Saturday, October 30, 2010

Bulan madu di laut biru.. versi dah basi..

Hari tu ada pergi ke blog seorang teman blogger ni. Kat blog dia ada mentioned yang impian dia nak berbulan madu kat dalam star cruise. So aku pun voice out kat shoutmix dia yang aku pun berbulan madu kat dalam star cruise jugak. Beberapa minggu sudah dia ada tinggalkan msg kat shoutmix aku macam kat bawah ni...

So tergeraklah hati ini nak bercerita pasal honeymoon aku di laut biru yang dah basi itu. Tapi basi-basi pun kenangan terindahnya tetap tersemat indah disanubari aku sampai kini. Pada aku memang best sangat.

Sebenarnya aku mahupun en.asben tak pernah pun menyimpan impian untuk berhoneymoon kat dalam star cruise tu. Segalanya secara kebetulan. Dua tiga bulan sebelum wedding, aku dengan en.asben ada pergi ke Matta Fair kat Mines. Entah kenapa dalam banyak-banyak tawaran percutian yang menarik, percutian yang ditawarkan oleh star cruise pula yang menarik hati kami. Tak fikir panjang en.asben terus book percutian tu. Sebenarnya nak booking cruise to no where.. which is cruise yang stay kat tengah laut ataupun cruise to Singapore. Tapi memandangkan waktu tu cuma en.asben aje yang ada passport so tak dapatlah kami ambik trip yang itu. Jadinya kami pun memilih cruise ke Langkawi saja. Dah nama pun honeymoon kan, so en.asben dengan murah hatinya booking suite for us instead of deck room. Memang terbaiklah en.asben. Walaupun waktu tu terasa semacam jugak sebab belum kahwin lagi dah siap-siap booking 1 bilik untuk kami berdua. Tapi sebab aku tahu semuanya itu untuk selepas kahwin so aku cool lah jugak. Ingat yer, booking satu bilik untuk yang bukan muhrim adalah untuk selepas kahwin saja. Jangan nak mengada share2 bilik sebelum kahwin. Itu namanya sesaja nak cari nahas.... Jangan nak buat pasal.
Kami naik trip tu dari Port Klang. Rasanya dalam pukul 4 ke 5 petang dah naik atas kapal. Tapi pukul 8 malam kot baru kapal mula bergerak. Crew kapal mostly orang Filipina. Memang bestlah pengalaman naik kapal besar tu. Dalam kapal tu rasa macam kat dalam mall yang besar. Sebab segalanya ada. Dari panggung wayang, restoran, kedai-kedai, klinik dan macam-macam lagi semuanya ada. Ada gim dan swimming pool jugak. Kasino pun ada jugak. Itu yang buat kita orang cuak juga. Iyelahkan, manalah tahu sebab kasino kat atas tu buatkan kapal tu karam ke apa ker sia-sia ajer terbabit sama. Tapi Alhamdulillah, percutian kami itu tiada musibahnya. Terima kasih Allah. Sebelum kapal bergerak, ada dijalankan latihan kecemasan dulu. Semua orang kena pergi ikut laluan yang di arahkan dengan pakai jaket keselamatan menuju ke arah sampan-sampan kecil yang tersedia kat sebelah tepi kapal. Masa ni lagi rasa macam citer titanic masa nak naik sampan kecil yang banyak tersangkut kat tepi-tepi kapal tu. Tapi idaklah naik sampan tu. Cuma mereka tunjukkan kat mana kita harus pergi in case ada berlakunya kecemasan. Masa kapal mula bergerak, ramailah yang menebeng kat tepi kapal termasuk aku dok lambai-lambai kat jeti. Padahal bukannya ada sesiapa pun yang aku nak lambai.. Ha..ha.. saja ambil feel citer titanic...
Pagi esoknya kapal berlabuh kat langkawi. Yang tak bestnya aku mabuk laut. Aduh rasa pusing semacam. Lepas makan pil untuk mabuk laut tu, tidur kejap baru rasa ok. Barulah dalam menjelajah ke sekeliling kapal sambil tengok laut yang hijau mambiru. Untuk pil tu korang tak yah risau nak bawak. Kat dalam tu memang ada disediakan. Korang cuma perlu minta di kaunter saja. Ini tips untuk sesiapa yang nak bercuti dalam kapal tu. Makan memang mewah kat dalam tu. Rasanya masa tu dia orang provide sampai 4 kali makan. Which is breakfast, lunch, tea time and dinner. Masa dinner adalah orang yang main gitar and biola datang kat satu meja ke satu meja untuk hiburkan kita. So kita boleh request nak lagu apa untuk dia orang mainkan. Masa tu aku request lagu hotel california... ha..ha.. korang jangan gelak yer.. aku memang suka lagu tu. Sangat romantik bila dinner atas kapal and ada orang mainkan music macam tu untuk kita sambil nyanyi. Lepas makan boleh lepak-lepak kat atas dek sambil tengok laut, bintang, bulan. Kalau tengok balik gambar-gambar lama tu memang terkenang-kenanglah. Maaf yer, aku tak boleh share sebab waktu tu aku masih free hair. Sekarang dah bertudung jadi tak sesuai nak tunjuk gambar-gambar lama.

