Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Sudah lapang..

Alhamdulillah, dapur yang disambung sudah siap sepenuhnya. Nak mengemas, badan masih tak berapa sihat lagi. Jadinya cuma dapat kemas sikit-sikit apa yang termampu dulu. Lap-lap bahagian yang nampak aje dulu. Yang tak nampak kena tunggu rajin datang menjelma. Kedudukan tempat pun masih ada yang tak serasi lagi. Sekejap angkat letak di sini. Kemudian beralih letak ke situ. Dalam satu jam tu, kalau masuk dapur memang akan berubahlah lagi kedudukan barang-barang. He..he.. masih tak kena susun aturnya.

Bila dapur dah luas sikit bolehlah aku letakkan meja makan di ruang dapur. Kat dapur takde tv. Jadi bila makan memang rasa aman sikit. Kalau tak mata semua orang dok leka mengadap tv. Bila nak berbual pun boleh dapat sepenuh tumpuan. Kalau tak memang selalu rasa cakap macam cakap sorang-sorang aje he..he.. Bila dah alihkan meja ke ruang dapur, ruang tamu nampak lapanglah sikit (Lapang versi rumah keciklah). Indon yang buat rumah pun cakap dengan en.asben. Sudah lapang rumahnya sekarang bang.

Memanglah lapang, akaun banknya juga sudah lapang he..he.. Tersenggih aje indon tu bila aku menyampuk begitu.

Wednesday, February 29, 2012

Tiada lagi termenung mahupun bermenung..

Bila kerja-kerja membasuh baju selalu dibantu oleh mesin basuh, bila nak membasuh guna tangan terasa bercinta. Setiap pagi memang termenung dulu sebelum membasuh baju. Maklumlah, yang hendak dihadap bukannya sehelai dua. Tapi sebakul penuh siap bertimbun lagi. Tapi dalam pada dok termenung-menung tu, dekat 3 bulan lebih juga aku bertahan dengan mencuci pakaian secara manual. Mesin yang lama buat hal elok saja kami berura-ura nak buat dapur baru. Bukannya tak boleh dibaiki tapi sebelum ni mesin basuh tu letakknya di luar. Jadinya bahagian luarnya dah jadi kusam. Sudahlah dindingnya pun dah senget benget juga sebab dah banyak kali dok pindahkan tempat. Kejap ke tengah. Kejap ke tepi. Kejap di dalam. Kejap di luar. Itu yang aku pun bertangguh-tangguh nak membeli mesin yang baru. Pertama sebab takut mesin baru tu akan kusam juga bila diletakkan diluar sebelum dapur siap. Kedua kalau boleh taknaklah barang baru asyik beralih tempat lagi sementara nak tunggu dapur siap. Biasalah barang baru kan. Sayang lebihlah.

Sebulan lepas aku dah pergi cari mesin basuh yang baru. Dah booking siap-siap. Ahad lepas bila dapur dah hampir siap sepenuhnya kami pergi buat full payment. Bila tengok balik macam gedabak pulak mesin tu. Sebelum ni beria nak yang besar sikit. Macam kan muatan tujuh lapan kilo tu  tak cukup. Itu yang ambil muatan sebelas kilo. Tapi bila nak tukar en.asben kata tak payahlah. Sebab anak-anak pun dah makin besar. Betul juga tu.   Memang perlu pun ambil yang besar. So tak jadilah nak tukar. Semalam, kesabaran dan kesungguhan aku berbalas. (Macam selama ni basuh kat sungai pulak kan). Mesin basuh baru dah sampai. Sebab tahu mesin basuh nak sampai makanya dua hari aku tak basuh baju. Dan semalam, baju dua hari tu dah selamat aku cuci dengan satu load saja. Terus rasa pilihan membeli mesin yang besar sikit adalah pilihan yang tepat untuk keluarga kami. Malam tadi tidur pun senyum, sebab tahu bangun pagi dah tak payah termenung lagi macam selalu.
Tiada lagi sesi termenung pagi-pagi selepas ada yang ini. Hitachi Sparkle Beat yang mengantikan National Niagaraku yang sudah 13 tahun memberikan perkhidmatannya dengan cemerlang. Dulu masa kerja Hitachi tak heran nak beli barangan Hitachi walaupun dapatlah sikit diskaun untuk staf. Bila dah tak kerja Hitachi barangan Hitachi juga yang dicari. Gambar masih nak pinjam kat en.google walaupun boleh aje ambil sendiri kat rumah he..he.. Terima kasih banyak dari Puan Tukang Pilih kepada Encik Tukang Bayar. Lembutlah balik tapak tangan I yang memang tak berapa nak lembut ni.

p/s : Selamat hari jadi buat sesiapa yang lahir pada tarikh 29 Februari ni. Lepas ni, 4 tahun lagilah dapat wish on the dot macam ni. Have a nice day.

