Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Bukan nak berhenti.. cuma nak cuti..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. mood lemau minggu ni baru berakhir hari ini. Tak bestnya bila lemau-lemau. Tapi kadang-kadang lemau-lemau itulah yang membuatkan kita bangkit dengan lebih bersemangat lagi. Membuatkan kita memandang dunia dan kehidupan dari perspektif yang lain pula. Setiap perkara yang berlaku itu pastinya ada hikmahnya kan. Harap-harap setiap perkara yang berlaku memberi peluang untuk kita memperbaiki diri yang serba kekurangan lagi banyak kekhilafan ini, insyaAllah.

Meninggalkan perkara yang menjadi rutin kerja kita selama bertahun-tahun rupanya akan membuatkan kita merasa rindu bila kita tidak melakukannya lagi. Berbelas tahun aku berkerja di tempat lama. Kini aku mula merindui semua kerja-kerja yang pernah aku merasa bagaikan nak muntah untuk melakukannya dulu he..he.. Mengingati kerja-kerja lama membuatkan aku teringatkan satu kisah ini.

Alhamdulillah, rezekiku agak murah di tempat lama. Perkembangan kerjayaku di tempat lama juga sangat baik. Kenaikan gaji, bonus dan pangkat sentiasa memuaskan hati. I love Hitachi. Kiranya, kalau ada yang mengeluh tentangnya, aku berada di kelompok yang akan berkecuali. Tentulah berkecuali bila selalu rasa puas hati kan. (Ada yang bertanya, kalau dah sayang dan berpuas hati kenapa nak bertukar ke tempat baru juga? Jawapan aku, berhijrah itu perlu untuk kita memperolehi sesuatu yang lebih baik lagi untuk kita. Tips tambahan: sebelum berhijrah buatlah solat istikharah untuk kita dapatkan petunjuk dari Allah. InsyaAllah, dengannya kita dapat buat keputusan untuk memilih perkara yang lebih baik untuk kita).

Dalam tahun 1998 kut, aku ada dapat award untuk best employee. Setiap tahun memang ada 5 orang perkerja yang akan terpilih untuk anugerah ini. Dari 5 yang terbaik dari setiap bahagian itu akan dipilih seorang untuk anugerah employee of the year. Kiranya aku wakil untuk bahagian ofis dan pentadbiran. Seronoklah bila dah dapat award tu. Lepas dapat award tu ada kenaikan pangkat. Tahun itu aku tak dapat kenaikan pangkat. Aku tak rasa apa pun sebab aku baru lagi naik pangkat 2 tahun sebelumnya. (Setiap tahun ada kuotanya untuk kenaikan pangkat. Jadinya kalau asyik-asyik kita saja tentulah rasa tak best juga. Aku bukan apa, dalam sebuah organisasi, kerja yang dibuat selalunya dalam satu pasukan. Bukan kita seorang yang buat kerja. Takde orang lain yang melakukan tugas mereka dengan baik, tentunya kita juga tak akan dapat buat kerja kita dengan baik. Jadinya kalau orang lain boleh sama-sama rasa kenaikan pangkat tu tentu saja akan memberi motivasi yang baik untuk setiap pekerja. Jadinya bila peluang itu dapat dirasai oleh orang lain  takkanlah kita perlu nak rasa tak puas hati).

Nak dijadikan cerita, selang sehari dari hari kenaikan pangkat tu aku ada memohon cuti sebab ada hal peribadi. Tanpa banyak soal bos aku approve cuti aku tu. Maknanya aku boleh bercuti dengan gembiranya. Tapi tiba-tiba HR manager call aku. Cuak okey bila HR manager call kita secara direct. Iyalah, pekerja kat situ ada seribu lebih orang. Selalunya kalau ada apa-apa mestilah staff dia yang call. Ini dia sendiri yang call. Mahu tak cuak. HR manager tu minta aku berjumpa dengan dia. Berdebar-debar sangat waktu nak pergi jumpa tu. Siap dalam kepala dok ingat balik kesalahan apa yang aku dah buat ni??? Selama ni show cause letter pun tak pernah dapat. Warning letter apatah lagi. Tetiba kena panggil. Memang tipulah kalau tak gubra.

Bos  u beritahu i, u ada apply cuti. U nak bercuti ni sebab u rasa tak puas hati ke sebab u tak naik pangkat selepas u dapat award tu?

