Monday, February 28, 2011

Bila diri tak bersalah..

Pagi tadi seperti biasa sampai ofis tepat pada masanya. Atau lebih tepat lagi tepat-tepat pada masanya. Fuh lega. Bulan ni punch card cantik. Walaupun banyak yang on the dot tapi selagi tak bertukar warna kira okeylah pada aku.

Kisah seminggu lepas...

Ada teman sepejabat yang tinggal di satu kawasan perumahan denganku. Kiranya waktu kami keluar rumah dan sampai ke ofis selalunya lebih kurang sama. Kalau cepat berlenggang kangkunglah kami berjalan masuk ofis. Kalau terlambat sama-samalah kami marathon ke mesin punch card. Minggu sudah ada satu hari tu kami sama-sama terlambat. Parking kereta betul-betul depan lobi sebelum berkejar untuk punch card. Selepas selamat urusan punch card, sambil tersenyum-senyum lega sambil urut-urut dada, kami pun mulalah buka cerita. Trafic light lambat bertukar warnalah, ada orang drive slow sangatlah, ada orang salah ambil lanelah, ada orang taknak bagi laluanlah dan macam-macam lagi kesalahan orang lain.

Elok saja habis semua kesalahan orang lain yang bersusun disenaraikan, kami sama-sama tergelak sendiri sambil mengaku itu semua hanyalah alasan. Punyalah banyak kesalahan orang lain yang kami nampak. Sedangkan kami berdua ni selalu keluar rumah asyiklah cukup-cukup masa. Tak pernahnya keluar awal. Tapi kisah yang itu langsung tak cerita. Itulah kita ni kan. Kesalahan orang selalu saja suka nak diperbesarkan. Tapi kesalahan sendiri yang menjadi penyumbang kepada masalah itu langsung tak mahu cerita. Aduhai.. Esok dah masuk bulan mac. Harap-harap adalah perubahan yang lebih baik nanti.

Friday, February 25, 2011

Bila ada yang menegur..

Perbualan aku dan en.asben seminggu yang lepas..

Me : Yang, ada anon leave comment kat blog I.
EA : Anon tu komen apa ma?
Me : Anon tu tu komen (seperti di bawah ini yang sudah di copy paste)

Asben? Rosak habis bahasa. BM pun tunggang-langgang, BI pula lemah. Can you spell it properly? It's husband and it's pronounced that way as well. Maaf, saya tak suka orang yang dengan sengaja merosakkan bahasa ni. By Anonymous on Pakwe cina... on 2/14/11

EA : Habis tu you sentap ke ma?
Me : Eh, takdelah.. Mana ada I sentap pun.

Seperti perbualan aku dengan en.asben, serius aku tak terasa langsung dengan komen itu. Aku akui kekurangan diri. Dia berhak menegur. Aku hormati tegurannya seperti mana aku hormati pandangan teman-teman yang lain. Walaupun blog ini milik aku, tetapi sebab aku sendiri tidak privatekannya maka aku sudah bersedia untuk orang yang mungkin tidak suka dengan cara penulisanku. Aku juga takkan katakan padanya kalau tak suka sudah. Kunjungannya ke blog ini dan kesudiannya membaca entryku sangat aku hargai. Seperti mana juga aku menghargai kunjungan dan kesudian teman-teman yang lain.

Aku cuma nak beritahu di sini yang aku menulis bukan kerna nama.. eh..eh.. silap he..he.. Aku tak punya banyak waktu untuk mengarang sesebuah entry itu. Jadinya bila idea untuk bercerita tu datang, aku lebih selesa menggunakan bahasa percakapanku. Sebab itulah berterabur bahasanya. Tunggang-langgang penggunaan ayatnya. Bercampur baur pula melayu englishnya. Ini kerana aku mahu sesuatu yang aku tulis itu genuine mengikut gaya penceritaanku. Aku memang mahu menyampaikannya dengan cara yang begitu. Tentang en.asben tu pula, aku gunakannya sebagai kata ganti diri untuk suamiku. Jadinya kalau aku tulis en.husband dengan ejaan yang betul di dalam entry bahasa melayuku ini, tentunya tidak kena juga kan. Jadinya terpaksalah aku kekalkan dengan ejaan yang sebegitu.

Aku minta maaf jika ada orang lain juga yang tidak menyenangi caraku. Aku bukannya dengan sengaja mahu merosakkan bahasa. Kalau ada peluang, insyaAllah, aku akan cuba memperbaikinya. Tapi buat masa sekarang aku lebih selesa dengan cara penulisanku yang sebegini. Mengikut caraku, memenuhi ruang waktuku juga menurut keserasian jiwaku.

Thursday, February 24, 2011

Blogger Sembunyi Identiti - Edisi Jawapan..

First of all nak ucapkan terima kasih buat Diana (Senyum-senyum..!) sebab buat entry pasal Blogger sembunyi identiti ni. Ada yang tak kenal dengan Diana ke? Kalau tak kenal bolehlah melawat ke blog Diana. Gerenti u all semua suka dengan blog Diana ni sebab cara penulisannya yang selalunya bersahaja. Tergelak-gelak baca alasan Diana tentang sebab Blogger sembunyi identiti ni. Ha..ha.. Dan saya antara yang terpilih menjadi contohnya.

Sebenarnya bukanlah nak sorok sangat identiti pun. Ada juga blogger lain yang kenal saya. Ada juga yang pernah jumpa. Contohnya macam Kak Liza (Adzriel AB) dan Aliza (InspirasiCintaku). Cumanya dalam blog ni saya tak boleh nak tunjuk gambar sebab en.asben tak izinkan. Iyelah, saya berblogging pun atas keizinan en.asben juga. En.asben dah beri keizinan untuk saya berkongsi cerita pun saya dah bersyukur. Jadinya bila en.asben dah kata tak boleh letak gambar dalam blog tu takkan saya nak pertikaikan juga kan. Dah tentu-tentu saya ni hak dia. Bila dia kata tak boleh tu maknanya tak bolehlah kan. Takkanlah saya nak engkar pula.

Jadinya itulah saja sebabnya. (Bukanlah sebab budget ayu sangat pun. Bukanlah juga sebab en.asben takut orang tackle wife dia he..he..) Nama pun bukan nama sebenar yer. Hanis Azla ni ialah nama gabungan insan-insan kesayangan saya. Tapi saya tak pernah sorok nama sebenar pada teman-teman yang minta alamat untuk hantar hadiah dan souvenir (ada tak macam motif nak minta orang bagi hadiah lagi. Takde kan. Takde kan. He..he.. sila cakap takde) InsyaAllah, kalau satu hari nanti en.asben beri keizinan, tentunya saya akan dedahkan identiti saya pada kawan-kawan semua. (Yang ni memang budget ramai orang tertunggu-tunggu.) He..he.. takdelah. Saya acah saja. Have a nice day untuk semua.