Sebab kami booking trip tu masa Matta Fair jadinya kami dapat complimentary gift untuk berjalan sekeliling Langkawi secara percuma. Lepas tu naik kapal untuk balik semula ke Port Klang. Itu yang untungnya. Dahlah dapat discount yang superb. So inilah serba sedikit cerita aku dan star cruise 12 tahun lepas. Kalau korang naik and pengalamannya lain sikit aku tak tahulah yer. Sebab ini pengalaman aku and en.asben dulu.

Thursday, October 28, 2010

Bos geli-geli...

Petang semalam masa bw ke blog rakan-rakan blogger, (err.. sori aku pun dah tak ingat blog mana) terbacalah cerita tentang orang tu dan boss barunya. Maka aku pun teringatkan bos pertama aku dulu. Tetiba pulak kan*** Korang layan ajerlah yer.

Masa tunggu result SPM dulu, aku pernah kerja sebagai production clerk kat satu kilang kecil ni. Walaupun kilang ni kecil tapi produk yang dihasilkan adalah untuk customer yang besar-besar jugak. Kiranya customer yang namanya gah jugalah kat malaysia ni. Waktu tu barulah aku tahu yang teror jugak kilang kecil-kecil ni sebenarnya. So tak bolehlah kita nak pandang sebelah mata. Ok.. aku dah melalut. Aku nak cerita pasal bos bukan pasal kilang kecil itu... ha..ha.. iklan jap.

Ok serius, straight pada cerita bos pertama aku yer. Waktu tu aku baru 17 tahun. So memang ayu lah waktu tu kan. Mana ada anak gadis 17 tahun yang tak ayu. Cuba cerita sikit. Dapat bos pun muda juga. Baru grad 2, 3 tahun kot. Chinese guy. Orang penang so BM dia memang bagus. Fluent sangat. Memang aku kagumlah. Muka tu boleh tahanlah jugak. Bukanlah kategori tak hensem. Tapi taklah sampai taraf hensem macam hero or pelakon pembantu cerita drama polis Hongkong yang aku selalu tengok waktu petang masa balik kerja waktu tu.

Mamat tu post dia production manager. So aku ni memang direct report kat dia merangkap clerk, PA, tukang hantar surat dan segala-gala tugas pentadbiran kat bahagian tu. Maklumlah kan aku dah kata kilang tu kecil so dah tentu-tentu staff pun ciput gak. Jadi memang takyah nak komplen banyaklah kan. Buat ajerlah apa yang diarahkan. Janji gaji jalan.

