Assalamualaikum..
Kisah beberapa hari yang lepas..
Kak, ada peminat akak bagi hadiah. Lepas tu dia suruh akak sign novel dia sekali. Kata temanku sambil menghulurkan novel Takdir Fitrah Terindah bersama bungkusan kuih. Siap temanku snap gambarku bersama novel lagi untuk diberikan kepada pembaca itu. Ya Allah, aku jadi malu dan terharu dibuatnya. Balik kerja, aku bawa balik kuih itu untuk dimakan bersama en.asben. Mana dapat? Tanya en. asben. Peminat I bagi he..he.. (Saja aje nak guna ayat temanku ketika di pejabat sebelum tu untuk mengusik en.asben). Peminat??? Aku ada peminat ke? he..he.. Perkataan yang paling tepat bukanlah peminat sebenarnya. Tapi pembaca novelku. Alhamdulillah, ada yang berminat untuk membaca novelku. Terima kasih banyak atas sokongan yang telah diberikan oleh peminat opppssss pembaca novelku. Alhamdulillah, setakat ni, komen-komen yang diterima amat memberangsangkan. Ianya selalu menjadi pendorong yang kuat untuk aku terus menulis. Sehingga kini, masih ada yang mencari novel pertamaku. Novel Takdir Fitrah Terindah juga selalu berada dalam kata carian di blogku. Alhamdulillah, terima kasih banyak buat semua pembaca yang beminat dengan novelku. Aku sangat menghargainya. Selain dari carian Novel Takdir Fitrah Terindah, carian tentang Novel Kedua Hanis Azla, Novel Terbaru Hanis Azla dan Benar-benar Cinta Ilham Karangkraf juga sering termasuk dalam carian. Terharu juga bila ada yang membuat carian tersebut.
Ada juga teman pembaca yang sedang berada di kedai buku menelefon bertanyakan tentang novel keduaku kerana mereka ingin membelinya. Di chat FB pun ramai juga yang bertanya. Bila aku beritahu belum keluar lagi, mereka bertanyakan bila akan keluar? Untuk memberi jawapan, aku tiada jawapannya. Perkara itu membuatkan aku bertanyakan tentang manuskrip keduaku kepada pihak penerbitan. Di sini aku ingin kongsikan jawapan dari pihak penerbitan. Menurut mereka, manuskrip keduaku masih lagi dalam proses penilaian. Jadual penerbitan untuk tahun 2013 juga sudah penuh. Jika ada rezeki untuk novel keduaku diterbitkan mungkin di tahun yang berikutnya. Itupun jika ada rezeki. Jika tiada rezeki nampaknya manuskrip kedua itu akan sekadar menjadi simpanan peribadi untuk diriku sendiri. Sebenarnya, memang mengambil masa untuk sesebuah manuskrip itu untuk diterbitkan. Ianya bukan hal yang mudah juga, maksudku, bukan sekadar manuskrip dihantar, diterima, dicetak dan diterbitkan. Lainlah untuk penulis yang sudah mempunyai nama. Tambah-tambah lagi dengan bilangan penulis lama dan baru yang hebat-hebat sekarang ini. Bilangan manuskrip yang diterima juga bukan-sikit-sikit. Bukan satu tugas mudah bagi pihak editor untuk membuat pemilihan. Genre dan kisah yang selalu menjadi pilihan pembaca juga perlu diambil kira. Untuk Novel Takdir Fitrah Terindah juga begitu. Selepas setahun menghantar manuskrip, barulah ada rezeki untuk diterbitkan. Semoga ada rezeki juga untuk Benar-benar Cinta diterbitkan nanti, insyaAllah. Doa-doakan sama ya!
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care & have a nice day.
Showing posts with label Novel Takdir Fitrah Terindah. Show all posts
Showing posts with label Novel Takdir Fitrah Terindah. Show all posts
Wednesday, April 10, 2013
Tuesday, July 17, 2012
Promo Novel Takdir Fitrah Terindah...
Assalamualaikum...