Cemerlang, Tenang dan Stress...

Perkongsian ilmu untuk dihayati bersama.

5 PERKARA UNTUK MENJADI MANUSIA YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT

1. Hati yang Tulus
2. Ibadah yang bagus
3. Hidup yang lurus
4. Ikhtiar yang serius
5. Taubat yang terus menerus

8 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG

1. Lemah dan malas
2. Lemah IQ dan EQ
3. Gelisah (Hutang,kesalahan tertentu,dosa)
4. Kuat Prasangka
5. Menghasut
6. Keinginan yang tidak munasabah
7. Merosakkan jasmani
8. Kita kian jauh dari Tuhan

20 CARA MENANGANI STRESS

1. Baca Al Quran (The Best Therapy In the World)
2. Berzikir
3. Mandi Air Suam
4. Cerita masalah kepada orang lain
5. Tengok ikan dalam aquarium
6. Urut
7. Menangis
8. Dengar Cerita
9. Menyanyi
10.Tengok Pemandangan
11.Dengar Muzik/ Deruan Ombak
12.Peluk bayi
13.Riadah
14.Bersikap Positif
15.Maafkan orang lain
16.Sedekah
17.Minta bantuan Pakar
18.Tukar Imej bagi meningkatkan harga Diri
19.Baiki Komunikasi
20.Doa

Sumber : Email kiriman sahabat. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.

Wednesday, February 23, 2011

Kisah mak mertua..

Pagi tadi semasa makan pagi adalah berbual-bual sikit dengan kawan. Entah macam mana boleh terbuka pula cerita pasal mak mertua. Kawanku bercerita yang emaknya masa mula-mula kahwin dulu neneknya memang tak suka pada emaknya. Kononya sebab emaknya moden sikit sedangkan ayahnya orang kampung. Puaslah nak ambil hati. Even sampai sekarang pun selepas berpuluh tahun kahwin masih dalam proses nak ambil hati lagi. Sampai cucu-cucunya pun terpaksa join sekali nak ambil hati si nenek.

Teringat juga cerita seorang teman yang tidak disukai mertua. Dia kata sedih sangat bila masa kahwin pun mak mertuanya tak datang. Masa kenduri belah sana pun kakak dan abang ipar yang sibuk-sibuk uruskan. Nak bersalam pun siap tarik-tarik tangan. Pandang muka usah katalah. Memang tak mahu pandang. Yang ini kes mak mertua tak suka sebab kononnya kawan aku tu kurang sikit jelitanya di mata mak mertuanya. Sedangkan anaknya belajar oversea. Ada kena mengena ke? Macam takde kan. Tapi itulah alasannya. Sekarang ni berkat kesabaran kawan aku tu mak mertuanya semakin menyenanginya. Alhamdulillah. Tengok daripada layanan mak mertuanya pada kawan aku ni sekarang memang macam tak percaya yang mak mertuanya pernah tidak menyukainya.

Macam-macam kisah tentang mak mertua ni kan. Banyak cerita yang kita dengar. Iyelah, kalau dah tak suka tu, macam-macamlah ceritanya. Yang wangi pun bau busuk. Yang cantik jadi buruk. Alhamdulillah aku tidak alami masalah itu. InsyaAllah aku akan menjga tingkah laku, sikap dan perangai agar terus dapat diterima. Dan pastinya aku cukup kagum dengan orang-orang yang berjaya menangani kemelut berhubung masalah dengan mak mertua ni. Semoga mereka yang ada masalah ini terus tabah menjalani kehidupan mereka. Semoga mereka boleh terus bersabar dalam usaha memenangi hati mak mertua. Nak anaknya kenalah berkorban sikit kan.

Tuesday, February 22, 2011

Pilihlah orang yang betul..

Baru-baru ini aku ada terasa hati dengan seseorang. Seperti biasa bila aku rasa tak best dengan orang lain aku tak akan luahkan kepada sesiapa kecuali en.asben. Kalau aku suka tentang seseorang aku memang boleh bercerita pada orang lain. Tapi kalau aku tak suka jarang benar ada orang lain yang tahu. Aku lebih suka begitu. Ini kerana aku tak mahu ada orang lain yang tahu cerita tak best itu dan rasa tak puas hati kepada orang itu hanya dengan mendengar cerita dari pihakku. Itu bukan cara aku.

Walaupun aku isterinya, bukan sentiasa en.asben akan menyebelahiku. Kalau memang dalam perkara itu aku sepatutnya mengalah, jadinya dia akan meminta aku beralah. Kalau dalam perkara itu aku memang betul, dia akan menyokongku dan meminta aku lupakan saja perkara-perkara yang aku rasa tak boleh nak terima. Dan bila dia rasa aku salah, dia juga tak akan kata aku betul. Dia akan beri pandangannya dari persepsi orang itu mengikut sesuatu keadaan. Dia akan minta aku fikirkan perkara itu secara rasional. Bukan semata menurut kata hati.

Selalunya aku memang rasa lega bila dan luahkan segalanya pada en.asben. Sebab dia akan terangkan pada aku mana yang aku terlepas pandang. Dan satu yang aku suka, bila segalanya sudah aku luahkan, perasaan marah, benci dan tidak puas hati akan terus hilang dari hatiku. Perasaan dendam juga tak sempat bertandang. Bagusnya begitu. Bila tiada benci, sakit hati dan dendam makanya hilanglah segala tekanan. Semua orang boleh jadi kawan.

Bila aku fikirkan semula, sebenarnya amat penting untuk kita memilih orang untuk meluahkan masalah kita. Kalau kita bercerita pada orang yang sentiasa akan menyokong kita sampai bila pun kita tak akan nampak kesalahan kita. Kalau kita bercerita pada orang yang selalu membelasah kita semula, kita akan rasa lebih ramai orang yang tak adil pada kita. Jadinya semakin ramai pula orang yang kita tak suka. Kawan berkurang. Musuh jadi bertambah.

Jadinya, kalau nak luahkan perasaan, pilihlah orang yang betul. Takut-takut masalah kecil akan jadi tambah besar dengan campur tangan orang lain. Kadang-kadang orang nak sedapkan hati kita. Bukan salah mereka kalau mereka mahu menyedapkan hati kita. Tapi salah kita sendiri kerana tak mencari orang yang tepat untuk menyelesaikan masalah kita.

