Wednesday, December 27, 2017

Percutian ke Dash Box Hotel, Cyberjaya

Assalamulaikum..


Alhamdulillah.. minggu lepas aku dan en.asben ambil cuti dua hari. Hari khamis dan jumaat. Saja nak cuti-cuti hujung tahun. Sambil-sambil tu boleh bawa anak-anak bercuti juga. Konsep cuti-cuti kita waktu cuti sekolah hujung tahun  ni ialah cuti dekat-dekat aje. Minggu sebelum dah ke Lumut. Minggu ini kita bercuti lebih dekat lagi. Kita ke Cyberjaya sudah he..he.. Dari rumah cumalah 20 minit. Dari kolej Han cuma 10 minit aje. Jadi Han pun boleh join sekaki lepas habis kelas. En.Asben pun sekarang ni tak berapa tahan nak tempuh jalan jem waktu bercuti. PD pun dia dah malas nak pergi. Bila dah tahu macam tu aku pun booking aje hotel yang dekat-dekat dengan rumah. Janji tidur hotel dan hotel ada pool dah kira bercutilah tu untuk anak-anak aku. Kat tepi rumah pun tak kisah he..he.. 

Pagi khamis tu, keluar pergi beli buku sekolah anak siap-siap. Apa-apa hal pun, bajet barangan sekolah tak boleh terpakai. Jadi sebelum terpakai baiklah kita settlekan dulu. Alhamdulillah.. hari khamis tu settlelah membeli buku sekolah anak-anak untuk 3 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah. Terima kasih ALLAH atas rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah.. baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan yang lain awal-awal cuti lagi aku dah pergi beli. Tak mahu tunggu last minute. Dah settle beli buku sekolah semua, beg baju semua pun dah berkemas, jomlah kita pergi bercuti. Sebelum tu sempat singgah beli alat tulis kat D' Centrum. Terlanjur nak beli lunch, kita beli sekali alat tulis semua. Aku bila hujung-hujung tahun ni selagi barang sekolah anak tak settle, selagi tulah hati tak tenteram. Dah settle semua barulah hati rasa lega. Nak bercuti pun boleh cuti dengan aman. 

Pukul 2 petang lepas dah beli lunch untuk semua orang kami pun bertolak ke Cyberjaya. Dah bawa bekal nasi, membeli tetap jugak aku ni. Siap beli KFC untuk anak-anak, nasi kandar untuk emak dan nasi arab kambing untuk en.asben. Sampai Dash Box pukul 2 lebih. Dah kata dekat kan he..he.. Baca review kata nak check in ambil masa kat Dash Box dan waktu dapat kunci sangat lambat. Tapi waktu aku pergi tu check in cepat aje. Pukul 2 lebih tu dah terus dapat kunci bilik. Alhamdulillah.. Kami berpuas hati. Aku booking 2 bilik. Satu bilik depan pool. Satu lagi bilik kabin. Dua-dua kat tingkat bawah dan  tak jauh pun antara satu sama lain. Kira oklah tu. Bilik yang depan pool kecil aje. Ada satu katil super king yang muat-muat bilik, ada aircond, ada smart tv, ada fridge dan complimentary 3 air tin di dalamnya, air mineral, cerek letrik, rak baju, hair dryer dan iron dan iron board. Kat bilik ni nak bentang toto pun takde space. Tapi aku pernah baca ada family duduk 5 orang dalam tu. Aku tak pasti macam mana dia orang adjust tempat nak tidur. Tapi bagi aku bilik tu sangat sempit. (Sori.. aku tak ambil langsung gambar bilik).

Kat bilik kabin ada 2 katil single, ada aircond, ada rak dan ada minerel water. Itu aje. TV, cerek letrik semua takde. Toilet pun kecik. Tapi ada ruang untuk bentang toto. Itu aje kelebihannya berbanding bilik depan pool. Yang depan pool harga dia waktu aku booking RM 264. Bilik kabin RM 132. Aku booking hujung bulan november. Bila aku check balik lepas tu memang dah fully booked. Alhamdulillah.. aku sempat booking awal. Seronok juga stay kat situ. Biliknya cantik. Makan kat luar bilik sambil mengadap pool pun best. Tilam dan bantal kat bilik depan pool sangat empuk.  Katilnya besar dan kalau badan kecik-kecik muat aje nak tidur empat orang. Cuma kat kepala katil tu ada habuk macam dia orang dah lama tak lap. Kat bilik kabin, tilam dan bantalnya biasa-biasa aje. Kat kabin tu berbau kulapok sikit sebab dalam kontena kan. Jadi macam udara tersekat kat dalam tu. Sapu pun tak bersih siap ada tulang ayam kat lantai huhu.. Dalam bilik air kat belakang singki siap ada putung rokok dua tiga batang. Aku memang ada masalah sikit kalau menginap di hotel yang tak bersih ni. Sebab aku jadi tak lalu nak minum air kat dalam tu. Kat bilik kabin tu aku memang tak lalu nak minum air kat situ. Kat bilik depan pool aku takde masalah. Boleh aje makan minum kat situ.

Tarrraa... View dari bilik kami yang depan pool.
Masuk bilik terus laju-laju selak langsir dan buka sliding door. 

Bilik kami mengadap pool yang cetek. Paras buku lali aje airnya. 

 Mula-mula macam frust sikit sebab tak dapat bilik kat tempat kolam dalam. 
Tapi diakhirnya aku rasa bersyukur dapat bilik kat depan pool cetek tu. 
Sebab nak buka pintu slinding tu masih rasa selesa sebab orang tak ramai sangat depan tu. Jadi rasa privacy sikit dan tak terganggu. 
Ada hikmah dalam setiap perkara, kan? Terima kasih ALLAH.