Waktu tu aku macam errr... Muka aku nampak frust giler ke bila orang lain yang naik pangkat sampaikan bos aku ingat itu sebabnya aku nak ambil cuti? Siap beritahu pada HR manager lagi. Sumpah.. eh..eh.. tak baik main sumpah. Tapi serius, bukan itu sebabnya. Sebab aku sendiri memang tak letak target untuk naik pangkat setiap 2 tahun. Tapi waktu itu terasalah macam diri ini cukup dihargai sebab orang atasan nampak concern tentang perkara itu. Aku memang betul-betul nak ambil cuti. Bukan nak berhenti pun. Lepas HR manager cakap bahagian dia dan aku pun jelaskan bahagian aku segalanya berjalan dengan baik selepas itu. Tapi dekat sebulan juga aku macam segan nak pandang muka bos aku dan HR manager tu juga. Gelabah kan  he..he.. tapi itulah pengalaman berharga. Motivasi untuk aku berkerja dengan lebih cemerlang lagi.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

Thursday, March 22, 2012

Rezeki Allah.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. Baru sudah sarapan. Aku ni kalau kata tak cukup makan memang tak bersyukurlah namanya. Sebab kalau tak bawa bekal sendiri mesti ada kiriman pada teman-teman yang keluar. Kalau takde yang keluar akan adalah teman-teman yang berkongsi makanan mereka denganku. Pagi ini tak sempat nak bawa bekal dari rumah. Cuma sempat bawa sebiji pisang dari rumah. Tiada juga teman-teman yang keluar. Jadinya sebiji pisang sudah cukup sebagai sarapan. Tapi masih ada rezeki untukku. Dalam kalut nak ambil barang di dalam, ada rezeki dari teman-teman. Siap hantar ke meja lagi. Sekarang ini sedang kekenyangan dengan sandwich roti wholemeal yang isinya telur rebus hancur bersama mayonaise, salad yang banyak, sos yang secukup rasa  dan kepingan cheese lagi. Sedap sangat. Terima kasih teman-teman. Bersyukur itu sangat perlu. Terima kasih atas rezeki Allah.

Alhamdulillah.. hari ini senyuman ada lebar sikit. Nampaknya ada bonus yang masuk. Bukan bonus sendiri tapi bonus en.asben bersama sedikit kenaikan gaji. Dengar-dengar ada teman-teman lain juga yang menerima bonus bulan ini. Bestnya. Aku menumpang happy. Tapi untuk bonus en.asben tu haruslah aku tumpang sekaki he..he.. Ada orang dapat lebih. Ada orang dapat kurang. Begitulah bila bonus diambil kira dari prestasi kerja. Ada orang kerjanya bagus tapi penilaiannya kurang. Ada orang kerjanya kurang penilaiannya tinggi. Rezeki masing-masing kan. Yang penting semuanya mendapat imbuhan. Pada aku berapa yang kita dapat itulah rezeki yang Allah nak bagi buat kita. Ini kerana Allah maha mengetahui  keperluan kita. Jadinya tak kiralah kecil atau besar jumlahnya. Kalau tak dapat langsung. Itu juga rezeki kita. Tapi jangan risau, Allah maha mencukupi untuk kita. Bersyukur itu sangat perlu. Terima kasih atas rezeki Allah.

Alhamdulillah.. dua tiga hari ini mood menulis sudah mari. Idea mula datang mencurah. Dah lama tak rasa seronok menulis macam ni. Balik kerja aku boleh menulis. Malam lepas en.asben dan anak-anak makan aku boleh menulis. Bangun pagi boleh menulis dahulu sebelum ke tempat kerja. Tulisan yang tergantung di muka surat seratus lebih selama beberapa ketika sudah jejak ke muka surat dua ratus. Kalau Allah tak izinkan, pastinya mood dan idea itu tak datang. Harap-harap mood dan idea itu akan terus ada untuk aku menyiapkan manuskrip yang kedua. Bersyukur itu sangat perlu. Terima kasih atas rezeki Allah.

Thursday, June 23, 2011

Petunjuk dan Istikharah..

Sedar tak sedar hujung bulan nanti sudah 2 tahun aku di tempat baru ini. Maknanya sudah 2 tahun jugalah aku memegang jawatan baruku ini sekarang. Jawatan yang sememangnya begitu memenuhi keinginanku. Alhamdulillah, walaupun bukannya jawatan besar tapi aku amat suka dengan tugas dan jawatan aku sekarang. Kiranya ianya benar-benar serasi dengan jiwaku.