Monday, February 21, 2011

Bercakap tentang usia...

Assalamualaikum dan salam petang untuk semua..

Alamak.. selama ni selalu ber akak-akak dengan ramai orang. Iyelah, ramai rakan-rakan blogger yang nampak muka muda. Jadinya daripada perasan muda lebih baiklah perasan tua sikit kan. Masuk semalam dah 4 orang teman blogger yang selama ini saya asyik ber akak-akak rupanya saya yang sepatutnya panggil mereka akak ataupun ada juga yang sebaya. Minta maaf yer.

Disebabkan selalu berinteraksi di ruangan komen dan di shoutbox bersama teman-teman blogger di alam maya ini, makanya saya rasa lebih elok saya beritahu umur saya. Dah tua juga sebenarnya. Tapi daripada tersilap guna panggilan lebih baiklah saya beritahu sajakan. Nak tunjuk muka kat blog macam tak sampai seru lagi. (Sila percaya yang saya ini pemalu.. he..he..)

Okeylah... Saya lahir pada tahun 1976. Tahun ini umur saya nak masuk 35 tahun. (Rasanya baru semalam berumur 15 tahun.. hu..hu..) Tentu ramai yang lebih muda kan. So, nak minta tolong dari teman-teman blogger mana yang sebaya atau yang sepatutnya saya panggil kakak tu maklumkan pada saya. Sebab dah rasa rapat, rasa segan pula kalau tak guna panggilan yang betul. Orang melayu inikan beradat. Jadinya, untuk lebih selesa dalam perbualan, rasanya biarlah saya gunakan panggilan yang tepat untuk sahabat semua. Nanti tolong maklumkan yer.

Terima kasih untuk semua.

Sunday, February 20, 2011

Dah 7 tahun dah...

Hari ni dah 20 haribulan. Esok 21 Februari merupakan hari ulang tahun kelahiran anak bongsuku Az. Anak bongsu? Hmmm iye kot. Targetnya masa lepas kahwin dulu nak ada 4 orang anak sebelum masuk umur 30 tahun. Tapi sebab aku ni mabuk teruk masa mengandung, jadinya sampai 3 orang ajelah yang aku larat. Agaknya sebab dah ada anak lelaki dan perempuan, makanya aku boleh surrender dulu kot.

Aku memang mabuk teruk waktu awal mengandung. Masa mengandungkan Han dah mabuk teruk. Tapi sebab anak baru sorang, jadinya aku bertahan lagi. Waktu mengandungkan Is pula lebih teruk mabuknya. Tapi sebab dua orang mana cukup makanya aku cekalkan hati. Turn mengandungkan Az semakin teruk lagi. Aku memang masuk wad ketika mengandung sebab langsung tak boleh makan dan minum. Nasi langsung tak boleh nak sentuh. Asyik muntah saja sampai takde tenaga dan kena masuk air. Bayangkan masa mengandungkan Az, berat aku turun sebanyak 10 kg dalam masa 1 bulan. Memang susut betul badan aku masa tu. Sampaikan en.asben pun tak sampai hati nak tengok. Sebulan juga aku tak boleh pergi kerja. Lembik lesu sampaikan nak bangun pun tak berdaya.

7 tahun lepas aku selamat melahirkan Az di Kajang Plaza Medical Center. Alhamdulillah, ketiga-tiga orang anak aku disambut oleh doktor yang sama. Maknanya semua anak-anakku dah jadi orang Kajang. Seperti Han dan Is, aku tiada masalah semasa proses kelahiran. Dua jam berada di Klinik aku sudah selamat melahirkan. Sehingga ada yang mengatakan aku ni beranak macam kucing. Baru aje telefon kata nak masuk wad. Kejap lagi telefon maklumkan dah bersalin pula. Alhamdullillah Ya Allah kerana memudahkan segala urusanku. Alhamdulillah juga kerana en.asben tidak pernah ketinggalan untuk menemankan aku dan memberi semangat di labour room untuk menyambut anak-anaknya.

Mungkin sebab masa mengandungkan Az aku tak boleh nak makan nasi. Makanya Az juga sampai sekarang tak suka makan nasi. Rasanya dalam seminggu tu adalah sekali dia makan nasi. Itupun cuma sesuap dua. Puaslah paksa. Tapi dia memang taknak. Dia lebih suka makan roti dan oats. Dia tak heran langsung kalau hidang lauk sedap pun kat atas meja. Roti juga yang dia cari. Sebab itu jugalah stok roti memang tak pernah kering kat rumah aku ni.

Dah besar dah anak mama ni. Esok dah 7 tahun. Dah masuk darjah 1 pun. Sebab dia yang kecik makanya dialah yang paling manja denganku. Dialah yang masih peluk aku untuk tidur. Tapi manja-manja dia pun, dia pandai berdikari. Makanya aku lebih banyak kena beri perhatian pada abangnya Is. Han pula memang lebih rapat dengan en. asben. Biasalah anak perempuan sorang. Memang jadi buah hati ayahnyalah kan. Syukur sangat-sangat dikurniakan dengan permata-permata hati yang terindah ini. Thank you Allah.

Inilah buah hati mama, ayah, kakak dan abang. Happy birthday Az sayang. We all love u so much.

Thursday, February 17, 2011

Eh.. marah ke?

Pagi tadi sebelum ke sekolah Is buat perangai. Malam semalam dia kata nak kulit telur tiga biji untuk di bawa ke sekolah. Okey, dah disediakan. Tebuk lubang kat belah bawah telur untuk keluarkan isinya. Lepas tu neneknya siap packing elok-elok letak dalam tupperware alas dengan tisu biar kulit telur tu tak pecah. Dia ambil dan tak cakap apa pun. Tup-tup pagi tadi dia kata kena lukis & kaler bagai. Masa dia cakap tu dah pukul 6 suku. Agaknya nak cakap kat aku dia takut sebab tahu salah dia. Makanya dia ngadu kat Han sajalah untuk tolong siapkan. Sebab nak cepat Han kaler guna highlighter saja.

Masa tu aku kat bawah. Kan malam tadi dah keluarkan isi telur 3 biji tu. So pagi tadi aku buatkanlah sandwich telur untuk bekal ke sekolah. Masa orang lain semua dah turun, Is tak turun-turun lagi. Aku dengar dia bentak-bentak sambil nangis-nangis kat atas. Aku tanya kenapa dia tak jawab. Bila turun bawah tengok mata dah merah dengan muka dah basah dengan air mata. Siap pergi sinki lagi cuci muka bagai sebab takut malu dengan kawan-kawan kot.