 View dari atas katil. 
Seronok juga tengok aksi anak-anak kecil ni kat situ.
Selesa sebab orang tak melepak kat depan bilik kita. Kalau yang depan pool dalam memang kat depan-depan bilik tu orang melepak sebab ada kerusi rehat semua kat situ. 

Ramai yang melepak jaga anak kat sini. 
Kat belah kiri tu bilik garden view. Bilik yang belah atas tu mungkin lebih besar.
Tapi nak pergi pool kena keluar dari belakang. Takde direct access dari depan.

Pool dia menarik juga. Kedalamannya berperingkat-peringkat. Paling dalam pun paras bahu aku. Slide dia pun laju. Paling best boleh mandi kat pool ni sampai pukul 9 malam. Jadi malam-malam pun meriah aje kat sini. Sakan anak-anak aku mandi. Sampai-sampai tu, lepas makan aje anak-anak bujang aku mandi pool. Naik untuk solat asar. Lepas tu lepak-lepak atas katil sambil mengadap tv.  Seronok sebab boleh buka you tube kat smart tv tu. Layan anime lah anak-anak bujang aku. Petang lepas asar aku pulak mandi pool dengan Han. (Han habis kelas pukul 4 aku dengan en. asben terus pergi ambil dia). Dalam pukul 6 tu hujan pulak. Jadi kenalah naik. Malam tu lepas maghrib anak-anak sambung mandi lagi. Aku malas nak join dah. Tapi pagi-pagi esoknya aku berendam lagi dalam kolam dengan Is dan en.asben. Orang lain dah taknak mandi dah sebab dah puas mandi semalam. Puas mandi kolam kat sini. Eh.. seronoklah. Aku suka.

Malam tu semua malas nak keluar dinner. Jadi aku aje keluar dengan en.asben beli burger king. Tempat makan banyak kat sekitar tu. Shopping Complexs D'Pulse pun dekat aje. Jadi bab nak cari makanan tak susah kat situ. Kalau rajin nak ke Putrajaya/Dengkil pun cuma 10 minit aje. Jadi kalau tak bawa bekalan makanan, nak makan kat luar memang takde masalah. Dalam tu pun ada cafe. Tapi aku tak try pun. Pagi pun aku tak ambil breakfast kat situ. Aku dah siap-siap bawa maggie cup sorang satu. Sedap juga makan maggie cup sambil duduk mengadap kolam he..he..

Hirup udara pagi di tepi pool yang tenang. 
Kalau dapat bilik yang ni orang lepak-lepak kat depan bilik kita. 
So tak berapa syoklah.

Lepas subuh hari jumaat tu, ingat nak sambung tidur. Tapi aku keluar kejap nak ambil barang kat dalam kereta. Bila kat luar tu rasa damainya. Sunyi aje. Lepas tu sedap nak ambil nafas sebab banyak pokok-pokok kat situ. Terus cancel nak sambung tidur. Ajak en.asben jalan-jalan kat sekitar Dash Box tu. Tapi tempatnya pun kecik aje. Dalam 5 minit berjalan dah habis tour satu kawasan he..he.. Terus kacau orang lain tidur. Masak air terus nak makan maggie.

Kacau en.asben nak makan maggie kat tepi bilik mengadap kolam. 
Lepas makan aje aku dengan en.asben terus berendam kat dalam kolam.
Pukul 9 lebih keluar hantar Han balik kolej. Kelas dia pukul 10 pagi.

Emak nak bergambar dengan pokok depan pintu bilik buat kenangan.
Sebelum balik tu kami pun posing-posinglah kat Dash Box.

Setiap bilik ada parking sendiri. Boleh parking kereta betul-betul depan bilik. Nak bawa keluar dan bawa masuk barang pun senang. Aku suka.

Banyak tempat menarik untuk bergambar. 
Aku pilih bergambar di sebalik daun he..he..

Kat pintu masuk Dash Box. 
Bilik kami berdepan aje dengan pintu masuk ni. 
Itu yang gigih nak bergambar kat sini. Kawasan Dash Box ni pun tak berpagar.
Tapi malam-malam adalah guard yang jaga kat guard house depan pintu masuk.

Posing kat tangga untuk naik ke tingkat atas.
Bilik kami yang nombor 311 tu.

Mama dah. Paksa anak-anak pulak posing kat situ hahaha..

Posing dengan emak pulak. Wah! emak sedondon dengan daun he..he..

Ni kat area depan Lobi tempat check in dan check out.
Yang kat belakang patung hijau kat belakang tu area pool.

Ni kat Cafe dia. 


Kat cafe juga. Menarik kan deconya.

Minta anak-anak pose depan bilik pulak.

Tiga orang anak bujang mama.
Anak-anak arwah adik aku yang lain ikut papa dia orang cuti sekolah ni.
Jadi ini ajelah yang ada.


Pukul 11.30 kami dah check out. Sebab nak ambil Han kat Kolej. Dia habis kelas pukul 12. Kena keluar awal sikit sebab Han ajak makan kat Saba. Jadi lepas ambil Han kat Dengkil kena patah balik ke Cyberjaya. Nak kejar solat jumaat lagi. Kami sampai kat Saba pukul 12.20 macam tu. Orang ramai. Parking pun penuh. Parking kat basement dia pun penuh. Kena pusing dua tiga kali juga baru dapat parking. First time aku makan kat Saba tu. Han pernah makan kat situ. Itu yang dia mengajak. Hari jumaat tu ada buffet. RM15 aje seorang. Nasi arab, ayam haneeth, ayam mandy, ayam kabsah, spagetti, salad, kuah macam dalca tu, air dan buah. Pada aku murahlah. Puaslah juga makan dengan harga tu. Alhamdulillah.. sedap dan kenyang. Lepas makan terus pergi solat kat Masjid Fisabilillah, Cyberjaya. Sempatlah aku tidur dalam kereta sementara orang lelaki solat jumaat. Dah selesai solat jumaat, beli aiskirim, beli goreng pisang semua kami pun balik Bangi. Maka berakhirlah percutian kami di Dash Box Cyberjaya. Terima kasih ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Monday, December 18, 2017

Cuti-cuti Lumut 2017

Assalamualaikum..

