Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. dugaan minggu ini dapat dilalui dengan baik. Tiada bantuan yang dapat kita bergantung harap sepenuhnya selain bantuan dariNYA. Terima kasih Allah kerana memudahkan segalanya buat kami sekeluarga. Semalam aku bercuti kerana menemani adikku di hospital untuk prosedur biopsi buah pinggangnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Semalam selepas biopsi, 6 jam adik aku tidak dibenarkan bergerak. Selepas 6 jam itu, sebelah kakinya tidak boleh diangkat akibat kesan bius. Oleh sebab itu, dia terpaksa ditahan di wad ICU. Alhamdulillah, pagi ini keadaannya beransur baik. Semoga kesihatannya terus baik hendaknya. Tak tergambar rasa risau yang sedang aku rasa ketika ini.
Alhamdulillah, setelah melalui minggu penuh debaran dan dugaan bila adik-adikku sakit dan dimasukkan ke hospital serentak, kelmarin aku mendapat berita gembira pula. Subhanallah.. dalam pada pelajaran Is merosot hujung tahun lepas, tak terjangka dia memperolehi 8A untuk UPKK (Ujian Penilaian kelas KAFA oleh JAKIM). Memang tahun lepas pelajaran Is merosot teruk. Sehinggakan tahun ini di sekolah kebangsaan Is terpaksa turun kelas dari kelas pertama ke kelas ketiga. Bayangkan betapa merosotnya pelajaran dia sampaikan boleh turun langkau 2 kelas. Keputusan akhir tahun sekolah agama pun tidak begitu baik.
Disebabkan itu, aku memang tak menduga yang Is mampu memperolehi semua A dalam ujian tersebut. Hari sebelum aku mengambil keputusan ujiannya di sekolah, Is memberitahuku yang kawannya memperolehi 7A. Sebab keputusannya belum diperolehi aku sengaja bertanyakan ramalan keputusanya. Dengan penuh keyakinan dia cakap dia boleh dapat 8A. Waktu tu aku senyum aje walaupun kagum juga dengan keyakinan yang dia ada. Esoknya bila aku ke sekolah, belum masuk pejabat lagi ustazah pemilik Sekolah Kafa sudah mengucapkan tahniah padaku. Dalam pada aku melayan blur dan rasa terperanjat ustazah memberitahu, tahniah, Is dapat 8A. Subhanallah.. Syukur Alhamdulillah. Kat situ juga aku menangis kerana rasa gembira. Sebak sangat-sangat.
Terima kasih Allah. Macam tak percaya. Memang tak terduga. Syukur sangat-sangat bila dia berjaya memperolehi keputusan itu dengan izin dari Allah. Tahniah abang! Mama rasa macam nak timang-timang abang. Semoga abang dapat terus menjaga solat dengan wuduk yang sempurna, membaca Al-quran setiap hari dan rajin belajar. Tahniah juga untuk kawan-kawannya yang memperolehi keputusan yang baik. Terima kasih buat ustaz dan ustazahnya yang baik budi serta ikhlas mencurahkan ilmu. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka. Semoga keputusan ini akan memberikan Is semangat untuk terus berjaya. Semoga ianya menjadi pemangkin untuk IS berusaha bagi memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR dan PSRAnya.
Alhamdulillah.. sekejap ni adik aku beritahu yang dia dah dibenarkan keluar dari hospital. Syukur. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesembuhan adikku. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada buat kita semua.