Bila tanya banyak kali barulah dia cerita yang Han buat tak lawa. Aduhai. Banyaklah songeh. Orang dah tolong lagi nak banyak cerita. Makanya apa lagi aku dengan neneknya pun repairlah balik dalam masa yang 2,3 minit sebelum van sampai. Okeylah puaslah hatinya. Tapi aku dah cakap sebab dia buat hal makanya sebagai denda aku tak bagi dia pergi padang petang nanti.

Balik sekolah petang tadi dia minta izin cakap elok-elok nak pergi main bola kat padang. Aku kata NO. Dia pujuk lagi. Aku kata NO juga. Aku cakaplah. Eh, orang yang main bola kat padang tu budak lelaki. Budak lelaki mana menangis. Tapi abang menangis pagi tadi so tak payahlah pergi padang untuk main bola.

Dia pun macam nak bentak lagi. Aku tanyalah, nak bentak lagi ke? Dia jawab Tak sambil ketap gigi. Eh, Marah ke? Usikku. Taaaak. Balasnya panjang. Oh ingatkan marah. Kalau marah boleh mama tambah lagi satu hari tak boleh pergi padang. Terus dia jawab elok-elok taklah mama. Mana ada abang marah. Sambil masuk mandi dan terus sarung baju tidur.

Dah macam cerita Tiga Abdul pulak aku mengajar anak..

Mimpi menakutkan...

Hari ni mood tak ceria. Asyik saja teringat-ingat mimpi semalam yang sangat menakutkan. Aku harap ianya bukanlah petanda untuk apa-apa berita yang tidak baik. Aku tahu mimpi itu hanyalah mainan tidur. Tapi bila bermimpi perkara yang tak elok perasaan takut tu tetap juga ada. Ya Allah, minta dijauhkan segala musibahMU.

Takutnya bila mengenangkan kehilangan insan tersayang. Walaupun kita tahu semua makhluk Allah hanya sementara saja hidupnya di bumi ini. Tapi saat kehilangan itu sangat menakutkan. Ya Allah, Kau peliharalah insan-insan yang aku sayang. Berikanlah kami keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.


Ya Allah, memikirkannya saja sudah membuatkan aku rasa sebak. Lahaulawalaquataillahbillah

Wednesday, February 16, 2011

7 Ayat Cinta..

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmannirrahim : Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah : Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataillahbillah : Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sabda Rasulullah SAW siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....

Sumber : E-mail dari sahabat. Semoga lidah kita selalu basah dengan ayat-ayat cinta tersebut.

Tuesday, February 15, 2011

Selsema perlu tidur..

Salam Maulidur Rasul buat semua.

Dah petang dah. Bila asyik tidur masa berjalan pun tak terasa. Sejak ahad, kena demam selsema. Selalu macam tu. Bila cuti hujung minggu mesti kena selsema sebab aktiviti mengemas rumah secara besar-besaran. Sebenarnya tidaklah sebesar mana aktiviti pembersihan ni. Tapi sebab masalah resdung, makanya menyapu rumah atas bawah pun boleh senang sangat kena selsema.

Hari ahad bertahan lagi taknak makan ubat. Sebab kalau makan ubat selsema nanti tekak jadi tak selesa. Tapi sebab bertahan sangat akhirnya semalam terus jadi bertambah teruk. Sampai suara pun dah sengau. Jadinya kena makan ubat selsema juga. Dan bila dah makan ubat selsema tu automatik otak ni dah set. Makan ubat selsema mesti rasa ngantuk. So kalau dah ngantuk, kenalah banyakkan tidur.

Pagi tadi bangun awal pagi sebab en.asben ada program. Jadinya lepas sarapan tu tidur balik. Bangun dekat pukul 12 untuk masak makan tengah hari. Lepas siap masak, makan dan solat zohor masih terasa ngantuk lagi. Jadinya tidur lagi. Aduh, nasib en.asben takde kat rumah. Kalau tidak memang panas telinga kena perli.

Bila dapat tidur siang ni memang rasa best. Tapi bila bangun lepas tidur lama sangat tu mesti rasa rugi sebab banyak benda dan aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan terlepas begitu saja. Sekarang ni sedang dalam mood kerugian. Hu..hu.. rugi masa betul bila habiskan cuti dengan tidur saja. Ok lah nak cover balik kerugiaan dengan buat minum petang untuk family. Malam ni ada ceramah sempena Maulidur Rasul di surau perumahan. Harap-harap tak ngantuk lagi masa dengar ceramah tu nanti. Selamat bercuti untuk semua. Tengok, dah petang baru nak wish..

Monday, February 14, 2011

Itulah sayang...

Sejak zaman bercinta sehinggalah ada anak tiga, ungkapan i love u memang tak pernah lekang di mulut kami. Baik sebelum berpergian, sebelum tidur mahupun bercakap di telefon. Rasanya perkataan itu sudah jadi perkataan wajib yang harus disebut kerana sudah terbiasa. Bukan kerana lebih memaksudnya yang melambangkan sayang. Kalau gaduh pun masih i love u juga. Anak-anak juga sudah terbiasa mengucapkan tiga perkataan itu sehingga menjadikan perkataan itu terlalu biasa untuk kami sekeluarga.

Di saat kata-kata hanyalah sebagai ungkapan, perbuatanlah yang mengambil peranan seterusnya bagi menunjukkan sayang. Pelukan dan ciuman sudah menjadi perkara biasa juga setelah hubungan menjadi halal. Tapi ada perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan tanpa maksud yang membuatkan aku terasa diri ini disayangi. Ianya hanya perbuatan biasa tapi kesannya membuatkan hati menjadi berbunga-bunga jadinya.

Aku selalu terlupa nak on kan kipas waktu solat. Dan setiap kali terlupa tu, bila en.asben atau anak-anak menyedarinya pasti mereka akan cepat-cepat on kan kipas untukku kerana takut aku kepanasan. Ianya buat aku terfikir, itukan tandanya sayang.

Bila berjalan memang suatu yang biasa bila berpimpinan tangan. Tapi sentuhan yang tak sengaja mendarat di mana-mana angota badan ketika kami sedang berbual atau berjalan lebih terasa kesannya. Ianya buat aku terfikir, itukan tandanya sayang.