Dua tahun lepas aku melepaskan jawatan di tempat lama. Setelah 15 tahun berkhidmat, pastinya bukan satu perkara yang mudah untuk aku melepaskan segalanya di sana. Banyak perkara yang perlu aku lepaskan.  Seniority, tangga gaji yang sudah stabil, peluang kenaikan pangkat, peluang kenaikan gaji, peluang bonus tak kurang 2 bulan setiap tahun serta beberapa kemudahan yang saban tahun aku menikmatinya. Tak ketinggalan juga untuk meninggalkan tugas yang sangat seronok dan kawan-kawan yang sangat baik.

Tapi dengan solat istikharah, aku tahu aku sudah mengambil keputusan yang betul. Hatiku begitu kuat dengan keputusan untuk berhijrah selepas solat istikharah aku laksanakan. Langsung tiada ralat walaupun aku menerima perbezaan gaji baru yang lebih rendah melebihi seribu ringgit sebulan. Alhamdulillah, sehingga kini, aku amat bersyukur kerana diberi petunjuk untuk memilih jalan yang betul dan terbaik ini. Alhamdulillah juga kerana rezeki AL RAZAAQ masih sentiasa mencukupi buatku.

Sebenarnya, dalam beberapa bulan sebelum aku mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan di tempat lama, memang syarikat lamaku ada menawarkan pemberhentian secara sukarela (VSS). Kiranya, memang tepat benar saatnya dengan keputusan aku untuk berhijrah. Namun kerana tidak yakin dengan keputusanku dan kerana tidak mengambil kisah untuk memohon petunjuk dariNYA  dengan beristikharah, makanya aku terlepas peluang untuk mengambil keputusan yang betul. Sekaligus terlepas peluang untuk menerima ganjaran itu. Ganjaran yang kalau aku terima memang cukup untuk aku membeli sebuah kereta kecil secara tunai.  

Aku akur dengan ketentuanNYA. Ganjaran itu bukan rezekiku. Tiada ralat kerana sedar yang kalau sudah bukan rezeki kita, dalam apa cara sekali pun kita tidak akan mendapatkannya. Namun dalam pada tiada ralat itu, masih ada juga perkara yang aku kesalkan. Aku kesal kerana aku langsung tidak memohon petunjuk dariNYA dalam membuat keputusan. Solat istikharah untuk memohon petunjuk dariNYA tidak aku tunaikan saat itu. Memang perkara itu sangat aku ralatkan sehingga kini.

Sebenarnya aku sengaja bercerita soal nilai di sini. Sebab ianya lebih mudah untuk dijadikan ukuran. Tapi bukan nilai itu yang menjadi persolannya. Bukan soal nilai yang aku terlepas itu juga yang aku ralatkan. Persoalan yang aku ingin ketengahkan di sini ialah soal perlunya kita sebagai hamba Allah untuk sentiasa memohon petunjuk dariNYA. Perkara yang aku tidak lakukan itulah yang membuatkan aku berasa kesal dan ralat sangat.

Dalam hidup ini, ada banyak perkara memerlukan kita untuk membuat pilihan. Kadang-kadang pilihan itu terlalu mudah untuk kita buat. Namun ada masanya terlalu sukar untuk kita membuat pilihan dan keputusan. Makanya, sangat perlu untuk kita memohon petunjuk dariNYA. Buruk baik, untung rugi, suka duka segalanNYA dari DIA. Namun dengan petunjuk dariNYA, tak kiralah apapun yang akan kita lalui, InsyaAllah, tiada apa yang dapat buat kita rasa kesal dengan memilih jalan itu. Alhamdulillah, perkara-perkara yang berlaku telah membuka mataku tentang betapa pentingnya Solat Istikharah itu.

Perkara yang aku kesal dan ralatkan itu menjadi pengajaran yang sangat bermakna kepadaku. Terima kasih ALLAH. Semoga kisahku ini dapat menjadi panduan untuk semua. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dariNYA.

Thursday, October 28, 2010

Bos geli-geli...

Petang semalam masa bw ke blog rakan-rakan blogger, (err.. sori aku pun dah tak ingat blog mana) terbacalah cerita tentang orang tu dan boss barunya. Maka aku pun teringatkan bos pertama aku dulu. Tetiba pulak kan*** Korang layan ajerlah yer.

Masa tunggu result SPM dulu, aku pernah kerja sebagai production clerk kat satu kilang kecil ni. Walaupun kilang ni kecil tapi produk yang dihasilkan adalah untuk customer yang besar-besar jugak. Kiranya customer yang namanya gah jugalah kat malaysia ni. Waktu tu barulah aku tahu yang teror jugak kilang kecil-kecil ni sebenarnya. So tak bolehlah kita nak pandang sebelah mata. Ok.. aku dah melalut. Aku nak cerita pasal bos bukan pasal kilang kecil itu... ha..ha.. iklan jap.

