Showing posts with label tuisyen. Show all posts
Showing posts with label tuisyen. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Merosot...

Assalamualaikum..

Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Keputusan peperiksaan akhir tahun sudah diterima. Nampaknya sangat merosot pelajaran Is. Tiada kemajuan langsung. Kalau naik pun setakat 2,3 markah dari yang lepas. Dari A dah turun ke B. Yang C terus kekal C. Aduhai.. Tapi sebelum dapat kertas periksa pun aku dah boleh agak sebab dia memang banyak main sekarang ni. Time nak periksa atau time tak periksa sama aje. Asyik tengok tv, main game, main taman. Bila suruh baca buku memang dia yang tidur dulu. Turun naik kelas memang biasa. Darjah empat turun kelas no. 2. Tahun ni naik kelas no. 1 balik. Aku rasa-rasa dengan result dia baru ni memang tahun depan  dia kena turun kelas pulak. Dahlah nak UPSR tahun depan.

Jadinya aku rasa aku yang kena lebih pro-aktif untuk aturkan jadual untuk dia. Kalau dia leka main, aku tak boleh terus leka biarkan aje. Semalam aku dah daftarkan dia ke kelas tuisyen. Hantar tempat Han tuisyen dulu. Jauh sikit pun takpe. Itu pun dia beria nak tuisyen kat tempat kawan-kawan dia. Aku cakap tak boleh. Sebab kalau dengan kawan-kawan memang dia akan banyak main nanti. Cuti sekolah ni aku dah kena pantau aktiviti dia. At least setiap hari kena buat latihan. Tengok tv dan main kena aku hadkan limitnya. Aku bukannya apa, Is ni bukan jenis yang lemah sangat dalam pelajaran. Tapi sebab selalu leka dan banyak main dia jadi gitu. Jadi aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk memperbaiki keadaan itu. Aku selalu cakap kat dia, kalau tak pandai boleh belajar biar jadi pandai. Tapi kalau malas memang tak boleh buat apa selain kena usaha untuk jadi rajin. Bila aku cakap macam tu dia tahu pulak sedih. Tapi sedih kejap ajelah. Bila time main dia leka main jugak.

Is ni ada sikap rendah diri sikit. Jadi aku tak mahulah bila dia ketinggalan dari orang lain dia akan terus rasa rendah diri. Untuk tidak bagi dia ketinggalan dari orang lain aku kena tolong dia sungguh-sungguh. So azam aku di hujung tahun ni dan tahun depan ialah nak pastikan pelajaran Is meningkat semula. Harap-harap aku dapat penuhi azam aku dan pelajaran Is akan meningkat semula. Kalau tidak berjaya sekali pun, setidak-tidaknya aku tidaklah berasa ralat nanti. At least aku dah berusaha.

Salam hormat untuk semua. Take care.

Monday, November 1, 2010

Tuisyen dan ceritanya..

Tak senang rupanya untuk mendaftar masuk ke pusat-pusat tuisyen sekarang ini. Sangkaku bila-bila masa saja kita boleh daftarkan anak kita untuk mengikuti kelas tambahan di mana-mana pusat tuisyen yang kita suka. Rupanya tak semudah itu. Lebih menyukarkan keadaan bila kita mahu daftarkah di pusat tuisyen yang sudah ada nama dengan rekod yang baik. Mendaftar pula untuk tahun-tahun tertentu saja. Maklumlah jumlah tempat terhad untuk satu-satu kelas. Pelajar yang sedia ada dari tahun sebelum juga sudah pasti menjadi keutamaan mereka. Prestasi pelajar juga mahu diambil kira bagi menjaga reputasi sedia ada. Kiranya kuantiti dan kualiti memang terjaga di sesetengah pusat tuisyen ni. Bukan berdasarkan keuntungan semata.
Tahun depan anak sulungku Han akan mengambil peperiksaan UPSR. Jadinya aku mula memikirkan keperluan untuknya mengikuti kelas tambahan pada tahun hadapan. Sebenarnya sejak dua tahun lepas aku ingin anakku mengikuti kelas tuisyen. Tapi en.asben tidak bersetuju dengan alasan dia tidak mahu jadual anaknya terlalu padat dengan berbagai kelas. Tapi rasanya untuk tahun hadapan mahu tak mahu kami terpaksa juga menghantar Han ke kelas tambahan sebagai persediaan dia menghadapai peperiksaan besar pertama untuknya (kalau peperiksaan itu tidak dimansuhkanlah).

Mujur seorang sahabatku memaklumkan tentang perkara itu lebih awal. Makanya awal-awal jugalah aku memulakan langkah untuk mendaftar anak aku. Tiga minggu lepas aku sudah menghubungi pemilik pusat tuisyen. Pada mulanya nampak berat untuk dia menerima permohonanku atas sebab-sebab seperti yang aku nyatakan di atas tadi. Menurutnya juga, ramai ibubapa yang menghantar anak mereka khususnya yang di dalam tahun 6 ke pusat tuisyen itu dengan harapan anak mereka mendapat peningkatan yang mendadak sedangkan ada diantara anak-anak mereka yang langsung tidak dapat menguasai pelajaran mereka sebelum ini. (Sempat jugalah aku mendengar luahan hatinya).Tentulah susah bagi pihak tuisyen untuk melaksanakannya. Walaupun tidak mustahil tetapi tentulah tidak senang untuk jadikan seorang pelajar itu from zero to hero.
Disebabkan perkara itu, sekarang ini untuk kemasukan pelajar tahun 6, pihak pusat tuisyen itu hanya mengambil pelajar yang mempunyai markah ujian 60% ke atas saja. Kiranya yang terlalu lemah tu memang mereka tidak akan mengambilnya. Mujur prestasi Han melepasi had itu. Kalau tidak terpaksalah aku jadi guru tuisyennya untuk tahun depan. Bukanlah tiada pusat tuisyen lain. Tapi kalau boleh biarlah pusat tuisyen yang kita hantar tu berbaloi untuk anak kita meningkatkan pencapaian pelajaran mereka iye tak. So malam ni aku dengan en.asben akan pergi mendaftar tempat untuk Han mengikuti kelas tuisyen tahun hadapan yang akan dibuka pendaftarannya bermula malam ini. Bersunguh betul kan...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...