Semuanya bertitik tolak dari minat membaca blog-blog orang lain. Maka timbul pula minat untuk berkongsi kisah sendiri. Mana tahu ada yang berminat untuk membacanya pula. Bila baca cerita orang semua yang simple nampak menarik. Jadi tak salah rasanya untuk berkongsi kehidupanku untuk tatapan dan bacaan semua pula. Manalah tahu andai ada yang merasakan menarik pula. Tak cuba tak tahu. Iye tak. Hmm...memang teringin.
Sebenarnya, ayat yang di atas ni ialah dari entry pertamaku yang aku tulis pada 25 Jun 2010. Kiranya dah setahunlah aku berblog. Tak sangka pula, bermula dengan sekadar teringin akhirnya menjadi tegar. (Tegar ke? he..he.. Tegar cara akulah. Tegar yang selalu rasa nak berkongsi cerita di sini). Pada mulanya memang tujuannya mahu berkongsi cerita. Tapi bila dah setahun ni, aku merasakan blog ini adalah sebagai tempat untuk aku menyimpan kebanyakan kisah dan ceritaku. Makanya blog ini menjadi sesuatu yang sangat istimewa untukku. Berkongsi dengan orang lain untuk diri sendiri juga.
Selama setahun ini, rupanya sudah 146 entry aku berkongsi cerita. Kebanyakkannya adalah kisah kenangan dan pengalamanku juga cerita-ceritaku bersama insan kesayanganku Han, Is, Az dan La. Itupun masih bertapis-tapis lagi. Yang terlalu peribadi masih aku simpan sendiri. Termasuklah gambar sendiri ha..ha.. Walaupun bukan semua kisah dan cerita aku kongsikan di sini, namun ianya tetap menjadi tempat di mana aku dapat imbau balik cerita-cerita lama kami. At least en.asben dan anak-anak boleh mengenang kisah kami sekeluarga di sini nanti-nanti. Harap-harap blogger.com ini tiada masalahnya sampai bila-bila.
Alhamdulillah, selama setahun ini ada 510 kawan yang sudi menjadi follower di blog ini. Memang aku takde target pun untuk bilangan follower. Mula-mula berblog dulu, aku rasa kalau 50 orang yang sudi jadi follower pun dah kira hebat. Memang aku tak menyangka sama sekali boleh sampai 510 orang. Walaupun orang lain dan mencecah ribuan dalam masa setahun, tapi jumlah itu tetap buatkan aku tersenyum senang. Seronok sebab dapat tambah kawan.
(Jumlah teman FB aku pun tak seramai ini tau).
Harap-harap aku boleh terus berkongsi cerita di sini. Komen-komen dan kunjungan teman-teman memang menaikkan semangat untuk aku terus berkongsi cerita. Ianya menjadi pemangkin untuk aku jadi rajin untuk update entry terbaru walaupun sehari cuma satu. Dan kadang kadang dua tiga hari baru ada satu he..he.. Rasanya kalau tiada kunjungan dan komen-komen itu, mahunya aku simpan sendiri cerita-cerita tu. Kenangan pun terus tersimpan dalam hati. Sungguh, aku seronok berblog. Aku rasa lebih jujur dan menjadi diri sendiri di sini. Itulah yang aku mahu sebenarnya. Dan aku menjumpai dan memperolehinya di sini. Alhamdulillah.