Pernah suatu masa kami bercuti berdua di Perth. Masa berjalan di King Parks Botanical Garden cermin mata aku tercicir entah di mana. Mana tak tercicir aku bukannya pakai kat mata. Tapi suka selitkan kat baju. Sudahlah en.asben tak marah dengan kecuaianku. Lepas tu sanggup pula dia buat tour pusing taman tu sekali lagi semata-mata nak cari cermin mata yang hilang tu. Ianya buat aku terfikir, itukan tandanya sayang.

Banyak lagi sebenarnya, tapi rasanya biarlah aku simpan sendiri. Aku cuma nak cakap, sayang itu tidak tertakluk kepada ungkapan, perbuatan ataupun upacara tertentu. Sayang tak perlu di buktikan. Kalau kita sayang orang, kita akan buat mereka rasa diri mereka disayangi. Kalau orang sayang kita, mereka juga akan buat kita rasa diri kita disayangi. Pada aku itulah sayang.

PS: Kalau ajak tidur sebelum kahwin tu sah-sahlah bukan tanda sayang yer. Itu maknanya, pasangan itu perlu di tinggalkan sebab kalau dia sayang kita, dia tidak akan minta sesuatu yang bukan haknya. Jadinya tak perlu nak tunjuk sayang dengan menyerahkan harga diri sebagai bukti sayang. Jangan jadi bodoh dengan merosakkan diri sendiri dan nama baik keluarga.

Motif : Aku taknak ada anak-anak yang dilahirkan tanpa ayah 9 bulan nanti hanya kerana pada mereka itulah sayang. Setiap hari ialah hari kasih sayang. Bukannya ada hari-hari tertentu. Jadi tak perlulah kita mengikut budaya orang lain semata-mata mahu menunjukkan itulah sayang.

Saturday, February 12, 2011

Rahangku tercabut..

Pernah dengar orang tercabut bahu atau pun kepala lutut kan. Rupa-rupanya rahang juga boleh tercabut seperti itu. Kalau dulu aku tak tahu, tapi setelah mengalaminya sendiri barulah aku tahu yang perkara itu pun boleh berlaku sebenarnya.

3 tahun lalu :

Waktu itu aku di surau ofis untuk solat zohor. Biasalah waktu petang selapas makan tengah hari. Mata pun jadi mengantuk. Menguap jadi berkali-kali. Tapi dalam solat seboleh mungkinlah mahu mengawal agar tidak menguap. Waktu sujud di rakaat terakhir aku terasa mahu menguap. Aku cuba bertahan dengan meminimakan bukaan mulut. Ketika aku bangun untuk tahiyat akhir mulutku terus tidak boleh ditutup. Aku jadi panik sehingga terus terhenti solatku. Aku cuba tolak daguku untuk menutupnya tetapi tidak berhasil.

Kawan-kawan yang berada di surau ketika itu turut panik. Sedangkan sebelum itu mereka menyangkakan aku sekadar bergurau. Mereka juga cuba membantu. Tapi tidak berhasil. Jadinya mereka mencadangkan agar aku segera di bawak ke klinik. Ketika menyarung tudung mengadap ke cermin aku lihat daguku sudah ke depan dalam 1 inci. Waktu itu aku tidak dapat bayangkan perasaanku. Wajahku sudah berubah bila dagu sudah ke depan begitu. Perkara pertama yang terlintas di kepala ketika itu ialah aku sudah terkena stroke. (Nauzubillah.. Minta di jauhkan).

Di klinik syarikat mereka juga cuba membantu. Tetap juga tidak berhasil. Waktu itu aku sudah semakin sukar untuk bercakap. Untuk menelan liur pun terasa sukar. Terdengar juga bisik-bisik yang mengatakan kemungkinan aku terkena stroke. Perkara ini membuatkan aku merasa takut sekali. Setelah kenderaan syarikat disediakan, aku dan nurse syarikat bertolak ke Pusat Rawatan yang berhampiran. Segala urusan di kaunter diuruskan oleh nurse syarikat. Tanpa lenggah aku di suruh ke bilik untuk rawatan kecemasan.

Prosedur pertama mereka bertanyakan bagaimana semua itu berlaku. Dalam susah nak bercakap aku menceritakan segalanya. Ada 2,3 orang doktor juga yang melihat keadaaanku. Selepas mengurut seketika di bawah rahang mereka meminta aku cuba mengerakkan rahang sendiri. Tapi tetap juga gagal. Jadinya doktor memberi suntikan untuk relaxkan otot. Setelah seketika seorang doktor memasukkan kedua ibua jarinya ke dalam mulutku untuk membetulkan rahangku. Percubaan doktor yang pertama tidak berjaya. Mungkin tidak cukup kuat. Makanya doktor yang kedua pula mencubanya.

Doktor itu meminta aku menahan sakit untuk seketika kerana dia mahu menarik dan menekan rahangku dengan sedikit kuat untuk membetulkan kedudukannya kembali. Doktor minta aku relaks agar otot itu tidak terus menegang. Aku bertahan dan cuba relaxkan perasaan. Dengan lafas bismillah doktor menarik rahangku. Kelekuk bunyinya bila rahangku kembali ke tempat asal. Aduh leganya perasaanku bila mulutku boleh di tutup seperti biasa. Rasa sakit hilang serta merta kerana kelegaan.

Dalam perjalanan pulang ke ofis, nurse syarikat bercerita padaku. Sampai kena bukak bukulah doktor nak betulkan rahang awak tadi.. Oh ye ke. Dalam kekalutan aku sendiri tidak perasankannya. En.asben pun tidak sempat aku beritahu. Bila segalanya sudah selesai barulah aku menghantarkan sms kepada en.asben.

Beberapa hari ini rahangku rasa tak selesa. Bila banyak mengunyah rahangku jadi sakit. Jadinya aku pergi berjumpa doktor di klinik panel. Doktor di sana mencadangkan agar aku berjumpa doktor gigi untuk rawatan seterusnya. Menurut doktor masalah yang aku alami ini ialah TMJ disorder. (Temporomandibular joint and muscle disorders (TMJ disorders) are problems or symptoms of the chewing muscles and joints that connect your lower jaw to your skull.) Selepas berjumpa doktor ada juga aku google tentang masalah aku ini di laman web ini About TMJ.

Nampaknya selepas ni aku kena dapatkan rawatan susulan untuk TMJ. Ada sesiapa yang pernah tercabut rahang sepertiku juga ke?

Thursday, February 10, 2011

Saya tak terer...

