Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Orang memberi kita merasa, kita memberi orang merasa..

Assalamualaikum...

I have been surfing on-line greater than three hours today, yet I never discovered any fascinating article like yours. It's lovely value sufficient for me. Personally, if all site owners and bloggers made just right content as you probably did, the web shall be a lot more useful than ever before.

Dо you minԁ іf Ι quote a couple of your аrticlеs as lοng аs I pгovide сrеdit and sourсеs bаck to уour webpage? My blog ѕitе is in thе еxасt same niсhe as yοurs and my userѕ ωould truly benеfit from a lot of thе information you pгesent here. Plеase let me know if thіs ok with you. Chеегs!

Komen-komen di atas adalah dari anonymous yang pernah singgah di blogku.  To those anon, I appreciate it so much for your comments! Membaca komen-komen dari mereka membuatkan aku berasa sangat berbesar hati. Terasa matlamat untuk menjadi blogger dan berkongsi serba sedikit kisah-kisah peribadi dan keluarga sudah tercapai. Alhamdulillah, bila ada juga nilai baik yang diperolehi dari kisah-kisah biasa diari kehidupanku juga pandangan peribadiku yang tidak seberapa. Sebenarnya, bukan pujian yang diharapkan dalam setiap tulisan. Hanya perkongsian yang mahu dikongsikan bersama. Tapi bila ada yang dapat menerima nilai yang baik darinya, aku rasa sangat seronok untuk terus berkongsi cerita.

Sebenarnya aku mula terpikat dengan blog selepas membaca sebuah blog anak muda lelaki yang sudah tidak aku ingat siapa namanya? Apa URL blognya? Tapi sampai saat ini, cerita simplenya yang mempunyai nilai yang baik masih berada dalam ingatanku. Hanya cerita mengenai dia ke restoran makanan segera pada dinihari kerana lapar. Bila keluar berseorangan, dia jadi pemerhati gelagat orang lain. Kemudian dia melahirkan rasa tidak puas hati bila melihat pengunjung yang meninggalkan meja makan dengan meja yang bersepah. Kerusi yang ditinggalkan berselerak. Sikap tidak baik sebegitu amat mengecewakan bagi dirinya. Pada pandangannya, walaupun di restoran makanan segera yang dibayar cukai, kita juga punya punya tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kekemasan tempat makan. Ini kerana orang luar akan memandang semua itu dan akan menilai sikap kita. Tidak mengapa jika kertas pembalut makanan dan cawan kertas tidak mahu terus di buang ke dalam tong sampah jika rasa itu bukan kerja kita. Tapi cukuplah jika mengumpulnya dengan kemas di meja. Bukan ditinggalkan berselerakan saja. Dari situ aku mendapat nilai yang baik dari ceritanya.

Begitulah kehidupan. Bila orang lain berkongsikan kebaikan, kita dapat nilai yang baik itu. Bila kita pula yang mahu cuba berkongsi kebaikan, orang lain pula mendapatnya. Setakat ini carian tentang tips membaiki bilik air tersumbat menjadi carian yang paling tinggi setiap hari di blogku. Cukup seronok bila mendengar ramai yang berhasil bila menggunakan tips tersebut. Mana tidaknya, perkongsian kecil dari kita dapat membantu orang lain. Alhamdulillah.. Semoga kita semua sentiasa mendapat manfaat dari perkongsian cerita dan pandangan yang kita kemukakan. Di samping dapat mengumpul sahabat baru dan mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada di alam maya ini. Walaupun tidak pernah bersua muka dan tidak mengenali hati budi sepenuhnya, tapi itu semua tidak membataskan kita dari menerima nilai-nilai yang baik untuk kita memperbaiki diri juga panduan berguna yang dapat menyelesaikan masalah harian kita.

Salam hormat buat semua. Take care.

Tuesday, April 24, 2012

Sad and sweet...

Kak, nape sedih sgt cite tu... Sy dah baca 3/4 dh, yg first 100 pages tu meleleh-leleh airmata saya...huhuuu... Seronok sgt baca! tak boleh nak letak tp kena letak jgk utk masak, mandi, blogging...hik hik hik ;))

Terasa mahu bercerita mengenainya bila membaca komen dari sahabat blogger Marya Yusof yang sedang membaca novelku Takdir Fitrah Terindah. Hmm.. teringat lagi bagaimana aku teresak-esak sewaktu menyidai kain di belakang rumah. Kalau jiran belakang nampak waktu itu, tentunya mereka ingat aku ni mangsa penderaan rumahtangga. Mana tidaknya sambil sidai kain boleh nangis he..he.. Paling tidak pun tentu ada yang menyangka aku sedang emosional sebab bergaduh dengan en.asben atau bergaduh dengan emak. Padahal aku sedang menghayati watak dalam novel. Sepatutnya aku menangis di hadapan PC waktu menulisnya. Tapi aku sudah menangis sewaktu membayangkan situasi dan perasaan heroin cerita ketika idea untuk menulis babak itu terlintas di kepala. Waktu sidai kain pulak idea nak datang, aku layankan ajelah.

Aku memang penyebak. Juga suka menghayati watak. Bila membaca novel, aku letakkan diri di tempat setiap watak. Waktu menulis, begitulah juga. Tapi untuk novelku, aku memang beria menagis waktu membayangkannya. Waktu menulis dan membacanya kembali, sebak itu seperti tidak terasa. Babak sedih bagaikan tidak menjadi. Aku rasa tidak berpuas hati sebenarnya. Tapi bila memikirkan novelku bukan novel sedih, aku merasa sedikit lega. Tapi bila membaca komen-komen dan feedback dari pembaca, aku menjadi sangat terharu. Ini kerana, percubaan yang aku rasakan tidak menjadi rupanya sampai juga ke hati pembaca. Mungkin, bila kita menulis dari hati, ianya sampai ke hati juga. Alhamdulillah..

Begitu juga dengan babak-babak yang manis. aku memang tersenyum-senyum saat menulisnya. Tak tahulah ianya sampai ke tidak ke hati pembaca. Babak yang manis padaku mungkin juga pada orang lain biasa-biasa saja. Aku sukakan manis yang bersahaja dan tidak berlebihan. Kerana pada aku, manis itu tak perlu berlebihan. Lebih simple lebih sweet. Kalau ada yang tanya padaku, cerita ini manis atau sedih? Jawapanku, tentulah cerita yang manis. Yang sedih itu sekadar penguat jalan cerita. Eh..eh.. boleh kot aku memberikan pandanganku tentang bukuku sendiri. Ini kerana novel ini adalah novel kegemaranku. Eh..eh.. Syok sendiri ke apa? Err.. Jawapanku tentulah tidak.

Anak-anak selalu bertanya bila aku membaca novelku. Mama baca novel sendiri? En.asben pulak selalu tegur, eh apa ni. You layan novel sendiri? Aduhai asyik kena perli aje he..he.. Aku pernah terbaca kat somewhere, kalau kita nak baca cerita yang betul-betul kena dengan jiwa kita, tulislah buku sendiri. Jadinya, padaku tak salah aku membaca novelku sendiri. Tak salah juga aku menyukai novelku bila ianya benar-benar kena dengan jiwaku. Kalau aku sendiri tidak menyukainya, macam mana aku nak hasilkan sesuatu yang baik. Tentulah aku perlu menjadi penilai pertama. Dan lagi, kalau aku sendiri tidak menyukainya, takkan pula aku nak harapkan orang lain menyukainya. Dan juga, bila ada yang menyukainya, tentulah aku rasa sangat bahagia. Terima kasih ya. Mungkin kita ni sejiwa. Calit sikit.

Nak calit juga walaupun tak minat membaca novel.  Atau tak pernah membaca lagi novel Takdir Fitrah Terindah ini. Atau dah baca tapi tak kena dengan jiwa. Atau rasa biasa aje novel ni. Atau rasa tak best langsung. (Minta-minta janganlah). Atau eh..eh.. berapa banyak atau daa.. Boleh aje nak calit juga. Aku takde hal.  Moh calit sikit he..he..  Salam mesra ~ Hanis Azla

Tuesday, April 3, 2012

Vienna, Thailand, Bali dan Cambodia..

Tajuk entry takde kena mengena dengan tempat yang bakal aku kunjungi dalam waktu terdekat ini. Dalam waktu terjauh, insyaAllah kalau ada rezeki. Kesemua tempat tersebut juga tidak pernah aku kunjungi. Jadinya bila FM dari tempat-tempat tersebut berada pintu peti ais rumahku, tentu saja aku berasa sangat teruja.Sama pula harinya aku menerima FM dari dua orang teman blogger yang baik hati pada jumaat lepas. Alhamdulillah, semenjak mengenali teman-teman blogger yang rajin melancong, peti ais  kat rumah dah hampir penuh dengan FM dari pelbagai negara. Suka..suka..suka.

Terima kasih Buat Hanie dan Suzie.  Kalau nak baca perkongsian cerita tentang Vienna, Thailand, Bali dan Cambodia, bolehlah berkunjung ke blog mereka. Gambar FM? He..he.. saja tak letak sebab takut nanti ada yang jeles. Eh..eh.. takdelah. Melawak aje. Memang tak ambil gambar pun. Macam pergi gathering blogger ahad lepas. Sekeping gambar pun tak ambil. Dah balik rumah baru menyesal hu..hu..

p/s : Minta maaf yer jika saya terlambat nak buat kunjungan balas. Saya sedang gigih menyiapkan projek kedua. Alhamdulillah, ianya sudah hampir menuju ke separuh perjalanan. Pening juga untuk meneruskan separuh perjalanan lagi. (Pening sebab setiap malam berjaga malam he..he..). Saya harap saya dapat menaip perkataan TAMAT sebelum pertengahan May.

Tuesday, March 13, 2012

Lulu Caldina...

Kami kenal tak lama. Cuma baru setahun dua. Tak pernah juga bersua muka. Hanya gambar buat kenal rupa. Hanya blog, e-mel dan FB penghubung bicara. Baru sekali juga mendengar suara. Orang berbudi haruslah kita berbahasa.

Perhubungan ini terasa cukup erat. Walaupun jauh tapi terasa dekat. Berbeza umur tapi tetap rapat. Sebelum kenal, nama itu pernah menarik minat. Di dalam novel namanya terlekat. Takdir Allah itu maha hebat. Selepas mempunyai blog, kami bersahabat.

Seawal blog ini bermula. Dialah pengunjung setia. Dialah juga pengomen pertama. Header yang menarik dialah tukang buatnya. Tanpa diminta mahupun dipaksa. Kebaikannya selalu buat aku gembira. Tentulah seronok ada kawan sebaik dia.

Buat Lulu Caldina si gadis Sabah. Persahabatan ini sangat indah. Harap-harap berterusan sampai sudah. Semoga ianya diberkati Allah.

Friday, January 13, 2012

Mimpi blogger...

Malam tadi aku bermimpi. Mimpi yang indah. Paling best bila dalam mimpi itu, entry untuk hari ini sudah siap aku postkan. Siap boleh rasa lega bila entry hari ni dah settle. Dalam mimpi pun boleh ambil kisah tentang entry he..he..

Makcik dan pakcikku ada krisis sikit. Kedua-dua keluarga terus renggang sejak itu. Kami sekeluarga pula masih berbaik dengan kedua-dua keluarga. Tiada masalah langsung dan tidak ikut masuk campur. Dengan keluarga makcik kami masih rapat. Dengan keluarga pakcik juga begitu. Setelah bertahun-tahun, mereka masih terus renggang. Iyelah, setelah krisis itu kedua-dua keluarga  tidak pernah bertemu atau berhubungan. Jadinya memang mustahillah untuk  perhubungan itu kembali terjalin. Keadaan ini membuatkan kami sekeluarga rasa sangat tak seronok dan sungguh tak selesa. Ini kerana kami semua sangat-sangat rapat suatu waktu dulu.

Mereka tidak lagi memburukkan sesama sendiri. Bila kami dekat dengan keluarga makcikku, pakcikku tidak kisah. Namun tidak mahu ikut serta. Bila kami merai keluarga pakcikku, makcikku juga tidak mahu ikut sama. Namun tetap tidak pernah menghalang kami. Tapi keadaan itu membuatkan kami jadi serba salah. Sudah banyak kali juga kami cari jalan untuk mereka berbaik-baik. Namun sampai saat ini ianya belum berhasil. Yang di sini cuba mengelak. Yang di sana tidak mahu mengalah. Untuk berlebihan takut-takut hubungan kami dengan kedua-dua keluarga pula merenggang. Perkara itu paling kami cuba elakkan. Mahuku mereka dapat berbaik-baik semula seperti waktu dulu. Agar saat-saat indah dulu dapat kami laluinya lagi bersama-sama tanpa ada sebarang sengketa.

Mungkin kerana perkara itu sangat-sangat aku harapkan sehingga ianya terbawa-bawa dalam mimpi. Malam tadi aku bermimpi mereka sudah berbaik kembali. Aku rasa sangat bersyukur dan sungguh gembira. Mungkin juga kerana aku terlalu mahu buat entry saat hubungan itu kembali terjalin membuatkan aku sudah termimpi-mimpikan entry tentang perkara itu. Memang terasa indah perasaanku di dalam mimpi malam tadi ketika entry itu aku postkan dengan tajuk ALHAMDULILLAH. 

Ya Allah, jauhkanlah kami dari berpecah belah. Satukanlah hati-hati kami.. 

Monday, October 24, 2011

Minta tolong doakan sama yer...

Sebentar tadi ada seseorang tinggalkan pesanan di kotak komen. Entah siapa hamba Allah itu. Tapi pesanannya mencuit rasa.

ASSALAMMUALAIKUM..

MAAF MENGGANGU,MINTA JASABAIK SAUDARI UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SAHABAT KITA DARI SINAR RAUDAH YANG SEKARANG SEDANG BERTARUNG NYAWA AKIBAT DEMAM DENGGI YANG KRITIS.. MOGA DENGAN DOA SEMUA ALLAH MEMAKBULKANNYA.AMIN

MINTA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.MUDAH2AN ALLAH MENDENGAR SALAH SATU DOA DARIPADA KITA.TERIMA KASIH HANYA ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA BAIK SAUDARI.

Aku sempat menjengguk ke blog Sinar Raudah tadi. Memang tiada update terbaru. Yang terakhir pada khamis lalu. Di shoutbox juga ramai yang mendokan kesihatannya. Jadinya di kesempatan ini, aku ingin memohon agar teman-teman yang mengenali teman blogger kita Amy Shaquena dan yang tidak mengenalinya untuk sama-sama berdoa untuk kesihatannya. Semoga Allah menerima doa-doa kita dan semoga sahabat kita cepat sembuh hendaknya InsyaAllah. Terima kasih buat semua.

Semalam yang indah bersama Bloggers......

Semalam yang indah. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga impian untuk berjumpa dengan blogger-blogger yang selama ini hanya kenal namanya saja. Pertemuan yang diatur berjalan dengan cukup lancar dan sempurna. Seronok dapat jumpa dengan teman-teman yang selama ini hanya bertegur sapa di alam maya. Seronok juga dapat mengenali teman-teman yang baru. Sebenarnya, ramai yang aku baru pertama kali kenal. Tapi semuanya sangat friendly dan mahu bertegur sapa.  Semuanya sangat best. Teruja sangat.

Terima kasih banyak buat tuan rumah, Kak Cik Seroja yang sudi menerima kami sebagai tetamu. Layanan yang diberi cukup baik. Terasa macam dah lama kenal walaupun baru pertama kali bertemu. Terima kasih juga buat co-host dan penyambut tetamu, Kak Azie dan Acu. Bestlah u all ni. Sangat peramah dan juga sangat rajin. Memang orang kuat untuk majlis semalam. Terasa segan juga sebab asyik berborak dan tidak membantu.

Potluck memang superb semuanya. Penuh meja sampaikan tak tahu mana yang nak di makan dulu. Alhamdulillah, memang sedap-sedap belaka. Semoga ada rezeki untuk kita berjumpa lagi. Gambar?? Hmm.. semalam belek-belek gambar dalam kamera, semuanya ada gambar sendiri. Tapi.. en.asben dah izinkan untuk upload di sini. Tapi.. gambarnya tak sempat nak upload lagi he..he.. Jadinya esoklah yer kita share-share (for few hours ke), InsyaAllah. 

*Anak-anak dan en.asben pun seronok semalam. Itu yang rasa lagi best tu..  

Friday, May 27, 2011

Yang best-best dan popular tu...

Salam untuk semua..



Waktu dulu, aku tak kenal apa itu blog. Satu hari tu, aku type Hanis Azla di google search. Sebab nama tu nama gabungan insan kesayanganku, makanya sajalah nak tahu kalau-kalau ada orang lain yang mempunyai nama yang serupa. Tapi yang aku jumpa ialah Hanis Zalikha. Iyelah, Hanis yang itu blogger yang sangat popular, cantik dan cerdik. Makanya bila type Hanis saja, memang Hanis Zalikha yang keluar. So aku pun klik kat nama itu dan terus link ke blognya.
 
Sejak itu aku mula meminatinya dan suka membaca entry di blognya. Bila dah jumpa seorang blogger popular, aku jumpa pula blog Red Mummy. Blog itu pun aku jumpa waktu type serching for Hanis Zalikha juga. So sejak tu aku layan blog Red Mummy yang best tu juga. Kiranya untuk beberapa bulan tu memang aku dok hadap 2 blog itu saja. Sehinggalah aku akhirnya terpanggil untuk mempunyai blog sendiri. Sejak ada blog sendiri tu, barulah aku jumpa blog lain yang sama menarik juga walaupun nama mereka tidak sepopular Hanis Zalikha dan Red Mummy.
 
Sekarang ini, ada banyak blog yang aku suka nak singgah. Kalau dulu cuma yang dua tu saja. Sekarang ini rasanya ada beratus blog  yang aku suka nak singgah. Punyalah banyak blog yang menarik. Sampaikan kadang tu tak sempat nak pergi menjenggah ke semua blog-blog tu. Dengan waktu yang terhad dengan keluarga, tugasan kerja dan kerja rumah lagi. Dengan aku yang kalau singgah tu memang tak sah kalau singgah setakat nak tinggalkan jejak. Mesti nak baca punya entry dan perkongsian orang. Tak kiralah yang pendek sejemput ataupun panjang berjela. Semuanya aku layan. Nak tinggalkan komen pun aku suka juga. Makanya, lagi limitedlah jumlah blog yang aku dapat singgah setiap hari.
 
Itulah penangan blog u all yang best-best dan popular untuk aku tu. Suka benar aku nak singgah. Suka sangat aku nak baca. Blog yang mana? Tentulah blog u all yang dah jadi kawan-kawan aku, blog u all yang aku dah follow, blog u all yang selalu singgah di sini untuk aku membalas kunjungan, blog u all yang selalu sudi komen untuk aku berbalas komen dan blog u all yang baru pertama kali singgah di sini dan yang akan aku follow nanti. Blog u all, u all yang best-best itu lah. Kalau aku senaraikan semua, memang minggu depan kot baru entry ni dapat post. Sebab aku kan selalu ambil masa untuk buat satu-satu entry tu he..he.. Nanti aku singgah lagi ke blog u all yang best-best tu yer. Happy blogging to All.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...