Sejak kebelakangan ini ada perubahan dan perkembangan yang positif pada my IS. Mungkin dah semakin besar ni makanya dia pun ada rasa untuk memajukan diri. Kalau tidak tu buat selamba dia saja. Takde langsung nak buat sesuatu tu dengan bersungguh. Asyik ala kadar saja usahanya. Kalau kita tak menegur tentang perkembangannya, dia pun statik aje kat satu-satu level tu. Takde kemajuan pun yang mahu ditunjukkan.
Main gitar sudah ada peningkatan. Kalau dulu bila suruh praktis kat rumah asyiklah treng.. treng.. treng aje bunyi yang kedengaran walaupun dia sudah kenal notes yang diajar. Sekarang ni ada jugalah bunyi lagu yang kedengaran walaupun baru satu lagu yang dia sudah hafal notenya. Kiranya aku boleh senyumlah juga. Sebelum ni rasa macam aku hantar dia ke kelas tu setakat mengisi masanya saja. Sudahlah kat rumah liat nak praktis. Tapi bila tanya pada guru muziknya, cikgunya kata dia bagus dalam kelas dan antara pelajar yang cepat tangkap. Confuse juga aku sebab kontra benar prestasinya di rumah.
Untuk kelas renang pun setelah 4 bulan ni barulah dia menunjukkan kemajuan. Sekarang ini dia dah boleh berenang kuak dada tanpa bantuan pelampung. So bolehlah ke level seterusnya iaitu free style. Confident pun dah ada. Takde lagi takut-takut dan kelam kabut. Main-main waktu cikgu mengajar pun dah kurang sikit. Jadinya nampaklah juga penumpuannya pada ajaran yang di beri. So time praktis tu nampaklah yang dia memang buat betul-betul.
IS, Az dan teman sekelas. Az pun dah ada perubahan. Dua gigi susu depannya dah tanggal. So dah jadi budak ronggaklah dia sekarang. Last time masa pergi kelas swimming google Az terputus talinya. So kenalah aku beli google yang baru dari cikgunya. Masa tu Is pun nak sama tapi sebab googlenya okey lagi makanya aku buat nahii sajalah. Tapi the next-next folowing weeks tu dia tertinggal pula googlenya kat rumah waktu kelas. Jadinya nak tak nak kenalah juga belikan google untuknya juga. So google hitam tu google barunya. Punyalah suka. Kat dalam kereta pun pakai google tu juga untuk cover mata. He..he..
Treng.. treng.. treng...