Minggu lepas waktu cuti Birthday Sultan Selangor kami sekeluarga ke Lumut. Disebabkan cuti sekolah kali ni kami tak ke mana jadi dah terlanjur menghadiri kenduri kahwin sepupu en.asben di kampung Sabak Benam, kami lajakkan terus ke Lumut. Jadilah walaupun dapat bercuti sehari asalkan semuanya dapat berkumpul dan berjalan bersama. Sekarang ni dah susah sikit nak merancang bercuti ke mana-mana bersama-sama. Anak sendiri dan anak saudara dah tiga, empat orang dah masuk U. Cuti semuanya pulak tak sama tarikhnya. Jadi kalau nak bercuti juga memang akan tak cukup corumlah. Disebabkan itu, dapat bercuti yang dekat-dekat dalam waktu yang singkat pun kami suka juga nak buat. Alhamdulillah.. syukur.

Pagi ahad tu kami bergerak ke kampung. Emak mertua dan kakak ipar dah bertolak ke kampung awal sehari. Lepas makan kenduri dan singgah berehat dan solat di rumah arwah embah, dalam pukul 3 lebih kami bertolak ke Lumut  dengan 3 buah kereta. Alhamdulillah.. perjalanan lancar. Kereta banyak tapi jalan tak sesak. Dalam perjalanan kami singgah juga di Kampung Gajah untuk mencari durian. Adalah nampak orang jual tapi buahnya tak banyak. Berjalan terus ke depan dengan sangkaan mana tahu di depan lagi ada banyak lagi orang jual berakhir dengan kehampaan. Tiada lagi durian yang di jual selepas itu. Takpelah. Takde rezeki kami hari tu. Maka perjalanan diteruskan ke Lumut.

Kami menginap di Lumut Valley. Kat area pekan Lumut. Aku booking 2 apartment 3 bilik tidur untuk kami yang seramai 19 orang. Apartment Kat area pekan Lumut. Apartment biasa-biasa aje. Tapi bagi aku penginapannya masih selesa sebab apartmentnya luas dan bersih. Peralatan dapur serba lengkap tapi kami tak masak pun. Apartment tu atas bukit. Jadi view dia menarik. Aku request sea view. Alhamdulillah.. dapat. Request bilik bersebelahan juga. Sebelum sampai tu dimaklumkan dapat apartment bersebelahan. Aku dah suka dah. Sekali bila sampai dapat bilik berjauhan pulak sebab ada orang yang extend bilik sehari lagi. Hmmm.. sedikit tak puas hati di situ. Mujur masih di tingkat yang sama. Tak apelah. Untuk harga RM240 semalam untuk setiap unit aku masih berpuas hati.

View dari aparment Lumut Valley tingkat 11. 
Alhamdulillah.. pada aku view dia sangat menarik. Dapat tengok laut. 
Nampak kehijauan. Pekan Lumut dan jeti lumut pun nampak jelas dari sini. 

Malam tu kami keluar makan malam. Nak makan kat area pekan lumut parking susah sikit nak cari. Jadi kami makan jauh sikit dari pekan Lumut. Tapi tak jauh sangat pun. Alhamdulillah.. kami semua puas hati makan di siti. Servis agak cepat. Harga berpatutan. Yang penting makanan sedap. Nama kedai aku lupa. Tapi kedainya kat tepi-tepi jalan arah nak ke pekan Lumut. Warisan Ikan kukus ke apa entah aku lupa huhu..

Kami yang ramai-ramai. 
Alhamdulillah.. dapat bercuti dengan family sendiri dan family mertua sekali.
Syukur Alhamdulillah.. Semoga  Kebahagiaan, kesejahteraan dan kesepakatan  sentiasa menjadi milik kami sekeluarga.. in shaa ALLAH.

Makan semeja panjang berjela.
Malam tu kami ambil set aje. Senang. Kami ambil 3 set. Cukuplah untuk kami semua. Ada siakap tiga rasa, daging masak merah, tomyam campur, sayur kailan dan telur dadar. Air kami order air tembikai dan air epal 3 jug. Alhamdulillah.. semua puas hati. Sedap dan kenyang. Mula-mula semua rasa macam nasinya banyak sangat. Sekali bila makan boleh aje habiskan he..he.. 

 Lepas makan kami jalan-jalan kat Pekan Lumut.

Happening juga Pekan Lumut waktu malam. Banyak kedai-kedai jualan. Ada jual  baju-baju, beg, kasut. Sempatlah juga membeli serba sikit. Gerai makanan pun banyak. Tapi sebab perut dah kenyang jadi takdelah nak melawat ke situ. Cuma beli air dan aiskrim untuk anak-anak. Ada busking juga. Suara sedap pulak tu. Sampai gegirl pun pandai memuji he..he.. Lepas dah habis tour kat kawasan tu kami pun balik ke apartment yang secoet aje dari pekan tu. 

Pernah tengok orang bergambar kat sini.
Dah alang-alang parking kereta kat belakang tu, sebelum masuk kereta kami posing dulu haha.. Parking susah nak dapat kat sini walaupun dah malam.
Jadi terpaksa berpecahlah kami. Tak dapat nak bergambar complete dengan semua ahli rombongan keluarga ke Lumut.

Alhamdulillah.. Lena kami tidur malam tu. Anak-anak seperti biasalah. Lebih suka tidur melepak depan tv kat hall. Bangun pagi aku dengan en.asben keluar pergi cari sarapan. Balik tu dah siap sarapan bawa anak-anak pergi mandi kolam. Walaupun dah ada anak besar-besar, aku masih tak confident kalau tak teman anak-anak mandi kolam. Daripada aku kerisauan kat bilik, lebih baiklah aku pergi teman dia orang mandi.

Seronok anak-anak dapat mandi pool.
Abang dengan kakak tak minat nak mandi pagi tu. Adik-adik pulak waktu datang lagi dah tak sabar-sabar nak mandi he..he.. 
Besar juga kolam Lumut Valley ni. Orang ramai tapi tak penuh pun kolam tu.
Jadi masih selesa dan seronok anak-anak nak mandi manda.

Pagi tu cuaca redup aje. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. 
Alhamdulillah.. cuaca sangat cantik sepanjang kami di Lumut. Terbuai-buai mata aku dibuatnya teman anak mandi kolam. Sekejap tu en.asben pun ikut turun. Ada geng borak takdelah rasa ngantuk sangat.

Dalam pukul 10.30 kami naik bilik. Anak-anak yang besar sambung mandi sampai pukul 11. Naik bilik aku sambung tidur sekejap. Bangun tu kemas-kemas beg semua. Pukul 12 kami check out. Sebelum tu buatlah aktiviti biasa sebelum checkout. 

Aktiviti apa lagi, aktiviti bergambar buat kenanganlah kan he..he..  

Nenek dengan cucu-cucu kenitnya. 
Inilah pengarang jantung nenek. Kalau ada depan mata bising aje mulut nenek. Kalau takde depan mata nenek, nenek bising juga asyik menyebut-nyebut aje nama dia orang ni. Sekarang ni dia orang ikut balik rumah papa dia orang memang nenek kerinduanlah. Asyik menyebut aje.

 Us yang tak complete.
Sayang sangat sebab tak dapat nak ambil gambar semua sebab apartment lain-lain huhu.. Kalau tak mesti ada gambar kenangan ramai-ramai.

 Gambar kat luar dah, kat dalam aparment pun nak juga.

Alhamdulillah.. emak seronok bila dapat berjalan.
Semoga emak dan kedua mertuaku terus diberikan kesihatan yang baik.
Anak-anak pun semua dan semakin besar.
Semoga semuanya membesar dengan sihat dan cemerlang dunia akhirat..
In shaa ALLAH.

Alhamdulillah.. Percutian singkat yanga dekat-dekat pun menarik juga.

Sebelum balik kami singgah kat Pekan Lumut. Shoppinglah sikit-sikit ikan bilis buat stok kat rumah. Beli juga kudap-kudapan untuk makan dalam kereta. Bila ada bekalan makanan kat dalam kereta, takdelah mata encik driver mengantuk sangat. Tukang suap pun mulut ikut laju makan he..he.. Kami singgah makan tengah hari kat Lekir. Alhamdulillah.. sedap juga makan di situ. Dalam perjalanan balik tu kami singgah makan durian pulak kat Kampung Gajah. Tak banyak pun duriannya. Harga sama macam kat Bangi juga huhu. Tapi sebab anak-anak dah menyebut sejak dari semalamnya, dan aku pun dah lama teringin hehe.. jadi kami belilah juga. Maka turunlah ramai-ramai makan durian kat situ. Makan pulasan dan rambutan juga. Lima biji durian RM200++ Mahalkan durian sekarang. Beruntunglah siapa yang ada dusun durian. kami yang takde dusun ni untuk merasa terpaksalah membeli. Jadilah dapat rasa sorang sikit.

Alhamdulillah.. ada rezeki dapat makan durian.
Ada rezeki kita cari durian lagi. Makan ramai-ramai macam ni rasa lagi best.
Durian yang kami makan ni biasa-biasa aje. Isi pun tak tebal. Jadilah. Syukur.


Alhamdulillah.. Sesi makan durian satu keluarga.

Dah settle makan durian, kami pun bertolak balik Bangi/Kajang. Alhamdulillah.. perjalanan kami sekeluarga selamat dan dipermudahkan. Terima kasih ALLAH. Sampai Bangi pukul 8.30 malam. Kami terus singgah makan malam dulu. Alhamdulillah.. berakhirlah percutian singkat kami ke Lumut. Esoknya aku dan en.asben kembali berkerja. Pagi tu aku keluar awal sikit sebab nak hantar Han dulu balik kolej. Dahhhh.

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Friday, December 15, 2017

Keputusan yang buat mama tersenyum..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. semalam keputusan PT3 untuk tahun 2017 dah keluar. Sehari sebelumnya lagi aku dah rasa berdebar-debar. Berapa pun keputusannya aku tak berdebar sangat. Tapi berdebar kalau-kalau anakku Fareez tak dapat meneruskan persekolahan di Maahad Hamidiah. Itulah kerisauanku untuknya sepanjang tahun ni. Kalau boleh biarlah dia dapat teruskan persekolahannya di sekolah Maahad tu sehingga tamat tingkatan lima.

Alhamdulillah.. keputusan PT3nya telah diumumkan semalam. Semalam aku kerja. Dekat pukul 10 aku keluar sekejap untuk bawa Fareez ke sekolah. Jantung aku dup dap sepanjang jalan. Untuk meredakannya aku berselawat sepanjang jalan. Tak tahu kenapa macam lama sangat perjalanan nak sampai ke sekolah ha..ha.. Lampu isyarat dahlah lama. Barisannya panjang pulak. Batch kedua baru dapat lepas trafic light tu he..he.. Menguji perasaan betul rasanya.

Waktu kami sampai sekolah ada juga yang dah keluar dari sekolah selepas ambil keputusan. Kira dah lewatlah juga kami sampai walaupun waktu tu rasanya baru pukul 10 suku. Mungkin sebab sekarang ni takde keraian untuk merai pelajar cemerlang jadi prosesnya menjadi lebih cepat dari biasa. Kami terus ke dewan selepas sampai tu. Barisannya pun dah tak panjang. Ada seorang yang sedang mengambil keputusan dari guru kelas dan hanya kami yang berdiri menunggu selepas itu untuk kelas Fareez.

Debaran dalam dada aku makin menjadi-jadi lagi hahaha.. Fareez pun walaupun nampak relaks tapi senyum kat muka dah nampak lain macam jugak. Siapa yang tak cuak kan? Sepanjang tahun ni, keputusan dia ada yang meningkat. Ada yang statik tak naik-naik. Ada juga yang menurun. Anak-anak aku dan anak-anak arwah adik aku memang jenis yang kita tak boleh nak agak prestasi dalam pelajaran. Sebab keputusan periksa ketujuh-tujuhnya memang selalu tak konsisten. Kejap naik. Kejap turun. Bukan juga pelajar cemerlang yang kita boleh awal-awal target boleh dapat result gempak. Semuanya pelajar yang pertengahan saja.

Waktu berdebar dan waktu pelajar yang sedang mengambil keputusan masih duduk di hadapan guru, cikgu kelas memanggil Fareez untuk diberikan fail keputusannya. Kami pun terus ke sebelah cikgu. Waktu lihat keputusan tu air mata aku dah mengalir laju. Bila pandang pada Fareez, kami sama-sama berkongsi senyuman kegembiraan. ALLAH.. Syukur Alhamdulillah. Berderet A nya sampai Fareez terpaksa kira A nya satu persatu. Sebab cantik pulak keputusan kat dalam sijilnya tu tersusun A, B dan C. Mama 8A. Katanya selepas habis kira. Seronok dia sebab target dia nak lebih A dari Is yang  dapat 7A untuk PT3 tahun lepas. Aku terus  peluk dan cium dia selepas tu. Tahniah anakku. Alhamdulillah. Fareez dapat 8A 1B 2C. Math B. Sains dan Sains Pertanian C. Syukur Bahasa Arabnya A. 

Bila tengok ada C tu aku terus tanya kat cikgunya, dengan keputusan macam tu boleh lagi ke teruskan persekolahan di sekolah itu. Cikgunya kata boleh. Kalau tak dapat teruskan akan dapat surat dari sekolah. Syukur Alhamdulillah. Itulah doa aku sepanjang tahun ini. Semoga Fareez dapat keputusan yang cemerlang dan semoga dia dapat terus bersekolah di Maahad Hamidiah tu. Patutlah pelajar di hadapan kami duduk lama di hadapan guru kelas tadi. Pelajar itu mendapat surat dari sekolah. Dalam kegembiraan, aku tetap berasa sedih untuknya. Sebab itulah juga ketakutan aku untuk Fareez sepanjang tahun ini. Harap-harap pelajar itu dapat buat rayuan untuk dapat terus belajar di situ. Semoga dipermudahkan urusan pelajar itu.. in shaa ALLAH.

Malam tadi kami keluar makan untuk meraikan kejayaannya. Walaupun bukan straight A tapi bagi aku keputusannya dah cukup cemerlang untuk diraikan. Sebab kita ibu bapa sendiri  tahu bagaimana pencapaian anak-anak kita kan. Bukan senang nak dapat 1A pun. Even nak dapat B, C atau D sekali pun bukan senang. Kita sendiri pun pernah bergelar pelajar kan? Aku sendiri takde masalah bila sekolah meraikan pelajar cemerlang waktu hari keputusan keluar. Bagi aku yang cemerlang layak mendapat penghargaan. Jika keputusan anak kita tak cukup cemerlang untuk diraikan oleh pihak sekolah, kita sendiri boleh raikan keputusan anak kita. Kenapa nak nafikan kejayaan orang lain dan berasa tidak senang bila pelajar cemerlang dirai?  Itukan rezeki masing-masing. Bila kita tak dapat kejayaan yang sama, itu rezeki kita. Sekolah tak raikan anak kita, kita sendiri boleh raikan anak kita dengan lebih baik lagi.  Itu pandangan akulah. 

Aku juga tak rasa perbuatan berkongsi kejayaan anak-anak di media sosial sebagai sesuatu yang tidak baik. Kalau suka boleh like. Kalau tak suka boleh abaikan. Tapi aku tetap hormati pendirian orang yang tak mahu berkongsi kejayaan anak-anak di media sosial sebab tak mahu menganggu perasaan orang lain. Semua orang ada pendirian masing-masing. Kita sendiri tahu apa niat kita. Aku sendiri suka berkongsi di media sosial untuk menjadi memori peribadi dan berkongsi kegembiraan. Pernah di satu program ada penceramah terkenal ni kata, orang yang berkongsi keputusan anak-anak di media sosial adalah LOOSER. Pada aku, tak kisahlah apa pandangan dia. Tapi nak labelkan orang sebagai looser pada aku keterlaluan dan tak hormati pendirian orang lain. Walau betapa berjaya pun dia, tak sepatutnya dia melabel orang lain sebegitu kerana pendirian yang berbeza. Sekali lagi itu pada pandangan aku.

Untuk aku dan keluarga, hari keluar keputusan peperiksaan besar adalah hari untuk meraikan anak-anak. Tak kisahlah walau apapun keputusannya. Takde target berapa A yang perlu dapat untuk anak-anak diraikan. Aku tetap suka nak update kat FB untuk kenangan aku sendiri. Target tu cuma aku letak sebelum peperiksaan untuk senang aku nak bebel bila masing-masing leka. Tapi selepas keputusan keluar aku akan cool dan meraikan apa saja keputusan anak-anak. Asalkan dah berusaha, doa yang terbaik, jaga solat dan selalu baca Al-Quran, berapa pun yang anak-anak dapat kita kena terima itu rezeki mereka. 


Fareez dan wajah kegembiraannya semalam.
We are proud of you sayang!

Tahniah anakku, Fareez Ameer Farhan. Terima kasih banyak buat semua guru-gurunya yang budiman. Terima kasih untuk semua yang mendoakan. Terima kasih kepada semua yang berkongsi kegembiraan dan huluran ucapan tahniah. Doa mama semoga Fareez terus cemerlang dunia akhirat. Semoga arwah mummy dan arwah daddy lebih berbahagia di sana punya anak solleh sepertimu. Semoga ALLAH lindungi anak-anak kita semua. Semoga anak-anak kita semua beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.. in shaa ALLAH.

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Wednesday, December 6, 2017

Majlis Aqiqah Luna..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dah selesai dah cuti tiga hari minggu lepas sempena Maulidur Rasul hari jumaat lepas. Tiga hari cuti kami tak ke mana pun sebab hari jumaat tu adik aku buat kenduri aqiqah baby barunya di rumahku. Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan baik. Aku memang suka kenduri kendara ni. Suka bila orang datang rumah dan dapat jamu orang makan. Jadi aku memang rasa seronok sangat walaupun perancangannya cukup singkat. Aduhaiii.. Adik-adik aku memang terer kalau nak buat along dia ni kalut macam tu hehe.. Urut dada dibuatnya.

Isnin petang minggu lepas, adik aku call tanya boleh tak nak buat aqiqah anaknya? Memang aku takde plan apa-apa pun minggu lepas. Jadi aku cakap ok ajelah kalau nak buat kenduri aqiqah anaknya. Teruslah aku tanya buat kat mana? Penuh selamba dia jawab nak buat aqiqah kat rumah mamalah (maksudnya nak buat aqiqah kat rumah akulah tu hehe..). Sebab rumah dia dan rumah mertuanya rumah atas. Emak aku pun cuti sekolah memang kat rumah aku. Jadi kalau buat kat rumah aku lebih senang. Nak buat terkejut-kejut tu pulak sebab teringat dia dah nak masuk kerja minggu ni. Nanti dah masuk kerja susah pulak dia nak cuti. Sebab dia kerja masa tak sama dengan orang.

Aku beritahu kat en.asben dulu. Dia kata, takpelah kita tolong mudahkan urusan orang. Alhamdulillah. Bila en.asben dah setuju petang tu juga adik aku datang rumah. Minta izin secara rasmi dari en. asben nak tumpang buat kenduri kat rumah. (Dulu waktu kahwin pun nikahnya buat kat rumah aku juga). Lepas dah confirm kami mula plan untuk buat kenduri aqiqah yang tarikhnya lagi 4 hari. Masa nak urus cuma ada 3 hari aje lagi. Cuak aku weii. Adik aku pulak macam time is not a problem. Semua dia nak. Nak marhaban. Nak pelamin. Nak goodies. Kiranya dia nak majlis yang complete. Semua nak ada. Majlis anak sulung kan? Lama pulak tu tunggu nak dapat yang seorang ni. Jadi naklah semua ada. Kecik besar aje emak aku tengok adik aku. Tapi anak bongsu dia kan. Emak aku layankanlah jugak. Aku pulak, itu ajelah adik aku yang tinggal sekarang. Layankan ajelah he..he.. 

Bab makanan memang tak jadi masalah. Emak mertua dia dengan emak aku bab masak kenduri memang takde hal. Adik ipar aku terus order kambing untuk aqiqah anaknya. Emak dia masak kambing tu buat lauk kurma yang mabeles. Masakkan  nasi putih dan nasi minyak. Buat jelatah timun nenas juga. Emak aku buat laksa johor super sedap. Buat pulut kuning dengan sambal ikan bilis untuk letak dalam goodies. Buat serunding kelapa ikan bilis untuk makan dengan pulut. Buat bubur kacang campur jagung. Emak mertua dia pun buat bubur kacang juga. Lepas tu emak aku buat kari telur untuk makan dengan roti jala. Alhamdulillah. Bab makanan settle. Aku buat roti jala dengan bantuan ramai orang sebab berjam-jam aku nak siapkan adunan 2kg tepung sebab macam-macam nak kena buat in the middle tu hahaha.. Alhamdulillah.. terima kasih kepada yang tolong aku menjala hari tu. (Nieza kawan adik aku, emak mertua aku, kakak ipar aku dengan Ana anak buah aku).  Ramai tak? Hahaha..

Masa yang ada tiga hari sebelum majlis tu kami isi dengan siapkan persiapannya. Waktu lunch aje aku keluar beli barang untuk masak. Keluar beli jajan untuk goodies. Adik aku pun buat persiapan dia juga. Cari kumpulan  marhaban. Cari pelamin. Cari jajan dan paperbeg. Beli pinggan mangkuk dan sudu garfu plastik etc. Malam rabu aku dah start packing jajan. Aku bungkus keropok bantal masuk plastik lepas tu masukkan dalam kotak. Masuk sekali coklat choclair. Masa ni feeling kenduri dah datang dah. ALLAH.. seronoknya. Aku kan memang sukakan kenduri dan suasana kenduri. Anak-anak pun seronok nak tolong sibuk-sibuk buat kerja tu semua.