Monday, February 27, 2012

Sangat tak peka..

Sudah sebulan lebih rumah di bahagian dapur di renovate. Anak-anak memang semua maklum. Kalau Han dan Is, setiap petang lepas pekerja kontrak tu balik, mereka akan ikut belek-belek sama macam aku dan en.asben. Tak kiralah walau kena jalan jingkit-jingkit pun sebab lantai tak siap lagi. Tapi Az memang selalu buat tak reti. Dahlah taknak join sama, ambil port pun tidak. Bukan kata tak masuk kawasan dapur, menjenggah kat tepi dapur pun tidak. Langsung tak heran apa yang jadi kat dapur. Malam sabtu tu, Alhamdulillah, tiles sudah di pasang di bahagian dapur. Jadinya memang dah bolehlah nak masuk dapur dengan selesa walaupun ada beberapa bahagian yang masih belum siap sempurna. Jadinya kalau selalu nak makan cuci tangan di porch depan, hari tu dah boleh basuh tangan di sinki dapur untuk makan. Masuk aje dapur dia macam terperanjat. Macam panik sekejap sebab bilik air di dapur dah hilang.

Mama, bilik air kita mana? Aduhai anak aku sorang ni. Langsung tak tahu yang bilik air sudah diubah kedudukannya. Padahal orang lain semua dah guna bilik air yang baru tu. Bila dah macam tu barulah nampak dia berminat nak explore bahagian lain pula. Mama ini pintu bilik apa?  Nak tergelak aku dengar soalannya. Macam kan dapur tu besar sangat sampaikan boleh tambah bilik lagi. Itu pintu dapurlah sayang. Bila dah cakap macam tu dia macam tak percaya. Siap suruh aku buka pintu tu nak tengok kat luar. Dah tengok luar barulah dia puas hati. Ini bilik apa? Dia bertanya bilik air pula. Aku cakap  bilik air. Dia macam tak percaya sebab dulu kan bilik air kat tempat lain. Aku suruh dia buka pintu tu. Dah buka barulah percaya. Aku suruh masuk tengok, tapi dia malu. Dia intai sikit-sikit aje. Nantilah.. Katanya he..he.. Lepas tu, emak panggil tengok bilik emak pula. Dah besarkan sikit bilik emak aku memang buatkan pintu satu lagi belah belakang biar senang untuk ke bilik air. Jadinya bila dia masuk bilik emak dan nampak ada pintu di belah belakang dia tertanya-tanya lagi. Pintu ni nak pergi mana? He..he.. emak suruh di buka pintu tu. Bila dia buka dan nampak kami di dapur lagilah malu muka dia. 

Aduhai anak. Tak peka sungguh. Bukannya rumah jiran sebelah yang diubahsuai. Kat rumah sendiri pun dia langsung tak ambil tahu. Yang best tu, rumah kami bukannya besar sangat sampaikan dia tak tahu cerita. Jalan beberapa langkah dah sampai dapur. Balik dinding dah nampak dapur cinonet kami. Tapi itu pun dia tak perasaan. He..he.. comel aje  budak kecik ni tau. Tapi kalau dah besar nanti tak peka langsung macam ni memang tak comel lagilah. Anak oh anak..

Thursday, February 16, 2012

Home sweet home...

Bila garam gula kat ruang tamu, fridge kat ruang tamu, almari kat ruang tamu, katil kat ruang tamu, itu tandanya apa? Itu tandanya orang teringin nak renovate rumahlah tu. He..he.. Wah renovate rumah yer. Cerita macam major renovation aje. Tapi sebenarnya cuma besarkan dapur yang comel jadi kecik aje, alihkan bilik air ke tempat yang lebih strategik dan besarkan sikit bilik emak yang kecik supaya selesa sikit. (Semuanya kecil-kecilan saja. Al- maklumlah, rumah pun tecik. Budget pun tecik ha..ha..).