Dia ni memang baik. Selalu ambil berat. Tapi yang aku tak berkenan tu dia ni suka sangat panggil aku masuk bilik dia. Sepuluh kali sekejap intercom aku. Dia panggil tu bukanlah nak buat benda tak senonoh pun. Tidak yer. Dia panggil memang suruh buat kerjalah kan. Tapi yang tak syoknya, nak arahkan buat kerja tu sekejap ajer. Tapi bila dia nak suruh tu punyalah lama dia ambil masa. Sampaikan kadang-kadang aku terpaksa melangut tengok dia buat kerja. Kalau melanggut tengok BF aku buat kerja takpelah jugak kan.. kan.. kan??? Jadinya tiap kali dia angkat muka maka kami pun akan bertentangan mata. Kalau sekali dua tu kira biasalah kan. Tapi kalau dah banyak kali... Eeiii tak sukanya aku. Jadi gelilah pulak aku nak main-main mata banyak kali ni. Dengan bos sendiri pulak tu. Kalau dengan orang yang aku ada taruh hati tu lainlah pulak ceritanya. Dah tentulah aku suka. Ini.... ahhh... grrrr...

Zaman tu emel takde lagi kot. Ker dah ada tapi kat tempat tu ajer yang masih tak gunakan lagi. Aku pun tak pasti. Tak ingat dah wei. So setiap kali ada memo dia akan panggil aku dok depan dia tuliskan memo tu untuk dia. Pun lama jugak ni. Sempatlah dia dok jawab telefon 3 ~ 4 kali. Layan operator ker, supervisor ker yang datang ke bilik dia 2~3 orang untuk settle problem. Barulah siap satu memo tu. Memang lama ok. Dia ni pulak memang terkenal kat situ sebagai pengeluar memo terbanyak setiap hari. Maka korang bayangkanlah sendiri.. berapa lama aku kena duduk ngadap dia untuk tulis memo??? berapa kali aku kena masuk bilik dia??? dan soalan cepu emasnya berapa kali aku kena bertentangan mata dengan dia???


Yang paling tak tahan tu bila dia mengamuk. Ini kadang-kadang ajer berlaku. Tapi aku paling tak tahan. Kaw-kaw dia marah orang. Jerit-jerit bagai. Silap hari bulan siap campak-campak barang. Tapi dalam marah-marah tu boleh pula sekali sekala kami bertentangan mata... Boleh??? Ohhhh... aku tak tahu nak cakap apa. Geli geleman jadinya. Dia nak aku admire dia sebab dia boleh tunjuk kuasa dia depan aku ke apa. Oh please... aku tak tergoda.

Eh.. dia nak ngurat aku ker??? Tapi kalau nak kata iye, nape bila kat luar bilik dia ajer, mesti dia buat pandang tak pandang ajer kat aku. Nak cover line ker?? Ker aku yang perasan lebih. Hmm entahlah. Yang pastinya bila aku hantar surat resign, terus dingin dia layan aku. Memang gelilah bila ingat balik. Agaknya sebab aku budak lagi kot masa tu. So tak boleh terima bila orang nak ngurat cara gitu. Maksud aku nak ngurat aku dengan title yang dia ada. Ceh konon macam semua tu tak penting ajer kan. Kononya tak materialistik lah tu... ha..ha.. hanya en. asben aku yang tahu... peace.

Saja tak letak gambar sendiri masa umur 17 tahun sebab takut keayuanku kena puji. So aku pinjam gambar en.google lagi.

Tuesday, October 26, 2010

Kawan baru...

Bila pergi berkursus maka ramailah orang baru yang akan kita kenali. Seronok benar rasanya bila dapat menambah kawan. Bila sudah berkawan maka sedikit sebanyak tentang diri mereka dapat kita kenali. Iyelahkan untuk mengenali seseorang itu dengan serba ringkas, kita tak perlukan masa yang terlalu lama. Hanya beberapa detik dan ketika pun kita sudah mampu mengenali sifat sebahagian dari mereka. Mengenali mereka melalui first impression kita dan dari watak yang ditampilkan oleh diri mereka sendiri dihadapan kita. Dengan senyuman dan teguran tanda perkenalan, mudah saja untuk kita mendapat seorang teman baru.

