Alhamdulillah.. Ramadhan semakin menghampiri. Dalam waktu macam ni pada setiap tahun memang selalunya meriah dengan kenduri kendara di sana sini. Hujung minggu baru ni pun jadualku padat dengan undangan kenduri kendara. Tengah hari sabtu kami sekeluarga balik kampung en.asben di Sabak Bernam. Keluarga mertuaku buat kenduri sambut puasa dan tahli arwah. Tak dapat nak balik pagi sebab anakku ada kelas tambahan. Pagi tu sempat juga aku tunjuk muka sekejap di rumah BFFku yang mengadakan kenduri akikah anaknya. Alhamdulillah.. ada rezeki juga untuk aku penuhi undangan darinya walaupun aku berkejar dengan banyak urusan lain yang perlu diselesaikan pagi tu sebelum balik kampung. Itupun kawan aku paksa juga suruh jamah sikit makanan yang baru aje dihidang. Sebelum bertolak ke kampung sempat juga singgah kejap untuk salam-salam dan ucapkan tahniah pada jiran emakku yang menyambut menantu pada hari itu. Majlisnya diadakan pada malam itu. Jadi aku tak dapat nak penuhi undangannya. Tapi sebagai tanda berbahasa, aku singgah juga untuk tunjuk muka.
Alhamdulillah.. pukul 5 petang kami sampai di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam. Waktu sampai tu dah ramai ahli keluarga yang dah berada di rumah arwah embah. Kami antara yang terlewat sampai he..he.. Seronok bila dapat berkumpul-kumpul. Majlis dibuat selepas isyak. Petang tu kaum keluarga bersama-sama menyediakan makanan ringan untuk hidangan keluarga dan para tetamu yang akan datang. Majlis di kampung en.asben, selalunya tetamu dihidang dengan makanan yang ringan-ringan saja. Makanan berat dibungkus sebagai berkat. Ringan-ringan pun, banyak juga yang dihidangkan untuk tetamu. Ada mee bandung, popia, karipap, kek buah, apam susu dan juga lepat cendol. Alhamdulillah.. semuanya sedap-sedap belaka. Untuk berkat, emak mertuaku menempah nasi ambeng dari pihak katerer. Alhamdulillah.. nasi ambengnya sedap. Selain untuk berkat buat tetamu ada juga nasi ambeng untuk kami sekeluarga.
Makan nasi ambeng dalam dulang.. Meriah suasananya..
Seronok bila sesekali dapat makan ramai-ramai dengan cara begini..
Kenduri kali ini terasa istimewa kerana kami dapat makan nasi ambeng ramai-ramai dalam dulung. Comel aje bila adik sepupu en.asben yang kecil kata, ehhh peliknya bila umminya hidang makanan dalam dulang dan kata nanti kita makan dalam dulang. Tapi bila dihidang dan dah makan ramai-ramai dia nampak enjoy pula. Alhamdulillah.. memang seronok makan begitu. Cuma jarang-jarang dapat buat begitu. Anak-anakku juga nampak seronok dapat makan begitu. Aku sendiri memang tak melepaskan peluang untuk makan dalam dulang. En. asben pun begitu. Ingat lagi waktu aku kecil-kecil dulu. Waktu tu aku tinggal di Batu Pahat. Masa tu rapat sangat dengan anak jiran. Bila ayah jiranku bawak balik berkat dari rumah kenduri, emaknya akan buka berkat tu dan hidang dalam dulang. Kemudian emaknya akan panggil anak-anaknya termasuklah aku juga untuk makan sekali dalam dulang. Tak sangka, aku dapat makan begitu lagi sekarang ini.
Alhamdulillah.. kenduri malam itu berjalan dengan lancar. Perjalanan pergi dan pulang kami sekeluarga juga lancar. Syukur Ya ALLAH..
Salam hormat untuk semua.. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada utnuk kita semua.. Fi Amanillah..
3 comments:
Assalam...
Nasi ambeng..tak pernah mkn tp nur pernah tgk FIL beli masa bln posa...org johor la katakan
rugi kat anak2 nur sbb bila tgk mkn ramai2 cam gitu..mcm2 isi ada dlmnya hairan mereka hahaha
sejak arwah opah atuk dah takde ni dah lama kami tak makan dalam dulang :( kalau tak dulu selang 3 4 bulan msti makan dalam dulang sesama sepupu.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment