Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Lulu Caldina...

Kami kenal tak lama. Cuma baru setahun dua. Tak pernah juga bersua muka. Hanya gambar buat kenal rupa. Hanya blog, e-mel dan FB penghubung bicara. Baru sekali juga mendengar suara. Orang berbudi haruslah kita berbahasa.

Perhubungan ini terasa cukup erat. Walaupun jauh tapi terasa dekat. Berbeza umur tapi tetap rapat. Sebelum kenal, nama itu pernah menarik minat. Di dalam novel namanya terlekat. Takdir Allah itu maha hebat. Selepas mempunyai blog, kami bersahabat.

Seawal blog ini bermula. Dialah pengunjung setia. Dialah juga pengomen pertama. Header yang menarik dialah tukang buatnya. Tanpa diminta mahupun dipaksa. Kebaikannya selalu buat aku gembira. Tentulah seronok ada kawan sebaik dia.

Buat Lulu Caldina si gadis Sabah. Persahabatan ini sangat indah. Harap-harap berterusan sampai sudah. Semoga ianya diberkati Allah.

Friday, February 24, 2012

Semua nak cerita...

Bila keluar, aku selalu guna handphone en.asben untuk layan blog, FB dan lain-lain capaian internet. Telefon sendiri cuma boleh guna kat rumah dan tempat ada wifi saja. Orang lain, hari-hari suka baca blog isteri sendiri. Tapi en.asben jarang-jarang nak baca blog aku. Tapi kalau en.asben baca blog aku, komen dia selalu pasal ejaan salah. Adooi. Mulalah dok kutuk aku, kata tulis novel, tapi ejaan pun salah. He..he.. saja menyakat biar aku sentap. En.asben lebih suka layan blog pasal jam. Sampaikan macam dah jadi pakar jam dah sekarang ni. Tanyalah movement apa, brand apa, semuanya dia tahu. 

Semalam bila nak guna handphone en.asben, dia tolong bukakan blog aku siap-siap. Dia baca-bacalah sikit-sikit entry-entry aku. Lepas tu terbaca entry If tomorrow never comes.  Eh, ini pun you nak cerita  komennya. He..he.. I cerita sebab tak boleh nak simpan sendiri dah rasa happy dan touching tu. Beberapa bulan lepas aku keluar jumpa kawan lamaku Nari di Alamanda. Baru nak bercerita dia cakap oh, aku tahu. Aku dah baca pasal tu kat blog kau. Balik rumah aku bercerita pada en. asben. Komennya, iyelah, semuanya you dah cerita dalam blog, kalau dia baca memanglah semuanya dia tahu. He..he.. betullah tu.

Entahlah, sejak ada blog memang aku suka nak cerita semuanya kat sini. Sebenarnya tulis untuk bacaan sendiri nanti-nanti (ya, aku memang sangat suka baca blog sendiri. Sampaikan en.asben pun perasan. Tulis sendiri baca sendiri.. he..he..) Takpelah aku suka baca tulisan sendiri. Juga untuk anak-anak aku membacanya. (Han suka juga baca blog aku). Tapi dalam nak cerita semua, aku masih tetap bertapis-tapis lagi. Walaupun nampak macam semua aku nak cerita, tapi sebenarnya cuma 40% saja yang aku kongsikan di sini. Yang lain masih aku simpan sendiri.

Kalau ikutkan hati memang semuanya aku nak cerita. Tapi setiap apa yang kita lakukan perlu ada limit. Sensitiviti orang lain perlu kita jaga. Kalau rasa semuanya kita boleh luahkan, takut-takut ianya tidak baik untuk diri kita sendiri. Macam aku, kalau nak menulis dan berkongsi sesuatu selalunya aku tak terus menulis. Sebelum tulis aku fikirkan dulu buruk baiknya. Bila rasa macam okey barulah aku menulisnya. Kalau boleh aku cuba bersederhana dalam bercerita. Mengelak dari berlebih-lebihan meluahkan perasaan gembira dan duka. Memanglah ini blog aku. Tapi bila orang lain pun membacanya sama, aku kena fikirkan juga apa yang orang lain rasa. Pada aku pandangan dan penilaian orang perlu aku ambil kira juga biar sama-sama rasa selesa.  

Monday, June 27, 2011

Bila teringin jadi tegar..

Semuanya bertitik tolak dari minat membaca blog-blog orang lain. Maka timbul pula minat untuk berkongsi kisah sendiri. Mana tahu ada yang berminat untuk membacanya pula. Bila baca cerita orang semua yang simple nampak menarik. Jadi tak salah rasanya untuk berkongsi kehidupanku untuk tatapan dan bacaan semua pula. Manalah tahu andai ada yang merasakan menarik pula. Tak cuba tak tahu. Iye tak. Hmm...memang teringin.

Sebenarnya, ayat yang di atas ni ialah dari entry pertamaku yang aku tulis pada 25 Jun 2010. Kiranya dah setahunlah aku berblog. Tak sangka pula, bermula dengan sekadar teringin akhirnya menjadi tegar. (Tegar ke? he..he.. Tegar cara akulah. Tegar yang selalu rasa nak berkongsi cerita di sini). Pada mulanya memang tujuannya mahu berkongsi cerita. Tapi bila dah setahun ni, aku merasakan blog ini adalah sebagai tempat untuk aku menyimpan kebanyakan kisah dan ceritaku. Makanya blog ini menjadi sesuatu yang sangat istimewa untukku. Berkongsi dengan orang lain untuk diri sendiri juga.

Selama setahun ini, rupanya sudah 146 entry aku berkongsi cerita. Kebanyakkannya adalah kisah kenangan dan pengalamanku juga cerita-ceritaku bersama insan kesayanganku Han, Is, Az dan La. Itupun masih bertapis-tapis lagi. Yang terlalu peribadi masih aku simpan sendiri. Termasuklah gambar sendiri ha..ha.. Walaupun bukan semua kisah dan cerita aku kongsikan di sini, namun ianya tetap menjadi tempat di mana aku dapat imbau balik cerita-cerita lama kami. At least en.asben dan anak-anak boleh mengenang kisah kami sekeluarga di sini nanti-nanti. Harap-harap blogger.com ini tiada masalahnya sampai bila-bila. 

Alhamdulillah, selama setahun ini ada 510 kawan yang sudi menjadi follower di blog ini. Memang aku takde target pun untuk bilangan follower.  Mula-mula berblog dulu, aku rasa kalau 50 orang yang sudi jadi follower pun dah kira hebat. Memang aku tak menyangka sama sekali boleh sampai 510 orang. Walaupun orang lain dan mencecah ribuan dalam masa setahun, tapi jumlah itu tetap buatkan aku tersenyum senang. Seronok sebab dapat tambah kawan.
(Jumlah teman FB aku pun tak seramai ini tau).

Harap-harap aku boleh terus berkongsi cerita di sini. Komen-komen dan kunjungan teman-teman memang menaikkan semangat untuk aku terus berkongsi cerita. Ianya menjadi pemangkin untuk aku jadi rajin untuk update entry terbaru walaupun sehari cuma satu. Dan kadang kadang dua tiga hari baru ada satu he..he.. Rasanya kalau tiada kunjungan dan komen-komen itu, mahunya aku simpan sendiri cerita-cerita tu. Kenangan pun terus tersimpan dalam hati. Sungguh, aku seronok berblog. Aku rasa lebih jujur dan menjadi diri sendiri di sini. Itulah yang aku mahu sebenarnya. Dan aku menjumpai dan memperolehinya di sini. Alhamdulillah.

Friday, May 27, 2011

Yang best-best dan popular tu...

Salam untuk semua..



Waktu dulu, aku tak kenal apa itu blog. Satu hari tu, aku type Hanis Azla di google search. Sebab nama tu nama gabungan insan kesayanganku, makanya sajalah nak tahu kalau-kalau ada orang lain yang mempunyai nama yang serupa. Tapi yang aku jumpa ialah Hanis Zalikha. Iyelah, Hanis yang itu blogger yang sangat popular, cantik dan cerdik. Makanya bila type Hanis saja, memang Hanis Zalikha yang keluar. So aku pun klik kat nama itu dan terus link ke blognya.
 
Sejak itu aku mula meminatinya dan suka membaca entry di blognya. Bila dah jumpa seorang blogger popular, aku jumpa pula blog Red Mummy. Blog itu pun aku jumpa waktu type serching for Hanis Zalikha juga. So sejak tu aku layan blog Red Mummy yang best tu juga. Kiranya untuk beberapa bulan tu memang aku dok hadap 2 blog itu saja. Sehinggalah aku akhirnya terpanggil untuk mempunyai blog sendiri. Sejak ada blog sendiri tu, barulah aku jumpa blog lain yang sama menarik juga walaupun nama mereka tidak sepopular Hanis Zalikha dan Red Mummy.
 
Sekarang ini, ada banyak blog yang aku suka nak singgah. Kalau dulu cuma yang dua tu saja. Sekarang ini rasanya ada beratus blog  yang aku suka nak singgah. Punyalah banyak blog yang menarik. Sampaikan kadang tu tak sempat nak pergi menjenggah ke semua blog-blog tu. Dengan waktu yang terhad dengan keluarga, tugasan kerja dan kerja rumah lagi. Dengan aku yang kalau singgah tu memang tak sah kalau singgah setakat nak tinggalkan jejak. Mesti nak baca punya entry dan perkongsian orang. Tak kiralah yang pendek sejemput ataupun panjang berjela. Semuanya aku layan. Nak tinggalkan komen pun aku suka juga. Makanya, lagi limitedlah jumlah blog yang aku dapat singgah setiap hari.
 
Itulah penangan blog u all yang best-best dan popular untuk aku tu. Suka benar aku nak singgah. Suka sangat aku nak baca. Blog yang mana? Tentulah blog u all yang dah jadi kawan-kawan aku, blog u all yang aku dah follow, blog u all yang selalu singgah di sini untuk aku membalas kunjungan, blog u all yang selalu sudi komen untuk aku berbalas komen dan blog u all yang baru pertama kali singgah di sini dan yang akan aku follow nanti. Blog u all, u all yang best-best itu lah. Kalau aku senaraikan semua, memang minggu depan kot baru entry ni dapat post. Sebab aku kan selalu ambil masa untuk buat satu-satu entry tu he..he.. Nanti aku singgah lagi ke blog u all yang best-best tu yer. Happy blogging to All.