Hari Sabtu lepas aku mengikuti Program Sehari bersama Penulis Buku Prima di Pejabat Karangkraf, Shah Alam. Seronok dapat bertemu dengan Editor, Pereka Grafik, Grup Penjualan dan Orang-orang kuat di Grup Buku Karangkraf. Ramai Novelis dan Penulis lama dan baru yang dikenali. Alhamdulillah, banyak ilmu yang diperolehi. Salah satunya ialah Movie Maker. Bila dah belajar, perlulah dipraktikkan agar ilmu yang diperolehi tidak menjadi sia-sia kan. Jadinya inilah percubaan pertamaku. (Harap-harap bolehlah upload video ni hendaknya sebab first time upload video he..he..). Tentu saja banyak kekurangannya. Jadinya, segala teguran dan kritikan yang membina sangat aku harapkan. Terima kasih.
Salam Hormat buat semua.. Have a nice day..
Tuesday, April 24, 2012
Sad and sweet...
Kak, nape sedih sgt cite tu... Sy dah baca 3/4 dh, yg first 100 pages tu meleleh-leleh airmata saya...huhuuu... Seronok sgt baca! tak boleh nak letak tp kena letak jgk utk masak, mandi, blogging...hik hik hik ;))
Terasa mahu bercerita mengenainya bila membaca komen dari sahabat blogger Marya Yusof yang sedang membaca novelku Takdir Fitrah Terindah. Hmm.. teringat lagi bagaimana aku teresak-esak sewaktu menyidai kain di belakang rumah. Kalau jiran belakang nampak waktu itu, tentunya mereka ingat aku ni mangsa penderaan rumahtangga. Mana tidaknya sambil sidai kain boleh nangis he..he.. Paling tidak pun tentu ada yang menyangka aku sedang emosional sebab bergaduh dengan en.asben atau bergaduh dengan emak. Padahal aku sedang menghayati watak dalam novel. Sepatutnya aku menangis di hadapan PC waktu menulisnya. Tapi aku sudah menangis sewaktu membayangkan situasi dan perasaan heroin cerita ketika idea untuk menulis babak itu terlintas di kepala. Waktu sidai kain pulak idea nak datang, aku layankan ajelah.
Aku memang penyebak. Juga suka menghayati watak. Bila membaca novel, aku letakkan diri di tempat setiap watak. Waktu menulis, begitulah juga. Tapi untuk novelku, aku memang beria menagis waktu membayangkannya. Waktu menulis dan membacanya kembali, sebak itu seperti tidak terasa. Babak sedih bagaikan tidak menjadi. Aku rasa tidak berpuas hati sebenarnya. Tapi bila memikirkan novelku bukan novel sedih, aku merasa sedikit lega. Tapi bila membaca komen-komen dan feedback dari pembaca, aku menjadi sangat terharu. Ini kerana, percubaan yang aku rasakan tidak menjadi rupanya sampai juga ke hati pembaca. Mungkin, bila kita menulis dari hati, ianya sampai ke hati juga. Alhamdulillah..
Begitu juga dengan babak-babak yang manis. aku memang tersenyum-senyum saat menulisnya. Tak tahulah ianya sampai ke tidak ke hati pembaca. Babak yang manis padaku mungkin juga pada orang lain biasa-biasa saja. Aku sukakan manis yang bersahaja dan tidak berlebihan. Kerana pada aku, manis itu tak perlu berlebihan. Lebih simple lebih sweet. Kalau ada yang tanya padaku, cerita ini manis atau sedih? Jawapanku, tentulah cerita yang manis. Yang sedih itu sekadar penguat jalan cerita. Eh..eh.. boleh kot aku memberikan pandanganku tentang bukuku sendiri. Ini kerana novel ini adalah novel kegemaranku. Eh..eh.. Syok sendiri ke apa? Err.. Jawapanku tentulah tidak.
Anak-anak selalu bertanya bila aku membaca novelku. Mama baca novel sendiri? En.asben pulak selalu tegur, eh apa ni. You layan novel sendiri? Aduhai asyik kena perli aje he..he.. Aku pernah terbaca kat somewhere, kalau kita nak baca cerita yang betul-betul kena dengan jiwa kita, tulislah buku sendiri. Jadinya, padaku tak salah aku membaca novelku sendiri. Tak salah juga aku menyukai novelku bila ianya benar-benar kena dengan jiwaku. Kalau aku sendiri tidak menyukainya, macam mana aku nak hasilkan sesuatu yang baik. Tentulah aku perlu menjadi penilai pertama. Dan lagi, kalau aku sendiri tidak menyukainya, takkan pula aku nak harapkan orang lain menyukainya. Dan juga, bila ada yang menyukainya, tentulah aku rasa sangat bahagia. Terima kasih ya. Mungkin kita ni sejiwa. Calit sikit.
Anak-anak selalu bertanya bila aku membaca novelku. Mama baca novel sendiri? En.asben pulak selalu tegur, eh apa ni. You layan novel sendiri? Aduhai asyik kena perli aje he..he.. Aku pernah terbaca kat somewhere, kalau kita nak baca cerita yang betul-betul kena dengan jiwa kita, tulislah buku sendiri. Jadinya, padaku tak salah aku membaca novelku sendiri. Tak salah juga aku menyukai novelku bila ianya benar-benar kena dengan jiwaku. Kalau aku sendiri tidak menyukainya, macam mana aku nak hasilkan sesuatu yang baik. Tentulah aku perlu menjadi penilai pertama. Dan lagi, kalau aku sendiri tidak menyukainya, takkan pula aku nak harapkan orang lain menyukainya. Dan juga, bila ada yang menyukainya, tentulah aku rasa sangat bahagia. Terima kasih ya. Mungkin kita ni sejiwa. Calit sikit.
Nak calit juga walaupun tak minat membaca novel. Atau tak pernah membaca lagi novel Takdir Fitrah Terindah ini. Atau dah baca tapi tak kena dengan jiwa. Atau rasa biasa aje novel ni. Atau rasa tak best langsung. (Minta-minta janganlah). Atau eh..eh.. berapa banyak atau daa.. Boleh aje nak calit juga. Aku takde hal. Moh calit sikit he..he.. Salam mesra ~ Hanis Azla
Monday, April 16, 2012
Malu-malu..
Bila dia tak baca novel aku. Aku dok sibuk merajuk. You takde pun nak baca novel I. Padahal memang tahu dia tak minat nak baca novel melayu. Tapi bila dia baca dan tersenyum-senyum aku suruh dia stop baca pulak sebab aku malu. Segan sendiri bila dia membaca tulisanku. He..he.. betullah kan. Perempuan ni memang complicated..
Sudah hampir 14 tahun kami berkahwin. Tapi ada masa-masanya, ada perkara-perkara tertentu, aku masih malu-malu dengannya. Sampai sekarang aku tak boleh nak drive kalau dia follow belakang aku. Rasa macam malu sangat nak pandang cermin pandang belakang sebab terasa macam sedang bertentangan mata he..he.. feeling baru bercinta.
Kalau keluar makan berdua aku tak malu nak makan banyak depan dia. Tapi kalau dia call kata nak ajak minum. Dan kami pergi berasingan, aku akan jadi malu sebab feeling nak keluar dating. Sampaikan nak keluar dari kereta pun rasa berdebar-debar. Kalau dah pandang muka dia terus rasa macam nak senyum-senyum.. he..he.. I malu dengan u lah en.asben.
Tuesday, March 20, 2012
Malu tapi mahu...
Keyakinan diri. Aku memang tak berapa memilikinya. Malu terlebih memang selalu ada. Malu tak bertempat kadang-kadang ada juga. Tapi selalu aku cuba elakkan. Teringat waktu nak cetak manuskrip novel Takdir Fitrah Terindah. Bersungguh aku suruh en.asben cari kedai cina tak mahu kedai melayu. Bukan sebab tak nak sokong perniagaan orang melayu. Bukan juga kerana kualiti dan mutu kerjanya atau apa. Tapi kerana malu. Hanya sebab malu dan bukan atas sebab lain. Aku malu kerana kalau kedai melayu tentulah mereka tahu aku berangan-angan nak jadi penulis. Malu kerana bercita-cita besar. Macam-macam yang aku fikirkan. Takut-takut waktu mencetak mereka terbaca tulisanku dan merasakan aku hanya berangan-angan tinggi. Tapi tiada bakat.
Sebelum tu aku dah pergi ke beberapa buah kedai cina, tapi mereka tak boleh nak print double sided. Mungkin ada masalah dengan mesin mereka kot. Nak dijadikan cerita, kat tempat last aku nak cetak hanya kedai printing dan fotostat melayu saja yang masih dibuka waktu tu. Kedai itu pula tiada masalah untuk aku cetak double sided. Aku pula jenis yang tak suka nak bertangguh kalau nakkan sesuatu. Nak settlekan hari tu jugak. Jadinya kedai melayu pun takpelah. Dah terpaksa makanya aku mengalah saja. Buang rasa malu tu ke tepi kejap. Tapi masih minta tolong en.asben yang pergi cetakkan. Aku tunggu dalam kereta he..he.. Dah bagi thumb drive terlupa bagi password pulak. Terpaksalah en. asben call tanya password. Lepas tu ada beberapa perkara yang en.asben tak sure dan call lagi. Iyelah, bukannya kerja dia. Jadinya serba serbilah yang dia tak pasti.
En.asben memang selalu sangat memahamiku. Tapi aku tak mahulah berlebih-lebihan mengambil kesempatan. Sebelum dia hot baik aku bertimbang rasa dulu. Mengelak dari en.asben terpaksa berulang kali call akhirnya aku buang rasa malu dan masuk ke dalam kedai untuk cetak sendiri. Kedai itu diuruskan oleh sepasang suami isteri melayu. Mereka sangat ramah dan sangat membantu. Keramahan dan bantuan mereka membuatkan rasa maluku berkurang. Mereka menunjukkan sokongan bila aku kata mahu mencetak dan menghantar manuskripku ke pihak penerbit buku. Mereka sangat menyokong cita-citaku untuk jadi penulis. (Rasanya ramai orang pun begitu. Cuma aku yang berfikiran sempit waktu itu. Malu tak hengat he..he..). Mereka siap bagi nama penerbit buku yang boleh aku hubungi andainya berminat. Sebelum keluar mereka siap ucapkan selamat berjaya buatku. Ianya menjadikan aku lebih bersemangat lagi.
Mereka jugalah antara orang pertama yang tahu tentang cita-citaku selepas en.asben dan anak-anak. Orang lain memang tak tahu cerita langsung pasal aku dah mula menulis dan bercita-cita untuk jadi penulis novel waktu tu. Aku kan malu dengan cita-cita sendiri. Sampai emak yang tinggal serumah pun tak tahu aku menulis. Malu juga kalau emak tahu. Selalulah kena leter sebab duduk kat atas tak turun-turun sebab asyik menulis. Entah apalah mama kau tu asyik buat kat atas.. he..he.. Mujurlah aku boleh buang sikit rasa malu tu. Kalau tidak agaknya sampai sudah manuskrip tu tak bercetak dan terus tersimpan dalam lappy. Alhamdulillah, sejak itu aku mula ada sedikit keyakinan diri. Sedikit sajalah, nak cerita dengan orang lain masih tetap malu lagi. Selepas penerbit call dan kata novelku diterima untuk diterbitkan, barulah aku mula bercerita pada orang-orang yang rapat untuk berkongsi rasa hati. Kalau ikutkan nak jerit lihatlah dunia, tapi aku malu. Okey aku tipu, takde maknanya aku nak jerit gitu.. he..he..
Thursday, March 15, 2012
Bermula dari sayang nak buang sebenarnya..
Intro awal dalam novelku Takdir Fitrah Terindah.
Aku masih terpaku di hujung katil. Mataku mengamit pada inai berwarna ceria di hujung jari-jemariku. Terbayang saat-saat pernikahan kami usai solat asar tadi. Debaran menanti kehadirannya di kamar pengantin ini benar-benar terasa. Hingga ke saat ini, aku masih tidak dapat mentafsir perasaannya yang sebenar.
Lelaki itu kelihatan sungguh tenang, ceria dan mesra pada majlis petang tadi. Dia seperti amat bahagia dengan pernikahan kami. Adakah dia sedang bahagia? Atau sebaliknya hanya ingin mengabui mata kaum keluarganya. Aku sememangnya tidak pasti kerana walaupun dia tersenyum namun tidak sekalipun anak matanya terarah kepadaku. Hina sangatkah aku di matanya?
Hatiku semakin tidak keruan bila daun pintu bilik dikuak dari luar. ‘Ya Allah, berikanlah ketenangan kepada hambamu ini…’ Dalam debaran masih sempat aku berdoa. Aku terus menundukkan wajah bila dia langsung tidak memberikan sebarang reaksi mahupun menyapaku. Alas cadar yang sejuk dan bercorak indah itu aku usap perlahan. Kedinginan dari penghawa dingin serta bau harum semerbak bunga rampai yang memenuhi ruang kamar itu masih tidak mampu memberikan ketenangan. Apatah lagi memberikan aku kekuatan untuk berhadapan dengannya.