Sebelum majlis aku tak fikir lain. Apa-apa pun yang penting kerusi meja dan khemah. Sebab walaupun cuma nak jemput saudara mara yang rapat, jiran-jiran terdekat dan kawan-kawan rapat, itupun jumlahnya dekatlah jugak 150 orang. Mana nak duduk kalau ramai-ramai tu. Tapi mana pulak aku nak cari khemah dalam masa yang singkat tu. Contact pun takde. Sudahnya call pakcik aku. Terus aje pakcik aku kata, takpe. Pakai aje kerusi meja dan khemah dia. (Pakcik aku dulu ada gerai makan. Jadi adalah kerusi meja). Alhamdulillah.. settle lagi satu perkara. Hari rabu petang pakcik aku datang hantar khemah, kerusi meja semua. Tapi pakcik aku kata dalam stor tempat simpan tu ada tikus. Pakcik aku suggest suruh sembur dengan air. Dengar aje cerita tu aku jadi tak senang duduk.

Lepas solat subuh hari khamis tu, sebelum pergi kerja, aku yang ada mild ocd ni pun apa lagi. Aku basuh semua kerus meja tu dengan air sabun sampai bersih dan berkilat. Jadi kisah tikus tu takkan ganggu hidup aku hahahaha.. Lega. Settle basuh meja 10 biji dan kerusi 40 biji dengan bantuan emak, gegirl dan hafiy. Waktu lunch keluar pergi beli barang mana lagi yang tak cukup. Balik rumah petang khamis tu rumah dah ada bau sedap. Emak dah siap buat kuah laksa johor. Sambal tumis ikan bilis dan serunding dah siap. Telur pun dah siap rebus. Malam tu orang pelamin nak datang pasang pelamin. Jadi petang tu aku dah sibuk alih-alihkan kerusi, meja dan almari. Sapu rumah dan buang habuk-habuk. Alhamdulillah.. anak-anak ramai. Jadi ringanlah sikit kerja aku. Kawan adik aku pun ada datang tolong sorang. Petang tu pun adik aku dengan adik ipar aku dah datang. Jadi ringanlah sikit kerja bila ramai yang membantu.


Acara packing goodies untuk tetamu.

Malam tu kami masukkan telur dalam bekas telur dan packing popcorn. Esok paginya packing pulut kuning dengan sambal ikan bilis masuk dalam tipuware. Then masukkan dalam beg goodies. Isi goodies - Buku Surah Yaasin, Telur rebus dalam bekas telur, Pulut kuning + Sambal ikan bilis, popcorn dan biskut bantal + gula-gula choclair. Saja nak share sebab aku pun google isi goodies untuk aqiqah waktu sebelum majlis. Jadi boleh bagi idea untuk orang lain pula. Semoga bermanfaat.. in shaa ALLAH. 

Other option for anyone yang nak tempah doorgift yang unik, cute, super awesome dan yang penting affordable, boleh singgah kat REEM DOORGIFT. Seriusly.. goodies yang menarik juga boleh menjadi pelengkap majlis tau. Rasa best aje dapat bagi tetamu doorgift yang best-best. 

Dalam pukul 9 malam orang pelamin datang pasang pelamin. Suasana jadi lagi meriahlah dibuatnya bila buat kerja depan pelamin. Hari jumaat lepas solat subuh aku terus turun bawah. Emak aku pukul 3 pagi dah bangun dah. Jadi tolong-tolonglah apa yang patut kat dapur. Buat sarapan pagi semua. Keluar-keluarkan mangkuk bagai. Adik aku siapkan awas-awas untuk laksa. Pulut pun kena kukus 3 kali sebab masak 6kg. Celur spagetti. Pulut siap masak packing masuk bekas pulak.  Lepas tu masa paling lama ialah masa aku nak menjala roti jalalah ha..ha.. Tahu-tahu dah pukul 12. Aku nak pergi ambil kuih lagi. (Aku order kuih kole kacang dan talam ubi). Orang lelaki dah nak pergi solat jumaat. Jadi taknaklah susahkan suruh ambil kuih pulak. Waktu tu emak mertua aku, kakak ipar dan anak-anak buah aku dah sampai. Merekalah yang banyak tolong aku sepanjang majlis. Alhamdulillah.. TQ semua.

Balik dari ambil kuih aku terus singgah beli ais sekali. Balik rumah terus buat air bandung soda. Waktu tu keluarga terdekat ada yang dah sampai. Orang lelaki dah sibuk nak ke masjid untuk solat jumaat. Waktu tu juga orang candy buffet sampai. Mulalah sibuk nak bawak keluar makanan. Sebab meja makan tak susun apa pun lagi. Waktu tu dah nak pukul 1 dah pun. Aku belum bersiap pun lagi. Nasib ada kakak ipar, anak buah dan sepupu aku yang menolong. Dia oranglah yang tolong susunkan meja buffet sementara aku naik mandi, bersiap dan terus solat zohor. Alhamdulillah.. waktu aku turun makanan semua dah ada atas meja. Cuma tinggal nak alih-alihkan aje sikit sebab makanan tak muat meja. Alhamdulillah. Murah rezeki tetamu hari tu. Makanan sedia ada dah banyak. Adik ipar adik aku sponser candy buffet. Emak mertua, kakak ipar dan anak buah bawak brownies dengan kek red velvet. Kakak ipar bawak takoyaki. Jiran depan bagi buah oren. Makcik aku bawak kerabu mangga dengan jeruk mangga. Alhamdulilllah.. Semoga semakin murah rezeki orang yang memberi dan kesemuanya dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Aamiin.