Masa zaman anak dara kat ofis lama dulu, bila ada perlawanan sukan antara bahagian, mesti ada yang mengajak aku bermain sama. Maklumlah waktu tu badan kecik. Gaya nampak macam atlet yang aktif sukan. Siapa yang tak nak ajak kan. Tapi aku yang kenal diri aku ni tentu-tentulah menolak secara baik. Aku cakap terus terang yang aku ni memang fail bab sukan-sukan ni. Tapi semua dok ingat aku sengaja cakap macam tu. Biasalah, orang terer kan selalu suka merendah diri. Mereka ingat aku ni termasuk dalam golongan yang sebegitulah kot.

Puaslah kawan-kawan memujuk. Suruh juga tunjukkan bakat kesukanan aku tu. Akhirnya sebab terpaksa nak cukupkan orang, aku joinlah juga. Waktu tu main bola jaring. Masa sesi latihan aku cakap lagi yang aku tak pandai main. Tapi masa praktis tu boleh pulak aku menjaringkan bola 2,3 kali. Mulalah mereka buat spekulasi yang aku saja nak cover line. Makanya mereka minta aku jadi shooter. Sebab masa dah suntuk jadinya latihan cuma sehari aje. Dengan aku yang confirm tak terer. Latihan pula sehari. Memang kawan-kawan aku cari nahas nak bagi team kami kalahlah kan. Dan masa perlawanan sebenar memang team kami kalah pun. Satu jaringan pun aku tak lepas. Ada jugalah sampai buat muka kelat kat aku.

Sejak tu memang takde siapa lagi yang berani nak offer aku ajak masuk perlawanan sukan. Tentunya dia orang dah serik. Aku lagilah serik nak tunjukkan bakat. Kang, tak pasal jadi musuh pulak kan. Kat ofis baru ni adalah juga yang ajak main sukan. Jawapanku semestinyalah tidak. Sebab apa. Sebabnya aku tahu aku tak terer sukan. Kalau belajar tu iya. Aku tak terer jugak sebenarnya. (sila ambil kenyataan ini sebagai orang terer selalunya suka merendah diri) He..he..

Wednesday, February 9, 2011

Penghargaan dari tetamu..

Saya sangat terharu dengan layanan yang diberikan di sini. Sungguh, saya di layan sebaiknya. Saya tak merasa terpinggir langsung selama berada di sini tadi. Ucap seorang tetamu di tempat kerjaku sambil menaikkan ibu jarinya sebelum meninggalkan lobi utama.

Kisahnya begini menurut ceritanya : Tetamu itu datang ke pejabat kami pada hujung waktu rehat. Jadinya tiada orang pada waktu itu untuk melayaninya. Tetapi beberapa orang kakitangan yang lalu lalang tetap menegurnya mesra sambil bertanyakan tentang urusannya. Walaupun sudah memaklumkan pegawai lain masih belum masuk tetapi kakitangan tersebut tetap juga mencari alternatif agar tetamu itu boleh dibantu. Makanya dia memaklumkan kedatangan tetamu itu kepada Bahagian Pentadbiran.

Pegawai dari Bahagian Pentadbiran yang kebetulan lalu di situ melayani secara baik walaupun bukan pegawai itu yang sepatutnya di temui. Aku sampai di pejabat tepat pada waktu rehat tamat. Setelah bertanyakan urusannya, aku cuba memaklumkan bahagian yang tetamu itu perlu berurusan. Oleh kerana pegawai yang sepatutnya masih belum masuk ke pejabat lagi, makanya salah seorang kakitangannya membawa tetamu itu menunggu di lobi bahagian tersebut. Semasa kakitangan itu masuk ke pejabat untuk memberitahu kepada pegawainya tetamu itu terus menunggu di lobi bahagian. Waktu itu masih ada juga kakitangan lain yang masih menegur tetamu itu dan bertanyakan urusannya dan siapakah pegawai yang ingin tetamu itu temui. Dan akhirnya tetamu itu berjumpa dengan pegawai yang sepatutnya.

Semasa dia melalui tempatku aku mengucapkan kata maaf kerana dia perlu menunggu untuk membuat urusannya tadi dan bertanyakan semula, adakah sudah selesai urusannya. Dengan senyuman dia memaklumkan yang urusannya sudah selesai. Dia jugalah yang bercerita tentang kisah di atas kepadaku. Aku tersenyum dengan kata-katanya. Syabas untuk semua kakitangan dan pegawai tempat kerjaku yang telah memberikan layanan terbaik seperti itu. Semoga sifat yang baik ini berterusan hendaknya.

Semua orang mahu di layan sebaiknya, betul tak? Setiap tetamu itu adalah orang penting bagi setiap organisasi. Tetamu yang datang tak perlu di sambut dengan bunga manggar atau paluan kompang untuk merasa diri mereka dihargai. Karpet merah juga tidak perlu dibentang untuk mengalu-alukan kedatangan mereka. Cukuplah dengan layanan penuh mesra dan sikap ingin membantu yang dihulurkan. Itu saja sudah cukup untuk membuatkan tetamu yang datang merasa diri mereka dihargai.

Tuesday, February 8, 2011

Debik mendebiklah sebelum mama join sama...

Adik beradik aku semuanya perempuan. En.asben pula anak lelaki tunggal. Jadinya kami takde pengalaman dengan adik beradik lelaki. Tapi bila ada dua anak lelaki ni barulah kami tahu penangannya. Kalau dulu masa kecik tak terasa juga. Boleh aje main sama-sama. Duduk borak-borak sama-sama. Tapi bila dua-dua dah sekolah lain pula ceritanya.

Sejak Az dah masuk darjah 1 ni, dia dan abangnya Is asyiklah bersama. Pergi sekolah sekali. Balik sekolah sekali. Pergi sekolah agama bersama. Balik sekolah agama pun bersama juga. Kiranya sekarang ni lebih banyak masa mereka dihabiskan bersama. Tidur pun sebab share bilik makanya kenalah bersama juga.

Jadinya bila dah selalu bersama tu, ada sajalah yang tak kena. Si abang hot temper. Si adik pula tak boleh silap sikit. Kalau tak kena cakap, kalau tersalah pegang, kalau tersilap cuit, memang mendebik-debik ajelah kerjanya.

Kat rumah aku ni bila dia orang berdua gaduh memang dah macam filem tamil dia punya sound efek. Gedegang gedegung berkejar kat tangga. Ketepak ketepuk dok lawan balas pukul. Gedebang gedebung bunyi pintu dok acah buka tutup. Itu belum lagi sound efek terjerit kecil dan terpekik besar. Kalau ayahnya ada kurang sikit. Kalau setakat aku sorang saja, memang lagi macam-macam bunyi efek yang kedengaran.