Alhamdulillah, di sana aku dapat teman sebilik yang baik. Aku selesa dengannya sepanjang 10 hari itu. Langsung tiada masalah. Memang itulah doaku sejak mula. Agar dapat teman sebilik yang baik. Maklumlah nak berkonsi bilik bukan untuk semalam dua. Tapi lebih dari seminggu. Jadi kalau dapat yang tak tentu, mahu sengsara hidup aku. Walaupun jarak umur kami agak jauh, namun beberapa minit pertama aku mengenalinya saja, aku sudah boleh ngam dengan dia bagaikan kami sudah kenal lama. Beres tentang bab itu.

Rakan di bilik sebelah dan rakan-rakan sekumpulan pun jenis yang sekepala. Maka seronoklah bila dapat berkerjasama. Tiada preasure untuk menyelesaikan tugasan. Makanya semua aktiviti berjalan dengan penuh kelancaran. Lega. Selamat semuanya. Tak tahulah persahabatan yang dijalin itu akan pergi selama mana. Kalau ikutkan pengalaman yang lepas-lepas, walau tak semua, masih ada jugalah teman-teman sekursus yang masih berhubungan sehingga kini. Mudah-mudahan untuk kursus yang ini pun begitu juga.

Maka bila berkenalan dengan orang-orang yang baru maka bukan setakat jumlah kawan di facebook saja yang akan bertambah. Pengetahuan kita tentang sikap dan perangai orang juga akan turut bertambah. Ada yang suka begini. Ada yang suka begitu. Ada suka ini. Ada suka itu. Macam-macam kan..

Korang pernah dengar tak yang ada juga rupanya orang yang tak makan cili sos, tomato sos dan kicap. Aku baru first time dengar masa kursus hari tu. Bukannya sorang tapi dua orang yang buat pengakuan. Hmm.. Agaknya kalau aku tak pergi kursus mesti aku tak tahu yang ada juga orang yang tak makan sos dan kicap ni. Bagi aku yang cuma tolak batu dengan kayu ni dah tentu-tentulah macam pelik ajer mendengarnya he..he.. Orang lain aku tak tahulah. Mungkin dah biasa dengar kot. Kiranya selain dari dapat teman baru aku juga dapat tahu tentang perkara yang baru juga.

Wednesday, October 20, 2010

Award dari Lulu dan Haidi...

Hmm... lama benar tak update blog. Hari isnin dah habis kursus tapi sampai hari ini takde semangat lagi nak update blog. Manakan tidak dua tiga hari ni masih bersemangat melepaskan rindu pada anak-anak and en.asben tercinta. Dan masih bersemangat juga melepaskan penat he..he.. Sepanjang cuti 10 hari yang I dok gebang hari tu rupanya adalah dua sahabat blogger ni yang baik hati nak bagi award kat I. I like... Untuk Lulu Caldina & Haidi, thanks you all.

Ini award dari Lulu



So sebelum ambil award tu perlulah jawab soalan ni sebagai memenuhi syarat.

1.Write 5 interesting facts about the person who gave u this award..
Well, bagi I yang hanya mengenali lulu di alam maya ni, Lulu seorang yang cantik, comel, penuh berinformasi, ceria and rajin update blog dia. Sebab dia rajin update blog dia maka selalulah juga I dapat berita terkini dari blog Lulu Caldina ni.

2. Write 10 interesting facts about yourself and your hobby.
- seorang isteri.
- seorang ibu kepada 3 orang anak.
- seorang kakak kepada 2 orang adik perempuan.
- seorang yang sangat murah dengan senyuman.
- seorang yang boleh dipercayai.
- seorang yang pandai simpan rahsia.
- seorang pendengar yang baik
- sangat suka membaca
- suka mengemas rumah
- suka gelak ...ha..ha..

Ini pula award dari Haidi

Untuk yang ini pun ada soalan-soalannya...

1. Kenapa suka blog my lense's story?
I suka blog Haidi ni sebab kat situ ada banyak photo-photo yang menarik. Kalau tak percaya nanti u all boleh pergi ke Haidi ni.