Sekarang ni rumah berdebu-debu. Kat lantai tak perasan sangat sebab lantai putih. Tapi kat tangga memang tapak kaki memenuhi tangga.  Nak lalu kat ruang tamu pun kena senget-sengetkan badan sebab barang penuh susun kat situ. Walaupun rasa serabut bila balik rumah, tapi setiap hari rasa tak sabar nak balik rumah. Bukan sebab apa, sebabnya suka tengok progress tu. Dah sebulan dah ni. Harap-harap dalam dua tiga minggu lagi siaplah sepenuhnya.

Bila time nak balik rumah hati rasa berbunga-bunga. Macam orang nak pergi dating pulak. He..he.. dating dengan rumah comel lote akulah apa lagi. Biarlah tak besar macam rumah orang lain. Biarlah tak cantik macam rumah orang lain. Tapi itulah rumahku syurgaku. My home sweet home.

Friday, January 27, 2012

Tumbang..

Petang isnin lepas, hujan turun dengan lebatnya. Angin bertiup kuat. Guruh dan kilat juga sabung menyabung. Kami sedang menghabiskan masa di rumah waktu cuti CNY tu. Waktu aku di dapur terdengar anak-anak bising-bising di depan. Mama pokok tumbang. Aku masih selamba lagi. Sebab anak-anak selalu buat gempak dengan penggunaan bahasa yang salah. Pasu bunga jatuh tergolek depan rumah pun boleh dikatanya pokok tumbang. Bila terdengar en.asben yang bersuara barulah aku jadi kalut. Aku intai dari sliding door rumah. Tak nampak apa sebab hujan lebat. Cuma nampak selongok hijau di depan rumah. Aku lari ke atas untuk mengintai dari tingkap bilik. Barulah aku nampak dengan jelas. Subhanallah.


Alhamdulillah, pokok itu tumbang tidak mengenai sesiapa yang sedang melintasi jalan. Ianya juga tidak menimpa kereta kami. Jaraknya cuma sekaki lebih saja lagi. Juga tidak menimpa kereta jiran sebelah mahupun jiran depan. Kalau pokok itu tumbang ke sebelah kiri memang ianya akan menghempap kedua-dua kereta kami. Kalau tumbang ke sebelah kanan memang  menghempap kereta jiran. Jiran depan pula baru sekejap keluar sebelum hujan. Jika tidak memang keretanya di parkir di kawasan pokok tumbang itu. Kalau pokok itu tumbang ke belakang memang akan mengenai rumah kami. Sebelum itu memang anak-anak bermain di depan rumah. Alhamdulillah, Allah melindungi kami dan harta benda kami dari bencana. Berulang kali aku mengucap syukur. Selepas hujan teduh barulah kami sekeluarga dan jiran-jiran keluar untuk melihatnya. Semuanya melahirkan rasa syukur. Terima kasih kepada pihak bomba yang membantu memotong pokok dan mengalihkan pokok itu. Kalau nak angkat sendiri memang tak terlarat.

Petang itu aku berasa sungguh syahdu. Terima kasih Ya Allah. Tiada siapa yang mampu melindungi kami selain Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Yang maha berkuasa atas segalanya. Alhamdulillah.

Wednesday, December 1, 2010

Berkongsi dinding, bersambung bumbung..

Malam makin larut. Hujan makin lebat. Kalau baring atas tilam, letak kepala atas bantal, tarik comforter memang akan jadi sangat feel. Tidur akan jadi sungguh lena. Tapi ada pula yang menganggu. Ada pulak bunyi drill yang kedengaran di sebalik dinding. Biasalah orang sebelah baru pindah. Jadi pastilah banyak benda yang mahu di buat. Pastinya ada frame yang mahu di gantung. Ada rak yang mahu di pasang. Siang kerja. Hanya malam saja ada masa. Jadi masa yang ada itulah digunakan sebaiknya.

Adatlah tinggal di rumah teres. Dindingnya berkongsi. Bumbungnya bersambung. Ketuk dinding sana, sampai dinding sini berbunyi. Jadinya, bersabar sajalah. Adat berjiran, kenalah ada sikap lebih kurang. Lagipun kenalah sedar diri jugak. Tak payah nak komplem lebih-lebih. Bukannya tinggal di rumah tanah lot yang besar kawasannya. Yang rumah jauh-jauh dari orang. Bukan juga duduk rumah banglo yang tak bercantum dengan rumah orang lain. Jadi layankan ajelah bunyi-bunyian itu. Bukannya hari-hari pun. Paling-paling seminggu dua. Sabarlah hati...

Berkongsi dinding, bersambung bumbung..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...