Waktu itu aku di pejabat sedang menyiapkan laporan harian. Kata-kata itu tiba-tiba saja menjelma dan tersusun di kepala. Banyak membaca novel membuatkan kata-kata indah selalu berada dalam kepala. Waktu itu minat menulis tak timbul lagi. Tapi keinginan untuk menulis novel sendiri memang ada. Mengelak dari aku terlupa susunan kata-kata itu, dalam sibuk-sibuk dengan kerja, aku terus menaipnya dalam muka surat laporanku juga. Bila dah taip aku terasa sayang untuk membuang patah-patah kata itu. Dari rasa sayang itulah aku mula menyambung dan mengolah cerita. Sehingga terhasilnya cerita kisah cinta Nur Fitrah dan Aiham Fakhri. Alhamdulillah..
Tuesday, November 1, 2011
Wah.. dia pun bacalah...
Minggu lepas waktu tengok-tengok FB Buku Prima, terbacalah satu status ni. Status itu oleh Intense Idea - Fauziah Ashari. Bagi peminat novel, tentu begitu mengenali novelis tersebut. Penulis novel Ombak Rindu tu. Dia update dia dah baca novel Takdir Fitrah Terindah dan satu lagi novel dari Buku Prima, Purnama Merindu. Katanya okey, dia suka dan kena dengan jiwanya. Aku yang membaca status itu tentulah rasa seronok dengan muka macam nak senyum sepanjang hari. Walaupun sekadar komen biasa, namun status itu terasa sungguh bermakna buat diriku yang sangat meminati tulisan-tulisannya.
Manakan tidak. Fauziah Ashari tu novelis kegemaran aku. Aku mula gila novel selepas membaca novel hebatnya Ombak Rindu. Jadinya, bila dia membaca novelku dan katanya kena dengan jiwanya, tentunya aku rasa seronok. Tak sabar nak tunggu filem Ombak Rindu ditayangkan. Dengarnya dalam bulan December ni. Rasanya dah berapa kali aku ulang baca novel tersebut. Kesemua novel-novel sambungan Ombak Rindu juga aku sudah baca dan milikinya. Jadi, mahunya aku tak suka bila membaca komen darinya itu. Rasanya macam nak like banyak-banyak kali status tu he..he.. Angau betul.
Manakan tidak. Fauziah Ashari tu novelis kegemaran aku. Aku mula gila novel selepas membaca novel hebatnya Ombak Rindu. Jadinya, bila dia membaca novelku dan katanya kena dengan jiwanya, tentunya aku rasa seronok. Tak sabar nak tunggu filem Ombak Rindu ditayangkan. Dengarnya dalam bulan December ni. Rasanya dah berapa kali aku ulang baca novel tersebut. Kesemua novel-novel sambungan Ombak Rindu juga aku sudah baca dan milikinya. Jadi, mahunya aku tak suka bila membaca komen darinya itu. Rasanya macam nak like banyak-banyak kali status tu he..he.. Angau betul.
Monday, August 15, 2011
Alhamdulillah.. dah ada..
Petang semalam kami sekeluarga ke Jusco Taman Equine untuk beli baju raya anak. Lalu depan Popular Bookstore nampak novel saya sudah berada di atas rak buku. Alhamdulillah. Seronok tak terkata sebab bagaikan bermimpi melihatnya. Dengan muka tak malu minta en.asben tolong snapkan gambar-gambar ni buat kenangan. Iyelah, pertama kali. Tentulah teruja kan. (Teruja juga untuk abadikannya di sini). En. asben dan adik-adikku siap beli lagi. Terharunya. Tentulah sebagai tanda sokongan mereka padaku. Terima kasih..
Pastinya saya akan lebih teruja andai ada yang sudi untuk memilikinya juga nanti he..he.. Kepada yang sudah memilikinya, terima kasih banyak yer. Selamat membaca. Nanti bolehlah berikan komen mengenai karya pertama saya ini. (Pada teman-teman yang masih tak dapat cari novel ni, harap-harap dalam minggu ini Novel TFT sudah ada di kedai buku berhampiran anda).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Positif juga akhirnya..
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.. Salam jumaat yang mulia. Jom banyakkan berselawat. Specialnya bulan Februari tahun ...
-
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan ko...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. majlis perkahwinan sepupuku pada ahad lepas telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Semingg...