2. Reaksi selepas terima award ni?
Dah tentulah suka kan... Thanks Haidi.

Dan seperti biasa bila kita dapat award dah tentulah kena tag orang lain juga kan. Begitu jugalah dengan award dari Lulu & Haidi ni. So I nak tag semua yang dah sudi jadi follower blog I untuk terima salah satu dari award ni. Boleh ker gitu. Boleh kot. So sudi-sudikanlah yer.

Friday, October 8, 2010

10 = sepuluh = ten

Minggu ni minggu takde mood. Sebabnya esok aku akan pergi kursus selama 10 hari. Walaupun tak keluar dari malaysia tapi 5 - 6 jam jugalah nak sampai sana. Sedihnya lah.. 10 hari nak tinggal en.asben tercinta. 10 hari nak tinggal anak-anak kesayangan. 10 hari tak dapat tengok, peluk, cium insan-insan kesayangan aku tu. Mesti rindu gila untuk 10 hari nanti. Alahai... tapi apakan daya. Dah namanya pun kerja. Jadi kenalah buat cara orang bekerja kan. Jadi nak taknak kenalah jugak pergi kursus yang 10 hari tu... huhu serius sedih..

So, 10 hari ni takdelah nak update blog. 10 hari juga tak dapat berblogwalking ke blog rakan-rakan blogger. 10 hari tak dapat nak baca entry-entry menarik korang. Pada yang sudi singgah tu terima kasih banyak yer. Nanti i balas balik kunjungan u all tu.

Doakan keselamatan aku untuk pergi, balik dan semasa berkursus tu yer. Semoga kita jumpa lagi lepas 10 hari nanti..

Ok dah cukuplah sepuluh kali aku taip number ten tu. So adios semua. Take care!

Tag dari Nurkaloi...

Tag ni diterima dari si secretary yg cantik manis. Serius cantik. Tak caya cubalah pergi ke blog Nurkaloi ni.

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
Handphone.. walaupun tak canggih mana tapi kalau takde rasa haru juga.
2. Benda yang terakhir korang beli guna duit sendiri?
Makanan untuk Lunch tadi.
3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan?
I dah kahwin u...
4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
YES... with my mr. charming - en.asben.. (luv u sayang)
5. Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
Novel Aisya Sofea & Anis Ayuni masa pesta buka kat PWTC.. eh..eh.. dah lama lah..
6. Dimana korang selalu jumpa dengan kekasih korang?
Our Home Sweet Home..
7. Apa name penuh korang?
Hanis Azla (Nama penuh dalam blog boleh kan..he..he..)
8. Antara mak dan ayah mana yang korang lebih mesra?
Both of them..
9. Namakan orang yang betul2 korang jumpe dalam hidup korang?
Err.. betul2 jumpa?? Apa maksudnya yer..
10. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Ya. Baju en.asben & anak-anak sekali dengan bantuan ms.washing machine from Japan
11. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Mekah - Buat umrah dan Haji.
12. Pilih satu, peluk atau cium?
Salam, peluk, cium.. he..he.. korang ingat tak quote fames tu...
13. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang?
spesis ikan (err..dia yg ngaku yer), cantik (ini pujian ikhlas), rajin komen kat blog i (TQ yer)
14. 5 Bende yang korang sayang sangat dalam hidup korang?
Semua hak milik sendiri aku sayang.
15. 5 lagu yang korang suke dengar?
5 lagu Aizat yang aku tak tahu tajuk tapi aku tahu lagu dia.
16. bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
kalau cakap lupa boleh percaya tak... he..he.
17. 5 orang blogger yang korang nak tag.
Tak tag boleh tak??? Sebab kadang2 ada yang tak suka bila namanya ditag.. Kalau I ok aje. So sesiapa yang berminat boleh teruskan tag ini. Sudi-sudikan yer.

Selesai sudah tugasan ini, Tugasan paling cepat yang pernah aku settlekan.

Chicken soup for the mind..