Ok serius, straight pada cerita bos pertama aku yer. Waktu tu aku baru 17 tahun. So memang ayu lah waktu tu kan. Mana ada anak gadis 17 tahun yang tak ayu. Cuba cerita sikit. Dapat bos pun muda juga. Baru grad 2, 3 tahun kot. Chinese guy. Orang penang so BM dia memang bagus. Fluent sangat. Memang aku kagumlah. Muka tu boleh tahanlah jugak. Bukanlah kategori tak hensem. Tapi taklah sampai taraf hensem macam hero or pelakon pembantu cerita drama polis Hongkong yang aku selalu tengok waktu petang masa balik kerja waktu tu.

Mamat tu post dia production manager. So aku ni memang direct report kat dia merangkap clerk, PA, tukang hantar surat dan segala-gala tugas pentadbiran kat bahagian tu. Maklumlah kan aku dah kata kilang tu kecil so dah tentu-tentu staff pun ciput gak. Jadi memang takyah nak komplen banyaklah kan. Buat ajerlah apa yang diarahkan. Janji gaji jalan.

Dia ni memang baik. Selalu ambil berat. Tapi yang aku tak berkenan tu dia ni suka sangat panggil aku masuk bilik dia. Sepuluh kali sekejap intercom aku. Dia panggil tu bukanlah nak buat benda tak senonoh pun. Tidak yer. Dia panggil memang suruh buat kerjalah kan. Tapi yang tak syoknya, nak arahkan buat kerja tu sekejap ajer. Tapi bila dia nak suruh tu punyalah lama dia ambil masa. Sampaikan kadang-kadang aku terpaksa melangut tengok dia buat kerja. Kalau melanggut tengok BF aku buat kerja takpelah jugak kan.. kan.. kan??? Jadinya tiap kali dia angkat muka maka kami pun akan bertentangan mata. Kalau sekali dua tu kira biasalah kan. Tapi kalau dah banyak kali... Eeiii tak sukanya aku. Jadi gelilah pulak aku nak main-main mata banyak kali ni. Dengan bos sendiri pulak tu. Kalau dengan orang yang aku ada taruh hati tu lainlah pulak ceritanya. Dah tentulah aku suka. Ini.... ahhh... grrrr...

Zaman tu emel takde lagi kot. Ker dah ada tapi kat tempat tu ajer yang masih tak gunakan lagi. Aku pun tak pasti. Tak ingat dah wei. So setiap kali ada memo dia akan panggil aku dok depan dia tuliskan memo tu untuk dia. Pun lama jugak ni. Sempatlah dia dok jawab telefon 3 ~ 4 kali. Layan operator ker, supervisor ker yang datang ke bilik dia 2~3 orang untuk settle problem. Barulah siap satu memo tu. Memang lama ok. Dia ni pulak memang terkenal kat situ sebagai pengeluar memo terbanyak setiap hari. Maka korang bayangkanlah sendiri.. berapa lama aku kena duduk ngadap dia untuk tulis memo??? berapa kali aku kena masuk bilik dia??? dan soalan cepu emasnya berapa kali aku kena bertentangan mata dengan dia???


Yang paling tak tahan tu bila dia mengamuk. Ini kadang-kadang ajer berlaku. Tapi aku paling tak tahan. Kaw-kaw dia marah orang. Jerit-jerit bagai. Silap hari bulan siap campak-campak barang. Tapi dalam marah-marah tu boleh pula sekali sekala kami bertentangan mata... Boleh??? Ohhhh... aku tak tahu nak cakap apa. Geli geleman jadinya. Dia nak aku admire dia sebab dia boleh tunjuk kuasa dia depan aku ke apa. Oh please... aku tak tergoda.

Eh.. dia nak ngurat aku ker??? Tapi kalau nak kata iye, nape bila kat luar bilik dia ajer, mesti dia buat pandang tak pandang ajer kat aku. Nak cover line ker?? Ker aku yang perasan lebih. Hmm entahlah. Yang pastinya bila aku hantar surat resign, terus dingin dia layan aku. Memang gelilah bila ingat balik. Agaknya sebab aku budak lagi kot masa tu. So tak boleh terima bila orang nak ngurat cara gitu. Maksud aku nak ngurat aku dengan title yang dia ada. Ceh konon macam semua tu tak penting ajer kan. Kononya tak materialistik lah tu... ha..ha.. hanya en. asben aku yang tahu... peace.

Saja tak letak gambar sendiri masa umur 17 tahun sebab takut keayuanku kena puji. So aku pinjam gambar en.google lagi.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...