Jam sudah menghampiri pukul 3 pagi. Mengantuk? Tak terasa lagi. Manakan tidak, aku sudah tertidur dulu tadi. Terjaga semula 2 jam sudah. Harap-harap aku tidak mengantuk di pejabat nanti. Idea datang. Waktu sebegini, mudah benar jari jemari berlari laju menekan kekunci. Tenang, damai, sunyi. Dan idea mula mencurah lagi. Aku tersenyum sendiri bila muka surat semakin bertambah. Rehat itu perlu. Esok, aku perlu berikan perkhidmatan yang bermutu. Jadinya, aku perlu tidur dahulu. Mana tahu idea datang lagi dalam mimpi...
Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts
Friday, March 30, 2012
Wednesday, January 26, 2011
Mendung menguasai ideaku...
Hari ni cuacanya mendung. Sejak pagi hingga ke petang ini, redup saja awan di luar tu. Orang kata cuaca boleh mempengaruhi mood dan persekitaran. Iye ke? Tapi mood aku hari ni biasa-biasa saja. Tidak mendung. Ceria pun pada kadar yang sepatutnya.
Yang pastinya aku tiada idea untuk bercerita. Sejak tadi ada bermacam-macam perkara yang ingin aku kongsikan. Tapi, tidak seperti selalu, payah benar hendak mengatur ayat seperti biasa. Mungkin hari mendung telah mempengaruhi mood berceritaku.
Ideanya lambat hendak keluar dan akhirnya tepu dalam pemikiranku tanpa dapat diolah menjadi tulisan untuk dikongsikan seperti selalu. Hmm.. harap-harap janganlah berterusan begini. Bagaimana nak jadi blogger tegar kalau begitu. Ha.. ha.. okey, aku sedang merapu.
Aduh, ini percubaan kali ke empat untuk aku membuat entry. Serius, sebelum ni ada tiga cerita yang tergantung separuh jalan tanpa dapat aku sudahkan. Jadinya, untuk entry yang ni aku mahu post saja. Boleh ke macam tu. Boleh kot. Harap-harap entry ni menjadi pemangkin untuk ideaku keluar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Positif juga akhirnya..
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...
-
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan ko...
-
Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim. ALLAH.. terasa kekok untuk kembali menulis selepas berbulan tidak menulis di sini. Tapi...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.. Salam jumaat yang mulia. Jom banyakkan berselawat. Specialnya bulan Februari tahun ...