Lepas solat jumaat, tetamu dah mula datang. Lepas tu kumpulan marhaban pun sampai. Ramai juga dalam 20 orang. Jadi tetamu makan dengan alunan marhaban selama 2 jam. Alhamdulillah.. ramai juga tetamu yang dapat datang. Rasa berbesar hati sangat. Terima kasih kepada semua yang hadir. Berpadat-padatlah di rumah kecil kami itu. (Sebab itulah juga tak dapat nak jemput ramai). Semoga barakah yang dibawa oleh tetamu akan meluaskan lagi rezeki kami sekeluarga. In shaa ALLAH. Seronok bila tetamu kata juadah semua sedap-sedap dan serba lengkap. Alhamdulillah.. memang niat nak bersedekah. Jadi bila tetamu puas hati, kami rasa lebih puas hati. Syukur.. segalanya dengan izin ALLAH. Ada makcik marhaban tu siap cakap, puas sangat makan hari ni. Semua ada dan semuanya sedap-sedap belaka. Makcik doakan semoga awak sekeluarga sentiasa diberkati ALLAH. ALLAH.. rasa terharu sangat. Untuk hal kecil yang kita lakukan dapat doa yang cukup baik dari orang lain. Semoga ALLAH makbulkan.. in shaa ALLAH.

Jom kita tengok gambar sekitar majlis. Adik aku ada hire photographer. Jadi tak banyaklah aku ambil gambar sendiri. Mana yang sempat minta orang tolong snapkan aje ni. Sebab sibuk ke depan ke balakang top-up makanan dan sambut tetamu datang dan nak bagi goodies pada tetamu yang nak balik. Mak pengantin sangat kan hahaha..


Family kecil kami. Alhamdulillah.. Ada berkurang ada bertambah.
Itulah kehidupan dunia kan. Akhirat kekal abadi.  

Family kesayangan plus chu tersayang. 
Seronok kakak abang dapat adik baru. Alhamdulillah.

Nenek dengan cucu baru.  

Candy Buffet 

Close up candy buffet.


Ralat sebab terlupa nak snap gambar meja buffet. Harap-harap photographer ada ambil. Dahlah banyak makanan yang aku tak sempat nak rasa he..he.. Dari pagi aku cuma makan nasi goreng sesudu. Lepas tu asyik minum aje. Sibuk-sibuk layan tetamu sampai takde rasa nak makan. Petang dah habis majlis baru aku makan. Itu pun dah nak dekat maghrib baru makan. Hasilnya berat aku turun sekilo. Yeayyy.. kena selalu buat kendurilah nampak gayanya ni hahaha.. Tapi berat turun sekilo tu sehari ajelah. Esoknya aku cover makan balik. Dan badan terus maintain gemmmss macam biasa huhuhuhuhu..

 Seronok bila dalam rumah penuh dengan tetamu. 

Mula-mula adik aku suruh aku bawak dulang tu. Eh.. taknaklah aku. 
Biar anak daralah yang buat kerja angkat dulang tu he..he.. So kita pass tugas pada Han. 

Mak mertua tersayang. Terima kasih emak banyak tolong. 

Han dan kumpulan marhaban. 

Selawat nabi dialun penuh merdu.
Selawat dan salam ke atas Junjugan Besar Nabi Muhammad SAW. 

Lagi kumpulan marhaban dari Taman Kajang Raya. 
Terima kasih makcik-makcik dan kakak-kakak semua yang memeriahkan majlis kami. 

Happy Ami. Alhamdulillah.
Baby Luna yang sangat behave sepanjang majlis. 
Semoga terus membesar dengan sihat dan cemerlang ya sayang.

Comel sangat tutu Luna. 

Ada yang makan di dalam rumah. Ada yang makan di luar rumah. Ada yang makan di bawah khemah. Ralat juga sebab tak sempat nak snap semua gambar tetamu. Yang baju biru wife sepupu aku, Ros. Terima kasih Ros sebab banyak membantu waktu majlis. 


Sebahagian dari tetamu. Terima kasih semua.
Alhamdulillah.. porch berbumbung. Jadi dapat susun meja di bawah porch aje.
Pasang 2 khemah kecil kat luar sebagai tambahan. 

Kalut-kalut sebelum nak family photo. Tak kalut tak sah kan he..he..  

BFF aku yang sempat singgah sekeluarga sebelum balik kampung. TQ Yati.  


Mama, ayah and baby luna. Ami, abi duduk tepi kejap ya hahaha..

Emak, mama, ami dan baby luna.
Alhamdulillah.. apa yang kami hajatkan dapat terlaksana dengan baik.
Terima kasih ALLAH.


Emak mertua, kakak-kakak ipar dan anak buah aku yang banyak sangat membantu sepanjang majlis. Alhamdulillah.. terima kasih semua. 

Pakcik aku yang bersusah payah berulang alik hantar kerusi meja dan khemah.
Orang nak pergi ambil dia tak kasi. Dahlah garang hahaha.
Terima kasih pakcik. Jasamu dikenang.

 BFF aku Salma dan Family yang sempat datang dari Klang. TQ Kak Mah.


Pelamin yang cantik dengan harga yang berpatutan.
Terima kasih acik pelamin yang sudi ambil tempahan di saat-saat akhir.


Alhamdulillah.. Majlis selesai dengan baik. Terima kasih buat semua yang membantu. Terima kasih buat semua tetamu yang sudi datang dari jauh dan dekat. Hajat aku nak menulis kenangan tentang majlis aqiqah Luna pun tercapai juga. Sejak lama tak menulis ni, adalah juga yang bila jumpa cakap, akak bila nak update blog?? Terharu rasanya. Nak menulis tu bukanlah takde masa sangat. Tapi sekarang ni bila menulis aku suka nak cerita panjang lebar. Semua benda nak cerita hahaha.. Itu yang jadi panjang berjela. Bila dan mula rasa tak nak menulis ala kadar. Jadi ambil masa kalau nak menulis tu. Harap-harap penulisan aku tak menganggu orang lain. Terima kasih kepada semua tetamu di blog kerdilku ini.

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...