Monday, August 23, 2010

Perhatian!

Baru sampai lagi dah buat muka boring
Han pun nak merasa gak scooter baru adik2nyer
Az, Is & Han
Gaya itu penting!!!


Malam minggu sebelum rabunya start puasa tu, kita orang bawak anak-anak main kat luar. Sesaja macam orang lain gak, ada outing terakhir sebelum masuknya bulan pose (tak pasal2 nak kaitkan orang lain dalam post aku... entah2 aku ajer kot yang buat gitu. Macam nanti2 dah tak boleh buat dah outing tu..)
Walaupun zaman scooter dah habis dah zaman kegemilangannya tapi anak bujang aku baru ajer dapat mende alah tu sebulan lepas. Sebabnya aku memang tak ajar anak2 aku bila minta gitu2 ajer terus dapat dengan senangnya. Jadinya lambat sikitlah dia orang dapat apa yang dia orang mintak tu. Tapi kalau benda2 reward untuk dia orang tu cepatlah aku gi belikan. Sebabnya dah janjikan, kenalah penuhi dengan kadar segera.

Malam tu kita orang sefamily pun pi lepak kat Putrajaya. Ingatkan nak lepak kat depan Masjid Putra tu, tapi separuh kawasan tu dah di tutup sebab ada construction apa tah. Jadinya kawasan yang tinggal tu agak packlah juga. So aku ckp dengan en.asben suruh drive terus ajer menghala ke area yang byk2 bangunan kementerian tu. Tapi sebab tak familiar sangat dengan kawasan tu, kita orang pun tak tahu nak lepak kat mana. Pusing2 last2 kita orang lepak kat area berdekatan dengan tapak floria aritu. Park keta tepi tu, kita orang pun duduk ambil angin sambil tengok anak2 main scooter dia orang kat situ.
Takde orang pun kat situ. Yang ada cuma satu kapel dating yang duduk agak jauh dari kita orang (orang datingkan, kenalah duduk jauh sikit dari orang). So aku ingat anak2 aku syok arr main kat situ. Sebab kawasannya lapang & lenggang. Nak main pun senang. Tak yah pikir nak terlanggar2 orang. Tapi kejap ajer anak2 aku main. Lepas tu depa dok join kita orang duduk kat bangku. Muka nampak tak seronok ajer. Jadi aku pun tanyalah nape taknak main lagi?

Alah, kat sini takde orang tengok. Mana best main kat sini...

Dengan selambanya Az menjawab begitu. Panas aje telinga aku. Oh, nak show off rerupanya. Wah2.. aku beli benda tu bukannya nak suruh korang berlagak depan orang. Aku suruh korang main. Maka apalagi, aku kan mak. Jadi macam mak-mak lain aku pun kenalah berleter jugak (eh..eh.. nape aku kena kaitkan orang sekali lagi ni. Agaknya sebab follower aku tak ramai lagi maka aku cenderung untuk cari geng kot. He.he... takdelah aku cakap ajer.. ececeh.. memalu lak)
Tapi bila difikirkan balik dan dipandang dari sudut positif kata-kata si kecik tu barulah aku dapat memahami apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka. Kiranya, kalau sekadar nak bawak dia orang main kat tempat takde orang macam tu lebih baiklah depa dok main depan rumah. Main ajer tiga beradik kat situ. Ini dah main kat luar pun depa kena main bertiga jugak. Tentulah tak seronok. Baik takyah main kat luar kalau macam tu kan.
Hmm... betullah jugak. Setiap orang mahukan perhatian. Bukannya tujuannya nak berlagak atau pun menunjuk pun. Tapi kalau dapat perhatian, saingan, pujian tentulah lebih seronok dan bersemangat.

Macam kita tulis blog jugalah. Kalau ada perhatian dari orang tentunya lagi seronok. Ada orang nak baca, ada orang sedia nak komen, ada orang rajin nak tegur dan ada orang sudi nak follow tentu lagi seronok. Walaupun kebanyakkannya adalah cerita tentang kita, tapi kalau cerita itu dapat dikongsi dengan orang lain tentunya perkara itu akan jadi lebih seronok. Betul tak???

Friday, June 25, 2010

Sesekali ku rasa teringin...

Semuanya bertitik tolak dari minat membaca blog2 orang. Maka timbul pula minat untuk berkongsi kisah sendiri. Mana tahu ada yang berminat untuk membacanya pula....
Bila baca cerita orang semua yang simple nampak menarik... Jadi tak salah rasanya untuk berkongsi kehidupanku untuk tatapan/bacaan semua pula...
Manalah tahu andai ada yang merasakan menarik pula...
Tak cuba tak tahu...Iye tak...


Hmm...memang teringin.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...