Pagi ini terbaca mengenai regim gigi sihat di Kosmo. Aku jadi berminat dengan tajuk didikan bermula dengan ibu bapa. Aku sangat bersetuju. Sebab aku juga begitu. Sejak kecil memang emakku menitikberatkan tentang kebersihan gigi. Teringat lagi waktu kecil-kecil dulu. Memang kami adik beradik kena berulang ke bilik air kalau berus gigi tak bersih. Emak memang pantang tengok gigi kami tak bersih. Selagi tak putih bersih selagi tu kena berus semula. Bila kena masuk ke bilik air semula memang aku akan gosok kuat-kuat biar bersih. Tapi sebenarnya gosok kuat-kuat pun kalau tekniknya salah memang takkan bersih juga. Jadinya bila keluar bilik air memang emak akan suruh gosok lagi semula. Bila dah lama-lama jadi pandai sendiri. Selagi gigi tak diberus dengan bersih dan sempuna memang aku tak keluar dari bilik air tu.
Waktu di sekolah ramai kawan-kawan cina yang kata gigi aku macam gigi iklan colgate. Padahal gigi aku bukannya jenis yang tersusun pun. Kata mereka gigi aku putih bersinar. He..he.. tak sia-sia berulang kali memberus gigi. Bila dah kahwin, en asben siap kata patutlah gigi you putih bersih. Berus gigi macam berus kapal. He..he.. dah terbiasa memberus dengan kuat. Jadinya melekat sampai sekarang. Sekarang ni kalau gigi cucu-cucu emak tak bersih, memang emak akan cukup bising. Sejak mereka kecil pun emak memang tak berkompromi. Kalau dengan aku atau adik aku, bila anak nangis-nangis tak nak berus gigi kami layankan juga. Kalau dengan emak aku memang tarik balik masuk bilik air. Tak dapat nak beruskan dengan berus gigi, dengan napkin pun jadi. Tapi kesannya memang semua cucu-cucu emak tiada yang rosak gigi susunya. Alhamdulillah. Untuk gigi kekal memang sendiri mahu jagalah.
Pada aku memang betullah didikan tentang kebersihan gigi bermula dari ibu bapa. Kalau kita tak peka, anak-anak pun leka. Penjagaan gigi akan diambil sambil lewa. Memang betul juga tu. Anak aku pun memang perlu di tanya dah gosok gigi ke belum selepas mandi. Sebab kadang kala memang keluar bilik mandi tanpa memberus gigi. Terlupa katanya. Jadinya bila kata terlupa tu memang aku suruh berus gigi sampai bersih. Selagi tak bersih memang kena berulang semula ke bilik airlah nampaknya.