Aduhai.. tapi bila sorang tidur. Sorang lagi leka buat homework memang terus sunyi rasa rumah. Jadinya kalau nak mendebik tu, korang debiklah dua beradik. Asalkan jangan patah riuk sudah. Kalau tahan mamanya diam. Kalau tak tahan mamanya join debik sama. Dua-dua sekali kena he..he..

Ini bukannya permandangan biasa yer. Acara buka buku tanpa disuruh ni ialah acara bila habis mendebik dan salah sorangnya kalah. Bila dah kalah terus sentap dan mood rajin pun datang untuk cover line. Gambar ni gambar lama. Tapi selalu tu memang macam ni jugalah situasinya.

Ada pula pengecualiannya..

Malam tadi sebelum menghantarkan Han ke pusat Tuisyen, kami singgah ke kedai buku terlebih dahulu. Selepas membeli apa yang dihajati kami kembali semula ke kereta. Kelihatan berbaris kereta di hadapan kedai. Pelik juga sebab semasa kami masuk ke kedai buku tadi suasananya lenggang. Dengan mudah aku dapat tempat parking.

Jengguk punya jengguk rupanya ada kereta yang di parking bertindan dengan kereta lain yang menyebabkan laluan terhalang. Kelihatannya kereta itu sedang menunggu orang sebab ada orang lain di dalam kereta dengan enjin dan lampu kereta terpasang. Aku yang hendak keluar dari parking pun jadi tersekat kerana kereta di belakang tidak bergerak dan terus menghalang laluan.

Dalam sabar-sabar tu, hati ini tetap juga melahirkan ketidakpuasan hati sebab ada yang mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain. Berdecit juga mulut ini walaupun tidak mengeluarkan sebarang kata-kata yang tidak elok. Setelah seketika barulah kesesakkannya reda. Dan aku pun bolehlah memandu keluar dari parking lot itu.

Ketika melalui kereta yang menghalang laluan itu, aku terperasan yang itu adalah kereta seorang teman lama. Dan kereta itu sedang menunggu temanku itu. Terus saja perasaan tidak puas hati itu hilang dengan sendirinya. Bagaikan kejadian itu tiada salahnya. Sempat pula aku mengangkat tangan kepada temanku yang nampak kelam kabut mahu masuk ke dalam kereta selepas menyedari yang keretanya telah menyebabkan kesesakan, menghalang laluan dan telah menyusahkan orang lain.

Aku tak tahu orang lain. Tapi perkara macam ni selalu terjadi padaku. Bila kejadian itu melibatkan orang yang kita kenali, terus saja perkara yang pada asalnya kita nampak tak betul berubah menjadi kepada tidak apa-apa. Tapi kalau orang lain yang melakukannya, kita rasa bagaikan tiada maaf bagimu. Memang mereka itu sangat bersalah sehingga terasa bagaikan mahu terus-terusan menghukum mereka.

Kenapa ya kita tak boleh menilai setiap perkara yang sama situasinya dengan penilaian yang sama. Yang salah tetap salah walaupun siapa yang melakukanya. Tapi untuk kita sentiasa ada pengecualian. Langsung tak tegas untuk menegur perkara yang salah itu. Rasanya sebab itulah kalau yang salah itu terus dirasakan betul oleh sesetangah pihak kerana ada pihak lain yang menyokongnya.

Pernah tak u all juga mengalami situasi sebegitu? Ke hanya aku sorang saja yang ada pengecualian yang sebegitu...

Monday, February 7, 2011

Pakwe cina...

Mood raya cina masih terasa. Eh..eh.. bukan mood raya cina tapi mood cuti raya cina yang masih terasa. Walaupun tak pergi berjalan ke mana tapi cuti yang panjang ni memang best sangat sebab dapat lepak dengan anak-anak & en.asben kat depan TV. Pulun sakan ngadap TV sampaikan blog pun tak berjengguk. Puas juga layan NCIS back to back berepisod-episod sampaikan dah rasa macam salah seorang team member Gibbs pulak jadinya he..he.. Movie pun banyak yang best. Itu yang lagi tak menguit ke mana dibuatnya.

Bercerita pasal raya cina teringat pula pasal pakwe cina. Tak tahu kenapa, sejak zaman sekolah sampai zaman kerja mesti ada pakwe cina yang berkenan nak berkenalan. Nak kata muka aku macam cina tak adalah pulak. Muka pure melayu. (Dah tentu-tentulah mamat-mamat tu nak kawan dengan aku sebab aku muka melayu iye tak. Kalau nak cari yang muka jenis chineese look lebih baiklah depa tackle awek cina aje kan. He..he..)

Tapi takde seorang pun yang sangkut. Berkawan sekadar untuk jadi kawan saja semuanya. Takde yang special pun walaupun dapatlah juga surat, bunga, birthday card sebagai tanda perkenalan. Kalau keluar makan pun pergi ramai-ramai. Nama pun cuma berkawan jadi takdelah sampai bercinta. Dan sampai sekarang terus lost contact. Tak pernah berjumpa pun lagi salah seorang dari mereka-mereka tu (wah.. mereka-mereka ya. Macam kan banyak. Padahal cuma 3 orang aje.. he..he..) Kalau jumpa bolehlah juga ucap Gong Xi Fa Chai. Kalau dah kahwin boleh juga anak-anakku dapat angpau dari mereka.

Sekarang ni walaupun tak ada hubungan dengan pakwe cina tapi orang selalu ingat aku berkahwin dengan orang cina. Sejak zaman bercinta, zaman bertunang sampailah dah berkahwin ni, kalau jumpa atau tengok gambar aku dengan en.asben mesti ada yang bertanya. Husband u chineese eh.. abang akak orang cina ke?..

Jawapannya ialah bukan cina maaa. En.asben I orang melayu. Pure melayu macam aku juga. Takde mix chineese pun. Tapi mungkin muka ada macam rupa cina. Itu yang orang macam confuse sikit. Kalau pergi kedai yang ownernya cina pun mesti dia orang akan cakap cina dengan en.asben.

Apa motif aku bercerita pasal pakwe cina ni yer? Ada orang tanya ke? Jawapannya takde orang tanya pun. Sekadar teringatkan cerita lama. Kalau orang lain cerita pasal cuti raya cina aku pulak sebab tak ke mana terpaksalah cerita pasal pakwe cina. Oklah tu kan. Berkaitanlah juga. He..he..

Wednesday, February 2, 2011

Atas Nama Cinta..

Dapat tag berupa games yang best ini dari Cik Yana. Thanks yer Yana sebab sudi tag akak. Rasa tak sabar pula nak buat sebab rasa tag ni macam menarik dan lain dari yang biasa aku buat tu.

