Setiap isnin hingga khamis petang sekarang ini memang aku menunggu di depan tv. Dah tentu-tentunya sebab nak tengok Gemersik Kalbu. Sesekali terlepas juga. Tapi tak kisah sangat sebab dah tahu endingnya. Waktu baca novelnya aku membayangkan macam lain. Bila jadi drama tentulah macam lain juga. Tidak seperti yang dibayangkan. Jadinya bila menonton drama atau filem dari novel yang pernah dibaca aku jadi tak berapa nak feel sangat. Lebih-lebih lagi bila jalan cerita ada yang bertukar sedikit.
Aku memang meminati novelis Anis Ayuni, penulis novel Gemersik Kalbu ni. Kiranya semua novelnya sudah aku miliki. Gemersik kalbu antara novel yang paling aku minati. Berapa kali juga aku ulang baca. Teringat lagi waktu dulu bersama kawan-kawan yang kaki novel. Bila ada novel baru yang keluar dari novelis kegemaran kami, memang kami akan membelinya seorang satu. Takde kongsi-kongsi atau pinjam-pinjam. Lepas baca kami akan berkongsi cerita babak-babak yang menarik di dalamnya.
Begitu jugalah dengan novel Gemersik Kalbu ni. Sampaikan watak Raihana dan Sufian terbawa-bawa dalam perbualan kami. Punyalah suka dengan novel Gemersik Kalbu tu. Sampaikan aku hantar e-mail kepada penulisnya Pn. Anis Ayuni untuk mengucapkan tahniah padanya. Untuk menyatakan betapa aku dan kawan-kawan menyukai karyanya. Bila Pn. Anis Ayuni membalas e-mail tu rasa suka bukan main. Rasa macam nak buat lompat bintang he..he.. Macam tak sangka sangat novelis terkenal nak balas e-mail kita. Waktu tu di ofis lama memang e-mail peribadi disekat masuk. Tapi sebab nak sangat baca balasan e-mail tu, sanggup call Bahagian MIS minta tolong releasekan e-mail tersebut. Buat muka tebal aje.
Itulah yang pertama dan terakhir aku buat macam tu kerana sukakan novel dan novelis ni. Sebelum ini memang tak pernah. Sesudah itu pun tak buat lagi dah. Pertama kali aku teruja dengan novel dan novelisnya. Itu yang membuatkan aku mempunyai kenangan sendiri dengan Gemersik Kalbu. Itu yang jadi Gemersik Kalbu versiku tu he..he.. Waktu mula-mula drama tu bersiaran, ramai yang rasa macam lagu Aqasha masa ending tu tak best. Tapi aku suka. Sebelum ni memang dah lama en.asben download lagu tu sebab dia memang minat lagu-lagu dan suara Aqasha. Mula-mula memang aku pun rasa semacam dengan liriknya. Dah lama-lama rasa okey dan unik.