah ayah dulu, baju rumah dia pun semua kemas berseterika. Sebab dari kecik dah attach dengan iron so dah confirmlah dia team Iron Men he..he.. Balik dari movie aku tanyalah kau team apa? Dia jawab, of courselah I team Tony Stark.. Hah.. Aku dah agak dah. Dia dengan IRON berpisah tiada ha..ha.. 
 
En.asben kata, kalau kita yang bawa memang takdelah anak-anak nak dapat beli set macam ni. He..he.. sebab en.asben tahu, mesti aku cuma akan belikan popcorn aje.. Takde nak beli set-set tu semua ha..ha..
 
Masjid KLCC

Tengok dari tingkap bilik memang nampak masjid ni terang benderang sepanjang malam. Terjaga pukul 5 pagi, tengok tingkap lagi. Nampak masjid terus hati rasa dipanggil-panggil. Kejut en.asben ajak solat di masjid. Emak dengan makcik memang dah bangun waktu tu. Beritahu nak ke masjid, makcik aku pun nak ikut sekali. Emak nak ikut jugak tapi sakit perut pulak. Tak dapat nak ikut. Sudahnya kami pergi bertiga. Kat lobi aku tanyalah kat sekuriti. Kalau jalan kaki ke masjid tu 5 minit ke? Dia kata, No, 3 minute only. Memang dekat sangat pun. Keluar aje dari pagar hotel dah nampak masjid. Dapatlah kami berjemaah solat subuh di Masjid KLCC ni.. ALHAMDULILLAH.. terasa percutian ke KL lebih bermakna.

Chu dengan en.asben di hadapan Masjid KLCC selepas solat subuh.


Feeling pelancong.. Pagi-pagi dah ada di KLCC Park.. 


Balik dari Masjid, naik aje hotel en.asben ajak berjalan-jalan ke Taman KLCC. Emak dengan makcik pun nak ikut. Tanya emak larat jalan tak? Emak cakap larat. So, marilah kita berjalan kaki ke KLCC. Dekat aje pun. Anak -anak taknak ikut sebab malam semalam maksu paksu dah bawak dia orang pergi lepak kat situ. Tengok air dan lampu. Maka berjalanlah kami berempat santai-santai hirup angin pagi sambil memandang KLCC yang tinggi. Suasana terasa cukup damai sebab keadaan masih sunyi. Tak terasa pun macam sedang berada di Bandaraya Kuala Lumpur. (Poyo sangat ayat tu kan he..he.. tapi itulah yang aku rasa. En. asben tak rasa kut sebab dia kan kerja kat KL. Tiap pagi berjalan hirup angin KL tu dari Stesen Komuter ke Bangunan Ofis). Yess.. Tak sangka, pagi tu aku berjaya mengatasi warga Indon dan Bangla yang selalu memenuhi tempat ini di hari cuti he..he..

Aku aje yang beria nak bergambar.. Orang lain semua kena paksa dengan aku he..he..


Punyalah pagi kami dah sampai.. Guard pun tengak briefing dan berkawad. 

Alhamdulillah.. Cuti-cuti KL pun best rupanya..  

Tak lama pun kami kat situ. Lepas dah rehat-rehat sekejap, kami pun balik ke hotel semula. Naik hotel terus pergi breakfast dulu. Anak-anak dah breakfast sendiri. Naik bilik suruh anak salin baju mandi. Sambil tu packing barang sikit-sikit. Lepas tu turun bawah teman anak-anak mandi kolam. Memang bercuti kali ni aku yang temankan anak-anak kat pool. Bagi peluang kat en. asben dapat rehat-rehat dan sambung tidur dengan tenang kat bilik hotel. Alhamdulillah.. cuaca sangat baik pagi tu. Aku pun join mandi kolam sama. Sebab terlupa nak bawak pelampung anak-anak. Jadi risau juga nak biarkan dia orang mandi sendiri sebab kolam tu dalam juga. Suruh mandi kat tempat budak dia orang taknak. Semakin selesalah anak-anak nak mandi kolam. Sampai pukul 11 pun keadaan kat pool tak panas lagi. Pukul 11 lebih naik atas, mandi dan salin baju semua. Makan lagi untuk habiskan stok makanan he..he.. Aku pun rehat kejap lepas tu packing-packing barang. 

Pukul 12 lebih kami check out dari hotel. Masukkan barang dalam kereta then pergi Masjid KLCC untuk solat Zohor. Alang-alang dah berada di sebelah Masjid, marilah kita mengambil berkat dengan bersolat jemaah di Masjid. Sebelum solat zohor ada sedikit tazkirah. Kat masjid waktu tu pun ada majlis perkahwinan. Jadi suasana di perkarangan masjid kelihatan meriah. Selepas solat zohor kami pun berangkat balik ke Bangi. Dalam kereta badan aku dah rasa lain macam. Tekak sakit, kepala pening dan badan dah rasa seram sejuk. Lama sangat berendam menemankan anak-anak mandi kut. Sebelum balik kami singgah makan kat JM Bariani, Bangi. Waktu kat masjid terbau-bau nasi minyak. Jadi kami pun nak makan nasi minyak juga. Nasi bariani kat restoran lain pun sedap juga. Tapi bagi kami JM Bariani adalah yang terbaik. So, marilah kita makan di situ. Harga memang mahal sikit tapi puas hati. Lepas makan hantar makcik aku balik. Lepas tu singgah rumah mertua kejap hantar nasi bariani JM. En.asben kalau makan nasi bariani JM mesti teringatkan emak dan ayah. Jadi kami memang dah siap-siap bungkuskan untuk emak dan ayah.

Balik rumah aje aku terus melepek. Penat tu tak sangat. Tapi badan rasa tak sedap betul. Tak turun pun waktu papa anak-anak saudaraku datang bawa anak-anaknya bercuti pulak. Sampai ke hari isnin badan masih tak lega. Sakit tekak dan sakit kepala berterusan. Seharian memang lepak aje kat bilik. Bila rasa lega sikit cepat-cepat buat kerja rumah apa yang termampu. Lepas tu sakit kepala dan seram sejuk datang balik. Alhamdulillah.. semalam dan beransur pulih. Syukur.. Alhamdulillah.. dapat buat catatan percutian keluarga kami di KL. Sekarang ni memang dah jarang-jarang dapat buat entry. Tapi kalau buat tu panjang-panjang semuanya sebab terasa semua benda nak catat untuk kenangan sendiri. Apa yang berlaku cukup berharga dalam kehidupanku. Jadi sebelum terlupa nanti-nanti biarlah aku catatkan setiap kenangan penuh padat. Agar nanti tak terasa ralat.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua.. Fi amanillah..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...