RULES & REGULATION
Put your library music on shuffle. For each question, press the next button for your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds. Most of the time they seem to work though, strangely enough. Okay go! When you’re done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the title of your note.

1. If someone says, “Is this okay?”, you say?
Yakinlah aku menjemputmu - Kangen Band
(eh..eh.. tetiba pulak kan.. Ingat I ni driver ke.. he..he..)

2. How would you describe yourself?
Amanda - Boston
(Yes, I am a lady)

3. What do you like in a guy/girl?
When I see you cry -Bad English
(ha..ha.. sangat jahat suka tgk orang nangis pulak)

4. How do you feel today?
Entah - Afgan
(hmm.. memang itulah yang I tengah rasa sekarang ni)

5. What is your life's purpose?
PadaMU ku bersujud - Afgan
(Subhanallah.. memang itulah tujuan hidupku)

6. What's your motto?
Pergi - Aizat
(What??? Biar betul.. Pergi mana ekk..)

7. What do your friends think of you?
Jangan kau lepas - Alexa
(Lepaskan apa pulaklah yer.. Suka melepas ke.. he..he.. sorilah kawan-kawan)

8. What do you think of your parents?
Andai ku tahu - Ungu
(Andai ku tahu, aku mahu mereka juga menjadi ibu bapaku..)

9. What do you think about very often?
Obsesiku - Aqasha
(ha..ha.. obsesilah pulak dah)

10. What is 2 + 2?
Aku dan dirimu - Ari Lasso
(eh.. itu baru 2.. tak terer mathlah aku ni.. hi..hi..)

11. What do you think of your best friends?
The way I feel tonight - Bay City Roller
(eh.. ada kena mengena ke?)

12. What do you think of the person you like?
Bintang di Syurga - Peter Pan
(Ahli syurga kan semua yang baik-baik.. Alhamdulillah)

13. What is your life story?
Bukan diriku - Samson
(Ha..ha.. tak nak ngaku.. habis tu siapa aku yer???)

14. What do you want to be when you grow up?
Cinta Dalam Hati - Ungu
(Oh itulah cita-citaku... Cinta pada Allah, Rasul, Suami, Ibu, Ayah, Anak dan saudara seislam)

15. What do you think of when you see the person that you like?
Cobalah untuk setia - Kris Dayanti
(Memang itulah harapanku.. Jangan curang-curang)

16. What will you dance at your wedding?
Dan Sebenarnya - Yuna
(Eh, ok jugak lagu ni for wedding dance kan.. I suka)

17. What will they play at your funeral?
Demi Cinta - Keris Patih
(Iwould prefer surah yassin & ayat al-quran)

18. What is your biggest fear?
Di sini untukmu - Ungu
(Actually, di sini untukmu, I okey aje.. Tapi di sini tanpamu, barulah I takut sangat)

19. What is your biggest secret?
Fikirlah - Aizat
(See.. I memang taknak reveal my secret.. So tak payah nak korek-korek yer.. Hi..hi..)

20. What will you post this as?
Atas nama Cinta - Flop Poppy
(Best jugak letak tajuk entry macam ni kan..)

Seronok pulak buat tag ni. Ada jawapan yang kena. Ada jawapan yang tidak. Semuanya berdasarkan playlist kita. Tak payah susah-susah nak fikir. Kalau selalu tu ngelat aje nak tag orang lain, tapi kali ni terasa nak tag orang lain pula sebab nak tahu jawapan u all pulak. So saya nak tag semua rakan-rakan blogger yang baik hati dan selalu datang dan komen di blog ini.

Eh, mana nama-namanya ni? He..he.. memang takde sebab sengaja taknak letak. Sebab kalau letak nama takut u all rasa serba salah pulak. So pada sesiapa yang rasa tag ini FUN dan ingin mencubanya, silalah teruskan tag ini yer. Have Fun & Selamat Bercuti.

Tuesday, February 1, 2011

Infiniti..

Budak-budak ni kan, kalau ada perkataan baru yang mereka dengar atau pelajari, mereka memang suka sangat nak menggunakannya. Tak kiralah perkataan tu yang good word ataupun yang bad word. Kiranya macam gempaklah kalau boleh guna perkataan baru tersebut. Kalau mereka tahu maknanya memang lagilah mereka akan lebih kerap untuk menggunakannya untuk ambil perhatian orang di samping mahu orang lain tahu yang mereka memahami maksud perkataan tersebut.

Sebenarnya, aku pun gitu juga masa budak-budak dulu. Pantang ada perkataan baru yang aku tahu, mesti nak gunakan dalam ayat ketika berbual. Ayat yang takde kena mengena pun tetap juga nak masukkan perkataan baru tu untuk nampak cool. Contohnya macam vogue, bros, etc, instead of, either or, neither nor, chit chat tu semua.. (ini masa sekolah rendah ok.. masa sekolah menengah dah terer dan dah matang sikit. Jadinya gunakan perkataan-perkataan yang baru tahu dan faham tu bila bersesuaian dengan ayat saja.. so tak payah susah-susah nak gelakkan yer. Nak senyum sikit-sikit tu takpe.. he..he..)

Kisahnya, si Az baru kenal perkataan baru iaitu infiniti. Entah cikgunya ajar atau abang & kakaknya yang ajar. Tapi dia memang tahu infiniti tu maksudnya jumlah atau nilai yang tidak terbatas. Sekarang ni kan banyak game show kat tv yang ada ganjaran berupa wang tunai macam RM 5K, RM 30K. Tapi tiap kali ada iklan tu aje mesti Az dengan muka macam eksyen cakap alah bukannya banyak sangat.

Aku pun risaulah jugak sebab takut juga anak aku ni tak tahu yang nilai macam tu dah kira banyak. So aku cakaplah elok-elok kat dia eh, dah banyaklah jumlah macam tu sayang. Aku terangkanlah kat dia yang lima ribu, tiga puluh ribu tu banyak. Takutlah dia ingat lima ribu tu macam lima ringgit dan tiga puluh ribu tu macam tiga puluh sen saja. Then dia reply, baby tahulah mama. So aku pun lega. Anak aku tahu nilai rupanya. Okey fine.

Bila aku nak gerak tu aku dengarlah dia cakap ngomel-ngomel macam cakap sendiri gitu.. alah, kalau infiniti tu barulah banyak..

He..he.. punyalah nak gunakan perkataan baru tu. Sampaikan nilai lain semuanya sikit bagi dia. Memang anak mama. Sorilah yang.. anak u ikut perangai i lah..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...