Sangat menarik... Jom baca.

NO POINTING FINGERS
A man asked his father-in-law, "Many people praised you for a successful marriage. Could you please share with me your secret?" The father-in-law answered in a smile, "Never criticize your wife for her shortcomings or when she does something wrong. Always bear in mind that because of her shortcomings and weaknesses, she could not find a better husband than you."
We all look forward to being loved and respected. Many people are afraid of losing face. Generally, when a person makes a mistake, he would look around to find a scapegoat to point the finger at. This is the start of a war. We should always remember that when we point one finger at a person, the other four fingers are pointing at ourselves.

ha..ha.. betul sangat.. so u guys, jangan banyak komplen.. terima kami seadanya kami..

CREATING PERFECT RELATIONSHIPS?
A person visited the government matchmaker for marriage, SDU, and requested "I am looking for a spouse. Please help me to find a suitable one." The SDU officer said, "Your requirements, please." "Oh, good looking, polite, humorous , sporty, knowledgeable, good in singing and dancing. Willing to accompany me the whole day at home during my leisure hour, if I don't go out. Telling me interesting stories when I need companion for conversation and be silent when I want to rest." The officer listened carefully and replied, "I understand what you need is a television."
There is a saying that a perfect match can only be found between a blind wife and a deaf husband, because the blind wife cannot see the faults of the husband and the deaf husband cannot hear the nagging of the wife. Many couples are blind and deaf at the courting stage and dream of perpetual perfect relationship. Unfortunately, when the excitement of love wears off, they wake up and discover that marriage is not a bed of roses. The nightmare begins.

Jangan terlalu mencari kesempurnaan.. yang biasa-biasa pun boleh buat kita bahagia apa...

RIGHT SPEECH
There is a Chinese saying which carries the meaning that "A speech will either prosper or ruin a nation." Many relationships break off because of wrong speech. When a couple is too close with each other, we always forget mutual respect and courtesy. We may say anything without considering if it would hurt the other party.

A friend and her millionaire husband visited their construction site. A worker who wore a helmet saw her and shouted, "Hi, Emily! Remember me? We used to date in the secondary school." On the way home, her millionaire husband teased her, "Luckily you married me. Otherwise you will be the wife of a construction worker." She answered,"You should appreciate that you married me. Other wise, he will be the millionaire and not you."

Frequently exchanging these remarks plants the seed for a bad relationship. It's like a broken egg - cannot be reversed.

Oopsss... hati-hati. Jangan nanti ada yang terasa dan merasa.. dan sudahnya tak boleh lupa sampai bila-bila.

BE PATIENT
This is a true story which happened in the States. A man came out of his home to admire his new truck. To his puzzlement, his three-year-old son was happily hammering dents into the shiny paint of the truck. The man ran to his son, knocked him away, hammered the little boy's hands into pulp as punishment. When the father calmed down, he rushed his son to the hospital.

Although the doctor tried desperately to save the crushed bones, he finally had to amputate the fingers from both the boy's hands. When the boy woke up from the surgery & saw his bandaged stubs, he innocently said, "Daddy, I'm sorry about your truck." Then he asked, "but when are my fingers going to grow back?" The father went home & committed suicide.

People make mistakes. We are allowed to make mistakes. But the actions we take while in a rage will haunt us forever.

Ishhh... jangan sekali-kali buat sebarang tindakan waktu tengah marah... takut nanti kita akan menyesal seumur hidup... Bunuh diri lagilah jangan tau..

Good Life starts only when you stop wanting a better One.

Got this email from my BFF. Thanks ain for sharing.

Wednesday, October 6, 2010

10 makanan anti kolestrol..

Minggu-minggu selepas raya ni kan kita semua sibuk sangat dengan jamuan di sini sana. Asyik makan, makan, makan dan makan aje kerjanya. So apa kata kita ambil tahu sedikit mengenai 10 makanan anti kolestrol ini. Mudah-mudahan berkesan untuk kesihatan kita semua.
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Ianya juga kaya kalsium & mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menseimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Kalau diikutkan, semua makanan ini adalah jenis yang kita selalu jumpa. Tapi kita aje yang tak ambil tahu pasal khasiatnya. Rugi betul rasanya kan...

Monday, October 4, 2010

Itu saya punya...

Yang ini sape punya??
Tanya ibu mertua kawan en.asben yang tidak mengenali aku dan anak-anak. Semua yang ada di situ tergelak sakan mendengar soalan yang begitu direct itu. Langsung tak beralas. Maklumlah orang tua kan. Pertanyaan mereka biasanya tentang apa yang mahu dia tahu saja. Bahasa ikut mana yang sedap di mulut mereka saja. Aku faham dan dapat menerimanya. Takde hal.

Instead of jawab itu isteri dan anak saya, dengan penuh selamba en. asben menjawabnya begini.
Yang itu saya punya makcik...

Ha..ha.. begitu menjawab soalan nampaknya. Sangat sweet. Aku suka.

Friday, October 1, 2010

Apa yang penting???

Bila bercerita kat kawan aku yang banyak majlis undangan untuk aku & family attend hari ini, esok dan lusa, dia kata aku kena pandai pilih. Ambil yang mana penting saja. Tak perlu nak attend semua. So aku pun buat list untuk tentukan priority. Mana yang boleh aku tolak tepi andai kata tidak kecukupan masa. Dan senarainya adalah seperti berikut.

Jumaat :
Majlis rumah terbuka Aras 1 kat ofis
Majlis rumah terbuka Aras 2 kat ofis
Majlis doa selamat sepupu aku yang habis belajar & pulang ke Malaysia
Majlis doa selamat kawan en.asben yang akan menunaikan haji

Sabtu :
Majlis rumah terbuka jiran depan rumah
Majlis rumah terbuka kawan baik en.asben
Majlis rumah terbuka sekolah agama Han & Is
Trial Test Keyboard Han
Wedding adik ipar adik aku

Ahad :
Wedding adik kawan baik aku
Wedding anak pakcik aku
Wedding jiran lama mak aku
Swimming class Han, Is & Az
Majlis rumah terbuka pakcik aku
Majlis rumah terbuka boss en. asben

Berdasarkan perkara dan orang yang aku boldkan di atas itu, aku rasa semuanya penting. Itu tak termasuk lagi dengan rancangan nak menghabiskan trip jalan raya bersama keluarga mertua. Walaupun setiap majlis itu akan tetap berlangsung juga tanpa kehadiran aku dan keluarga, tapi kalaulah dapat memenuhi kesemuanya tentulah aku lebih suka. Agaknya ada tak yang senasib dengan aku yer.. Nak kongsi?

Pulau pandan jauh ke tengah...

Kalau orang dah tak suka semuanya nampak tak kena kan. Cakap salah. Tak cakap pun salah. Bila tutup mulut orang tak peduli. Bila buka mulut orang benci. Kesiankan bila tengok orang kena pulau. Bila dia tanya orang buat-buat tak dengar. Bila dia ulang suara orang jawab dengan suara yang tinggi pula. Walaupun dia tak cerita tapi dari air muka dia dan dari air muka mereka kita tahu memang ada yang tak kena.

Bayangkan, dia yang bertanya mereka buat muka toya. Aku yang tak terlibat di tegur mesra.

Aku ni memang suka memerhati. Jadi bila tengok situsi macam tu aku jadi tak sedap hati pula. Nak menegur tak tahu cerita. Sebabnya dengan dia aku tak rapat dengan mereka pun sama juga. Jadinya tak tahu pula siapa yang salah, siapa yang betul. Nak sokong siapa lagilah aku tak tahu. Sebab semuanya memang baik dengan aku. Tapi bila cuba tempatkan diri kita di tempat dia memang aku rasa tak best betul. Kalau orang pulaukan kita, kita nak buat apa ye??

Hipokrit ke kalau kita tak suka orang tapi kita buat-buat suka demi untuk menjaga hati dia???

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...